Written by AbangNara | September 17th, 2013

Fuh ~~~ Memang hebat penangan kempen “Suria Bayarkan” yang sedang dianjurkan oleh Suria FM ini. Antara bil-bila yang diterima untuk kempen yang akan berakhir pada 27 September ini  ialah bil kad kredit, bil barangan dapur, bil utiliti, bil eletrik dan bil telefon. Mesti pening kepala Suria FM nak pilih mana satu bil yang mahu dibayarkan oleh mereka.

suria bayarkan

Yang menariknya, ada satu bil yang telah dihantar merupakan bil kad kredit bernilai RM144,000. Banyak gila kot. Fuh ~~ Hebat juga perbelanjaan rakyat Malaysia ini. Untuk makluman anda, Suria FM ada sehingga RM50,000 untuk bayarkan bil-bil anda. Jadi korang hantarlah apa jenis pun di laman web Suria FM. Kalau bertuah dan terpilih, bil anda akan dibayarkan oleh Suria FM.

suria

Paling best, kalau korang ada bil PTPTN pun boleh minta Suria FM bayarkan. Inilah peluang anda untuk menghabiskan hutang anda ketika belajar dahulu. Cuma perlu upload gambar bil-bil anda ke www.suriafm.com.my dan berdoa agar anda dimurahkan rezeki dan terpilih. Selepas upload, pastikan sentiasa dengar Suria FM sebab korang kena telefon dalam tempoh 15 minit selepas nama anda diumumkan. Kalau terlepas, jangan menangis tak berlagu pulak.

suriaJangan lepaskan peluang keemasan ini. Sekali lagi diingatkan, kempen ini akan berakhir 27 September ini. Hanya tinggal kira-kira 2 minggu sahaja lagi. Cepat-cepatlah hantarkan gambar bil korang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria FM.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Suria Bayarkan Dapat Sambutan Meriah!!!

  1. Suria says:

    Aku mmg nak bayar ptptn.tp ssh dpt keja.gaji RM1200.bagi parent.byr keta.$300.byr hutang $259. caruman kwsp $150+. myak keta…150$.byr tol $100+.camana mau byr.aku pgi intebiu kerajaan xpenak nk dapat.yg bjaya dpt vacancy, org dalam jugak.yg dah bepuluh n belasan tahun keja.camana xmuflis.hukhuk sedey mcmni..

    0

    0
    • Fatimah Arshad says:

      aku ni pula pembayar PTPTN tp stop la caj pentadbiran yg dh berkepuk2 dlm akaun aku tu.. aku bayar tp kalau lambat sikit mesti ada caj pentadbiran.. walaupun x seberapa tp ia tetap duit yg x sepatutnya PTPTN charge.. dlm agreement masa aku sign tahun 2000 pun takde clause yang mengatakan aku akan di caj pentadbiran kan kalau lewat.. harap PTPTN kenyang mkn duit aku yg x seberapa tu.. no wonder la bos besar PTPTN buncit orgnya..

      0

      0
      • Wan Aminuddin says:

        Gaji : RM 3,500
        Kereta : RM 650 (Kereta Malaysia)
        Rumah : RM 1,200 (Skim Rumah Pertama ku la konon)
        Duit Minyak : RM 200 (Before duit minyak naik)
        Duit Minyak : RM 300 (Lepas duit minyak naik)
        Bagi Mak : RM 400
        Duit Keperluan Dapur / Harian : RM 300
        Duit toll : RM 100
        EPF / SOCSO : RM 400
        Insurans Peribadi : RM 150
        Duit makan time kerja : RM 200

        p/s : SURIA FM – Tlg bayarkan PTPTN saya pls…….

        0

        0
  2. gugu gaga... says:

    best jgk bayarkan ptptn tu…ptptn ngan along xde beza pn…

    0

    0
  3. ILOVEPTPTN says:

    Dulu time nak apply PTPTN saya baru 18thn..xtau pun PTPTN tu apa..tak ada org yg explain pun especially part bayar2 tu..yg saya tau, aritu ada program sehari suntuk untuk isi borang (PTPTN lah..).. Tau2 sign borang, tak perlu kebenaran parent pun..disuruh bukak affin account (skrg bank Islam dah kot)..then, tadaaaaa..approve n dapatlah duit tiap semester..masa tu mmg happy lah..ada duit tambahan kot! Lepas habis study baru sedar betapa besarnya penipuan tu..tak ada siapapun bagitau sebenarnya byk option lain selain dari PTPTN cuma proses slow sikit..kalau result bagus byk je biasiswa boleh dapat..baru sekarang tau!tapi menyesal pun xguna dah!n sampai sekarang belum mampu nak bayar balik. :(

    0

    0
  4. Langit & Bumi says:

    satu je aku nk ckp, aku pon x sempurna, tp hutang wajib byr walaupun sedikit demi sedikit.aku pon ade hutang, gaji x byk mana pon, tp aku tetap byr sbulan seratus.alhamdulillah. Kadang2 manusia ni lupa diri, time nk pinjam x sdor diri, dh dpt duit pinjaman, sakan punya joli, bajet mcm ank org kaya(based on my experience la tgok kwn2), beli itu ini, yg x de kena mengena dgn study, tp duit utk mkn kedekut, haha, bab tu paling kelakar. aku x minta kerajaan mansuhkan ptptn, kita x bleh nk jd mcm negara asing, sbab kena ingat kita hidup BERBILANG BANGSA, kbyakan rasist, somemore klu free mak aku pon nk continue study..hehe..tp kalau ptptn dpt kurangkan or mansuhkan interest, aku setuju. hidup kena bersyukur n berterima kasih SBAB kita ni bkn dr golongan org sng, tp still dpt pinjaman. somemore, kalau kita ada pinjaman, sifat kita nk bljar menimba ilmu lbih tinggi, and baru kita taw what itu LIFE, tp kalau nk sng goyang kaki, smua free, i have no comment, dok ats langit la jwnya..hehe..aku bukan org sng, sma mcm hamba Allah yg lain, cuma aku byk belajar erti syukur. REZEKI dr Allah, sabar tu penting. Cuma jgn cerewet, asal degree ja, gaji mau tinggi, pangkat mau best..helloo, tnya x diri sndiri, pengalaman ckup x nk demand tinggi??? apapon aku doakan Allah sentiasa permudahkan urusan kita.

    0

    0
  5. NURUL says:

    gaji rm900 tapi nak bayar ptptn rm40k… agak2 nak makan apa la gaji cam tu….bukan tak nak bayar tapi gaji sejemput je….nak kata pilih keje ,tak juga…aku keje juga walaupun gaji gaji rm900 nih…….now nama blacklist imigresen……

    0

    0
  6. […] pada 27 September ini ialah bil kad kredit bil barangan dapur bil utiliti bil eletrik dan Read More This entry was posted in Entertainment and tagged Bayarkan, DAPAT, Meriah, Sambutan, Suria. […]

    0

    0