Written by Bella | November 23rd, 2015

Apabila pengacara kelahiran Singapura iaitu Shenty Feliziana mendedahkan beliau dicederakan oleh kekasih Syazwan Zulkifly selepas ingin berbincang mengenai hubungan mereka, ramai yang mengutuk perbuatan aktor itu sehingga ada peminat yang mengugut akan memecahkan muka Syazwan sekiranya beliau datang ke Singapura.

Selepas Shenty membuat laporan polis, Syazwan telah bertemu dengan ibu bapa wanita tersebut dan memohon maaf atas apa yang terjadi.

Tidak pernah memberikan kenyataan berhubung kes tersebut sebelum ini, Syazwan menerusi BH PLUS  mengakui kesilapannya itu dan menjelaskan beliau sebenarnya tidak sengaja mencederakan Shenty.

Malah, beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau seorang yang panas baran.

Saya mengakui silap saya dan berjanji untuk berubah. Setiap masalah boleh diselesaikan dengan baik, mungkin lepas ini saya perlu mengawal emosi. Tetapi itu bukan bermakna saya seorang yang panas baran.

Lelaki mempunyai egonya, apatah lagi hal sebelum itu belum selesai. Ketika bergaduh, saya tersikku mukanya dan ia tidak disengajakan. Ketika itu, saya sedang memandu dan apabila melihat wajah Shenty, saya menangis. Ya Allah! Kenapa jadi begini?

Syazwan juga ada meminta Shenty untuk memberikannya peluang kedua dan kembali bersama. Namun, Shenty yang masih dalam keadaan trauma buat masa ini enggan belum terbuka hatinya untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki sekali pun.

Hati wanita ini lembut tetapi apabila ada lelaki sudah cuba untuk naik tangan meskipun tidak sengaja  sehingga mendatangkan kecederaan pasti ia akan membuatkan mereka menjadi trauma. Apa-apa pun, kami harap selepas ini Syazwan Zulkifly benar-benar berubah seperti yang beliau katakan dan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

Sumber Berita: BH PLUS

35 responses to Syazwan Zulkifly Akui Tidak Sengaja Cederakan Shenty, Menangis Selepas Melihat Wajah Kekasihnya Itu

  1. Insan Biasa says:

    Dasar gila !

    0

    0
    • Neil Armslayer says:

      Jadilah lelaki sejati..bukannya dgn mencederakan wanita…
      Dunia menuju akhir zaman, mcm2 perkara mendukacitakan berlaku sekarang.

      0

      0
      • Cilipadi says:

        Elok pergi check up kat hospital la syazwan. Mana tahu kot kot u ada penyakit mcm pengarah yg pukul ika nabila tu jugak. Bole la makan ubat.

        0

        0
    • awek baju ketat free hair says:

      yucks… retis low class. hey girl.. you jangan kawin dengan lelaki macam ni. Lelaki macam ni nampak sangat bangsat, so how lelaki ni nak support life you nanti. ? Much better lah kan if you find lelaki kaya yang boleh support you.. itu pun kalau you nak hidup senang. lelaki malas say NO.

      0

      0
    • awek baju ketat free hair says:

      that’s why lah you kena cari lelaki yang romantik. Lelaki romantik ni dia akan belai you… layan you baik2. Kalau lelaki panas baran… dorang ada ego yg tak boleh nak sejuk. Kepada girls.. kalau your bf tu spesis ego, tinggalkan jer. Tak payah bodoh sangat masih stay dengan lelaki macam tu. Sebelum tinggalkan your bf yang ego tu… make sure you sepak kuat2 dulu ya telur dia..lepas tu blah.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    tersiku la sangattt.. hebat gaya siku ko mcm gaya tumbuk lebamnya.. nk bohong je retis ni!! skrg tersiku.. gadohh lg terbunuh pulak???

    0

    0
    • Anonymous says:

      “Saya mempunyai masalah emosi tapi saya bukan seorang yang panas baran”

      Ah ye….. ye aku percaya. Yeeeeee cayaa cayaaa

      0

      0
  3. Okay says:

    Yeah right..

    0

    0
  4. minah jambu says:

    ah suda la lu shazwan jangan nk mengarot lah huh !!

    0

    0
    • minah tak jambu says:

      tu ler ko syazwan nk sgt kt si shenti ni.kan tak pasal dia bg ko femes.satu malaya kenal ko skrg psl isu pukul.terima kasih la kt shenti sbb buat kau femes dan dia pn tmpang sekaki:)

      0

      0
  5. cikikaka says:

    selalunye org mcm ni jenis panas baran + cepat nangis..

    0

    0
  6. shazwan tu nk pukul nyamok kat pipi tp terlempang sekuat ati pulak..kesian

    0

    0
  7. cik mek molek says:

    dulu bf cik mek macam ni lahhhh.. dia yg pling panas baran.siap tumbuk atap kete uols! maki2 cik mek .lpastu dia yg meraungggg gila2 lepas tu…

    gila kot org yg pnas baran lpastu manangis mcm drama nie.

    0

    0
  8. Ibu mertua ku! says:

    Belum jadi menantu….
    Mcm “hantu”…
    Menangis Konon….!!!!
    Kuang3…….

    0

    0
  9. melati says:

    Simpan buat aper Jantan2 yg suka pukul ni..jantan2 yg suka pukul pompuan ni ..jenis2 yg suka ketuk duit GF…pastu ckp beso…, pastu org tk suka kawan dgn mereka ni bila time minum gan kwn2 harap org belanja…duit sendiri simpan….lebih tepat Kedekut….org2 camni sanggup bunuh Mak Bapa pasai duit…..ni betol2..

    1

    0
  10. Bila kita dilukai
    Darahnya mudah kering
    Tapi parutnya tetap membekas di sudut hati

    0

    0
  11. ada aku kesah says:

    apek oiii ngape la engko jadi camniiii kau bukan takde bakat aku suka kau since juvana tapi kenapa apek kenapaaaa kau bawak panas baran kau tuuu smpi ke orang lainnnn

    0

    0
  12. mawar says:

    one word…”PHUIIIIIIIIIIIII”

    0

    0
  13. Anonymous says:

    sedar azma aizal yusof ke?
    saiko nye la ko ni..dah pukul menangis sejibik dalam derama wei hahaha.

    0

    0
  14. izat says:

    dah lepuk melalak pulak konon..tanda2 psyco je…scary

    0

    0
  15. Mat K says:

    Siku. Ya siku sampai lebam. Orang lain percaya. Ya percaya. ya ya.

    0

    0
  16. Lemak says:

    Bila lelaki pukul perempuan, “Lelaki tak guna, pukul insan yang lemah”

    Bila perempuan pukul lelaki, “Padan muka laki tu, mesti laki tu yang buat hal”

    Nasib baik aku perempuan. Hihihi.

    0

    0
  17. Anonymous says:

    kalau saya haram nak lelaki mcm tu buang masa je.mcm tak de lelaki lain dalam dunia ni..

    0

    0
  18. tasya says:

    jng bg peluang ke 2 kt dia… xde alasan dia pukul awk… bkn bini dia pun.. bnyk jantan lain yg baik lg.. biar tu jd pengajaran kpd dia.. next time jng nk pandai2 pkul ank dara org

    0

    0
  19. kiah tak propa says:

    Drama apa lg yg dua org ni tgh reka ni?cnpius aku.bkk blog asik psl dua ekor ni.kenapa dua ekor ni taknak mngaku apa jd kn sng.main tarik tali.dan kita yg baca ni pn trtipu la dg pelakon plastik dua ekor ni.jgn tipu byk sgt ye shazwan dan shenty takut nnti mkn diri balik dik.dunia ni tak bsar mne pon,xsmua org korg bole tipu dan pcaya drama korg

    0

    0
    • Anonymous says:

      syazwan nie yg drama la. psiko dan kaki drama. pukul girl lepastu nangis haha mesti ada sakit dia ni.

      0

      0
  20. Aku says:

    Ah kan last dia mengaku gak.. Sebab tu dia senyap.. Bila shenti tu bersuara ramai ckp cari publicity l lah c jantan tk ckp ape2 pun c shenti byk songgel… ckp shenti buat perangai lah pe lah….

    0

    0
  21. just me says:

    Sejak ko berlakon juvana ke ko jd baran nie syazwan??good..juvana memberi impak sungguh “impressive” buat pelakon2nya!! Tahniah!!

    0

    0
  22. Yekeni says:

    Pengajaran hari ini..

    Macam mana untuk mengenalpasti a woman beater.

    Setelah dia dah puas membedal subjek,
    – Dia akan menangis meminta maaf
    – Dia akan kata dia tak akan buat lagi
    – Dia akan kata dia sayang kat kita

    Subjek yg gedegak akan
    – Mempercayai kata dia
    – Menyalahkan diri sendiri kerana mungkin perlakuannya telah menyebabkan si beater tu bertindak demikian
    – Memaafkan si beater tu…

    Ingat, kalau dah sekali dia angkat tangan kat kita, especially bila belum kahwin, bersyukur kerana telah dibukakan mata kita sebelum terlambat dah kena yg lebih teruk.

    Angkat kaki….. Jalan!

    Perangai manusia susah nak berubah… Ramai lagi lelaki di luar sana. Jangan ikut perasaan cinta… Anda akan menyesal….

    Cinta tak kemana… Especially cinta yang meninggalkan scar di tubuh badan kita…..

    0

    0
  23. Anonymous says:

    dasar psiko. pelik tau siku pon jadik lebam2 muka. tersiku ke saje2 siku? haha.

    0

    0