Written by AbangNara | September 19th, 2012

Kemelut antara Rita, Aidil, Ayu dan Zaquan seolah-olah tiada penghujungnya. Seperti tiada sinar yang mereka berempat akan berdamai. Kesemuanya berkeras dengan pegangan masing-masing. Dan semalam, Abang Nara menerima sepucuk email daripada seorang pembaca yang meluahkan isi hatinya tentang isu ini.

rita

Berikut ialah email yang diterima. Semoga kita membacanya dengan hati terbuka:-

Assalamualaikum….

Saya terpanggil untuk memberi sedikit pendapat dalam kemelut yang melanda mereka berempat. Pada saya adalah tidak manis untuk membuka aib sendiri apatah lagi aib orang lain. Ya betul kita hanya manusia biasa. Punya sifat marah, sedih, kecewa bila diperkatakan macam2. Tapi kita diberi akal fikiran. Jika kita menggunakan akal dan fikiran

InsyaAllah kita boleh berfikir dengan baik apa yang perlu dan apa yang tidak. Saban minggu kita dihidangkan dengan cerita mereka. Masing2 tuduh menuduh. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Siapa yang benar siapa yang tidak.

Buat Kak Rita,
Sabar dan tabahlah dengan dugaan yang Allah beri. Sesungguhnya kemenangan sentiasa berpihak pada mereka yang sabar.
Allah pilih kak Rita sbb Dia tahu kak Rita kuat dan tabah menerima ujian. Allah sayang Kak Rita. Tidak perlu lagi kak rita keluarkan kenyataan. Biarlah apa yang mereka ingin katakan pada kak rita. Terima dan sabar. Tak rugi kan. Saya yakin mereka yang kenal kak rita pasti tahu dan kenal dgn karekter kak rita. Seandainya benar jodoh kak rita
dan Aidil hanya di sini… Minta dijauhkan.. terimalah dengan redha.. ada hikmah yang Allah ingin tunjukkan… mungkin bukan hari ni tp InsyaAllah suatu hari nanti… setiap yang berlaku ada sbb dan tak perlu kita persoalkan kenapa kita.

Ya berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Saya yakin kak rita cukup cekal dan tabah lalui semua ini. Saya juga seorang ibu, isteri dan anak. Sebagai isteri kita nak suami lindungi kita, sebagai ibu kita inginkan yang terbaik untuk anak2, dan sebagai anak kita nak bahagiakan ibubapa wpun ibubapa mertua. Tak manis rasanya membuka aib di laman sosial ataupun di media kerana benda ni akan datang balik pd kita. Biarlah Allah yang membalas segala dan tunjukkan kebenaran. Saya doakan yang terbaik untuk kak rita.

Buat Aidil,

Setiap manusia ada melakukan kesilapan. seandainya anda masih perlukan rita pulanglah pada rita dan anak2. Seandainya dalam hati anda tiada lagi cinta lepaskanlah dgn cara baik. Ingatlah apa yang kita buat hari ini akan balik pada kita suatu hari nanti. Hukum Karma. Sebagai suami, anda adalah pelindung, penjaga keluarga. lebih2 lg buat sang isteri dan anak2. jgnlah lakukan cara yg kejam ni untuk menghukum isteri. kalau benar kak rita lakukan kesalahan, tegur dan bincang dgn cara baik. Kita ni tak sempurna mana aidil. Ingatlah anda ada 2 orang anak yang mendoakan kebahagiaan anda di alam sana.

Seandainya satu hari nanti anda tidak dikurniakan anak dgn perkahwinan akan datang,( minta dijauhkan) anak2 anda (Rayyan dan arjuna) yang akan membela nasib anda bila anda tua nanti. Sebagai suami keputusan anda harus adil untuk isteri dan anak2. Harus memberi perlindungan pada anak2. Setiap sen untuk isteri dan anak tak perlu diungkit kerana sudah menjadi kewajipan suami menyediakan yang terbaik untuk isteri. Anda jugalah yang perlu mencari jalan penyelesaian untuk satukan isteri dan keluarga anda. bukan hanya menangkan satu pihak. saya yakin aidil sudah cukup dewasa untuk lakukan keputusan. pilihlah jalan yang menyenangkan kedua2 pihak. Bersemuka dan berbincang dari hati ke hati. InsyaAllah jika niat kita ikhlas… Allah pasti bantu tunjukkan jalan.

Buat Ayu dan Zaquan,

Saya hanya memerhati dan tidak menyokong mana2 pihak. Andai benar kalian ingin berdamai Alhamdulillah. dlm hal ini tidak tau saper yang benar dan saper yang salah. Hanya Allah yang tau. Tunjukkan lah keikhlasan kalian ingin berdamai. Tunjukkan pada Rita kalian ingin berbaik. bukan sekadar menyatakan kepada media. ya betul Kak Rita enggan berjumpa, tapi percayalah , Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.

InsyaAllah Dia akan bantu kalian. Cukuplah dengan berbalas kenyataan. Jagalah aib dan maruah masing2. Biarlah hanya kalian saja yang tahu semua masalah. tidak perlu diceritakan pada org. hanya perlu ingat apa yg kita lakukan pada org akan jd pada kita balik. Semua ada keluarga. dan jagalah perasaan keluarga masing2. What goes around comes around. semoga kemelut ini akan berakhir dengan cara yang baik,

Buat Abang Nara,

Saya bukan ingin masuk campur atau memandai2 nak bg nasihat. tapi saya sedih.. masing2 diberikan jodoh yang baik dr Allah.seharusnya amanah yg diberi dijaga dgn baik… tapi siapa kita kan… Semoga hubungan mereka akan bertmbah baik dan siapa tau kan… Allah lebih mengetahui…

Terharu Abang Nara membaca email ini. Kata-katanya penuh hikmah. Ada jalan penyelesaian yang diberikan. Namun untuk mengikut jalan yang diberikan, itu terpulang kepada Rita, Aidil, Ayu dan Zaquan. Sama-samalah kita doakan agar pintu hati mereka terbuka untuk berbaik-baik.

P.S: Motosikal Batman buatan sendiri.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

126 responses to Surat Terbuka Buat Rita, Aidil, Ayu Dan Zaquan

  1. akuyanghebat says:

    taknak sokong sape2. dah bosan tgk drama diorang. zzzz

    0

    0
    • Ko Kesah says:

      hmm nara please stop citer pasal mereka berempat, teramat bosan dan nk muntah dah..pleaseeeeeee…

      0

      0
    • Wak Subardijono says:

      retis2 Msia neh. tak kawin salah, kawin salah. cerai salah, dapat anak salah, mandul salah, pakai tudung salah, tak pakai tudung salah. janda salah, anak dara pun salah….dunia dunia. k

      ita hidup hanya sementara. jadilah contoh kepada anak muda dan bangsa. hidup hanya sekali, alam barzah kekal..selamanya.

      0

      0
    • Tok Tie says:

      Letih letih letih

      0

      0
      • apa apa je says:

        pada anonymous,ko citer apa ni,org citer lain,bukan citer ko gay k tidak,ko nak gay k nak terbalik k,ko punya pasal la sengal,jangan bangga sangat la,kalau ko 2 gay,sengal.

        0

        0
      • Anonymouse says:

        punya pasal aku gay…kau pun sama macam Kementerian Pelajaran Malaysia. Makin tua makin bodoh..kesian kan????

        0

        0
    • Anna says:

      Betul ckap org yg dalam surat ini. Carilah jalan yg baik untuk segala penyelesaian. Tidak semua lebih2 lagi yg buruk itu harus di ceritakan kepada org lain lebih2 lagi kita MASIH ada ikatan kekeluargaan..

      0

      0
    • Sila Like says:

      Ayu Ruhudoh tu yg TETAP salah (sebab jadi batu api) !!!!!!!!

      0

      0
      • Anonymous says:

        ni smua berpunca dri si rita rudaini laaa…dlu msa aidil mhu cerai kn dia klu dia trma dgn redha cerai je la xda kecoh2 mcm ni…ye la smua org pun sygkn suami ank2 tp klu suami dh tk sayang nk bt mcm mna…hti yg terluka klu trus bsma dgn org tk sayang kita…tgok skrg rita sndri la pening….sndri nk trma la….org smpai sepuluh ank pun klu tk serasi pun bcerai jgk….

        0

        0
      • Anonymous says:

        kau tahu ke Ayu yg salah…..itu pun dr statement Rita.(konon2 segala gossip pasal dia yg Ayu buat dgr dr orang krew jg….tah betul ke tidak tu)….

        Pls lah……

        0

        0
      • Anonymous says:

        ayu tk salah rita jgk tk salah…kmu pikil la sape yg memanjang kn isu ini….rita ke ayu…klu ayu memang salah kite ada tuhan yg brhak mghukum org yg salah…so rita cuba senyap dn pikil cr jalan selesai bkn hr2 kluar kn knyataan….aku minat rita suka tgok dia belakon…smua lakonan dia aku jarang tk tgok sbab aku suka dia…tp klu ini cara dia hr2 kluar kn knyataan itu ini tk suka plak aku…ayu aku tk minat tk suka lakonan dia tp aku suka cara ayu yg mndiam kn dri….ayu cuma kluar kn knyataan bila prlu dn mnjawab knytaa dr rita sje…itu pun rita yg mula kn dlu….

        0

        0
      • Anonymous says:

        kite smua memang tk tau laa…tp klu perhati dr dulu….si aidil nk cerai rita xnak bnyk songeh bnyk mulut….klu dia dlu trus je cerai tk smpai mcm ni…org lain pun bcerai jgk…istri memang ada hak….tp si aidil xmau dia lg knpa nk pksa org stay jd suami….ank pun ank jgk….kite ibu dia msh ada….

        0

        0
      • Prottttt says:

        diam lah kau, gay!

        0

        0
    • noriesz says:

      btul la tu ape yg dier ckp.. aidil klu x da berminat dgn si rita,lepaskn jer.. rita lak x yah nk keruhkn keadaan.. zaquan n ayu,klu da niat tu baik,insyaallah akn dipermudahkn.. so x yah nk pnjg2 cerita..

      0

      0
      • Anonymous says:

        kn aidil dlu nk cerai kn dia dgn baik…tp rita memanjang kn keadaan tk nk…kn klu dia trus jer cerai tk da smpai pnjang mcm ni….suami dh tk sayang nk bt mcm mne…ank kite ibu lg ada kte la membri kasih sayang pd ank2….suami tu biar la wlu msh syang…

        0

        0
      • Cik mek says:

        Korang ni tau x jalan cite pasal diorg… Cm ni.. Rita mmg nak diceraikan.. Tp naktahu apa alasan ko nak cerai.. Aidil ckp xsehaluan.. Tp sebenar nye ada reason lain.. Gaduh sb ko heboh passal adik aku… Itu pun xphm.. Xphm jgn maintembak je..rita tu nak hak sbg isteri.. Nt kene kat kobr tau

        0

        0
    • aku_cute89 says:

      terharu aku membaca surat cinta ini.. lagi terharu kalau ada yang sudi memberikan surat cinta untukku… ahakzzz!

      0

      0
    • KAK CHAM KUAT GOSIP & TIDO KAT TADIKA says:

      sambungan dari surat pengirim yg dipotong oleh abg nara….

      Buat kak cham :
      Saya minat dengan lakonan Kak Cham, saya tahu Kak Cham seorang wanita yang tabah, cekal, jelita, manis & awet muda. Saya harap Kak Cham teruskanlah kejelitaan Kak Cham itu sampai bila-bila. Saya sentiasa doakan Kak Cham bakal mendapat perhatian pengarah2 gah di luar sana seperti Syamsul Yusof, Osman Ali, Mamat Khalid dan lain2. Saya yakin Kak Cham mampu untuk menjadi bintang filem terkenal suatu hari nanti. Kak Cham jangan risau saya suatu hari nanti pasti Kak Cham akan menjadi heroin filem2 tempatan bergandingan dgn hero2 Malaya seperti Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Remy Ishak & lain2. Seterusnya dapat membawa nama Malaysia di pentas duni seperti Dato’ Michelle Yeoh. Sudah tentu masa tu Agung akan kurniakan gelaran Dato pada Kak Cham. Akhir kata teruslah menyinar di persada seni negara ya Dato’ Kak Cham.

      0

      0
    • Olga says:

      wah semua ko sapu nk bg pendapat ye.. buat mak pak mertua dorang ko x bg sekali? jiran2 dorang? kucing2 dorang?

      0

      0
    • fatin says:

      Bukan hukum karma…
      Tapi hukum Allah…
      Kita hidup di bumi Allah.. ley bgth karma tu apa?

      0

      0
    • lisa ray says:

      Alhamdulillah,atas segala kata2 sokongan dan kata2 cacian yg diterima semoga Allah yg membalasnya. Insyaallah :) – TWITTER AYU RAUDHAH 20 JAM YG LALU

      0

      0
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

      tau tkpe bis kenape tulis panjang2 lebar kan ! surat2 tebuka ni semua membuang masa ajeeeeeeeee biar dorang setle kn sendiri…..peminat2 cuma boleh kasi nasehat yg sepatut nye aje…

      0

      0
  2. Rooney says:

    Kau orang luar yang bodoh tak tahu apa apa !

    0

    0
  3. Piun says:

    Firstly….Lelaki dayus itu yg salah!

    0

    0
  4. hOk alOh abe nara ni…tOk perabeh2 surak
    terbuka.
    entah2 dia wat sendr surat 2 kata Org lain…
    heeeee…peace abg nara…luv u…haaaaa

    0

    0
    • didie @ says:

      setuju. x hbis2 surat terbuka bagai. do we really need to care? who ever wrote the letter is clearly a nobody…….

      0

      0
    • jess says:

      Jgn2 abg nara yg karang surat terbuka ni! Henti tulis pasal statement dia org. Satu hari satu pihak beri statement, besok hari pihak lagi satu balas balik, macam tak habis2 & tiada jln penyelesaian. Kalau blog gosip & media asyik dok layan 2 pihak ni, bila pulak api salahfaham mereka nak reda?

      0

      0
  5. Pak Cik Hassan Al Waria says:

    Dah la, bukak buku baru la…dah naik rimas pak cik membaca kisah kaurang. Duit Wifi pun habis asyik baca kisah korang bergaduh. Hampeh!

    0

    0
  6. Ziyeo's Boneka says:

    really hope kak rita,aidil,zakuan and kak ayu akan membaca surat ini..jd kn ptunjuk..stiap masalah boleh di selesaikan dgn baek dan jgn jd kn media massa atau elektronik sbgi tmpt bgaduh..jga aib dan maruah masing2..

    0

    0
  7. Virgo Girl says:

    Nasihat yg cukup mendalam….kan bagus kalau byk menyiarkan msg2 sebegini…bukan hanya utk mereka2 yg bermasalah shj…tetapi kami yg membaca pun mendapat byk manfaat daripada apa yg ditulis..

    0

    0
  8. grandna says:

    Ya itu la yang sebaik-baiknya…saya rasa sematang2 pendapat yang ikhlas oleh penulis ini. Takkan ada kesudahannya tuduh menuduh menunding jari sesama sendiri.Sudahnya tak kemana pun. Muhasabah diri masing2. Past is past. Fikir masa depan anak-anak. Kalau tak suka lepaskan cara yang paling berhemah. Ikut rasa binasa..ikut hati mati.

    0

    0
  9. sayang salmah says:

    eleh..pandailah ko nara..ntah2 ko karang surat tu sendirik ko ckp surat terbuka pooodaaahhh!!!!

    0

    0
  10. rr says:

    buat penghantar email…suh rita diam jgn nk buka aib org je….x sokong mne2 konon…rita tu yg banyak mulut…

    0

    0
  11. Kepologi says:

    kita org semua memg tahu rita dh bnyk menderita..tpi si rita ni pn satu..dia pnya mulut x tahu nk diam..banyak mulut btl…ada jer..kita org dari simpati menjadi menyampah..bosan..benci n meluat…dalam hal ni rita pn keras hati gak..si ayu plk pn dh mula berbalas kata..abg nara..dh la jgn buka cite psl dia org ni..kita org semua dh bosan la..dh mcm cite indon y kt tv plk..episod memanjang..bosan..bosan..bosannnn…

    0

    0
  12. yayaya says:

    abg nara oi…x pyah surat2 terbuka neh…ttp je citer…lg senang….kekadang tfkr gak…kekadang blog mcm abg nara ni la memecah belahkan rmai owg…

    0

    0
    • AlisyA says:

      itulah..kdg² tgk pun ia jugak semacam batu api je blog ni..hrp ape yg disampaikan bende yg betol lah bkn sekadar rekaan utk bg org baca..

      0

      0
    • akirakaede says:

      boleh jalan dengan surat terbuka abg nara yang setiap kali ada isu panas,ada jelah surat terbuka untuk artis2 yang bermasalah.harapan saya,ada juga surat yang sampai BENAR2 ditujukan untuk abang nara.be gentleman,takyahlah nak kata peminat menulis padahal kebykan pembaca tentang kisah rita ni SEBENAR2 MUAK,JELAK dan BOSAN..abg ni pun boleh jadi pelakon airmata..kononya terharulah,isi hati pembaca menulis di ambil kira,macam prihatin sangat..kalau betul abang ni ikhlas dan prihatin,cerita ni tidak sepatutnya disiarkan berterusan.itu langkah pertama abang perlu ambil agar menunjukkan abang tidak menyokong cerita ini diberi publisiti meluas.saya bukanlah tahap tidak berhati perut mahupun tiada perasaan atas apa yang menimpa rita,but then enough is enough.cuba jadi manusia bermoral sikit abang nara.mewah atas air mata orang dengan menjaja cerita ini di blog abang.menunjukkan mentaliti abang ni bawah sikit dari aidil yang sememangnya mental bawah sikit dari budak 5 tahun.

      0

      0
  13. Qarisma says:

    sy stuju dgn msg yg di beri…Amat mdalam skali katanya.Sy brharap rita & smue hntikn cite2 yg x brfaedah ini…mgkin rmai pmbaca sudah bosan dgn cite anda smue yg suke mngaibkn org lain & akhirnya kene pd diri sndiri.

    0

    0
  14. Janda says:

    rita bodo, yg lain2 pun jd bodo sbb lyn provoke rita yg bodo tu

    0

    0
  15. zu says:

    Dhla wei, bosan la, rita ni pn satu, sudh2 la, bnyk sgt dh aibkn diri sndri, klu rita x bnyk mbalas, lg bnyk org faham keadaan rita, surat tbuka pn dh bnyk bosanla baca utk isu yg sama je

    0

    0
  16. sharing is caring says:

    salam…abg nara…kadg2 terpk abang nara hanyalah menangguk air yang keruh…wajarkah abg nara berkongsi cerita atau lebih tepat lg abang nara membuka aib org dgn menyebarkan cerita yang belum tentu sahih dan kepastiannya…dan dari org lain tak tahu terus tahu jadinye…itu penyebar fitnah namanya juka perkara itu tidak benar..semata-mata dptkn populariti dan wang hasil dari blog ini, abg nara menyara anak dan bini….dan hasil yang tidak dari sumber yg elok itu abg nara besarkan anak…menjadi darah dan daging…fikirkanlah..wajarkah abang nara?rasanye dah ramai menegur tp ttp menjadi hobi atau abg nara rasa sronok mkn dr duit hasil ini?

    0

    0
    • z says:

      btl tu..stju sgt..dh2 la tu abg nara..surt2 trbuka ni smua xbg kesn pape pn kt drg tu,ni smua cme propaganda abg nara smte2 utk blog ni n duit..rs mcm batu api pn de abg nara ni…xrs serba slh ke bg mkn ank bini dgn duit hsl blog ni..

      0

      0
  17. PEMINAT says:

    cerita kak rita nie sama mcm kisah rumahtangga kak sy..kalau betul la aidil x suka kak rita lepaskan..beri naskah..habis crta….ayu n zaquan cuba anda berdua satukan kak rita n keluarga mentua..kan lg best..jgn asyik komen x tentu pasal kat twitter..kata meroyan la..di mata kami peminat kak rita adalah individu yg tabah..ketabahan kita pasti bawa berkat.. x di dunia pasti di akhirat..amin..

    0

    0
    • Anonymous says:

      mcm mna org tk kata meroyan…rita yg memang meroyan kluar mngata kn ayu gugur balasan dr tuhan…..tau pun benggang bila di tuduh kata kn sprti anjing menyalak…rita memang pakar berlawan mulut…jue ayu dn zaquan diam jer klu rita tk mulut bnyk….dlu pun mcm tu jugak si rita ni dgn lisda watie…bnyk mulut…bnyk eksen lg sebar kn yg dia bnyak mnrma twaran blakon….itu pun nk bg tau org…cehhh….tk skong mne2…tp memang rita bnyk mulut…hati rita busuk….

      0

      0
  18. Anonymous says:

    WEK……BASI…BOSAN

    0

    0
  19. Anonymous says:

    boleh buat drama citer dorg ni… drama akantare (drama jepun).. sampai ratus2 episod pun tak habis2 lagik~~ngeee

    0

    0
  20. sudah bosan says:

    boring nyer asyk cte pasal diaorg ni……boring..boring..

    0

    0
    • Anonymous says:

      si rita tu tk boring la….hari2 kluar kn knyataan mngata org salah…dia pun ada salah jgk….

      0

      0
      • AlisyA says:

        itulah rita kne tau mana yg ptt diam n mana yg ptt dia crite..rsenye diam pun xkan nampak dia salah tp org akan lg respect..klo dia xigt psl org lain at least igt pd anak² ckup lah..sian anak dia yg comel² tu..

        0

        0
  21. roxannacash says:

    Abg Nara next pls…terimakasih.

    0

    0
  22. zzzz says:

    sendiri xkene, sedaplah komen cmni. zzzz

    0

    0
  23. somebody says:

    selalu dengar artis/org sebut’ biarlah Allah yang balas segala kejahatan mereka yang mezalimi saya’..hmm..agak-agaknyer derang ni dah kasi tugas ngan Allah untuk balas dendam ngan org yang dikatakan buat jahat tu..sepatutnya gunakan maslah untuk kita dekatkan diri dengan Allah dan mohon petunjuk..tidak lupa mendoakan orang2 yang bermasalah itu untuk menjadi baik..come on la..our Allah is not for y’all to do all the bad work..Allah is mercy..

    0

    0
  24. nara si dalang says:

    aku syak nara yang tulis surat. setiap kali ada isu panas yang die sendiri gembar gemburkan.mesti timbul surat.sudah la tu nara.henti la makan duit haram

    0

    0
  25. budak cute says:

    baik hentikan cite dorang nie….mkin melalut aku tgk…

    0

    0
  26. marc says:

    surat terbuka utk saya tak de ke?

    0

    0
  27. hmmmmmm says:

    x abes2 surat terbuka…ntah pape jew…

    0

    0
    • hooohoh says:

      tul tu..aku pon meluat..sikit2 surat terbukaaa…haiiy..boh cita len la abg nara…bosan kemelut depa ni kami nak baca BN pn sakit ati daa..

      0

      0
  28. Anonymous says:

    korg rasa x ape yg rita rasa??? i da pnh lalui ape yg rita rasa…spjg perkahwinan suami x pnh bg nfkh….i yg kene tanggung sgalanya….suami duk dgr ckp mak bapak dia je…pastu duk skandal sana sini…x kene kat batang hidung lehla cakap….

    0

    0
    • AlisyA says:

      mmg btol kak..phm dia pun manusia biase sama mcm kte tp dia selebriti byk mata yg pandang, xsalah dia nak share ape yg dia rse tp kne berpada² jgn smpi aib org n diri sndr kuar, maruah family lg..Allah kan Maha Kaya n Adil, klo dia sabar n diam, insyallah rezki dia pun akan bertambah n mne tau dia ade jodoh dia akan dpt bakal suami yg lg baik..dia kne hadkan ape yg org luar yg xptt tau..

      0

      0
  29. nisanana says:

    xsokong rita…kalau dia berbaik dengan mertua xkan jadi macam ni..dulu dia pun menggatal g kawin lari…kawin sorok2…nak cerai kecoh sedunia

    0

    0
  30. Anonymous says:

    xsokong rita…kalau dia berbaik dengan mertua xkan jadi macam ni..dulu dia pun menggatal g kawin lari…kawin sorok2…nak cerai kecoh sedunia

    0

    0
  31. nil says:

    iye saya sokong dengan penghantar surat tue, even bukan saya pun tapi bila baca surat tue sya pun turut sedih,,,

    0

    0
  32. kecoh says:

    caya la..cite dia org ni x akn abis..pas ni rita msti buka mulut lgi n ad jer y nk d kecohkan…klau mertua rita keluarkan statmnt plk lgi cite dia org ni berepisod memnjang n tiada penghujungnya..

    0

    0
  33. Arini Eva says:

    1) Blog2 hiburan, wartawan, peminat dan sama waktu dgnnya itulah yg batu api sbenarnya..Benda ni klo bg dorg ber4 ni settle sndri xde kecoh2 bising2 mcm ni
    2) Drp pemerhatian dkt twitter, fb maupun blog2 mcm ni ramai fanatik fans Rita yg duk mgutuk2 Ayu Raudhah melampau2 kata2 cacian tu smpai kita yg duk baca ni pun rasa seram je..memg la korg nk backup Rita tp jgn la smpai nk memaki AR. Blom tentu lg dia salah. Kalau dia salah korg dh kira mgumpat dia klo xbetul dah kira korg fitnah dia..Pendek kata byk la pahala yg AR dpt. alhamdulillah.
    3) Buat RR memg xsalah klo dia nk luahkan rasa kt twitter ka paper ka apa ka tp jgn sampai melampau2 tgk smpai dh blarutan dh kes ni. Sbg hamba manusia gunakanlah akal sbaik mgkin. Mengadulah pada Allah sbb sbyk mn kita nk mgadu pun Allah sentiasa ada dgn kita jika kita mendkatkan diri padaNya dan manusia pula sebaliknya smakin byk kita mengadu merungut smakin menyampah mereka kpd kita.
    4)AR ajak RR tuk bejumpa dgn hrpn boleh jernihkan keadaan.Apa salahnya klo cuba mn tau dgn kuasa Allah tbuka hati msing2 tuk bebaik. Klo xdpt bbaik pun at least dh luah segala rasa yg terpendam slama ni agar masing2 tau perasaan msing2.Lps tu xpyh nk hirau dh hidup msing2..AR dgn hidup dia dan RR bhagia dia cara dia..Biar terlambat asal ada usaha tuk perbaiki keadaan yg Puan Ayu Raudhah dan Puan Rita Rudaini.
    5) Saya rasa klo kedua-dua belah pihak ni bdiam diri mesti benda ni pun xkecoh2 kan? bcakap bila perlu shj dan tidak menyinggung mana2 pihak xkesah la dia salah ke tak. Klo wartawan atau seumpama denganya korek jg pasal kisah ni ckp je no komen2…lama2 depa ni pun naik myampah dan cari cerita lain..

    Sekian…

    0

    0
  34. rudani rita says:

    dahla semer2 tu balik kampung la..tak yah berlakon dah. tak kose dah nak tengok kalo dia org ni berlakon. rr umur dah bertambah..takleh jadik heroin lagi dah….ar berlakon tak sehebat mana…ramai lagi yg baek2…

    0

    0
  35. memey suhaiza says:

    hahahahhaha…. aku rsa komen2 bwh ni lagi sensasi dri crita 4org nih…

    0

    0
  36. jay says:

    jangan salahkan rita tidak cuba bbaik dgn mtua. Sepatutnya keluarga mentua dia yg mmainkan peranan mdamaikan smua mereka yg tlibat dlm sengketa ini. Ya benar Rita dan Aidil telah mbuat silap masa nikah dulu… tapi sepatutnya sbgai ibu bapa lupakanlah pkara yg mlukai itu kerana mereka pun dah ada anak (2 org pula tu). Tak perlu difikirkan lagi pkara mereka dua mbelakangi org tua masa nikah dulu. Cucu itu spatutnya sbagai pyambung kpd hubungan 2 keluarga. TApi apa yg kita baca selama ini mcm keluarga sebelah Aidil tdk ada usaha myambung balik suami isteri yg tlah retak. Jadilah org tua yg bsifat neutral yg mana jangan myebelahi mana2 pihak jika benar mereka ingin mlihat khidupan anak mereka dgn menantu bahagia. Bayangkan sdiri dah bpa bulan Aidil meninggalkan Rita dan anak-anak. Buat Ayu cukup-cukuplah. Lbh baik jaga rmhtangga awak sdiri sbelum sibuk mcampuri urusan rmhtangga org lain.

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku stju. pihak sblh mertua pun tkde apa2 inisiatif nak jernihkan keadaan. amunya si RR meroyan. ko bygkn le sorng2 tanggung anak dua pulak tu. yg bapak dh blagak cm bujang kembali. wanita mana tk meroyan kalu gitu…

      0

      0
  37. Anonymous says:

    ble nk cerai?

    0

    0
  38. Anonymous says:

    sapa yg buat surat tu,,,mangkuk ke..ko pun tak tau tak payah la nak buat surat ke bgai…tgk cara hang penyokong rita, apa pulak suami yg kena ikut isteri…isteri kena taat suami, ko sebagai isteri, kalau suami ajak balik kampung dia apa hang buat, pikiaq leerrr….hang dah kawin, kalau hang tau hukum apa hukum tak taat suami..apa cerita ni…hang ada anak…, apa hukum ibu jauhkan anak dari ayah dia…toksah nak bisin la ka sini, nak buat surat kono…pirah…

    pasai ayu..rita yg komen bukan org lain..dia kata dia nak rest, tup tup, rita komen itulah balasan…apa ni…magkuk hayun…akai takdak

    0

    0
    • CHe Yah says:

      stuju sgt..stiap kali Ayu kluar statement psl diri sendiri mesti kena sindir kat twitter..pdhal dia xckp psl sapa2 just psl diri sendiri..Ulangan DIRI SENDIRI

      0

      0
  39. june says:

    Doakan yg tbaik utk semua..tak elok panjang2 kn cerita.

    0

    0
  40. adieslave says:

    ni lak untuk penulis surat dan rakan2 komen sekalian

    Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam. Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah.

    Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita, baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku, bangsawan, drama TV, filem dan lain-lain. Malah, jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam.

    Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat, namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan. Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan.

    Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami, kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga. Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat.

    Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya.

    Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa.

    Hukum Karma tidak serasi dengan konsep ‘dugaan’ dalam Islam. Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan, makanya orang-orang yang baik, malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah. Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma.

    Orang Islam menganut konsep ‘dugaan’, makanya kita dapat menerima realiti yang menunjukkan banyaknya orang-orang jahat tidak menerima sebarang hukuman di dunia ini, manakala kita menyaksikan banyaknya orang-orang baik ditimpa malang yang berat-berat.

    Dalam Surah Yusuf, watak-watak jahat semuanya sedar akan dosa yang telah mereka lakukan dan insaf. Di atas segala apa yang telah mereka lakukan kepada Nabi Yusuf dan ayahnya, tidak seorang pun yang tidak dimaafkan. Ini membayangkan dalam novel Islami tidak ada unsur balas dendam oleh watak utama dan tidak ada unsur karma.

    0

    0
    • Dilla says:

      haiiiiii ensem… :-*

      0

      0
    • noys says:

      stuju. aku baca sampai ‘hukum karma’ tu je kt surat tu aku dh mls nak teruskan dh.

      0

      0
    • Jojo says:

      terang jelas dan nyata…………dah lama dok perati, sikit-sikit karma, sikit-sikit karma………dah lama ka mangkuk-mangkuk hayun ni beragama hindu?!?!?!?!…………ikut sedapa mulut hati dan perasaan depa saja nak ceduk dari mana-mana agama pun.

      0

      0
  41. Penghuni Alam says:

    ISH…ISH……….!!!!!!!! BUKAN DAH BANYAK KALI KER RITA NE DITEGUR SMP KENA HANTAR SURAT LAYANG PULAK TUH…. APER KER NAMPAK SGT NAK PUBLISITI MURAHANNNNNN…!!!!!

    0

    0
  42. Pemerhati says:

    Surat ni mengeruhkan lagi keadaan..terang2 sokong Rita je..x selidik ke dari awal kahwin..kahwin lari, dah kahwin tahu salah jupe mak mertua pun x nak..bila suami nak bercerai x nak..sekrg dia pula nak bercerai..terimalah balasan di dunia ni..klu Rita ni perempuan yg baik2 knp salu citer buruk2 ttg suami dlm laman sosial..dgn mulut celupar lg..duduk kat tikar sejadah luahkan pada tuhan lg baik.. PROPA aje lebih..

    0

    0
  43. kami sokong RR says:

    !!!!!!!!!DA AQ KISAH PSAI AJI NOH MOTOR NIIIIIII!!!!!!!11

    0

    0
  44. BENCI IKLAN AJINOHMOTOR says:

    MENYEMAK LA IKLAN AJINOHMOTOR NI..GERAK2 XRETI DUK DIAM KERRRRRRRR..SAPE YG BUAT IKLAN MACAM NIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

    0

    0
  45. kak li says:

    kak li setuju dengan pengirim surat tu, sememangnya kak li amat boring dengan kenyataan rita dan ipar duainya tu. Siapa yang buat hal , ye? Adik NARA, Lepas ni, tutup terus cerita pasal dia org ni, biar reda sikit. Asyik bergaduh kat twitter pun bukannya seronok di dengar. Bagi la cerita berkaitan dengan motivasi ke, asalkan memberi manfaat kepada Malaysia, asyik gosip , muak la.

    0

    0
  46. mj says:

    HENTIKAN LE MENULIS CERITA DORANG 4 ORANG NI..NMPK SGT PEMINAT/MASYARAKAT MUAK DGR CITER DORANG NI..ESOK2 ABG NARA JUST CITER JE SAMA ADE RITA DA CERAI KE BLOM..SELAGI BLOM CERAI XYAH LA TULIS CITER PSL DORANG NI LAGI..MUAK..BOSAN..MELUAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    0

    0
  47. noys says:

    aku baca “hukum karma” tu je aku dh mls nak teruskan dh… Islam mana ada hukum karma cik oi. yg ada qada’ dan qadar’. berimanlah kamu.

    0

    0
  48. DekMi says:

    Ayooooo…
    tak habis2 lagi kisah anjing dengan kucing ni?

    sesuai….
    **hai Aidil.. :)

    0

    0
  49. huhuhu says:

    Aku agak pelik bin ajaib la dgn nickname “Anonymous/latifah/omar/zai” kenapa logo (benda alah segiempat tu pgil ape ek) dia sama jer tp tukar2 nama. Ni mesti 1tuan tp pakai 10nama… plk tu beria dia kutuk RR, ntah2 ko ni Ayu Rodhoh yg hudoh tu x??? ekekekeke;p

    0

    0
  50. Opah Sopan Style says:

    Semoga Allah berikan petunjuk kepada Rita, Aidil, Ayu & Zaquan serta diberikan kemudahan utk menyelesaikan masalah2 yg berlaku..aamiin..
    PEACE NO WAR (o,0)\/

    0

    0
  51. errrkkkk says:

    motifff surat tu …
    diorg berempat bace ke ??
    mengonx ….

    0

    0
  52. dhia says:

    ermm…rjn lak dia ni tulis surat bagai..huhu..

    0

    0
  53. preetiii says:

    ler…cam boring je surat nie….menggong je..ayat2 digunakn biase2 je…tak menusuk kalbu pon…ermm..baek suh diaorg wat terapi tarian gangnam style…..muahahaha…menggong

    0

    0
  54. […] TAWAKAL: Kumpulan Cerita HikmahCerita Hikmah: Semut Dan LalatGratis Sepanjang Masa : Kumpulan Cerita MotivasiPesan BijakRehat dari KesuntukanWanita Dalam Sejarah Hidup Nabi Musa Oleh: sandylegiaBerguru pada GuruKisah Nabi SAW bersama pemuda Syurga, Ukasyah Bin MuhshanSurat Terbuka Buat Rita, Aidil, Ayu Dan Zaquan […]

    0

    0
  55. busuk aku busuk lagi kau huahuahua says:

    woi nara sudah2 la kau pun….

    0

    0
  56. princess says:

    sebenarnye kte sume xtau sape yg salah, ni masalah fmly suppose xperlu diperbesar2kan..tp sebenarnye ni la nasib menjadi artis sume cerita dikeluarkan smpai k akar umbi..kte sbg penonton org biase ni yg pening kpale..baik kak rita or kak ayu kte xtau ape cerita yg tersurat n tersirat dalam hati masing2..seperti masing2 membalas dendam kerana sakit hati..yg ternyata aidil yang salah..hei babe, mane ko??pandai buat anak, tp mane tanggungjawab ko sbg bapak pd anak2 tu..disebabkan perangai ko yg xblh pk secara matang secara bapak2 pk semua keluarga ko dapat malu..keluarga rita keluarga ayu semua dapat malu..klu ko xnk rita lepaskanlah,die lawa blh cari 10x lg better dr ko!dan ko pn blh menggatal dgn pmpuan lain.tapi!!!!!!!ko jgn lupe anak yang ko dh hasilkan 2!!!!!!2 tetap tanggungjawab ko!!!!knape time kawin lari dulu ko x pk,ko ni lelaki ape?????skrg mane ko???mane ko lari????ko g cari bini ko, selesaikan and stop this story!!!!ko je yg blh tutup semua ni!!!!

    0

    0
  57. Aizza says:

    Si RR ni cakap laki dia itulah, inilah, tapi yang peliknya beranak sampai dua orang jugak, dalam gaduh gaduh tu, sempat jugak korang mengongkek ye. Nak cari publisiti/iklan murahan ke?

    0

    0
  58. […] TAWAKAL: Kumpulan Cerita HikmahJenazah Korban Tawuran Disambut Tangis KeluargaCerita Inspirasi Muslim ” Merindukan Mati Syahid”Pesan BijakYayasan Konservasi Alam Yogyakarta: Oasis Satwa Langka di Kota …Mutiara HikmahMenunggu BisSurat Terbuka Buat Rita, Aidil, Ayu Dan Zaquan […]

    0

    0
  59. Surat Terbuka Untuk Abg Nara says:

    Buat Abg Nara,

    udah udah ler jadi kepochi…hahahaha…

    0

    0
  60. pkcikkodi says:

    masalah rumah tangga orang kita manalah tahu , masalah “dlm kelambu” suami isteri orang tak yah kita campur tangan. cuma nasihatlah , selesaikan cara runding elok-elok, bincang secara hemah guna akal bukan emosi. Peguam suka je buat duit bila client mmg byk duit. Perbincangan secara ehsan dan damai adalah jalan terbaik > Ubat itu pahit, harus ditelan. tapi sukar nak telan….tenangkan diri dgn rapatkan diri dgn Allah. Mohon ampun atas dosa dosa lalu. tiada manusia hidup tanpa dosa kecuali rasulullah saw. Moga Allah beri kebaikan dunia akhirat.

    0

    0