Syazwan Zulkifly Mahu Berhenti Berlakon?

Hiburan

Syazwan Zulkifly Mahu Berhenti Berlakon?

Tidak mahu di himpit kontroversi  kerana kisah peribadi beliau bersama pengacara Hlive Shenty Feliziana, aktor Syazwan Zulkifly telah bernekad untuk berhenti daripada dunia lakonan.

Advertisement

Pengumuman yang mengejutkan ramai pihak itu dibuat semalam menerusi akaun Twitter miliknya.  Mengakui beliau sayangkan kariernya Syazwan bagaimanapun selepas ini mungkin hanya akan terlibat di belakang tabir sahaja.

Saya putus asa. Kalau orang kata saya tak kuat, iya, memang saya tak kuat untuk berhadapan dengan situasi ini. Ini masalah peribadi yang pasti akan merosakkan nama saya. Jadi sebelum saya kena ‘gam’ oleh mana-mana pihak, lebih baik undur diri.

Saya sayangkan kerjaya ini, tetapi jika apa yang akan berlaku nanti menyebabkan ibu bapa saya menderita, lebih baik berhenti. Saya sayangkan ibu saya. Mungkin saya akan lebih terlibat dengan kerja belakang tabir. Namun tidak untuk di hadapan kamera.

Namun, Syazwan berharap perkara ini tidak akan diperbesarkan atau menjadi kecoh kerana beliau sebolehnya akan mencari jalan penyelesaian terbaik tentang masalah kisah peribadi beliau bersama Shenty.

Jika Syazwan sudah pasti bahawa keputusannya ini akan memberikan kebaikan kepada semua pihak,maka teruslah niat anda. Kami berharap selepas ini Syazwan akan berjaya dalam apa sahaja beliau lakukan. All the best!

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...