Written by AbangNara | February 4th, 2015

Kumpulan Zero adalah kumpulan ‘underdog’ yang cukup menyinar di Maharaja Lawak Mega 2014. Tiada siapa yang menyangka kemunculan kumpulan adik beradik dari Sabah untuk MLM kali ini mampu memberikan saingan sengit kepada kumpulan-kumpulan otai lain. Tak salah untuk Abang Nara katakan salah satu punca kelawakan kumpulan mereka ialah Syaiful, abang sulung dalam kumpulan ini yang sering menjadi bahan kutukan di dalam persembahan mereka.

syaiful zero

yg baju pink tue Syaiful

Walaupun wajahnya sering menjadi ‘bahan lawak’, jangan disangka tiada awek yang jatuh cinta dengan Syaiful Zero ini. Pelawak itu telah memaklumkan yang dia bakal menamatkan zaman bujang selepas tamatnya MLM2014 kelak. Kata Syaiful:-

Insyaallah, saya akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Kalau ada rezeki saya, wang kemenangan itu nanti bolehlah dibuat belanja kahwin.

Bagaimanapun niat kami untuk menghantar ibu dan bapa pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji diutamakan dahulu.

Peminat wanita lari? Tak apalah…satu sahaja sudah cukup bah

Orang kata orang nak berkahwin ini rezekinya murah. Mana tahu Zero akan dapat menggondol gelaran juara untuk MLM2014 kali ini? Semuanya mungkin lebih-lebih lagi dengan sokongan rakyat Sabah. Apa pun, tahniah diucapkan buat Syaiful. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Syaiful Zero Bakal Kahwin Selepas Tamat MLM2014

  1. zero to hero says:

    go melati!!

    0

    0
  2. Anonymous says:

    go zero!!!!!!!!!!!

    0

    0
  3. yoyo says:

    mawar merah mekar berduri aduh sakitnya binti auchh

    0

    0
  4. Anonymous says:

    ni konfem d beri juara…sbb kuar statement nak kwin….pastu akn org ckp rezeki org nak kwin…ape2 jer la…better x payah kuar statement nk kwin lps MLM…nmpk sgt…zasss

    0

    0
    • anon says:

      sape yang saja2 nak bagi juara kat diorang ni?
      kan ada juri..kan ada voters..sedap mulut jah cakap macam tu..aisehmennn…heran kat uu..kalu persemabahan terbaik..surelah ramai voters..voters sekarang ni da tak underdog macam dulu..minat giler walhal bakat lawak tak seberapa..contoh terbaik #VIRUS

      0

      0
  5. Anon says:

    MLM 2014 ni lawak yg paling aku igt sekali la masa mlm tema karot komedia, dri Kump. Zero pasal “biawak dlm seluar” n silent komedi pasal sukan gimnastk tu. mmg best. melekat dlm kpala lawak dorang mlm tu. bape kali ulang tgok pun aku masih gelak lagi.

    0

    0
  6. lady says:

    congrats melati smga berkekalan ke akhir hayat..sekuntum bunga melati sudah di petik org..go zero goooo

    0

    0
  7. Ayumi says:

    Syaiful memang sangat kelakar. Terharu bila dia jawab ada seorang peminat pun cukup kalau dah kahwin . True gentleman. Baru tahu Sharif pun dah kahwin. Harap Atoo kahwin lambat sikit la eh..hehe..kalau tak frust I haha..

    0

    0
  8. […] gemar nie. Namun siapalah Abang Nara untuk mempersoalkan keputusan yang diambil oleh Syaiful Zero. Sepatutnya berkahwin pada bulan ini, Syaiful telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinannya untuk memberi tumpuan kepada […]

    0

    0
  9. […] gemar nie. Namun siapalah Abang Nara untuk mempersoalkan keputusan yang diambil oleh Syaiful Zero. Sepatutnya berkahwin pada bulan ini, Syaiful telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinannya untuk memberi tumpuan kepada […]

    0

    0