Written by Bella | April 7th, 2015

Syarul Ridzwan merupakan seorang pelakon baharu yang nampaknya sudah mula menapak dalam dunia lakonan sedikit demi sedikit. Mula dikenali menerusi drama Romi Cinta Julia, Syarul Ridzwan sudah beberapa kali memegang watak utama dalam sesebuah drama.

Walaupun masih lagi baharu, Syarul turut tidak terlepas daripada gosip dimana sesetengah pihak mendakwa beliau kini bersikap sombong. Menafikan tuduhan tersebut, Syarul menganggap ia lumrah apabila bergelar selebriti.

Saya rasa isu seperti ini tidak harus timbul kerana jika ada peminat yang hendak bergambar saya akan berhenti untuk bergambar bersama mereka.

Ini merupakan asam garam dalam industri sebagai seorang artis yang sentiasa menjadi perhatian orang awan.

Jika ada yang terlepas pandang mengenai perkara ini saya memohon maaf kerana tanpa peminat yang menyokong saya tidak akan berada disini.

Untuk pengetahuan anda, Syarul lahir daripada program Hero Remaja siri 2011/2012 dan mendapat tempat ketiga dimana Syafiq Kyle mendapat tempat kedua dan juaranya adalah Fattah Amin.

Mengakui Syafiq dan Fattah lebih menyerlah, hero drama Hati Perempuan ini tidak merasa iri hati atau tergugat kerana ia merupakan rezeki masing-masing.

Saya tidak rasa tergugat dengan populiriti mereka kerana semua ini terletak kepada rezeki masing-masing yang telah ditetapkan.

Mungkin rezeki mereka datang dahulu berbanding saya jadi ia tidak timbul isu kerana kehadiran kami adalah untuk memeriahkan lagi industri tanah air.

Syarul Ridzwan sudah mempunyai pakej yang baik sebagai pelakon dari segi fizikal. Cuma, apabila kami menonton drama Hati Perempuan, mungkin Syarul boleh mendalami watak dengan lebik baik lagi agar nampak tidak kaku.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

21 responses to Syarul Ridzwan Nafi Diri Sombong

  1. #Srtigers says:

    Love u

    0

    0
  2. Mak semah says:

    Ni mamat yg jahat dlm crrita Mr arrogant tu ke?
    Muka ada package .. Bandan dan ketinggian

    0

    0
  3. bluberry says:

    ada iras Izzue .

    0

    0
  4. anon says:

    standard la retis baru..hensem,tgh org nak tpi jgn berlagak sombong nanti cepat tutup’kedai’,contohi retis lama…roysham,faizal,norman,remy dll…smpai sekrg orng berebut nak..tingkatkan mutu lakonan anda !

    0

    0
  5. cik mek molek says:

    mmg setiap baju dia pakai mmg kne ade pingat ke? hahahaha geli lahhh

    0

    0
  6. mimi says:

    Niceguy…Dik ! kalu lain kali ada org sponsor baju nk letak pingat bagai tak mau ye.. cantik pada yg betul2 uniform je pingat camtu… dh hensem dah jgn spoil dgn fesyen yg tak spatutnya OKK!!!! gud luck ….

    0

    0
  7. monah says:

    Dia ni terkenal la jugak…Fattah Amin pun..Shafiq kayle tu pelakon gak ke…ooooooo…baru aku tau….

    0

    0
    • cucu monah says:

      dia ni dgn syafiq kyle ok la kalo blakon…
      kalo fattah amin…lg ak nk nanges tgk dia blakon…
      cdeyhh….kayu sgt2!!

      0

      0
      • keladi gatal says:

        dia ni dgn syafiq kyle ok la kalo blakon… part ni setuju.

        kalo fattah amin…lg ak nk nanges tgk dia blakon…
        cdeyhh….kayu sgt2!! yg ni double2 setuju..

        utk anugerah Artis Baharu Lelaki Popular @abpbh2014 aku bajet syarul ridzwan @ syukri yahya yg menang.. tapi pemenang itu aku pon xkenal.. popular kah??

        0

        0
  8. Jenab serai says:

    Sha tu budak sporekan ?
    Apahal korang undi dia ?

    0

    0
    • ann says:

      bukan shah iskandar tapi hafreez adam. dia dgn fattah amin tu lbh kurang je berlakon kayu. ntah mcm mn laa bleh mng. undi diri sndiri kot??? nk cpt fofular kengkononnya…

      0

      0
  9. mTb says:

    dalam hati perempuan memang begitulah waktaknya bang nara, watak tengku yang cold hearted, bang nara tak baca novel ni. haippppp jangan kutuk2 hero saya hihi

    0

    0
    • Anonymous says:

      btol2..mmg karakter aril mcm tu la nara..bukan nye kaku lakonan die..
      Cube tengok lakonan die sblom2 ni..okay je:)

      0

      0
  10. Anonymous says:

    Ramainya pelakon baru

    0

    0
  11. juju says:

    berlakon kayu…tak semangat tengok drama hati perempuan entah apa..please la cari pelakon lainnn

    0

    0