Written by AbangNara | March 7th, 2014

Telah disahkan menghidap demam denggi, keadaan pengarah KL Gangster ini dikatakan masih belum pulih sepenuhnya. Sehingga ke hari ini, Syamsul Yusof masih ditahan di wad sedangkan majlis pernikahannya dengan Puteri Sarah Liyana akan berlangsung esok. Walaupun ada ura-ura akan ditunda, ibu kepada Syamsul mengesahkan yang majlis esok akan berjalan seperti yang dirancang.

syamsul puteri sarah

Disebabkan keadaannya yang agak lemah, Syamsul akan menggunakan kerusi roda untuk ke tempat pernikahannya iaitu Masjid Sri Damansara. Kata ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail kepada Sinar Harian:-

Untuk esok, majlis pernikahan akan diteruskan seperti yang dirancang. Kami akan membawa Syamsul menggunakan kerusi roda. Majlis nikah tidak boleh dibatalkan kerana borang nikah dan urusan Tok Kadi telah lama diatur. Selepas nikah, Syamsul perlu kembali ke hospital semula.

syamsul puteri sarah

Namun begitu majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada sebelah malamnya terpaksa ditunda kerana masalah kesihatan Syamsul Yusof. Kata Datin Patimah lagi:-

Jadi, untuk majlis resepsi pada sebelah malamnya, terpaksa ditunda. Ini satu keputusan yang berat daripada kedua-dua belah pihak. Tapi, saya puji sikap bakal besan saya yang cukup memahami. Ikutkan, Syamsul tidak mahu majlis ditunda kerana segala persiapan telah dilakukan, tapi memandangkan kondisi kesihatannya tidak mengizinkan, majlis terpaksa juga ditunda

syamsul puteri sarah

Tarikh untuk majlis resepsi akan dibincangkan semula selepas 2 minggu dan apabila keadaan Syamsul Yusof benar-benar pulih kelak. Apa pun, sama-samalah kita doakan kesihatan Syamsul. Semoga diberikan kekuatan untuk meneruskan akad nikah seperti yang dirancang. Diharapkan agar Syamsul lekas sembuh dan dapat menjalani kehidupan suami isteri seperti yang diimpikan setiap pasangan yang berkahwin.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 responses to Syamsul Yusof Ke Majlis Pernikahan Guna Kerusi Roda Akibat Denggi

  1. Kak arja leemah says:

    First! Korg semua kat ceruk mana internet slow keeee

    0

    0
  2. Anonymous says:

    cepat sembuh ye…boleh la puteri jga syamsul lpas nikah esk…sabar la hadapi ujian….

    0

    0
  3. Cik Kona says:

    semoga samsul cepat sembuh :)

    0

    0
  4. puzz says:

    biar betul takde org komen?? kesian kau…kena denggi pulak. cepat2 sembuh ye shamsul…lepas ni boleh bini jaga pulak kat spital.

    0

    0
  5. Emma says:

    kita merancang Allah juga yg menentukan.. semoga cepat sembuh!

    0

    0
  6. nana says:

    first

    0

    0
  7. gadis says:

    kesiannya..semoga cepat sembuh dan semoga majlis pernikahan esok berjalan dgn lancar…byk mkn sup ketam…cepat sembuh k…

    0

    0
  8. gegurl says:

    Sejuk hati baca citer kat atas setelah berhari2 panas hati baca blog bang nara nih.. Moga majlis nikah Syamsul Yusof n Puteri Sarah dipermudahkan.. Amin

    0

    0
  9. PRIHATIN says:

    CIAN DIA…
    SYAMSUL YUSOF SEMOGA CEPAT SEMBUH DAN SEGALANYA BERJALAN DENGAN LANCAR.

    0

    0
  10. Hamba Allah says:

    semoga Allah merahmati pasangan pengantin ini dunia dan akhirat…amin

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Semoga cepat sembuh! yg bagusnya, ada isteri boleh terus jaga lepas nikah…

    0

    0
  12. ikan says:

    harap2 x serius dengginye n x jadi pape. kesian la pula bakal bininye klu jadi pape, kejap je pakai status bini.

    0

    0
    • Ayam says:

      hahahaha ikan.. ko ni la.. meh aku plak ckp kat ko..

      “harap2 x serius la ikan cakap mcm tu n x jadi pape. kesian la pula aku klu jadi pape, kejap je si ikan hidup kat dunia ni & tak sempat taubat hanya kerana kata-kata.”

      0

      0
  13. Olaf says:

    sedihnya dgr nk nikah kena dmam denggi plk…kalau bakal laki aku nk nikah sakit mcm ni aku mesti sedih sgt..sbnrnya ALLAH tu nk menguji u shamsul..harap2 cepat sembuh ye shamsul…jgn lupa makan sop ketam agr cpt sembuh…

    0

    0
  14. Anonymous says:

    ko ni dh nape ikan ckp mcm tu…ko kang kalau aku mkn idup2…siat2..potong jadi satu ratus baru tahu…suka hati mak bapak dia jer ye ckp mcm tu…doa kan dia cepat sembuh dh le…lempang kang baru tahu…

    0

    0
  15. syikin says:

    xpe..kdg2 bnda mcm ni la yg akan jd knangan manis diorg bdua..bole diceritakan pada cucu cicit kelak..

    0

    0
  16. azreen says:

    Cute pulak syamsul mata stim…

    0

    0
  17. Hehe says:

    Semoga segalanya dipermudahkan dan cepat sembuh. Amin

    0

    0
  18. Anonymous says:

    wow malam pertama di hospital. Make sure pintu bilik kunci rapat . Ringan2 je tau. Di harap Shamsul cepat sembuh. Tahniah buat kalian berdua.

    0

    0
  19. atos says:

    get well soon Syamsul..

    0

    0
  20. mee kari says:

    Takpe… it will make for a memorable day and something interesting to tell your kids..

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Cuba minum air jambu batu …. beli aje kat pasaraya ke kedai ke …. biar cpt sembuh … sian sgt kat bakal pengantin baru nie

    0

    0
  22. comel je says:

    moga syamsul cepat sembuhhh…minum air suam byak2…lepastu 100plus pon bekesan…nanti dah nikah boleh la sarah jaga pulak…ada org teman…moga kalian bahagia hendaknya…aminnnnn

    0

    0