Syarul Ridzwan Mahu Cuba Elak Adegan Berpelukan Dan Bersentuhan

Hiburan

Syarul Ridzwan Mahu Cuba Elak Adegan Berpelukan Dan Bersentuhan

Nampaknya pelakon Malaysia kini lebih peka dan mempunyai pendirian tersendiri dalam lakonan mereka, jika sebelum ini Izara Aishah pernah memberitahu beliau tidak akan berpakaian seksi ataupun melakonkan aksi ranjang didalam filem mahupun drama, kini pelakon kacak Syarul Ridzwan turut menyatakan hasrat beliau yang akan cuba untuk tidak melakonkan adegan berpelukan ataupun bersentuhan  secara melampau bersama pelakon wanita lain.

Advertisement

Memang dah lama saya fikirkan hal ini, tapi saya akan berubah sedikit demi sedikit supaya ia tidak menggangu proses kerjaya saya sebagai pelakon. Tentang perubahan ini, tiada mana-mana pihak yang cuba mempengaruhi diri saya. Memang saya sendiri yang ingin membuat keputusan tersebut. Saya harap peminat-peminat saya faham dan tak perlulah saya ulas dengan panjang lebar.

Pada masa yang sama, Syarul menjelaskan keputusan beliau itu tiada kena  kena mengena dengan kepulangannya dari tanah suci Mekah sewaktu menunaikan Umrah sebelum Ramadan baru-baru ini. Malah, Lembaga Penapisan Filem juga telah mengeluarkan pekeliling baru mengenai isu tersebut.

Kepulangan saya dari Umrah bukanlah faktor dan penyebab utama saya untuk berubah.  Sebaliknya,  keinginan itu sudah lama timbul cuma ia mengambil masa sedikit untuk dilaksanakan.

Saya percaya pihak produksi filem mahupun drama akan dapat memahami hasrat dan keinginan saya ini. Lagipun, mereka mempunyai tenaga kerja yang bijak dan kreatif untuk menghasilkan sesuatu karya bagi mengelak berlakunya babak-babak bersentuhan.

Kalau selepas ini ada orang kata saya sudah mula ‘demand’ atau mengada-ngada itu pendapat mereka, saya tak boleh nak halang.

Kami harap keputusan Syarul Ridzwan ini dapat di terima baik oleh pihak produksi yang ingin bekerjasama dengan beliau. Kalau artis sendiri sudah mahu berubah, bila pula pihak penerbit dan produksi akan melakukan perkara yang sama dan memikirkan idea lain untuk menarik minat penonton dalam karya mereka?

Sumber Berita: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...