Written by serenity | March 19th, 2015

Kalau anda rajin mengikuti drama atau filem tempatan, pasti pernah terlihat wajah Syazwan Zulkifly di kaca televisyen. Antara lakonannya yang mendapar perhatian ialah dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 membawakan watak antagonis.

Tak tahulah, mungkin wajahnya itu yang nampak nakal membuatkan dia sering ditawarkan watak jahat. Untuk pengetahuan anda, menerusi laporan Utusan Online, Syazwan masih belum punya kekash jadi gadis-gadis di luar sana bolehlah try.

A photo posted by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Saya kalau boleh tidak mahu mak saya tahu. Mungkin benda ini kecil dari pemerhatian mereka namun bagi keluarga penerimaan mereka mungkin boleh jadi berbeza. Sebagai pelakon saya tahu saya perlu bersedia soal ini, tetapi kalau boleh elak saya akan cuba elak sebab memikirkan kesannya kelak. Ibu saya memang tidak ada masalah, mungkin kalau saya ada teman wanita dia pula yang pelik memandangkan saya memang berkongsi semuanya dengan dia. Buat masa ini saya hanya mahu berikan tumpuan buat kerjaya dahulu, tetapi kalau ada saya akan kongsikan

 


Asyik-asyik bawa watak jahat, mesti ada yang menganggap perwatakan sebenar Syazwan memang sebenarnya sebegitu. Di Malaysia saja, ada yang mengaku dibenci orang ramai kerana berjaya membawakan watak penjahat atau antagonis dengan berkesan.

Bila sudah selalu sangat bawa watak sebegini memang melekat sangkaan yang tidak baik, tetapi saya percaya itu hanya akan dipercayai orang luar dan bukan orang yang kenal saya. Saya tidak kisah kerana apa yang saya lakukan adalah untuk watak jadi itu sudah menjadi tanggungjawab saya.

Saya lihat ini ada dua bahagian, positifnya bila orang percaya dengan bakat lakonan saya bila terus ditawarkan dengan watak ini. Negatifnya pandangan orang yang kononnya watak yang saya bawa adalah diri saya yang sebenar, memang itu adalah perkara yang saya tidak boleh buat apa-apa.

Dan memang tidak disangka-sangka di sebalik watak antagonistik yang sering dibawa, Syazwan sebenarnya seorang yang pemalu.

Mungkin bila selalu sangat bawa watak jahat ada orang labelkan saya begitu, tetapi jujur saya memang sukar naik marah. Saya juga sebenarnya seorang yang pemalu, itu antara sikap saya yang orang tidak tahu.

Ialah, mungkin selepas ini Syazwan akan diberi peluang untuk membawa watak hero atau protagonis pula. Pada masa itu mungkin persepsi masyarakat akan berubah. Apa pun jika persepsi masyarakat terhadap anda menjadi negatif kerana watak jahat yang sering dibawakan, itu petanda lakonan anda menjadi dan berkesan. Patut rasa gembira tu. Good luck buat Syazwan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to Syazwan Zulkifly Sinonim Dengan Watak Jahat, Dedah Diri Sebenarnya Pemalu

  1. Miss Tijah says:

    I cop dia..sila jangan caras

    0

    0
  2. juvana says:

    apex!!!!!!!!

    rindu watak gile gile die sebagai apex……lebiu apex

    0

    0
    • b says:

      kannnn. Especially dlam Juvana series punya dulu. Watak dia mcm noty tp sbg kwan yg sngat sweet dan anak yg sngt baik.

      0

      0
  3. Anonymous says:

    i suka dia..best

    0

    0
    • Mak jemah pemalu says:

      Dont judge a book by its cover….memng minat sgt lakonan die..pemalu rupenye..sama mcm Sofi Jikan, watak kemain jahat tp bile terima anugerah, salam pun tak dgn tukang beri anugerah yg pompuan..zulhuzaimi pun suke tgk klu watak jahat..

      0

      0
  4. Anonymous says:

    pemalu tapi gatal… mata keranjang..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    gatal dia ni….

    0

    0
  6. markonah says:

    Bohong lah dia x de girlprend.aritu g kenduri kt hotel impiana ipoh.nmpk dia ni.kebetulan dia kwn pengantin.ko tau apa aku nampak? Aku nmpk dia ni dgn gelprend dia baju kuning bajet hot2 sikit tp jalan mendongak ke langit siap peluk tangan lg.kebendenyeeee??!.tp aku mengaku aku nmpk dia ni mcm malu2 sikit.

    0

    0
  7. stalker says:

    DIE NI GATAL KOT. TERBUKTI DIE MMG PENAH NGORAT AKU. TP BIASA LA. BAJET ARTIS DIE INGAT DIE HENSEM POMPUAN SMUA NAK DEKAT DIE. NASIB BAIK AKU X LAYAN. INGAT AKU PREMPUAN YG TERGEDIK2 DESPERATE NAK YG HADO KWN DGN ARTIS KE? PUIK.KBAI

    0

    0
    • Anonymous says:

      ye ke dia ngorat? kdg ada org… org tak ngorat…dia je perasan org ngorat…
      kahkahkah….

      0

      0
      • stalker says:

        jahat kot. siap ckp u nakal x? jom notty2 tu napo? kalau comment ni leh post gamba aku dah screenshort da die message.ceh.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Entah dia saje je, entah tengok kartun smbil gelak2 kenakan kau…
          Tp memng la x elok usik mcm itu…Ataupun….ke kau jenis yg noty tu? Biasanya org berani kata mcm tu bila pmpuan tu dia tau jenis gitu…Hihi

          0

          0
  8. aku says:

    Smlm tertengok dia berlakon kt tv oasis,terus jatuh cinta tgok bakatnya.try tanya mak aku sapa dia nie n mak aku dgn bangganya,terus jwb SYAZWANNN….hai,glemer upenya mamat nie.aku pulak haram tak kenal..terusknla bakat u tu ye.jauhkn la dr gosip liar yg membuatkn org mcm aku ni menyampah tgok drama melayu sejak bertahun2 dulu..sekian..

    0

    0
  9. minah jambu sayang nenek says:

    minah jambu suka kalau dia bawak watak jantan jahat sememang nye menjadi watak yg dia bawakn sampai minah jambu menyampah dengan dia…kalau dh minah jambu menyampah n tk suka tengok muka dia tu bermakna lakonan dia bagosss…lov uuu…

    0

    0
  10. haiyaiyai says:

    Alolololo..pemalu eh. Jahat2 pun nasib baik pandai buat lawak dalam istikharah cinta. Papa papa papa jahat~~

    0

    0
  11. layan je laa says:

    Syazwan penah blakon watak baik dlu.. Almost 2year past. Slot azalea kol 4ptg TV 3. Sbgai driver taxi..

    0

    0
  12. adudu kepala kotak says:

    watak dia hero dalam filem LAGA. hehehehe.

    0

    0