Written by serenity | December 5th, 2012

Tahun 2011 menyaksikan dua filem Melayu mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah, iaitu KL Gangster arahan Syamsul Yusof dan Ombak Rindu arahan Osman Ali. Boleh dikatakan tahun 2011 menyaksikan kebangkitan filem Melayu dari segi kutipan, walaupun sama ada terdapat peningkatan dari segi kualiti itu masih menjadi persoalan.

Tahun 2012 menyaksikan peningkatan pada jumlah penghasilan filem tempatan. Kalau pada tahun 2011 sebanyak 49 filem dikeluarkan, pada tahun 2012 sehingga Oktober saja sudah 60 filem tempatan dikeluarkan. Malang sekali tahun 2012 menyaksikan peningkatan pada kos produksi, sepadan dengan jumlah filem dikeluarkan tetapi kutipan kasar merosot dari RM 124.85 juta kepadaRM 82.76 juta.

Filem dengan kutipan signifikan untuk tahun ini ialah Adnan Sempit 2 terbitan Metrowealth Pictures yang meraih  kutipan RM 6.82 juta, Bohsia: Jalan Kembali terbitan Skop Productions mendapat pulangan RM 4.98 juta, Istanbul Aku Datang terbitan RedFilms pula mencatat pulangan RM 3.51 juta, begitu juga dengan Hantu Gangster dengan RM 3.45 juta.

Antara filem yang mencatat kutipan terendah pula ialah Sofazr The Movie Jiwa Kacau, Tai Kun, Momok Jangan Cari Pasal dan banyak lagi filem mendapat pulangan kurang dari RM 1 juta. Apakah yang menyebabkan penurunan kutipan tayangan ini?

Data Filem Cereka Tempatan 2009 -Oktober 2012

FILEM TEMPATAN* 2009 2010 2011 2012
(Jan – Okt)
Jumlah Filem 27 39 49 60
Kos Produksi (juta) RM 40.51 RM 55.61 RM 70.682 RM 95.76
Kutipan Kasar (juta) RM 50.84 RM 85.97 RM 124.85 RM 82.76
Penontonan (juta) 6.03 9.24 13.13 8.37
Purata Kos Produksi (juta) RM 1.50 RM 1.426 RM 1.442 RM 1.596
Purata Penontonan (juta) 0.223 0.237 0.268 0.140
Purata Harga Tiket RM 8.43 RM 9.304 RM 9.509 RM 9.888
Purata Kutipan (juta) RM 1.88 RM 2.204 RM 2.548 RM 1.379

Antara sebab yang mempunyai kemungkinan besar ialah walaupun terdapat peningkatan pada jumlah pengeluaran filem, jumlah filem yang tidak berkualiti yang dikeluarkan mungkin melebihi jumlah pengeluaran filem berkualiti atau yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Apabila seorang penonton membuat keputusan menonton filem, mereka telah meletakkan jangkaan tertentu dan apabila jangkaan tersebut tidak dicapai, mereka akan berasa serik untuk menonton filem tempatan di pawagam lagi. Jadi mungkin salah satu penyebab utamanya ialah pengisian filem itu sendiri: kurang mantap, tidak kena dengan citarasa penonton, jalan cerita yang longgar dan sebagainya.

Tambahan pula dengan harga tiket yang sama, penonton mempunyai banyak pilihan dengan menonton filem antarabangsa yang jauh lebih berkualiti dan menghiburkan.

Faktor kekurangan promosi dan publisiti juga mungkin menjadi salah satu sebab sesebuah filem mendapat kutipan yang rendah. Kami terpaksa mengakui ada antara filem yang mendapat kutipan kurang dari RM 1 juta tidak pernah kami dengar namanya.

Sebab lain yang boleh kami fikirkan ialah gandingan yang dipilih sebagai peneraju utama sesebuah filem yang tidak mantap atau gandingan peneraju yang sama telah ditampilkan dalam filem-filem lain sebelum ini.

Senarai kutipan filem-filem tempatan untuk tahun 2012 dan keseluruhan artikel boleh anda dapatkan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | June 14th, 2012

Tidak lama lagi, bulan Ramadhan akan menjelma diikuti oleh Syawal. Pasti ramai yang sudah membuat persiapan termasuk menggantikan puasa tahun lepas. Pelakon jelita Nora Danish juga tidak ketinggalan. Beliau telah bergaya dengan baju kurung dan pelbagai busana lain untuk gambar-gambar edisi raya yang telah dimuatnaik ke laman Twitternya.

Photobucket

Model Tamu: Nora Danish (@nor4danish)
Jurufoto: Chuan Looi (yipieyaya.com)
Rambut dan Solekan: Khir Khalid
Aksesori: Ola (@OlaBV2) (Thanks Zaireen)
Kreatif: Bombshelter Studios (@dabombshelter)
Baju: Innai Red (Baju boleh dibeli di sini)

Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Nora Danish.

***

Klik banner ini untuk membeli secara online Tiket Konsert Dikir Ekstravaganza di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 8.30 malam, 1 dan 2 Julai 2012 untuk Festival Muzik KL 2012 yang menampilkan Ziana Zain, Awie, Jamal Abdillah, Noraniza Idris, Lan Typewriter dan ramai lagi. Tiket-tiket berharga RM RM 20, RM 35, RM 45 dan RM 60 sahaja. Dapatkan sebelum kehabisan!