Sumbangan Ilmu Besar, Gaji Guru Tahfiz Hafiz Harus Tinggi – Amy Search

Hiburan

Sumbangan Ilmu Besar, Gaji Guru Tahfiz Hafiz Harus Tinggi – Amy Search

Sumbangan seorang guru tahfiz dalam mengisi hati anak-anak kita dengan ilmu agama amat besar tanggungjawabnya. Meskipun mengajar merupakan satu ibadah, buat Amy Search guru tahfiz harus dibayar dengan gaji yang tinggi kerana ia juga memerlukan pengalaman yang sama seperti guru-guru akademik di luar sana.

Advertisement

Saya faham, mengajar tahfiz adalah salah satu ibadah di dunia, tetapi mereka juga punya tanggungan hidup daripada segi makan dan pakaian, selain menyara keluarga.

Berdasarkan pemahaman saya, masih ramai lagi guru tahfiz di luar sana mempunyai pendapatan yang sangat rendah sedang ilmu yang disumbangkan sangat besar nilainya. Saya harap ada pihak yang prihatin dengan perkara ini agar guru tahfiz diberi pendapatan yang sepatutnya.

Mempunyai sekolah tahfiz sendiri yang dikenali sebagai Al-Bayan School of Quran & Hadith Amy memastikan guru-guru yang mengajar di sekolah tahfiz tersebut mendapat gaji yang tinggi setimpal dengan pengalaman mereka.

Amy sebolehnya ingin menaikkan lagi taraf guru tahfiz yang selama ini sering dianggap oleh masyarakat mereka hanya mahu mengajar secara sukarelawan sahaja.

Mereka mendidik anak-anak kita menjadi seorang Islam yang berguna, jadi tidak ada salahnya kita menjaga kebajikannya. Setakat ini saya akan memastikan gaji yang mereka terima tinggi dan berbaloi. Baru semangat mereka nak mengajar.

Tambahan pula saya lihat mereka juga berjaya mendidik tentang peradaban. Pelajar-pelajar yang sangat nakal di Al-Bayan kini sudah menjadi orang yang sangat berdisiplin. Alhamdulillah.

Setiap kerja adalah ibadah tetapi kami setuju dengan pendapat Amy Search dimana guru-guru tahfiz ini seharusnya mendapat gaji yang setimpal dengan tanggungjawab mereka untuk mendidik dan membentuk anak muda ke arah yang lebih baik. Mungkin sudah tiba masa untuk pihak-pihak tertentu meneliti perkara ini.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...