Written by Bella | December 8th, 2016

Syamsul Yusof bukan sahaja bergelar pengarah filem serta pelakon terkenal, tetapi beliau juga berbakat dalam bidang nyanyian. Meskipun baru sahaja bergelar penyanyi, single Kalah Dalam Menang bersama Mawi membuatkan ramai yang mula “membuka” mata dengan bakatnya dalam industri muzik tanah air.

Walaubagaimanapun, Syamsul akui ada segelintir pihak yang kurang senang dengan kehadiran beliau dalam bidang tersebut lebih-lebih lagi selepas lagu Kalah Dalam Menang berjaya mendapat tempat dalam Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31)

Saya tahu ada ramai yang tidak suka lagu Kalah Dalam Menang ini. Sebenarnya dah lama saya buat tapi saya terlalu fikir apa orang cakap membuatkan ia tertangguh.

Saya bukan berada dalam industri muzik ini untuk syok sendiri, sebab itu saya cuba dulu kalau orang terima baru saya teruskan.

Lali dengan percakapan orang, Syamsul menjadikan setiap kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan.

Saya sebenarnya sudah lali dengan perkara ini, tidak suka dengan apa yang saya lakukan tapi saya malas nak ambil serius kerana perkara itu juga membakar semangat saya. Saya berlakon filem adik saya pun mereka marah inikan pula saya menyanyi, sudahlah dikutuk tagged  nama saya pula di laman sosial itu.

Saya anggap sahaja mereka yang kutuk-kutuk saya di laman sosial itu ada masalah dengan hidup mereka.

Yeah, tabik sama lu Syamsul Yusof. Memang bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Jangan melayan sangat komen negatif lebih-lebih lagi daripada mereka yang selalu berdengki dengan kejayaan seseorang.

Sumber Berita : mStar Online

14 responses to Syamsul Yusof Tidak Kisah Kerjaya Sebagai Penyanyi Dikritik Sesetengah Pihak

  1. Anonymous says:

    x yah nyanyi lah shamsul….x sesuai.
    Malu tengok dah tua2 nak rap n dance.
    Muka pun…..alaaaaa….x yah lahhhh

    3

    23
    • Poyo says:

      Hahahaha. Ni mesti gang sendu yang anti syamsul. Bukan ko yg menentukan sape boleh nyanyi ke tidak. Kalau betul tak elok, buruk rap takdenye masuk ajl. Tu opinion ko sorang je versus rakyat malaysia ????????????????

      5

      2
  2. Anonymous says:

    Atleast suara dia ok la lg dari Fazura kimk dan Janna Nick..

    33

    0
  3. kodok says:

    ok je dia nyanyi.. aku lagi suke dgr dia rap dari zizang tu…

    36

    0
  4. sukatikolah says:

    oklah tue…dia pun nak nyanyi juga…peace yoo…

    2

    0
  5. Anonymous says:

    dia rap bagus, lagu dia pun ada mesej yang baik.. terima je yang sebenarnya dia ni memang multi talented person.. dah rezeki dia..

    29

    0
    • Ros says:

      Not really. Belakon kayu. Syok sendiri kalau dah stok famili haslam yg x leh move on ngan gerak khas n sembilu. Nak sambung gelak. kah kah kah.

      0

      21
      • Poyo says:

        Ni lg sekor mangkuk tak sedar diri. Ko ckp camtu sbb ko jealouskan. Kalo die kayu takdenye dapat 19juta bai. Ko berlakon pon belum tentu 5 hengget dapat. Kahkahkahkah. Melayu dengki

        17

        0
      • yaya says:

        aku suka je dia nanyi..lagu kalah dalam menang pun ada makna tersirat..ok pe lagu 2…layak jugak menang… lagu2 cam2 la patut ada dalam industri..bagi semua org insaf ckit…ni asyik lagu lagho je…

        7

        0
      • Anonymous says:

        Ko je Ros yg xleh move on dari Gerak Khas & Sembilu.
        Org lain x ingat pun. Sembilu? citer pe tuh?

        0

        0
  6. nynynyn says:

    ok lah lagu ada mesej yg baik.suara sedap tapi lagu ala2 budak wechat starter pack baik tak payah.mungkin yg benci tu terasa kot dgn lirik dia.oppss.

    5

    0
  7. Anonymous says:

    Aik..ok je aku dgr dia nyanyi..sedap je dia rap..korang ni pelik la..ada2 je

    1

    0