Syamsul Menang Atas Usahanya Sendiri – Datuk Yusof Haslam

Hiburan

Syamsul Menang Atas Usahanya Sendiri – Datuk Yusof Haslam

Sejak dari awal lagi, pencalonan filem Munafik di FFM 28 telah dihimpit pelbagai kontroversi. Semalam, filem itu menang besar didalam FFM 28 kerana berjaya mengungguli  kategori utama iaitu Filem Terbaik Nasional dan lima lagi kategori lain.

Advertisement

Oleh itu, masih ada lagi beberapa pihak mencetuskan spekulasi kononnya kemenangan Syamsul itu adalah kerana pengaruh bapanya.

Menjawab tuduhan liar berkenaan, Datuk Yusof Haslam memberitahu setiap anugerah yang diterima oleh filem Munafik tidak ada kena mengena dengan dirinya. Menurut Yusof beliau tidak terlibat dengan sebarang proses penilaian untuk FFM 28.

Saya tidak terlibat dengan proses penilaian dan sebenarnya saya sendiri baru diberitahu siapa barisan juri yang mengadili semua filem yang dipertandingkan.

Perkara tentang pertikaian ini bukan perkara baru dan Syamsul sendiri kecewa bila terlalu banyak tomahan dan pertikaian yang datang dari orang industri sendiri.

Pada masa yang sama, Yusof menegaskan beliau tidak ingin ambil peduli lagi dengan kritikan dan pertikaian orang ramai kerana ia langsung tidak membantu untuk meningkatkan lagi kemajuan filem negara.

Orang yang kritik filem saya itu sendiri tidak menunjukkan kemajuan dan hanya bersuara apabila ada penganjuran festival-festival begini.

Mereka tidak sedar perkara utama bukanlah tentang kemenangan tetapi bagaimana untuk meraih penonton datang menonton di pawagam.  Saya bersyukur filem-filem kami mengutamakan nilai kormersial dan kemenangan ini hanya satu bonus sahaja.

Syamsul menerusi filem Munafik juga berjaya meraih anugerah Pengarah Terbaik. Karya itu juga memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Penyuntingan Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...