Menarik juga kisah penghijrahan Memey Suhaiza yang telah dikongsikan oleh suaminya, Norman Hakim menerusi portal Murai. Terharu Abang Nara membacanya. Memang betullah orang kata hidayah itu sampai tidak kira masa dan tempat.

Kata Norman:-
Sebenarnya sehari sebelum dia berhijab penuh pada hari sukan anak kami, dia ada bercerita yang dia ada terpanggil untuk berhijrah ketika dalam mimpinya. Dia sangat sayu dan sedih kerana hatinya terbuka untuk menerima hidayah daripadaNya. Lalu dia menangis. Sejak daripada itu dia memberitahu dia mahu terus berhijab. Saya gembira dan sejuk hati bila melihat dia manis bertudung.

Yang menariknya, Abby Abadi turut sama memberikan dorongan kepada Memey untuk bertudung. Memang suci murni sungguh hubungan mereka. Makin terharu diri ini dibuatnya. Kata Norman lagi:-
Sebenarnya sebelum ini memang saya pernah menyatakan hasrat saya untuk melihatnya berhijab kerana ianya sebahagian daripada tanggungjawab isteri untuk menjaga aurat untuk suami. Namun saya tidak pernah memaksa dia untuk berubah serta merta. Tetapi saya gembira kerana dia tidak mengambil keputusan yang lama untuk berhijab penuh. Selain saya, Abby juga memang banyak memberi dorongan kepada Memey. Makin lama hatinya terbuka untuk berhijab tanpa paksaan
Semoga Memey akan terus kekal bertudung dengan cara yang sebegini di masa hadapan. Jangan terpengaruh dengan fesyen-fesyen tudung yang pelik. Memey sudah cukup cantik dengan gaya tudung sebegini. Sama-samalah kita doakan.
P.S: Tips PRU13 daripada MatLuthfi


Namun Abby Abadi menerusi laman Twitternya menyatakan pertuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata. Malah Abby sanggup memjawab tuduhan itu tetapi dengan syarat-syarat yang tertentu.
Nampaknya boleh diterima akal yang sebenarnya Abby Abadi ini sudah pun bertukar status daripada seorang artis kepada ahli politik sepenuh masa. Mungkin Abang Nara perlu berhenti bercerita mengenai dirinya. Apa pendapat anda? Kalau anda nak Abang Nara berhenti, Abang Nara akan tidak ambil pusing lagi mengenai Abby Abadi ini. Sila bagi pendapat di ruangan komen.
