Written by Bella | December 14th, 2015

Baru-baru ini penerbit A.Aida telah dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk yang diterima oleh beliau daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Walaubagaimanapun, ada pihak yang tidak mempercayai repustasi beliau untuk mendapat anugerah tersebut dan mendakwa A.Aida sebenarnya telah membeli gelaran Datuk tersebut.

Tidak mahu gosip itu berpanjangan, A.Aida telah tampil memberikan penjelasan bahawa beliau menerima gelaran tersebut atas sumbangan amal yang beliau lakukan sebelum ini. Malah, beliau juga tidak pernah tahu bahawa anugerah itu boleh dibeli.

Saya tidak membeli gelaran Datuk ini dan saya tidak tahu ianya boleh beli atau tidak. Apa yang saya terima ini berikutan sumbangan amal selama ini yang dilakukan tanpa pengetahun orang ramai.

Saya buka sekolah tahfiz atau bina surau tak perlu dihebohkan kepada media, atas perkara itu mungkin saya diberi pernganugerahan ini.

Mula menerima surat penganugerahan itu daripada Istana Pahang pada 16 November lepas, A.Aida bagaimanapun tidak mahu mengumumkan hal berkenaan kepada umum kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk.

Saya terima surat 16 November lalu tapi saya tidak hebohkan perkara ini kerana takut tidak jadi. Pada hari kejadian barulah saya beritahu kepada rakan-rakan terdekat.

Sekarang pun saya tidak umumkan dimana-mana laman sosial, bukan kerana saya tidak menghargai tetapi saya tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk.

Tambah A Aida, beliau enggan mengambil pusing dengan komen negatif masyarakat yang hanya mahu mencari silapnya sahaja.

Sumber Berita: mStar Online

Written by serenity | November 19th, 2015

Drama Hello Mr.Perfect yang disiarkan di slot Akasia TV3 telah pun tamat kelmarin. Ia ialah antara drama Akasia yang paling banyak mendapat kritikan kerana lakonan pelakon-pelakon utamanya Fattah Amin dan Nur Ruhainies yang dianggap ‘kayu’, jalan cerita yang membosankan dan tidak berfaedah serta runut bunyi yang dianggap ‘annoying’.

Malah, tajuk drama itu juga menjadi bahan kutukan Netizen.
 photo 11909178_1625522731030377_1523436112_n.jpg
Namun begitu, melalui Kosmo! penerbit drama tersebut Zaidah Awang atau lebih dikenali dengan nama A. Aida memberitahu dia tidak kisah drama itu dikutuk dan menganggap ia perkara biasa:

Saya tidak kisah apa orang nak kata. Apa yang penting drama tersebut meletup dan mendapat sambutan peminat. Menariknya, bukan sahaja drama berkenaan menjadi bualan tetapi lagu temanyanya Sorry Sorry Sayangku yang liriknya dihasilkan saya turut menjadi hit dalam kalangan penonton. Sejak mula berkecimpung dalam dunia seni, saya percaya kepada rezeki. Lagi dikutuk, saya yakin semakin Tuhan akan menyebelahi saya.


 photo 12256629_164008640619570_257494697_n.jpg
 photo 12269887_1648720188732020_3822384_n.jpg

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Jangan lupa saksikan kemunculan Festival Kelab Seni Cemerlang JKKN Melaka pada 21 November 2015 jam 8.30malam di…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 15 November 2015

 
Written by AbangNara | July 14th, 2015

Satu ketika dahulu, status janda memang amat ditakuti oleh semua wanita. Iyerlah, mana ada isteri yang mahu diceraikan oleh suaminya. Nanti tiada tempat untuk bergantung pula. Malah dipandang negatif pula oleh masyarakat. Namun di zaman yang semakin moden ini, dengan wanita lebih bebas bekerjaya dan mempunyai kariernya sendiri, status janda bukanlah lagi satu perkara yang memberi trauma kepada wanita. Memang tiada wanita yang mahu melihat perkahwinan mereka hancur, namun walaupun sudah bercerai, ramai yang telah membuktikan mereka mampu berjaya tanpa seorang suami di sisi.

a aida

Salah seorang janda yang menunjukkan contoh yang baik dari segi kejayaan hidup ialah penerbit drama A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang. Berusia 44 tahun, A Aida pernah berkahwin dengan Ameng Spring, sebelum berkahwin dengan seorang anggota polis yang tidak diketahui identitinya sebelum berkahwin buat kali ketiga dengan Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman. Perkahwinan kali ketiganya itu juga berakhir dengan penceraian. Kini A. Aida selesa hidup menjanda tanpa kehadiran lelaki bergelar suami dalam hidupnya. Kata A. Aida:-

Saya tidak pernah merasa gembira dan bahagia sebegini. Tidak terikat dan bebas untuk melakukan apa saja yang saya inginkan tanpa menurut arahan sesiapa. Boleh dikatakan menjanda ini satu rahmat buat diri saya kerana ia membuka mata saya betapa indahnya hidup ini. Kalau boleh tidak perlu wujudnya orang ketiga yang mengganggu kehidupan saya dan anak-anak.

Kes nafkah dulu pun kiranya sudah selesai namun bukanlah seperti yang dijanjikan. Tahun ini adalah tahun kedua saya beraya tanpa suami tetapi Alhamdulillah hidup saya disinari dengan kehadiran anak-anak dan keluarga saya.

a aida

Secara jujur, kekuatan seorang wanita itu diuji apabila perkahwinannya gagal. A. Aida adalah seorang wanita yang tabah dan gagah kerana berjaya bangkit walaupun perkahwinannya telah tewas 3 kali. Dengan kehadiran anak-anak di sisi, sudah tentu A. Aida tidak merasa sunyi dan belum memerlukan kehadiran seorang lelaki di sisinya. Sekiranya A. Aida berkahwin buat kali keempat, Abang Nara doakan agar itu adalah perkahwinan terakhir buat dirinya. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | July 9th, 2015

Penerbit drama terkemuka A. Aida telah pun mengambil keputusan untuk menyenarai hitamkan Shuhaimi Lua kerana sikap tidak bertanggungjawab pengarah tersebut. Mana tidaknya, gara-gara sikap sambil lewa Shuhaimi ketika mengarahkan drama bersiri Puteri Gunung Ledang, A. Aida mendakwa syarikatnya terpaksa menanggung kerugian RM30,000. Ini kerana lebih 100 babak penting di dalam drama tersebut tidak dimasukkan oleh Shuhaimi menyebabkan lakonan semula terpaksa dilakukan.
a aida

Kecacatan atau kehilangan 100 babak drama Puteri Gunung Ledang itu hanya disedari ketika proses suntingan dilakukan. Fuh!!! Banyak tue 100 babak. Kalau terlepas pandang setakat 5,10 babak masuk akal lah lagi. Kata A. Aida:-

Saya ada menghubungi Suhaimi berhubung perkara ini namun beliau menyalahkan pihak lain pula. Tiada gunanya menuding jari kepada orang lain kerana dia sendiri perlu bertanggungjawab. Di sini saya tegaskan dia (Suhaimi) telah disenarai hitam dalam kamus hidup saya.

Ini adalah sebabnya saya lebih selesa bekerja dengan orang yang biasa saya kerja. Kawan saya yang menyarankan saya untuk memberi peluang kepada pengarah baru dan begini pula hasilnya. Bukan sedikit, tetapi saya kerugian lebih dari RM30,000 bagi proses penggambaran semula beberapa adegan penting.

Saya rasa drama bersiri ini antara skrip terbaik yang saya hasilkan, namun ia dirosakkan oleh sikap tidak bertanggungjawab Suhaimi. Malah, lebih 100 babak yang terlepas pandang itu adalah adegan penting yang menjadi kekuatan drama ini.

a aida

Kalau dulu sekadar pelakon sahaja yang membuat kontroversi di dalam dunia hiburan, kini pengarah dan penerbit juga turut sama. Pastinya Shuhaimi Lua ada jawapan tersendiri atas dakwaan A. Aida ini. Takkanlah secara sengaja ingin menjatuhkan reputasi diri sendiri. Kalau nama buruk, nanti diri sendiri juga yang tak dapat ‘job’. Sama-sama kita nantikan reaksi Shuhaimi. Sumber Berita Harian.