Syamsul Bernazar Tunaikan Haji Selepas Kami Dikurniakan Cahaya Mata – Puteri Sarah

Hiburan

Syamsul Bernazar Tunaikan Haji Selepas Kami Dikurniakan Cahaya Mata – Puteri Sarah

Kemesraan dan sisi romantis pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah memang tidak dapat disangkal lagi, ramai sebenarnya cemburu dengan kebahagiaan mereka berdua.

Walaupun sudah berkahwin hampir dua tahun lamanya, buat Puteri Sarah beliau tidak sedar masa berlalu dengan begitu cepat kerana menjalani kehidupan rumah tangga yang cukup manis.

Advertisement

Saya gembira dengan kehidupan bersama suami. Tidak ada masalah. Manisnya seperti orang bercinta selepas nikah. Memang tidak terasa perjalanan yang sudah kami tempuhi ini. Doakan kami begini sampai bila-bila pun, ya.

Pada masa yang sama, Puteri Sarah memberitahu beliau dan Syamsul bakal mengerjakan ibadah umrah buat kali ketiga  pada Januari tahun hadapan. Ramai yang tanya mengapa tidak pergi haji sahaja sedangkan sudah beberapa kali melakukan umrah sebelum ini?

Jelas Puteri Sarah,  mereka sebenarnya ada mempunyai rencana untuk melakukan ibadah haji  tetapi masih belum berkesempatan kerana banyak persediaan yang perlu dilakukan. Malah, Syamsul juga berkata beliau bernazar untuk menunaikan haji selepas  mereka dikurniakan cahaya mata nanti.

Jika kami jadi pergi maksudnya kami akan pergi buat kali ketiga bagi mengerjakan ibadah umrah. Tentang haji pula, kami memang ada perancangan juga, sama macam orang lain.

Cuma buat masa sekarang, kami belum menemui masa yang sesuai kerana persediaannya tentulah lebih besar dan mengambil masa, jadi kena betul-betul bersedia. Syamsul juga pernah berkata, kami bernazar untuk menunaikan haji selepas dikurniakan cahaya mata.

Siapa yang tidak mahukan anak selepas kahwin bukan? Tidak mengapa, nanti sewaktu mengerjakan ibadah umrah  doa banyak-banyak agar dikurniakan zuriat, InshaAllah ada la rezeki tu nanti.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...