Sufian Suhaimi Nafi Putus Cinta Kerana Elfira Loy, Bekas Kekasih Belum Move On?

Hiburan

Sufian Suhaimi Nafi Putus Cinta Kerana Elfira Loy, Bekas Kekasih Belum Move On?

Sejak beberapa hari lepas nama Sufian Suhaimi menjadi viral di Twitter kerana dia dikatakan meninggalkan kekasihnya untuk mengejar cinta pelakon cantik Elfira Loy. Bermacam-macam pendapat dikeluarkan dan ada yang menganggap Sufian seorang yang ‘lupa diri’ kerana meninggalkan seorang yang telah bersamanya di waktu dia masih belum dikenali untuk bercinta dengan seorang selebriti.
C6hgNsVWsAAmllm

Bagaimanapun, kepada mStar Online, Sufian menafikan dia meninggalkan bekas kekasihnya kerana Elfira, malah dakwanya hubungan mereka sudah putus beberapa bulan lalu dan sebabnya ialah hal peribadi yang tidak boleh diceritakan.

Advertisement

Ramai yang marah dengan saya kerana mereka baru jumpa gambar-gambar lama saya dengan bekas kekasih saya dan membuat kesimpulan sendiri.

Sebenarnya saya sudah putus dan wanita dalam gambar itu ialah bekas kekasih saya, namun saya tidak rasa ada keperluan untuk saya jelaskan perkara sebenar kerana ia adalah hal peribadi.

Ia bukan sebab Elfira dan saya kasihan juga kerana Elfira turut terkena tempias dengan hal ini. Dia (Elfira) ada bertanya saya dan sedih bila dituduh begitu oleh netizen.

Tapi bila saya jelaskan perkara sebenar, dia faham dan tidak melayan perkara berkenaan.



17125483_1897317870544818_4654775582767185920_n

Rapatnya mereka kini, Sufian dilihat meraikan ulangtahun kelahiran Elfira yang 23 semalam dan juga telah menghadiahkan 23 kuntum bunga ros merah buat Elfira sempena hari lahirnya itu.


Sebelum ini, belas kekasih Sufian yang hanya diketahui dengan nama Izyan telah menulis Insta Story menggambarkan kekecewaanya setelah Sufian diviralkan memberi hadiah bunga ros tersebut kepada Elfira.

Menurut teman sebilik Izyan ketika di universiti melalui Twitter:

Pian tidak pernah beri Izyan bunga selama ini.

Instagram Izyan kini juga telah diletakkan dalam mod peribadi.

Sementara itu, seorang sumber yang dekat dengan Sufian dan enggan dinamakan memberitahu BN hubungan cinta Sufian dengan kekasihnya yang sudah terjalin empat tahun lamanya iaitu sejak Sufian dan bekas kekasihnya belajar di sebuah universiti sebenarnya sudah putus tiga bulan yang lalu.

Menurut sumber itu lagi:

Sufian hanya rapat dengan Elfira sejak sebulan lebih yang lalu. Sebenarnya, bekas kekasihnya yang masih belum move on.

-beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...