Written by Bella | August 11th, 2016

Baru-baru ini Neelofa ada memberitahu beliau bakal menunaikan ibadah haji pada 5 September depan bersama ibu bapanya.

Namun, timbul desas-desus yang mengatakan Neelofa diberikan “layanan istimewa” oleh pihak Tabung Haji dan meluluskan visa haji Neelofa dalam masa yang agak singkat.

Tidak mahu orang ramai terus salah faham, pihak TH menolak dakwaan memberikan visa haji kepada Neelofa selepas sebulan selebriti itu membuat pendaftaran haji.

Menurut  TH pihaknya sedia maklum mengenai rayuan Neelofa dan telah mempertimbangkannya melalui garis panduan sedia ada.

Jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH.

TH  selalu mengamalkan sistem pendaftaran terbuka dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui beberapa proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Mungkin ia sekadar khabar angin sahaja. Sekarang ini sudah banyak agensi swasta yang menawarkan pakej haji dengan pelbagai harga. Kita doakan sahaja agar proses Neelofa dan ibu bapanya untuk menjalani ibadah disana dipermudahkan.

Sumber Berita : mStar Online

105 responses to Tabung Haji Nafi Beri Neelofa Visa Haji Hanya Selepas Sebulan Permohonan Dibuat

  1. Anon1 says:

    Kalau ada duit,everything comes easy n FAST!

    0

    0
    • Kak Nam says:

      Tabung Haji ni biasalah…siapa bayar lebih cepat la giliran. Agen pun senyum ke telinga. Dapat la layanan VIP. Sekarang ni nk ke rumah Allah pun kena daftar package mahal. Baru cepat dapat visa. Kalau x mereput la tunggu … :(

      0

      0
      • Kiah says:

        Biar lah dia ke Mekah..mana tahu dpt Pak Arab buat dia jdi bini. Dh kemaruk sgt tu nk berlaki. Harap balik ni xde la cerita pasal gigih dok cari laki ajer. Iklan koleksi raya dia pon pasal cari laki. Biar je dia pergi. Cepat pergi, cepat berubah. Harapnya lah..

        0

        0
        • Puihhh says:

          Dah bayar berpuluh-puluh ribu…mana x cepat. Opah2 kt kampung tunggu je lah. Ni lah Malaysia. Org atas tabung haji tu siapa plak? Geng pencacai Najib. Apa nk heran???

          0

          0
        • Minah Jambu Anti Pilih Kasih says:

          Sudah tiba masanya TH melupuskan pemberian kuota kepada agensi2 pelancongan tu. Tak adil la pada yang mendaftar. Potong giliran. Kenapa pilih bulu sedangkan beribu-ribu jadi pencarum kau kasi giliran tahun 2020 nuh. Apa punya sistem ni? Dah macam mafia. Ada duit potong giliran..guna agen2 atau ulat2. Korang ingat ni tiket bas kat Puduraya huh?!!!

          0

          0
        • Memualkan says:

          Kata je lah egen…tapi dlm bahasa lain..”org dalam”. Egen tu dpt la bhgian/hak jual package mahal pada org2 mcm lopah ni lah. ada duit tapi tkde kesabaran. melangkau nombor giliran dengan membuka dompet!

          0

          0
        • Kwangx3 says:

          Prinsip Tabung Haji…
          1 kaya
          2 cantik
          3 vip

          Please proceed ..guna agen yg bdaftar dgn kami..buat pembayaran masuk bilik khas bersofa Ikea!

          0

          0
      • Anonymous says:

        bodoh kau kak nam,,,dia p dgn prvt agent so apadahal

        0

        0
      • hamba Allah says:

        Sebab tu la org2 tua byk yg baru pergi..jenuh menunggu. Ada yg wheelchair..kesian sbb sistem tabung haji ni menyusahkan org. Pastu ada hati nk guna duit pencarum labur dlm 1MDB. Orang korek terus senyap. Org atas tabung haji ni pun penyanggak juga. Geng2 UMNGOK!!!

        0

        0
        • Anonymous says:

          Kesian org2 kampung. Tunggu punya tunggu…bila lah nk ke rumah Allah. Itu aja yg ada. simpanan tabung haji..bekal utk akhirat. Yg kaya terus dpt visa. Oh dunia..

          0

          0
        • Neelupah says:

          Selfie depan Kaabah…get ready, bitches!!!

          0

          0
      • Anonymous says:

        kawan aku bayar RM60,000 suami dan isteri 3 tahun lepas. daftar setahun jer terus pegi tahun berikutnyer……….

        0

        0
        • Anonymous says:

          pegi haji ikut kemampuan dr semua segi..duit nk g haji duit nk bekal org kat rumah anak2 kt rumah ada org jg x hutang dh selesai ke mcm2..tp kalu dh bayar 60k tu melampau btl..bg aku mcm dh msk kategori mbazir..so nk selamat dunia akhirat nk haji yg mabrur ikut jela giliran anda walaupn anda byk duit

          0

          0
        • Anonymous says:

          Cepat lambat tu no 2. Yg penting kita bersedia kah?! Kalu dpt hajah tapi balik masih bperangai lama..munafik. auntie saya pergi haji..tiba di mekah x nmpk kaabah. so?

          pikir lah…

          0

          0
    • nk ke rumah ALLAH lg says:

      maaf nk mencelah… sbnr nya bkn hnya melalui TH atau muasasah jer ada kuota, utk agen peanvongan yg terlantik pun ada kuota gak… may b dia ambik dr syarikat pelancongan dan apply visa skali dan syarikat tu msih lg ada kuota hji tu yg dia dpt pergi awal…. mmg dh di bahagikan kuota msng2.. sbb fmly kami pun ambk dr agen jagung emas di alor setar, apply visa lulus dh bleh ke wat hji….

      0

      0
      • Anonymous says:

        kak nk tau jgk pakej haji camne fmly akk amik???mak ayah sy pn pkai agen jgk kak dr thn 2012 smpai skrg x dpt2 pun g haji…owhhh lupe skali tgk mak ayah sy amik pakej plg murah ikut kemampuannya….klu mak ayah sy amik pakej plg mahal mungkin kot dpt pegi….lg satu dr thn 2012 buat rayuan kat TH smpai laa ni x dpt2 pun call up…owh lupe mak ayah sy org bese2 je…xde duit nk ‘hulur’ kat pegawai TH…p.cik sy dh 2x dpt call up g haji..1st 2010 2nd 2013…owh…p.cik sy org kaya..ade bisnes sndri…kuikui…

        1

        0
        • Anonymous says:

          ayat sarkastik sangat.

          0

          0
        • jiwa bersih says:

          tak perlu sarkastik sangat. aku bkn peminat nealofa. dan aku rasa kalo ko nk hina TH buat diskriminasi pun kne ada bukti jelas.

          mcm naik bas awam, ada berpuluh org berderet nak naik. tapi kalo naik private jet x ramai yg nak bayar sewa nya,kan. so sbb tu x pyh queue. jgn berdengki dgn org yg mampu buat ibadat jika mereka dh kaya masih mahu spend duit utk beribadat. yg kita,belum diuji dgn harta benda. mne tahu dpt duit sejuta, ada kah kita masih spend duit gi mekah buat haji guna pakej yg murah? jika ada duit lebih kita pasti kah akan spend atas ibadah mcm yg dia buat? renung2 kan dan selamat beramal.

          0

          0
      • Anonymous says:

        masa mak sy pg haji 10++ yg lepas..ada byk kes org kaya2 pg dgn agen pelancongan..haji ni biasala org tua yg nk pg so mayb krg pengetahuan psl visa sume..ada yg pg pakai visa pelancong ada yg pg sekejap je bt haji pn gopoh gapah sbb takut kn halau blk bila xde kelulusan dr TH ada yg mmg kn halau blk..tp skg ni xtahu la ada lg ke x kes mcm ni..tp yg sy dengar jemaah yg pg dgn agensi pelancongan mmg akan bermasalah dekat sana..so kak ni ada x kes mcmni? cb citer proses dr awal so xde le dh btongkat br dpt pg bt haji..

        0

        0
      • abadan abada says:

        Just nak tanya.. membazir ka kalu keluarkan duit sampai 60K untuk menunaikan RUKUN ISLAM yang KELIMA? Rasanya ok kot. Sekurang2nya depa membazir dalam BERIBADAH untuk saham akhirat bukan membazir dalam beriadah untuk kesenangan di dunia.

        0

        0
        • lol says:

          dah mampu biar lah dia nak pergi ikut pakej apa pun. Ikut kemampuan masing-masing. kalau tak mampu tunggu muasasah aje ikut giliran. Semuanya dengan izin Allah s.w.t. kalau duit berkepok berjuta-juta dalam bank pun selagi tak sampai seru dr Allah S.W.T tak dapat jugak menunaikan haji. Rezeki naelofa di saat berada dikemuncak Allah memilih naelofa sebagai tetamu nya. Semoga Naelofa dan keluarga mendapat haji yang mabrur.

          0

          0
        • Ngerti?! says:

          Bukan masaalah membazir…soalan yg patut tanya…anda telah bersedia? X guna pergi haji jika enggan bermuhasabah dan terus beristikomah lepas haji. Kita nk dpt husnul khotimah …mabrur bukan gelaran hajjah je!

          0

          0
        • Anonymous says:

          membazir tu amalan syaitan..tak kira dalam beribadah pun tetap dikira amalan syaitan..ada org alim yg kaya kt kg aku walaupun blh pg bkali2 bt haji tp tetap sekali je dia pg..mbazir ktnya walau 1000x pg pn Allah ttp kira yg 1..so dia kutip org2 yg susah kt kg hantar mereka pg haji..kalu dh 60k tu brp org yg blh pg

          0

          0
        • nad says:

          Setuju…dia mampu, so be it! Hangpa beli kereta 100k tu boleh pulak? Tu rukun islam ke berapa?

          0

          0
    • Budak Melayu says:

      Taknk komen lebih2, nanti fans dia ckp melayu dengki..mcm che ta!!

      0

      0
      • hamba sahaya says:

        Anon 9:15am

        Ustaz mana kata dalam beribadah pun membazir amalan syaitan?

        Tahu dak maksud membazir? Meh nak bgtau.. membazir ialah amalan yang dibuat tapi tak mendatangkan manfaat. Adakah beribadah tak mendatangkan manfaat?

        Ustaz saya kata, tiada istilah membazir dalam hal2 melibatkan ibadah.

        Sebab pukul rata semua perkara membazir tu amalan syaitan walaupun membazir untuk beribadah, wujudnya manusia yang rasa membazir keluarkan 30k untuk ke mekah guna haji pakej tp rasa 30k tu ok untuk melancong ke korea.

        Renung2kan..

        0

        0
    • Anonymous says:

      Byk komen2 bernas disini..kipidap!

      0

      0
    • zupzapzupzap says:

      Lagi satu kena cable kuat..dia pi ngadap tabung haji official 1 kot sama..tuu yg dot cpt tuuu…

      0

      0
    • minah jambu - safety first says:

      orang tungu bertaon2 nak gi haji ikot giliran nlofa pulak senang aje nak gi haji ada duit semua boleh jadi ke tk payah ikot giliran ? nlofa ada senarai menungu tak ? tau tau nak gi haji ! ape2 pon kena ikot giliran la trak kire lah sape kena ikot gilirannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ! kalau umrah tu lain lah ! orang yg tungu bertaon2 lm dapt gi lagi ikot giliran punye pasal emmm ntah lah ada duit semua jadi…orang lain pon ada duit jugak tapi kena jugak ikot giliran huh !!

      0

      0
      • susher says:

        ye..org tua kt kg pun beriya nk pegi dh standby duit, bertahan kehendak semata2 nak p haji…xpe la dh rezki dia la tu, harap pasni seluar baju biar longgar sket, klu xpun beli jubah byk2 kt sana murah…oppps jubah tu sesuai rakyat marhean mcm aku…#akutauasalusulku

        0

        0
        • minah jambu - safety first says:

          ye laaaaaaaaaaaaaaaaaa tapi nak kena ingat jugakkkkkk jangan main bowling pakai jubbahhhhhhhhhhhhh ! pakai pakaian yg sewaktu dengan nye ok !!

          0

          0
    • hamba Allah says:

      bkn nk ckp ape dh 2 org spupu aku kerja ngn tabung haji mmg die ckp tabung haji ni bwh org yg x spttnye…huhu..sdih dgr agensi yg paling pntg di Malaysia pun blh dipech mask olh sebarangan…kite yg biasa2 ni lh kne brdoa bnyk2 agr Allah mnjmput mnjd tetamuNya…

      0

      0
  2. Tipah Sendu... says:

    Dah rezeki dia.. jangan la pertikaikan rezeki orang.. ish.. tak baik la

    0

    0
  3. Shhh says:

    wah ko abg nara..mmh kipas mati neelofa ko ni..ckp pasal neelofa semua btul..kalo artis lain ko hentam..yelah blog ko kan..nk buat apa ko punya suka..tpi jgnlah terlalu puji melebih2 pulak…duit byk semua benda blh buat..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Nara, kalau melalui agensi swasta pun, masih termaktub dalam kuota haji yang sama.

    0

    0
  5. Oh Malaysia Ku Negara Islam says:

    Tabung Haji mengamalkan sistem kapitalist..siapa bayar lebih…sila masuk dlm file khas. Visa pun serta merta. Ini lah yg kononnya badan yg menjaga umat Islam mengejakan ibadah. Podaaahhh!!!

    0

    0
  6. Anonymous says:

    lepas kes TH bagi duit kat najib, aku dah x percaya statement yg dikeluarkan oleh TH…sedangkan bole bagi duit kat najib, apatah lagi nak bagi visa kat neelofa…small matter.

    0

    0
  7. Aizat says:

    sedap Neelofa ni,ketat!

    0

    0
  8. kecik says:

    Semoga mendapat haji yang mabrur..

    0

    0
  9. Melayu Terkilan says:

    Tabung Haji ni nama je Islam…tapi duit juga jadi taruhan. Siapa ada duit…potong je giliran yg miskin. Dah x kisah…janji Tabung Haji untung. Sedih betul …

    0

    0
    • Anonymous says:

      btl…aku sokong….p.cik aku dh 2x dpt call up…1st 2010 2nd 2013….ikut kan dlm islam hnya sekali seumur hdp je g haji….bg laa peluang kat org lain pulak…haji ni ikut kemampuan bkn ikut giliran…klu org tu dh mampu thn tu g haji tp di sebabkan kouta y berat sebelah diberi pd org tertentu je so,mrk y mampu tuk g haji x dpt pegi sbb nama x naik…adil ke tuh???kkdg aku kesian tgk nenek2 kat kampung tu…kumpul duit semata2 nk g haji dh cukup duit x dpt g sbb nama x naik..pastu umur nk dkt 90 br dpt g haji….wei,dh tua mne larat nk buat ibadah…haji ni seelok2nya pegi time diri kt masih kuat…kkdg x fhm aku dgn sistem TH ni…yee mmg ade kouta tp x blh ke kt dahulukan mrk y btl2 kemampuan..mksd aku kemampuan di sini bkn org kaya tp mrk y ssh pyh kumpul duit..y kaya2 tu x yah ckp laa…x yah kumpul duit pn dh blh g haji..ade y kaya2 ni smpai 5,6x g haji…mana keadilan TH ni??

      0

      0
  10. Podaaaahhhh!! says:

    Tabung Haji ni mcm JPJ la..buat duit jual plat kereta. Tabung Haji jual quota kt agen…paham sangat politik tabung haji ni. X leh pcaya…semuanya kepala hotak..DUIT!!!!

    0

    0
  11. Nanhado says:

    Kalau betul berita ni kau fikir la sendiri lofa berkat ke idok hajinye potong turn orang yang dah lama buat rayuan?

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Islam la..duit ada cepat je dpt visa. Agen pun kenyang…

    0

    0
  13. nok gebuzzz says:

    kesianyer kat org yg dah daftar bertaon2 pon x dpt lagi,tggu umur dah 70 ke atas…pki kerusi roda..baru nak panggil..semoga yg pergi menunaikan haji mendapat haji yg mabrur…

    0

    0
  14. Anonymous says:

    mungkin dia bukan pg dgn tabung haji..ada jg agensi yg tawarkn pakej haji..so dptla duduk hotel mewah & mkn sedap..aku tak nk pertikaikan tu cm aku nk tanya knp aku transfer duit ke akaun tabung haji mak akaun dr akaun maybank kn potong RM3.00..tau x RM3.00 tu byk..kalu 12bulan 12tahun dh jadi brapa..stahu aku maybank xde mkn duit byk camtu..kalu tabung haji yg makan duit tu aku xtahu la nk cakap apa

    0

    0
    • lantaklah says:

      still, di Malaysia kalau nak pergi haji, kena berdaftar dengan tabung haji. Sebab urusan visa semua kena melalui tabung haji. Except, dia pergi melalui UK atau negara2 lain dimana most of the time, pihak agensi yang akan berurusan dengan kerajaan arab saudi untuk dapatkan visa jemaah. How do I know? My parents pun memang aim nak pergi dengan pakej. Sudahnya langsung tak berdaftar dengan tabung haji. Masa mereka nak apply dengan agensi yang tawarkan pakej tu, agensi tu yang inform yang mereka kena daftar dengan tabung haji dulu. If, tabung haji dah luluskan nama mereka untuk tunaikan haji, baru boleh daftar dengan pakej.

      0

      0
  15. Muak!! says:

    Nak potong giliran bayar la 20-30k..guna agen yg kononnya dibawah naugan tabung haji tu. Tu la org bising. Bukan pasal rezeki..pasal sistem tabung haji yg x berapa islamik. Pilih kasih atas nama…duit. Money talks!!!

    0

    0
  16. takADIL says:

    br ak phm skrg hidup kt mesia ni xde pkataan ADIL melainkn tuhan satu yg maha adil.. yg pemimpin2 dok ckp adil peguam hakim ckp adil byk la korg pnye adil..sdgkn TH , zakat, baitulmal pon x adil !!!!!

    0

    0
  17. Waklu!!! says:

    X ade apa yg islamik pasal tabung haji ni. Yg kaya dpt hak lebih yg miskin. Padahal yg miskin menunggu 8-10 tahun. Ada yg meninggal x sempat. Ni la negara islam contoh katanyer!!!

    0

    0
  18. Senyum Kambeng says:

    Ada duit semua boleh..yg lambat jd cepat. Ada duit agent pun sayang…yg kurang mampu impian melayang!!

    0

    0
  19. Garu Kepala says:

    Nk beribat pun kena jadi vip…patutlah org berbulu sama tabung haji ni. Badan Pencegah Rasuah taknk siasat ke? Apa kuota kasi kt agen2 lak. Ikut giliran yg betul lah!!!

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Pompuan ni x habis2 buat hal..sabar lah!!

    0

    0
  21. Ms hmmmm says:

    Sy pon x brp minat dgn dia ni sbb kdg2 lantang sgt. Tp dlm isu ni tlh tertulis rezeki dia utk dpt jd tetamu Allah thn ni..mmg ada kuota tbg haji diberi pd agensi pelncongan tp kadar byrn yg mmg mahal bbnding pakej private tbg haji sndiri apatah lg muassasah.. jgn la mudah buruk sgka.. igt rezeki semua Allah dh aturkn…moga2 dia mndpt hidayah , berubah dan peroleh haji mabrur..aminn

    0

    0
  22. loyalmalaysian says:

    kat mana2 pon bole beribadah…Dunia ini milik Allah….Kerjakan ibadah dengan ikhlas kepadaNya walau dimana2 anda berada….pasti ade ganjarannya…klu pegi Haji pon hati busuk…hutang x bayar kat org berlambak2 buat ape…

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Dasyat komen2 kat sini hari ni. Kan bagus…mcm masuk gedung ilmiah. Kalu tidak semak dgn komen kentut rozana gila tu..

    0

    0
  24. Hishh hishhh says:

    Agen tu ulat la…mcm ulat tiket kt stesen bas tu. Sebab tu mahal…ikut pintu belakang!!!!!!!

    0

    0
  25. Melati says:

    Tabung…Pookie!!!

    0

    0
  26. Kupu kupu Emas says:

    Sedih aku baca komen2 kat atas ni… Ckp mcm org xde akhlak…Fitnah2 mcm dah confirm tau je kes sebenar…Klo salah kan dah jd fitnah…Berdosa besar…Org tu nk pegi beribadah bkn pegi bt dosa… Aku dah register haji lama dah… Turn aku 2020…Walau duit dah ckup tp Allah tak panggil lg jd bersabar jelah…Umrah dah 3 kali aku pegi tp turn haji tak sampai2…nk bt mcm mn.. sabar…Korg semua ni ckp pum pang pum pang.. Dah register haji ke belum? Korg tau x klo register skrg turn korg maybe 2050… Aku pon berduit tp nape tabung haji xbg aku pegi dlu? Sbb aku punye turn xsampai lg… Tp skrg dah boleh nk bt rayuan sbb tinggal 4 thn je lg n duit dah ckup… aku dah tunggu bertahun2 dah…tp tak de pon nk kecoh2 mcm korg… Maybe Naelofa ni pegi dgn agensi swasta tu psl dpt cepat… So what? Klo korg nk cepat boleh je pegi dgn swasta…Pegi umrah skrg ni pon dah 7k-10k++ … Cuba bygkan berapa byk je duit yg korg byr kat Tabung Haji utk pegi haji selama 40 hari tu…Klo ikut logik laa kan2… Klo kos pegi umrah 10-14 hari = RM10,000… Maknanya kos haji dlm RM30,000 – 40,000… Korg tau tak berapa sebenarnya korg kna byr kat Tabung Haji utk pegi haji? Klo tak silap aku dlm 10k je… Jd maknanya dlm tempoh korg menunggu tu, Tabung Haji tgh berusaha nk generate tabungan korg supaya ckup utk bw korg pegi haji… Ingatkan duit 20 – 30k lg tu dtg bergolek2 ke? Cuba korg pike skit…Sape je nk bg korg puluh2 ribu free2 mcm tu? Takat nk bersabar pon xleh… mcm mn lah korg nk bersabar dgn dugaan kat mekah nnt tu…. kat sini pon mulut dah kurg ajar…. kat mekah nnt ingat dugaan dia tak teruk ke? Klo byk duit sila pegi dgn ejen swasta… Sila ingat bahawa dikala anda mengutuk2 tabung haji… Skrg ni mereka tgh berusaha keras utk mencari cara utk menggandakan wang tabungan ahli2 nya… Klo sorg derg kna tampung 20-30k… Klo ada 20,000 jemaah kan dah byk tu… duit tak dtg bergolek… nk cari 3k sebulan pon pyh… ni kan lg nk cari berjuta2 utk tampung beribu2 jemaah haji…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Xyah la takbur sgt kalau nk sekolahkn org puan..

      0

      0
    • Anonymous says:

      Cik/puan kupu2 emas,
      Cuba la fahamkan apa hujah netizen dalam ruangan komen ni. Kita xpertikaikan rezeki, cuma kita pertikaikan ketulusan dalam sistem giliran TH. Alhamdulillah, cik/puan di kalangan org yg berduit tp tidak menyogok duit utk kepentingan puan. Boleh bygkan keadaan org2 yg kais pagi, mkn pg, kais ptg, mkn ptg b’tungkus lumus menabung demi menjadi tetamu Allah tapi sygnya giliran mereka dipotong utk memberi laluan kpd tetamu ‘VIP’ yg menyogok wang ringgit utk mndpt kuota hj yg kononnya melalui agensi tp pd hakikatnya perlu mndpt kelulusan dr pihak TH? Ini bukan soal xboleh sabar tp sejak bila Islam mengamalkan double standard, memisahkn golongan kaya & miskin? Sistem ini satu penindasan! Bt pngetahuan pn, umur sy 24 thn. Sy baru daftar hj tahun lepas dan ikut sistem giliran TH, giliran sy pd sy b’umur 96 thn yg sy sndiri xpasti masih ada nyawa atau tidak. Itu pn kalau giliran sy tidak dipotong melalui sistem kuota VIP seperti yg tjdi skrg. Sedih sy mengenangkan nasib atok2, nenek2 yg saban hari masih menunggu pnggilan hj. Ya, kami semuanya setuju rezeki jd tetamu Allah itu bukanlah hak kita utk persoalkan cuma kami mgharapkan TH lbh adil, tulus & amanah dlm mnguruskan urusan kuota hj. Cuba cik/puan pulak pk & tgk dr sudut pndgn org lain. Kdg2 bila xkena pd btg hidung sndiri/ahli keluarga, kita berasa selesa dgn kezaliman di depan mata. Jgn cepat mnghukum org xth nk pk. Cuba hadamkan dlu sgla arguments di sini.

      0

      0
  27. melati says:

    hahahaha , Dia pergi Haji pun takder pedahnya …memang jodoh Neelofa dgn Kambing….tgk sendiri lah tetamu2 Rumah terbuka dia…semua tu Mamat2 & Minah Group Wira & Myvi tayar terkankang..!!! jutawan RM50 juta tapi kawan Group Wira & Myvi tayar terkankang….!!!

    0

    0
  28. lantaklah says:

    Amende nak bising2 orang miskin di kampung tersepit tak dapat pergi haji? Dah sah2 kewajipan menunaikan haji adalam pada mereka yang berkemampuan. Refer balik Rukun Islam punya full definition. And, about pergi ikut pakej, bayar belas puluh ribu bagai, biarlah, dia mampu. Takkan pergi pusing Europe boleh tidur hotel mahal, tapi pergi haji tak boleh. Mana boleh nak diskriminasikan tanah haram tu. Dan selalunya, yang pakai pakej ni, tak semesti dia ni kaya ke hape, ada yang biasa-biasa je. Tapi jenis dah sakit lutut tak boleh jalan jauh. Bayar mahal sikit dengan pakej, dapat duduk hotel tak sampai 100 meter dari masjidilharam. Apa salahnya. Dia nak senang ke rumah Allah tu nak beribadah sepanjang waktu. After all, kita tak tau bila lagi kita akan dijemput menjadi tetamuNya.

    0

    0
  29. ash says:

    Tu dia DUIT punya penangan
    ada duit semua boleh
    kebetulan minggu lepas travel agen ade bg taklimat kat kami
    mmg dorg dpt quota utk sape2 nk p hj melalui dia
    harga jgn ckp la mmg double triple dr yg TH ofer
    YES wat pa duit byk kalau x di gunakan ke jalan yg betul
    ada duit ada cara nk p hj mudah so gunakan
    tp kesian sgt dkt kita2 dan fmly kita yg x berapa nk ada ni
    nyimpan kat TH punyala lama nk bg cukup
    bila daftar, tarikh layak tu NUN DI SANA yg kita pn x tau ada ke x rezeki kita nanti
    bayar mahal dpt sevis 1st class
    byr murah mcm unta padang pasir dibuatnya
    alahai… padahal tu rumah Allah tp yg jg pengurusan tu mcm dia yg punya
    mmg betul perlu ada pengurusan kalau x semua serbu gitu jer
    tp berlaku adil la pada yang lain
    Allah Maha Melihat

    0

    0
  30. marhaen says:

    “…melalui beberapa proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang telah ditetapkan..” 1) Kaya 2) Cantik 3) Pangkat 4) Terkenal – Tak meet the criteria? Tahun 2090 la kita pergi haji beramai- ramai yer~

    0

    0
  31. TUIYYA says:

    PAK MERTUA KU DAH 75 TAHUN.. X NAIK NAIK NAMA NYA

    0

    0
  32. mokpokang says:

    TH korup

    0

    0
  33. Lorat says:

    Sian ko Lopa, niat nak buat haji..benda yang baik, pun kana hantam. Btw my laki punya boss (bukan kat Malaysia) every year buat haji, macam pergi melancong jer kekdahnya. Dalam senyap, time haji jer dia dah tetiba kat sana. Mungkin untuk negara bukan Islam dan tanpa perngurusan tabung haji, lebih mudah kot untuk ke sana.

    0

    0
  34. nuyu says:

    ok..pas buat haji nanti..jaga kehidupan harian.no sexy…no..no…no..jaga hati jaga niat.jgn main2 je g haji :/

    0

    0
  35. yakult says:

    Sebelum nk hina tabung haji kaw kaw meh aku terangkan kat korg

    Utk buat haji semua free ja sbnrnya
    ko nak masuk masjidil haram tawaf saie bagai ada kena bayar ke
    klau ko nk masuk wukuf area arafah, ke mina semua tu pon sama jaa, korg takyah bayar pape pon
    yg kena bayar tu utk kos pginapan, mknn & kenderaan spnjg masa kau kat tanah suci ja

    Utk pginapan, dkt sana mmg ada byk gila hotel. Hotel murah (yg ni berlambak) n hotel yg semalaman pon mahal gila nk mampus mcm hotel hilton tu. So, yg org beratur bertahun-tahun tu sbb hotel murah-murah sntiasa penuh (org dri negara lain pon penuh duduk kat hotel-hotel murah jga). TAPI hotel hilton klu nk book last minit pon biasanya akan ada bilik kosong sbb tak smua mampu and sanggup bayar hrga bilik kat hilton tu (org dri negara luar pon x de laa ramai mana yg book kat situ)

    Bila kau sanggup bayar mahal gila, and hotel mahal masih ada kkosongan so boleh laa kau gi sbb pginapan spnjg di tanah suci da ada n terjamin. Kalau kau tanak book kt hotel mahal, so bayar ja laa ikut harga hotel biasa yg sntiasa penuh and kena beratur.

    analogi mudah cggini
    Macam nak naik flight ke kl, korg bli tiket last minute. Flight tu economy class hrga rm 100
    business class hrga rm 1000
    Ada flight pkl 10 pgi and pkl 3 ptg ke kl.
    Yg pkl 10 pgi, economy class da penuh tapi business class ada 5 kosong.
    Yg pkl 3 ptg pla, business class ada kosong, economy class ada kosong lagi
    Kalau korg sggup byar rm 1000, dpt laa book yg pkl 10 pgi..klu tak sggup bayar rm 1000, boleh jaa fly ke kl tpi kna tggu ambik flight yg pkl 3 ptg laa..
    So soalan aku, dlm kes ni korg nak salahkan siapa. sistem airlines ke?

    #justmy2cents maafkan salah silap aku kalau mcm tkasar bhasa and so on

    0

    0
    • Anonymous says:

      Sistem kasta…kapitalist…follow the money. Inikah Islam…???

      0

      0
      • pengkaji manusia says:

        hotel tu buat bisnes. dia ada,pkerja nk dibayar. ada overheads utk diselesaikan. kalo ikut apa yg dijelaskan yakult tu, almost semuanya free je melainkan kos pnginapan dan flight ticket.

        kalo kau meniaga nasi lemak pun kau caj at least rm1.50. ni pula nk run hotel. jgn jadi keyboard warrior sesaja tnpa niat yg murni.

        peace

        0

        0
  36. hafiz says:

    kalau ada duit dan ada ejen yg bole bg cepat nak pi haji pi ja. kl xbyk duit mcm saya tunggu tahun 2093 baru dpt pergi melalui tabung haji. 2093 ye, tu bukan typo. lg 77 tahun umur saya time tu 111. anak saya 79thn. hangpa ni bising2 dah daftar ka belum?

    0

    0
  37. loyalmalaysian says:

    Lepas ni mesti dia selfie hotel penginapan mewah dia kat sana…hmmm…so typical

    0

    0
    • Lol says:

      Selfie depan kaabah tu mesti…jubah perlu tunjuk. Celak dan nasi arab masuk Instogram…tu tuntutan islam…katanye!

      0

      0
      • nak p haji jugak says:

        Saya baru ke agensi yang tawarkan haji pakej minggu lepas. Untuk mak saya lepas untuk ke mekah melalui visa tabung haji sebab mak dah daftar haji lebih drp 5 tahun. Tapi visa saya dengan tabung haji tak lepas sebab bari sebulan mendaftar haji. Kalu saya nak p jugak, ada visa lain tabg bukan drp tabung haji. Visa tu datang terus dari kerajaan arab saudi. Dipanggil passport merah. Harganya rm42k. Huhuhu mahai weii.. tak mampu mokcik.

        Pendek kata, ada visa lain selain drp visa tabung haji. Tapi mahai la..

        Tak percaya, silakan la ke mana2 agensi yg tawarkan haji pakej. P tanya sendiri k.

        0

        0
        • nak p haji jugak says:

          *baru sebulan mendaftar haji

          *ada visa lain yang bukan drp tabung haji

          Maaf typo kat atas tadi..

          0

          0
  38. Anonymous says:

    Tabung Haji…korupsi sgt. Malu la…nmpk la duit boleh beli giliran.

    0

    0
  39. Anonymous says:

    Lepas ni meraung la ingat dosa2 lampau. Nampak la segala bayangan lah apa lah. Balik low profile la 6 bulan..lepas tu menggeletis la balik. Tipikal…org lain pergi x meraung apa pun. Menitis sikit je ..yg korang meraung nk jilat kaabah tu…siapakah itu???

    0

    0
  40. loyalmalaysian says:

    Tabung Haji patut mendahulukan mereka yang tua dahulu…yg muda2 walaupun duit dah cukup ape salah beri laluan kepada mereka yg tua…mereka yang tua ingin sgt ke sana…TH tolong sort umur masa buat pemilihan mengerjakan Haji…

    0

    0
    • lynn says:

      Memang la mcm tu. Tapi dlm kes ni, Neelofar buat rayuan alasan nak teman mak ayah. Aku pun buat rayuan, tak dapat. dan aku tak meroyan pun sbb dah tekde rezeki.

      0

      0
  41. kak bedah says:

    ini bukan masalah TH lebih2kan si lofa ni,sapapun kalau nak pergi walau tak daftar sebelum tu boleh dgn syarat la pergi dgn pakej TH no 1 tu yg rege 100k++ ada paham ka!

    0

    0
  42. kak jah says:

    No komen..harap2 dpt la haji yg mambrul..aamiin

    0

    0
  43. Anonymous says:

    Panggilan haji tu kan drp Allah..kalau xdpt panggilan tu bnykan solat taubat..kita mungkin tak perasan ada silap kat mana2..doa minta Allah terima kita jadi tetamunya..Wallahualam

    0

    0
  44. bribe free malaysian says:

    rayuan dipertimbangkan dan diluluskan atas kriteria apa? faktor umur? kesihatan? mak ayah aku ni dok la buat rayuan dari tahun ke tahun. setiap tahun pun dengar jawapan harapan tipis. kita tapis ikut guideline, kriteria bla bla etc etc. sudahlah TH… korang jawablah nanti

    0

    0