Sufian Suhaimi Hantar Rombongan Merisik Elfira Loy

Hiburan

Sufian Suhaimi Hantar Rombongan Merisik Elfira Loy

Jujurnya selama ini Abang Nara ingatkan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy hanya pura-pura bercinta untuk menambah kepopularitian masing-masing. Ternyata Abang Nara silap. Mereka berdua benar-benar serius. Ini dibuktikan apabila Sufian Suhaimi telah pun menghantar rombongan merisik Elfira Loy pada 30 Jun iaitu Jumaat lalu. Tahniah diucapkan kepada anda berdua atas berita gembira ini.

suffian suhaimi risik elfira loy

Advertisement

Majlis merisik dengan pemberian cincin tanda itu juga sebagai simbolik kepada hubungan yang terjalin di antara mereka, yang mula akrab kira kira empat bulan lalu. Abang Nara pasti ramai jejaka yang akan kecewa, namun Abang Nara respek dengan kesungguhan dan keikhlasan hati Sufian Suhaimi. Jarang jumpa lelaki macam ini. Selalu ramai lelaki nak bercinta sampai 3,4 tahun baru nak masuk merisik. Thumbs up. Kata Sufian Suhaimi:-

Tiada apa yang nak saya sembunyikan dengan apa yang terjadi pada hari ini. Ia benda baik. Itu saja yang saya boleh kongsi kerana tiada perbincangan lanjut untuk majlis seterusnya (kahwin).

Rasanya memang semua sudah tahu kami memang rapat. Lagipun kami bukan budak sekolah untuk melabelkan hubungan ini sebagai kekasih atau sebaliknya. Masing-masing sudah berada dalam fasa yang menyamankan kerana saling memahami.

Saya sendiri banyak mendapat nasihat daripadanya yang lebih berpengalaman di arena seni. Kami juga masing-masing menyokong dari aspek emosi.

Tiada apa yang nak disembunyikan antara kami. Harap hubungan kami akan menemui penamat yang baik. Harap semua juga dapat mendoakan yang baik

suffian suhaimi risik elfira loy

Sementara itu Elfira Loy juga melahirkan rasa gembira dan syukur dengan apa yang berlaku. Katanya:-

Ya, memang selain beraya, turut diadakan majlis merisik. Saya percaya apa yang terjadi ini sebagai memberi tahu isyarat kedudukan sebenar kami. Cuma fasa lanjut itu belum dibincangkan lagi. Saya menyenanginya dan selama ini, apa yang kami belajar, komunikasi itu penting dan menjadi teras hubungan kami.

Apa saja tak kena, kami memang perlu berkomunikasi. Dia menghubungi saya dan Mama maklumkan keadaan sebenar. Jadi saya tak boleh terburu-buru meletakkan andaian. Mungkin itu juga dugaan yang mahu menguji hubungan kami.

Dalam hubungan ini, jika kita boleh menerima seseorang itu dalam keadaan baik dan sebaliknya, bererti kita sedang berusaha untuk menjaga ikatan ke tahap lebih baik. Kita sama-sama memperbaiki kekurangan yang ada. Insya-Allah

suffian suhaimi risik elfira loy

Sama-samalah kita doakan agar hubungan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Insya Allah tak lama lagi bolehlah makan nasi minyak. Apa pun, anda berdua memang sama cantik sama padan. Semoga bahagia bersama selamanya. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...