Written by AbangNara | June 19th, 2013

Bulan lalu, pertemuan Syamsul Yusof dan Ammar Alfian telah pun didedahkan menerusi sebuah suratkhabar terkemuka. Namun begitu, sehingga ke hari ini Syamsul tidak pernah membuat pengakuan mengenai perkara tersebut. Hari ini menerusi Kosmo, Syamsul mengakui yang pertemuan tersebut memang berlaku.

syamsul yusof dan ammar

Namun Syamsul ternyata kesal kerana pertemuan tersebut telah didedahkan kepada umum. Kata Syamsul Yusof:-

Sebenarnya saya mahu selesaikan permasalahan yang timbul antara kami berdua secara baik. Kalau boleh, saya tidak mahu lagi isu ini terus berpanjangan dan itu yang membuatkan saya bersemuka dengannya. Dalam pertemuan itu, kami sepakat untuk berdamai memandangkan ia merupakan langkah yang terbaik. Cuma saya agak kesal berhubung pendedahan mengenai perkara tersebut.

syamsul yusof

Berkata kepada Mstar Online, Syamsul memberitahu yang dia akan mengambil langkah berjaga-jaga di masa hadapan mengenai sebarang kenyataan yang akan dikeluarkan.

Sekarang ini saya mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap kenyataan yang diberi. Ataupun saya hanya perlu membuat kenyataan di laman sosial agar memudahkan kerja semua pihak selain tidak perlu menjawab pertanyaan sama berulang kali.

Saya hormat semua pihak media kerana saya faham masing-masing mempunyai tujuan kerja yang dilakukan. Antara media dan artis kita saling memerlukan. Tetapi kadang-kala saya kecewa dengan gaya penulisan yang disampaikan dalam berita yang dipaparkan. Malah ada yang tidak patut ditulis pun mereka tulis. Saya tak kata semua. Tetapi adalah individu yang berbuat demikian

Apa pun Abang Nara respek dengan ketenangan yang ditunjukkan oleh Syamsul Yusof. Biasalah sesetengah perkara akan dikontroversikan untuk menghangatkan lagi suasana. Apa pun Abang Nara tak sabar nak menunggu kemunculan KL Gangster 2 yang akhirnya sudah selesai penyuntingan. Semoga cepat dapat ditayangkan di pawagam!!!

ronasutraP.S: Kulit anda kusam? Mahukan penyelesaian segera? Tampil menawan dengan mineral makeup Ronasutra. Hanya perlu 5 minit sahaja untul tampil jelita terutamanya ketika menghadiri majlis keramaian. Tunggu apa lagi? LIKE Facebook Ronasutra dan lawati www.ronasutra.com untuk melihat pilihan yang anda.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Syamsul Yusof Kesal Pertemuan Dengan Ammar Alfian Didedahkan

  1. bukan artis says:

    NI SEMUA ANGKARA JUBIR!!!!!

    0

    0
    • Fakka says:

      Ini semua promosi filem KL gangster la ni…

      0

      0
      • Yusra says:

        bosannya entry ni..tak ada ker entry artis yg hot sikit, ni gak entry bangla dgn org yg giler untung, taktik kau dah lapok lahhh

        0

        0
        • anon biasa says:

          alah buat konon2 gaduh..padahal nak promote film, kau buat mcm ni kau ingat org suka ker, org lagi meluat lah,……….

          0

          0
    • bunabuni says:

      Ni la professional namanya..dah la hensem syamsul ni..auwww

      0

      0
  2. luvluv says:

    1st??

    0

    0
  3. ayam jepun says:

    Hensemyr ko samsul ,,,, nak tackle boleh ????? HOHOHO

    0

    0
  4. seman says:

    xsedar di untung budak ammar ni..kot la nk syukur shamsul bg job kat dia dlm kl gangster..ni dok taruh lg,mmg xda job la lepas ni..

    0

    0
  5. miss s says:

    media suka memperbesarkan isu yg remeh

    0

    0
    • Miss Nadya says:

      dorang berlakon jer tu, konon masa gaduh tu zubir ada sekali…baru lah sensasi kes ni & senang masuk ruangan gosip, padahal nak promote film, woi syamsul kalau film kau tu bagus..insyallah org akan pergi tgk, tak perlu buat propa SHIT mcm ni, aku meluat lah

      0

      0
  6. paukaya says:

    korang la yg bgtahu sendiri..korang igt korang kat hollywood wartawan ikut smue..ni saje nk wat propa je ni..

    0

    0
  7. jintan says:

    alah.. korang yang bercakap ni macam ade je kat situ.. sume ni assumption aje.. korang pun bukan nye tau..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Korang ni, klu org pakai seksi, bukan main lagi nasihat. Betullah benda yg Islam larang kita kena sama2 saling mengingatkan. Di sini saya nak ingatkan kita semua jgn suka berburuk sangka dgn org. itu jg berdosa. bukan pakai seksi ja berdosa. Ngata & berburuk sangka pun berdosa juga. malahan ngata, klu x betul jadi fitnah. fitnah dosanya lebih besar drpd membunuh. sama2 lah muhasabah diri.

    0

    0
  9. capitalletterMAN says:

    AKU SETUJU NI SEMUA LAKONAN JE…SEMATA2 NAK JUAL PRODUCT..POYO OK!

    0

    0
  10. vee says:

    boring la gosip lelaki same lelaki bergaduh.muahaha..

    0

    0
  11. TENGAH TEPI says:

    kalo sungguh syamsul ngan sarah tu ok gak..secocok gitu..meletopsss

    0

    0