Written by AbangNara | June 22nd, 2012

Akhirnya setelah mendiamkan diri selama ini, bekas suami Adda Butterfly, Ridzuan telah ,tampil membuat penjelasan tentang perkahwinan mereka yang hanya bertahan selama 17 hari. Paling penting, Ridzuan menerangkan yang Adda Butterfly menipu pihak media apabila menyatakan status dirinya sebagai duda sedangkan Adda mengetahui yang dia adalah suami orang.

adda butterfly

Dalam temubual panjang bersama Utusan Malaysia, Ridzuan menyatakan yang dia beranggapan bahawa Adda sendiri yang menyebarkan gambar perkahwinan mereka dua. Ini kerana gambar tersebut adalah koleksi peribadi milik Adda Butterfly. Sedikit sedutan daripada temuramah yang diberikan di bawah:-

Dia beritahu kepada media gambar itu disebarkan oleh pihak media. Kenapa gambar dalam koleksi simpanan dia sendiri boleh tersebar? Saya lihat ini niat dia untuk dapatkan publisiti murahan. Saya sudah pesan jangan besar-besarkan perkara ini demi ingin menjaga hati dan perasaan ramai pihak.Apa motif dia mewujudkan situasi begini? Tidak lain tidak bukan untuk memburukkan nama saya dan cuba untuk memecah-belahkan keluarga saya.

Baca entri ini sepenuhnya untuk mengetahui punca penceraian mereka dan amaran Ridzuan kepada Adda.

 
Written by serenity | June 5th, 2012

BeautifulNara.com ialah yang pertama melaporkan tentang perkahwinan Adda Butterfly dan rasanya macam baru saja melaporkan tentang Adda yang berkahwin dengan seorang lelaki yang tampak agak berusia. Namun kami telah mendengar desas-desus keretakan perkahwinan Adda sejak beberapa minggu lepas.

Media Hiburan bagaimanapun telah melaporkan yang Adda mengakui perkahwinannya dengan lelaki tersebut hanya bertahan 17 hari. Masalah mula timbul selepas isteri pertama bekas suami Adda mengetahui tentang perkahwinan mereka.

Isu juga timbul apabila Adda menyatakan status bekas suaminya sebagai ‘duda’ kepada pihak media sedangkan beliau masih bergelar suami kepada isteri pertama.

Kerana masalah tersebut tidak berjaya diselesaikan, bekas suami Adda bertindak menceraikan Adda melalui telefon selepas keluar dari rumah.

Abang Adda, Rodi Kristal pernah muncul dalam rancangan Propaganza sebelum ini, mendakwa tidak tahu langsung tentang perkahwinan adiknya dengan lelaki tersebut.

Rasanya ada yang pelik dengan kisah perkahwinan Adda ini, namun pada Adda, bertabahlah. Jadikan ini satu pengalaman dan pengajaran.

***

Written by serenity | October 19th, 2011

Tak tahu apa yang menyemarakkan kemarahan Adda, tetapi dia telah mengeluarkan kata-kata agak kasar juga pada Mamat Sepah di Twitter malam tadi. Jangan-jangan Mamat hendak balik semula kepada Adda selepas ‘berpisah’ dengan Fida melalui media?

Dan kita dapat lihat Abang Nas Terjah Melodi juga ada tweet pada Adda. Mungkin ada kisah Adda dan Mamat di Melodi hujung minggu ini? Speku jangan tak speku.

Rakan kami di RotiKaya juga ada mengeluarkan cerita tetang Mamat yang lari dan tidak menghabiskan penggambaran sebuah drama kerana menerima tawaran berlakon dengan drama lain. Kalau begini, memang menyusahkan produksi dan patutlah Jepp dan Shuib memisahkan diri mereka dari Mamat, tak gitu?

***

Kolam selalunya dilakukan untuk menggalakkan keharmonian dan keuntungan kepada sesebuah isi rumah. Dekorasi kolam lazimnya dilakukan kaum perempuan menggunakan beras putih dan bijirin yang diwarnakan berwarna-warni dan biasanya menjadi simbol selamat datang dan kegembiraan menyambut hari perayaan terutamanya perayaan Cahaya- Deepavali.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita ke The Curve, Damansara pada 22 & 23 Oktober ini untuk Pesta Kolam Antarabangsa. Tel : 03 – 5510 2664 / 2791 (JKKN Selangor). Budaya 1Malaysia yang terindah untuk anda!