Written by Bella | November 17th, 2015

Mungkin ada sesetengah yang seakan sudah bosan mendengar gosip percintaan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad tetapi tidak boleh kita nafikan bahawa ia masih lagi menjadi perhatian.

Didakwa sedang bercinta dengan aktres baharu Mira Filzah dan mendakwa ia salah satu punca hubungan Syarul serta Mia putus, aktor itu bagaimanapun menjelaskan buat masa ini beliau tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana wanita sekalipun.

Saya harap penjelasan ini dapat memperbetulkan banyak gosip yang tidak benar. Saya tidak pernah mendedahkan bercinta dengan Mia atau mana-mana jua wanita sebelum ini. Saya berkawan baik dengan Mia sejak kami sama-sama berlakon drama Hati Perempuan. Dengan Mira juga saya berkawan. Jadi, macam mana boleh timbul gosip kononnya hubungan cinta dengan Mia putus disebabkan Mira?.

Syarul percaya ada pihak yang cuba untuk memutar belitkan perkara sebenar dan sengaja ingin mencetuskan perbalahan.

Apa yang saya nampak, ada pihak yang cuba memutarbelitkan keadaan dan mereka cerita yang tidak benar. Bagi saya ada pihak cuba mencetuskan pergaduhan antara dua wanita bertudung yang baik. Saya masuk dunia lakonan sebab ingin menjual bakat dan mencari rezeki, bukannya mahu membabitkan diri dalam banyak gosip atau publisiti murahan sebegini.

Saya nasihatkan pada pihak-pihak tertentu yang suka mereka cerita tidak betul, hentikanlah semua itu. Saya tak pandang pada cerita rekaan atau publisiti murahan ini boleh membantu kerjaya seni.

Saya anggap kontroversi yang timbul dilakukan dan direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Buat Syarul, beliau boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kisah jika mereka pelakon baharu ataupun lama.

Tambah Syarul, beliau tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi secara terbuka dan hanya akan mengumumkan hatinya sudah menjadi milik orang di hari pernikahannya nanti.

Sumber Berita: Mangga Online

16 responses to Syarul Ridzwan Jelaskan Tidak Bercinta Dengan Mana-mana Wanita Buat Masa Ini

  1. Anonymous says:

    berhati2 la jgn jd mcm jul aripin nnti org meluat.. dan klu xnk ada gosip2 liar xyah bkepit sgt dgn ppuan.. lg2 heroin dlm drama yg korg blakon sama sbb kdg2 org terbawa2 watak tu smpai lua dan ingat korg bercinta hakikatnya hanya berkwn..

    0

    0
    • Cilipadi says:

      Syarul ni antara pelapis hero malaya senior mcm Remy Ishak, Fahrin Ahmad, Farid Kamil. Muka, fizikal, lakonan semua ok. Suara tak kapit. Cuma tlg la jgn bnyk sgt gossip cintan cintun tak berfaedah ni k.

      0

      0
  2. BN says:

    Apa yg aku nampak plakon2 baru yg pakai tudung jauh lagi tegedik2 compare to yg free hair. Cthnya mia & mira ni lah. Nama pun nak kat same heh. Pastu jenis blakon kayu sgt, muka harap nak control cun.
    Last2 popular sbb kisah cinta oh plissss lah.
    Takyah nak declare2 sgt lahhhh.
    Kau tgk fahrin ahmad & ramona zamzam, bcinte senyap2 tau2 dah kawin dah.
    Korg budak2 baru ni tolg la blaja sikit, jgn naik sbb kontroversi cinta.. Baik improve dulu lakonan tu.

    0

    0
  3. azwan ali jual rendang says:

    …sebab ko bercinta dgn laki! ni geng2 amran ismail jugak ni. coverina

    0

    0
  4. Anonymous says:

    bagus syahrul ni pi je berlakon jangan layan sgt kontroversi cerita cerita merapu. Concentrate je dengan lakonan.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    syukurrrrrrrrrrrrrrrrrr

    elok la masa nak nikah baru announce kan… idok ler teman jelesssss je nengok… suke teman tengok awak dengan janna.. chemistry sangatttt… janna lak pandai berlakon. suka dia berlakon dari ceriter jodoh 1 lagi. gedik ya hamatttt dengan oppa gangnam stai tuu.. mai ceriter jodoh 2 la yang menggilapp mata teman untuk suka janna… kipidap SR n JN!

    0

    0
  6. ada aku kesah says:

    well benda ni sbnrnya fans yg kecoh lebih. tuan punya bdn takde mende pun. rasanya org yg bg nara screenshot2 twitter syarul & mira yg lama2 dulu tu adalah org yg sama yg create cite ni. sbb baru ni perasan ada satu ig nama dhialarajiwa kot, dia tu mcm fans syarul dgn mira. so dia gigih la create cite syarul n mira. gi dating sana sini. then kutuk2 fans mia yg suka mia dgn syarul. siap repost segala gmbr syarul dgn mira tp caption ada sebut2 nama mia n fans dia. taktau le apa masalah org camtu. org tu takde ckp apa pun tp dia suka2 hati je buat ig bagai pastu buat cite bukan2 n kutuk2 org dlm tu. sy sebagai peminat sr yg support dia dari mula dia berlakon pun takde le kisah naw dia nak suka sape ke nak kawin dgn sape ke apa ke sbb kita minat as a fan yg suka tgk cara dia berlakon. bkn la nak kata terer sgt tp Alhamdulillah so far tgk dia ada improvement. n yg penting dia cuba sedaya upaya utk elakkan gosip dgn artis pompuan tp fans pulak yg pulun buat cite. haha

    sekian. again, pnjg lak essay hehe

    0

    0
  7. Anonymous says:

    syarul ridzwan kalau tak bermisai macam di drama hati perempuan tak handsome, lebih suke tengok shukri yahya

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Handsome sangat pun susah kan?

    0

    0
  9. Mira says:

    Dh duduk dgn mia serumsh lg mau nafikn..kwn2 ko semua thu john..propa coverline baek

    0

    0
  10. iluvstar says:

    pirah….tak minat dah. if sape tau kisah dia dgn ex-makwe dia yg cun tu clash msti xsuka dia ni

    0

    0