Written by AbangNara | July 30th, 2012

Kesian pulak Abang Nara atas nasib yang menimpa Abby Abadi. Hari ini, Abby memberitahu pengikut Twitternya yang kontrak tudungnya bersama Al-Humaira Contemporary (AHC) telah dibatalkan pada 4 Julai yang lalu atas alasan dirinya menyertai politik.

abby abadi tudung

Namun Abang Nara respek dengan Abby Abadi kerana menerima pembatalan ini dengan hati terbuka. Kenyataan yang dibuat oleh Abby ini pun adalah untuk imej perniagaan AHC terjejas.

abby abadi tudung

Menurut tweet yang ditulis oleh Abby, pemilik AHC melahirkan rasa terkilan kerana perniagaannya mendapat kesan daripada penglibatan Abby Abadi di dalam politik.

abby abadi tudung

Orang kata kalau dah bukan rezeki kita nak buat macam mana kan? Pasti suatu hari nanti ada rezeki yang lebih baik menunggu Abby. Semoga Abby tabah menghadapi dugaan sebegini.

Written by AbangNara | July 26th, 2012

Sejak memasuki parti PAS secara rasmi, Abby Abadi kelihatan semakin lantang bersuara. Yang terbaru, Abby Abadi berkata kepada The Malaysian Insider yang selebriti seperti dirinya hanya akan mempunyai kerja sekiranya kerajaan yang ada sekarang tumbang selepas PRU13.

abby abadi

Menurut Abby, selebriti yang telah berhijrah seperti dirinya mempunyai ruang bekerja yang terhad di bawah kerajaan hari ini. Kata Abby:-

Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik. Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PR perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah.

Ada benar dan ada yang tidak benarnya kata-kata Abby Abadi ini. Abang Nara rasa masih banyak peluang untuk selebriti yang sudah berhijrah untuk berlakon. Diana Amir pun masih dapat banyak tawaran selepas memakai tudung. Heliza pun sekarang sudah jadi pengacara untuk program makan-makan. Peluang itu ada namun mungkin tidak sebanyak yang diharapkan oleh Abby. Namun Abang Nara percaya tidak lama lagi gelombang hijrah di dalam dunia hiburan ini akan semakin besar dan menyebabkan pihak produser drama/filem tidak boleh memandang enteng kepada selebriti seperti Abby Abadi. Apa kata anda?