Written by AbangNara | August 26th, 2015

Dunia sekarang ini sememangnya ramai yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Ada yang menjual produk yang dibacakan ayat suci Al Quran, ada yang berlagak alim bagi ceramah sana sini tapi sebenarnya kahwin sampai 11 orang bini, dan macam-macam lagilah. Seringkali jika anda membaca di akaun sosial selebriti tempatan, pelbagai komentar yang cukup pedas, pedih dan kadangkala kurang ajar sering ditujukan kepada selebriti tertentu. Tak kurang yang menggunakan nama agama untuk mengutuk selebriti-selebriti ini tanpa sebarang batasan.

yunalis zarai

Namun bukanlah semua pengikut selebriti di laman sosial menegur dengan cara kurang ajar dan biadap. Ada juga yang cukup berhemah. Adat menjadi seorang selebriti sudah tentu ada golongan menyokong dan ada golongan ‘haters’. Abang Nara tertarik dengan tulisan panjang lebar Yunalis Zarai yang cukup bermanfaat dikongsikan dengan anda semua. Bukan sahaja Yuna menggalakkan orang muda merantau melihat dunia luar, namun Yuna juga memohon agar tidak menggunakan nama untuk meng’condemn’ orang lain. Satu nasihat yang cukup baik. Tulis Yuna:-

Assalamualaikum. A message to my younger fans from home (whether you’re home or abroad). Please travel. Get out of your comfort zone. Go see the world. Then come home BRILLIANT. Belajar sampai tahap MAKSIMUM & belajar luar negara or bila dah kerja, save duit, pegi travel.

When I see someone who’s 21 years old(I’m 28) telling me to ‘balik la Malaysia’ so I don’t forget my roots I feel very sad and worried. Because (1) he is 21 (2) he commented on a hiking photo (3) what kind of people does he surround himself with who doesn’t encourage him to LEARN but encourages him to offend (telling me to be ashamed of myself)?? My goodness, is this the future of Malaysia? A buncha haters who type really fast on smartphones? NOT in my presence.

I share a photo of myself (bukan pakai bikini eh.. Fully clothed eh!) climbing a hill with a beautiful view yang ALLAH SWT cipta (God created) and you tell me to come home because I’m forgetting my roots? You have to be out of your damn mind.

Alhamdulillah I get to travel & meet people and I think about how lucky I am to be a Malaysian muslim & spread positive vibes to those who need it regardless of their race & religion!

I’m blessed to be able to learn so much about life, God’s green earth & Islam more than I did back home (I credit all my knowledge on Islam to my wonderful parents who encouraged me to THINK and then PRACTICE) I learn how to appreciate differences that GOD Himself created and that enabled me to have friends from ALL walks of life.

So this is going to be the last time I’m writing this kind of post. If you’re reading this and you think I’m ‘lost’ I feel very sorry for you & your arrogance & ignorance. If you want to stay narrow minded, Yuna Zarai is not for you. Saya tak suka orang yang tak reti reti nak appreciate orang negara sendiri and tak abis abis rasa mcm dia hamba paling hebat dan perfect dalam dunia. Sudah lah tu nak condemn orang atas nama agama.

We need positive vibes now, more than ever. Kita semua SAMA tak ada hamba class A, class B, class C.. All on our journey to becoming a great person. Ucap je lah benda yang baik baik saja sesama sendiri. Cmon guys, we are better than this. #generationsmart

yunalis zarai

gambar climbing yang dikongsikan oleh Yuna

Mungkin pembaca BeautifulNara tidak begitu cekap bahasa omputih (Abang Nara pun tak pandai sangat), jadi di sini Abang Nara letakkan translationnya untuk memudahkan pemahaman anda. Kalau salah tolong betulkan ye.

Assalamulaikum. Satu mesej untuk peminat muda saya dari rumah (sama ada anda di dalam negara atau luar negara). Tolong mengembara. Keluar dari zon selesa anda. Pergilah lihat dunia ini. Kemudian pulang sebagai seorang yang bijak. Belajar sampai tahap MAKSIMUM & belajar luar negara ata bila dah kerja, simpan duit, pegi mengembara.

Bila saya lihat seseorang yang berumur 21 tahun supaya ‘balik Malaysia la’ agar saya tidak lupa asal-usul, saya sedih dan bimbang. Ini kerana (1) Dia berumur 21 tahun (2) Dia membuat komen pada sekeping gambar mendaki (3) Golongan macam mana yang dia kelilingi yang tidak menggalakkannya untuk belajar tapi menggalakkannya untuk menyinggung perasaan (mengatakan saya patut malu pada diri sendiri). Adakah ini masa depan Malaysia? ‘Haters’ yang menaip laju di smartphone mereka? Tidak ketika saya masih wujud.

Saya berkongsi gambar saya (bukan berbikini eh..lengkap berpakaian eh!) mendaki bukit dengan pemandangan indah ciptaan Allah dan awak minta saya balik rumah kerana saya lupa diri? Tak masuk akal.

Alhamdulillah saya boleh merantau dan jumpa orang dan saya fikir betapa bertuahnya saya menjadi Muslim rakyat Malaysia dan menyebarkan aura positif kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Saya bersyukur kerana dapat belajar sangat belajar tentang hidup, bumi hijau Tuhan dan Islam lebih daripada ketika saya berada di Malaysia (semua ilmu saya tentang Islam adalah daripada ibu bapa saya yang mengalakkan saya berfikir dan kemudian mengamalkan). Saya belajar bagaimana untuk menghargai perbezaan yang dicipta Tuhan dan itu membolehkan saya mempunyai kawan daripada segala jenis manusia.

Jadi ini adalah kali terakhir saya menulis post sebegini. Jika anda membaca ini dan menganggap saya sudah ‘sesat’, saya rasa sangat sedih untuk anda, untuk ‘arrogance’ dan ‘ignorance anda’. Jika anda mahu terus berfikiran sempit, Yuna Zarai bukan untuk anda.

Saya tak suka orang yang tak reti reti nak appreciate orang negara sendiri and tak abis abis rasa mcm dia hamba paling hebat dan perfect dalam dunia. Sudah lah tu nak condemn orang atas nama agama.

Kita memerlukan aura positif sekarang, lebih daripada sebelum ini. Kita semua SAMA tak ada hamba class A, class B, class C. Kesemuanya dalam perjalanan untuk menjadi seorang manusia yang hebat. Ucap je lah benda yang baik baik saja sesama sendiri. Kita adalah lebih baik dari ini.

yunalis zarai

Secara jujur, Abang Nara merasa satu kerugian kerana tidak pergi mengembara serata dunia ketika zaman muda dulu. Bila dah tua-tua ini, memang keinginan untuk melihat negara orang membuak, tetapi kekangan terlalu banyak. Bak kata Yuna, kalau anda masih muda, tolonglah pergi mengembara. Banyak yang kita boleh pelajari. Banyak yang kita boleh jadikan teladan dan sempadan. Dunia ini amat luas dan bukannya berpaksikan kita sendiri. Abang Nara yakin anda akan menjadi orang ‘baru’ yang lebih baik sebaik sahaja anda kembali dari pengembaraan anda.

P.S: Koleksi gambar yang cukup mengkagumkan dari Finland

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

94 responses to Sudahlah Tu Nak Condemn Orang Atas Nama Agama – Yunalis Zarai

  1. Anonymous says:

    Haa.. yg ini baru la bole dipanggil “dont judge book by its cover” sbb pencapaian dan sumbangan dia dlm kerjaya dia..

    0

    0
    • doa says:

      Sumbangan kerjaya ke arah apa? Kerjaya dunia mungkin tp Kerjaya Akhirat tidak menepati piawaian syariat dlm Al Quran dan tersasar … Kerjaya skrang tdk membantu langsung dia di alam barzah dan Padang Masyar.
      Mungkin satu hari nnti Yuna terbuka hati dan menerima Nur Hidayah mendpt kerjaya yg sbnr dunia akhirah begitu juga penyanyi yg lain. Aamin
      Doa utk saya , Yuna dan smua muslimah di dunia.

      0

      0
      • anon says:

        Doa…….sikit2 pasal agama. Kalau nak nasihat org tu betulkan diri sendiri dulu. Bersihkan hati dari segala hasad. Kalau diri tu alim sngt, kenapalah duk baca blog gosip ni. Gih lah baca quran banyak2 and dalami ilmu agama.

        0

        0
        • Noname says:

          Untuk beragama tak perlu duk 24jam baca quran..dunia akhirat kena seimbang..saya tak baca gosip,tapi saya tengok tajuk ni keluar dkt notification fb da kawan like..ini berkaitan dengan agama..kalau tak betul cara maksudnya tak betul..jangan sombong diri dengan kurniaan tuhan bagi..kalau di tarik nikmat?semoga kita sentiasa diberi hidayah..

          0

          0
        • miss kepoh says:

          ajaran yahudi mane ko pegang kene betulkan diri sendri baru leh nasihat org lain

          0

          0
        • Pilihlah Prcutian Islmik bg muslim says:

          Blajar hingga ke ngri cina adalh kata2 hukamak bkn Hadith. Tdk mngapa jk tdk tahu hnya perlu beristghfar shj. Bak kata Yuna kluar dr cmfrt zone. Travel lah hingga ke angkasaraya skali pun tp jagalah kwajipn bragama. Jaga Solat, akhlak dan tutup aurat dgn smpurna srta Pemakann yg halal shj smsa travel. Apalah guna jk travel dan kluar dr cmfrt zone jk syariaat TIDAK diendahkn. Slps ini kita akn travel LG JAUH dan tiada comfrt zone lg iaitu slps KEMATIAN. Travel ke Alam Barzakh slps tu Travel ke Pdg Masyar dan ke Neraca Mizan akhir skali Syurga atau Neraka yg Abadi.

          0

          0
      • Saya sokong Doa says:

        To Yuna. Please read doa’s comment. Btw ur outfit during hiking was not the proper way of Muslim wear.

        0

        0
        • paler buto Doa says:

          u tell me… gi hiking pakai mcmana ? sembang deras bleh arr…

          p/s: takkan nak pakai baju kurung… jeans g hiking… akai ada ka ?

          0

          0
        • Sy peminat reakrsi hiking says:

          Ramai muslimah pergi hiking masuk hutan belantara trmasuk yg bertudung litup labuh. Termasuklah muslimah yg berdakwah di kws yg sngt pendalamn. Bukan setakat hiking shj malah mrk merentas hutan belantara. Sila ke NGO badan dakwah. Mrk memakai pakaian yg mngikut syariaat. Kami x guna akal semata2 tp akal yg berpandukn iman. Jgn sempitkn pmikiran anda dgn menyempitkn bgmn brpakaian yg penting mengikut syariaat. Adkh Hukum Allah diutamakan atau Hukum manusia digunakn. Ini bkn utk Yuna tp sesiapa yg bermnt dlm reakrasi ini spt sy.

          0

          0
        • best hiking tp sila patuh syariah says:

          Jika brlaku kmalangan yg mnyebabkn kematian, skiranya kita brpakaian sesuai utk mndaki dan ikut Syariaat maka kita tidak didakwa di Mahkmh Allah di Neraca Mizan Pdg Masyar. Jk kemalangn itu brlaku smsa kita mndaki krn brpakaian spt telanjang. Bgmnkah nasib kita disana?. Bukan baju yg kononnya SESUAI spt didakwa mngikut Pandangan manusia itu yg menyelamatkn nyawa kita jk berlaku kemalangan itu tp Allah. Sunnah melihat keajaiban alam semulajd tp kewajipan kpd Allah perlu di utamakan. Matlamat x menghalalkn cara. Jom kita hiking. Best!.

          0

          0
        • Anonymous says:

          wearing something loose la, apesal bangang sangat ? balik-balik cakap “dia dah bawa nama negara kita ke persada antarabangsa”, “buat malaysia bangga”, yes, I admit all her hardwork is awesome ! brings Malaysia’s name to Hollywood ! brings our country name to Hollywood makes you feel fucking awesome ? dude, bawa nama ke mana pun hutang negara kita takkan settle, takkan bawak ke syurga. When people said just a little thing just about aurat, mula la semua cacing kepanasan lebel orang tu ustaz atau ustazah. Aurat is not ‘word’ from ustaz atau ustazah yang korang dok lebel but it’s A WORD FROM ALLAH. Sampai bila nak agung-agungkan orang bukan Islam, ni la nama je Islam hidup lagi teruk daripada orang barat yang korang hina minum arak, seks bebas, etc.. Cakap orang yang tegur sikit pasal aurat itu alim, apa jadah kau panggil alim ? tak sekolah ke apa ? alim tu khas untuk orang yang mahir bidang agama sahaja. If you said I alim, alhamdulillah one more step to syurga. how about you ? sampai bila nak hidup macam orang kafir ? orang kafir pun lebih baik dengan korang yang kepala buto.

          0

          0
        • selesai masalah says:

          Masalah Yuna hnyalah perlu melonggarkn pakaian berkenaan. Dr baju hingga ke sluar sngt2 melekat dan melekap.

          0

          0
      • Anonymous says:

        statement mcm nasihat yg hebat.. tapi hati n diri tuan yg menulis hanya tuhan yg tahu… huhuh..

        0

        0
        • sayang says:

          Tdk penting siapa yg beri nasihat tp yg penting adalh nasihat itu benar atau tidak dr kaca mata agama. Hatta klu seorng bkn muslim atau seorg pelacur yg beri nasihat jk nasihatnya utk kebaikan kita maka terimalah dgn lapang dada dan hati yg terbuka. Bersangka baik adalh lbh baik. Keikhlasan seseorg hnya Allah yg tahu.

          0

          0
        • tak suka pun takpe!! says:

          slm cik puan sayang dan yg patuh syariah di atas,,.

          jgn la memperkecilkan amalan dan niat org lain walaupn seorg penyanyi yg mungkin bagi kalian tidak Islamik pakaian n attitude nya seperti kalian..

          walau kalian mungkin selalu hadir ke majlis ilmu, solat x tinggal, berzikir dan tutup aurat dgn sempurna.. Allah dah janjikan syurga tu byk jln utk hambanya masuk…. Jadi biarlah Allah yg tentukan.. saya bukan peminat Yuna.. tapi bila lihat anda memberi nasihat.. terasa sgt ketidakadilnya di situ.. sbb anda tidak melalui pengalaman nya..

          kalau anda pun ada highlite pasal pelacur, wujud hadis sahih seorang pelacur yg Allah ampunkan dosanya dan masukkan dia ke syurga hanya kerana niat n sikapnya yg bantu seekor anjing.. jelaskan.. jelas, sikap dan niat kerana Allah lebih afdal dari perlu utk mengikut kepuasan hati kalian semata-mata yg kalian rasa dah sempurna iman dan taqwa..

          semua hamba ada kekurangan.. tapi janganlah menekan seolah anda dah hadam dan master semuanya.. sebab kehidupan kita masing2 sgt subjektif.. tak semua org lalui pengalaman dan keadaaan yg sama…

          tapi maaf, tapi saya x jumpa dalil yg mengatakan nasihat seseorg perlu di terima dgn terbuka utk kebaikan walaupun dari seorang non-muslim atau pelacur.. sbb perkara ini melibatkan iman dan akidah dan akal.. sgt bahaya statement anda ni..

          .. tapi kalao org yg di nasihati itu dah tahu apa kelebihan yg dia lakukan, insyallah, kita terus doakan yg terbaik.. sebab doa adalah senjata yg paling ampuh utk seorang Muslim.. lagi afdal kalo kita dpt membimbing dgn jadikan dia sahabat seperjalanan utk memahami pengalaman beliau.. kan itu lebih manis… bukan bum bam bum di alam virtual mcm ni..

          niat saya hanya Allah yg tahu.. peace no war..

          0

          0
        • Faham Hadith berkenaan apa? says:

          Tak suke pun tak pe. Sila perbetulkan hadith berkenaan. Bukan masuk syurga tp di ampunkan dosa. Dosa yg mana, Rasul tdk perincikan. Selagi muslim itu mnjaga akidahnya dan tdk syirik. Insya Allah akn dimasukkn syurga akhirnya tp sblm itu jk ada dosa pula, kita dicucikn dosa2 itu di dlm neraka dhlu sblm ke syurga. Hadith yg anda utarakan adlh brkenaan sedekah dan ehsan. HARGA SEBUAH SYURGA BKN MURAH DN SNGT MAHAL HARGANYA ATS RAHMATNYA. Api didunia adlh hnya dr 1 Percikan api neraka. Jd jgn meremehkn hukum2 yg Allah tetapkan.

          0

          0
        • Faham Hadith berkenaan apa? says:

          Berpesan2 ke arah kebaikan adlh wajib bg setiap muslim. Sbg muslim menerima nasihat yg ada kebaikan dan tdk bertentang dgn agama pula terlalu asas dlm agama. Jk anda mnonton Cinta Ilmu atau mendngr ceramah ilmu terlalu bnyk kali di beritahu oleh alim ulamak atau para asatizah. Tdk kiralh siapa yg beri nasihat terimalah dgn hati terbuka. Tnyalah mana2 alim ulamak. Mengapa di pertikaikn nasihat dr bkn muslim atau pelacur, terimalah dgn rendah hati. Mrk juga hamba Allah. Nb. Ibrahim prnah ditegur Allah krn x menolong seorg yahudi dlm Quran.

          0

          0
      • Anonymous says:

        Ampunkan dosa saya ya ustaz…Maklumlah “saya” ni tak sempurna.. Kita doa je la yg terbaik buat Yuna.. Sekurang-kurangnya sejak dia jadi artis, dah byk “SUMBANGAN” amal kebajikan/charity yg dia dah buat seiring dengan “PENCAPAIAN” dia.. tak terkira rasanya.. itu yg saya nampak.. Amal dia yg kita tak nampak hanya Allah SWT yg tahu..

        0

        0
        • ustaz tdk boleh ampunkn dosa says:

          Matlamat tak menghalalkan cara. Halal itu jelas dan Haram itu jelas. Adakah dia membuat amal jariah stlh dia jd artis shj. Klu dia bkan artis maka tdk blh buat amal jariah?. Amalan itu antra dia dgn Allah, kita tidak blh pertikaikn seorg hamba Allah yg mmbuat amal kebajikan. Insya Allah kebaikan Yuna ditrima Allah. Kerjaya dia tidak ada kena mengena dgn amal yg dia lakukan. Sekurang2nya Yuna kenalah berpakaian sopan. Itu shj. Dia masih saudara kita. Jk buat amal kebaikn charity tdk mengikut lunas2 agama pun. Kbaikan tdk ditrima cth knsrt chrty brcmpur maksiat.

          0

          0
        • Anonymous says:

          memang betul la pun, nak buat kebajikan dia tak perlu pun nak jadi artis. Anonymous takde pun cakap mcm tu. Maksud Anonymous tu, rezeki yang yuna perolehi sbg artis, dia masih tak lupa untuk beramal. Malah lebih banyak amal kebajikan yg dia boleh lakukan atas rezeki yg Allah bagi kat dia selepas dia menjadi artis.. Berbanding kalau dia bukan artis atau org biasa, mana la dia mampu nak bagi sumbangan kebajikan banyak2 mcm tu.. Ya, Banyak atau sikit sumbangan itu bukan ukuran.. kerana apa yg paling penting ialah amal kita itu diterima oleh Allah.. Cumanya, Lebih banyak amal yg dia buat maka lebih banyak lah ganjaran pahala dia dapat.. Itu la bezanya sebelum dia jadi artis dan selepas dia jadi artis.. Sekurang-kurangnya dia tak lupa untuk beramal.. Soal Halal Haram.. Anonymous takde pun cakap boleh halalkan yg haram. Tapi Anonymous sendiri pun tak boleh la juga terus nak CONFIRMKAN bahawa amal kebajikan yg dia buat tu haram dan tidak diterima oleh Allah.. Cara halal ikut syariat pun tapi kalau niat hati ada sebaliknya, sama juga ceritanya.. Apa2 pun hanya Allah sahaja yg maha mengetahui atas segala-galanya.. Kita semua manusia biasa tiada yg sempurna dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan.. Nasihat itu baik, tapi janganlah pula terus2 meng”CONDEMN”kan org lain atas nama agama.. Apa lagi kalau tidak mengetahui situasi sebenar.. Ini komen secara positif ya.. Jangan ada salah faham antara kita.. Semoga kita semua dirahmati Allah.. Islam itu indah.. Peace..

          0

          0
      • Nok-Nok-Nok says:

        Subhanallah,
        Jangan menutup mata hati anda.

        Saya cuma hamba kerdil di atas muka bumi ni tapi saya cuba berfikir secara menyeluruh Cik/encik “Doa”.
        Logik Allah hantar / “izinkan” Yuna ke USA dikala waktu masyarakat Islam disana dicerca dan dipulaukan. Yuna sedaya upaya malawan arus disana meskipun “tidak menepatia piawaian” sepeti cik/encik “doa” katakan.

        Kesan imej Yuna sedikit sebanyak telah mengurang Islamophobia di USA. Dan muisc Yuna juga banyak memberi inspirasi menghargai kehidupan.
        Adakah itu bukan satu sumbangan dan pada pendapat saya, apa yang kita lakukan untuk membuat sesuatu perkara lebih baik adalah dikira – dakwah / amal.

        Cuba buka mata luas2 dan berfikir positif. “Tiada satu zat diatas bumi ini bergerak melainkan dengan Izin Allah”.
        Jika niat anda menulis untuk menegur itu bagus tapi adakah anda sedar apa yang anda tulis telah menimbulkan fitnah dan msyarakat munkin mula mencerca Yuna. Cuba fikir sejenak.

        Daaaaaa-

        0

        0
        • Doakan yg terbaik .. says:

          Ini bkn piawaian manusia tp piawaian Allah. Benar semuanya bergerak atas izin Allah termasuklah sesuatu yg buruk. Org merompak yg berjaya pun ats izinNya tp adkh itu dibenarkn?. Kita diberi hak pilihn utk memilih. Imej itu mngurangkn Islamophobia ? Wlpn x mngikut lunas2 yg ditetapkn dlm Al Quran. Dimanakah benarnya knyataan anda. Setiap amaln yg baik akan ditrima Allah. Harap Yuna mnjaga keperibadiannya. Islamophobia akn terus ada hingga kiamat. Kcuali slps Nabi Isa diturunkn barulh tiada tp akan berlaku kembali slps itu stlh manusia lupa PenciptaNya.

          0

          0
      • jojolah says:

        siapa anda nak tentukan kerjaya dia sebenar atau tidak? kalau dgn kerjaya Yuna, dan berada di luar negara dapat sedikit sebanyak menukar pandangan org bukan Muslim yg lebih baik tentang Islam dan Muslim melalui pertemuan dia dengan mereka semasa dia berkerja, adalah lebih baik dari kita yang kononnya ada kerjaya “sebenar”, duduk saja di depan komputer di ofis berhawa dingin, tetapi bila datang Atheist dan org bukan Islam datang nak bersembang dgn kita tentang agama, kita diam seribu bahasa, tak reti pun nak memberi hikmah apatah lagi mempertahankan konsep dan kepercayaan agama Islam yang kita sembang kencang dekat blog BN ni.

        0

        0
        • Anonymous says:

          habis bawak kluar hadis quran… satu je saya harap… yg menasihati di atas apa yg ditulisnya harap selari dgn sikap dlm diri mereka sendiri… jgn hanya nampak n nak cari salah n kelemahan org ok…… jgn jugak hanya hebat menulis di sini.. tapi kat luar, dpn mata ada mugkar, nak tegor pun x berani…. typical malaysian

          peace u all

          0

          0
      • Lovelyvic says:

        Bab ni mmg aku agree sangat…
        Aku selalu bandingkan kawan2 aku yg gemar travel…
        atau yang gemar membaca buku2 ttg negara lain…
        Berbanding yang jarang kuar dari Malaysia…
        Mmg dari segi pemikiran dowang… cara dowang melihat dunia..
        mmg berbeza… sbb tu skang aku pun suka kumpul2 duit..
        pastu pi travel oversea…
        “Jauh perjalanan luas pemandangan… luas pemikiran”

        0

        0
      • lola says:

        To DOA,

        Bro ni bukan blog agama ceramah ke apa ni blog HIBURAN.. i repeat HIBURANNNN…. yang lu dok baca gossip apahal? dosa ke tak? ke suuka tgk artis pompuan n lelaki tayang rambut tayang badan? come on get a life jgn nak sembang alim diri lu pun x betui duk baca gossippppp…….. puiii kaki gossipppppp nak cite agama… tak padan la bro!

        0

        0
      • lola says:

        BANYAK LE HAI USTAZ AND USTAZAH SUKA BACA BLOG HIBURAN OIIII…. CAKAP TAK SERUPA BIKIN. CONTOHNYA USTAZ USTAZAH MASUK CLUB TAPI BAGI CERAMAH SEDANGKAN DIRI SENDIRI PAKAI BAJU PUN MENCOLOK MATA. PUIIII USTAZ USTAZAH BEAUTIFULNARA KAKI BACA BLOG GOSSIPPPPPPPP…. PUIIIIII CKP TAK SERUPA BIKIN SALAH BLOG LA WEI

        0

        0
      • tiara meliana warkono dumilah says:

        Alhamdulillah. Bagus nasihat Doa ni. Ala-ala ustazah suci qudus yang sah-sah matinya nanti dijamin syurga. Doa, dah baca quran ke hari ni? Saja je nak ingat2kan. Manalah tau kot2 terlupa sebab asyik sangat baca blog gosip. Ingat tau Doa, blog gosip tak menyumbang apa-apa buat kita di barzah nanti. Assalamualaikum. #siscuba *betulkan tudung neelofar yg ditiup angin*

        0

        0
      • nenas says:

        yang awk berkuntum kat blog gossip ni membantu awk di alam barzah & padang masyar ke?

        0

        0
    • miss lollipop says:

      miss bukan peminat yuna, tapi apapun miss tetap respect yuna, walau dia dah di sana, dia tetap tak tinggal imej dia, dia tetap bertudung, well memang cara tudung dia tak betul, serkup tu tak boleh dalam islam, tapi identiti dia tu yg dia tetap tak tinggal supaya org putih disana tau yg dia islam… yg bab aurat dia tak cover betul tu biarlah dia dengan allah..kat sini pun ramai je org yg pergi ofis pakai tudung tp kebaya ketat, baju singkat semua, sama je dgn yuna ni…

      miss yakin, artis2 malaysia ni ramai yg kalau terlepas ke hollywood mau mcm jakun habis, kalau boleh nak pakai bra je berjalan, sedangkan di malaysia pun dah berani habis-habisan… well done yuna, just do ur work.. miss yakin bila sampai masa awak pasti akan memakai tudung dengan betul …:)

      0

      0
  2. aku says:

    i love u yunaaaa

    0

    0
    • Fatin says:

      This I have to AGREE. Traveling semmgnya akan buka minda & buat kita pandai. Bukan pandai buku ya, pandai ‘life’. Susah nak explain, org yg byk travel akan fhm..
      And betul ckp Abg nara, mana yg tak kawin ada anak lagi pegi la travel selalu boleh, jealous tgk gambar2 honeymoon ramona zam zam & suami palestin dia, tak balik2 Malaysia lagi. Suka style ramona yg byk duit tapi tak gila show off paper bags / handbags / etc, dia guna duit lebih kepada food & traveling.
      Nasa & Marion takyah ckp lah.
      So… GO TRAVEL kwn2 ku sekalian..!

      0

      0
      • xx says:

        nasa n marion tu maksudnya apa? dorang pun tak show off ke maksud awak? hehe saya x paham

        0

        0
        • Nero says:

          Sy rsa Fatin maksudkan ttg travel. Nasa & Marion lagi lah byk travel.. Tapi mmg betul pun ramona tu byk duit tapi dia punya style sempoi. Jenis yg gila travel & adventure mcm maya karin. Jauhhhh beza dari Cik taaaa!

          0

          0
  3. Anonymous says:

    You nailed it YUNA..!
    dalam Quran dan Hadis pun byk dalil utk meminta manusia keluar dari zon selesanya ikut kemampuan sendiri.. go Hijrah everyone..

    0

    0
    • Her Ladyship says:

      Betul, keluar dari zon ….
      TETAPI,
      Bukan dari Bertudung sempurna ke Turban,
      Dari baju yg kurang ketat ke yg slimfit,…
      Betul, Go Hijrah Everyone…..
      TETAPI,
      Mencari dan Mendalami Ilmu agama ALLAH di dunia unt bekalan Akhirat…

      0

      0
  4. maria says:

    looking at the kinda fans we have in Malaysia, i wud say i agree 98% with Yuna..everybody just love to be keyboard warrior in many fields..when we lost MH370, they become the aviation engineer stating what may have gone wrong, they became the geographic experts within 5 seconds..when an artist or just anybody wears somethg not inline with religion, they become ustazah, ustaz, etc..all within 5 seconds..

    BUT, after looking at your hiking pict, the 21 year old girl/boy who said that to u have a point..i need not to explain further because u r smart enaf to figure it out..so here goes my 2%, completing the 98%..

    HOWEVER, as Muslim one thing we must bear in mind..it is in Islamic teaching that we should not simply condemn others eventhough he/she has done somethg wrong..why? (1) we are also hamba Allah who commit sin(s) everyday..just like him/her.. (2) It is not our duty to simply bark at others and humiliate him/her..(3) Islam teaches us to spread kindness, not hate..when u condemn other people openly insulting others, u think u have just got yrself pahala? no! (4) and many other reasons im too lazy to write…

    SO, we should practise kindness, think before we talk/write anythg..if u have no knowledge @ little knowledge on somethg, just keep quite and learn more..not showing off with that too little knowledge @ none which normally end up a joke..

    sekian, terima kasih. assalamualaikum :)

    0

    0
  5. cik mek molek says:

    kdang2 x faham jenis org yg slmber je kutuk2 org dlm ig org tu sndri…
    klau aku, aku maki terus je. ig aku kot!
    nasib laa aku bkn slebriti…

    0

    0
  6. concern says:

    this is a beauty with skills n brain hokey..!!
    sesuai buat menantu utk pak2 menteri malaysia yg cgpa 3.85 ke atas dan ke bawah.. boleh tarbiah sekali bapak mertua..

    0

    0
  7. anon says:

    Biasalah, bila dah berjaya sikit, adelah manusia2 yg hati busuk….suka cari keburukan org.. Pd hal diri sendiri belum tentu betol pun.

    0

    0
  8. Umur: 35 tahun says:

    “Saya tak suka orang yang tak reti reti nak appreciate orang negara sendiri and tak abis abis rasa mcm dia hamba paling hebat dan perfect dalam dunia. Sudah lah tu nak condemn orang atas nama agama”

    Kak Yuna yang disayang, saya bukan orang kaya n pas graduate nak kena kerja bantu family lagi,pulak tu takde bakat menyanyi,compose lagu cam akak yuna sampai david foster leh terpegun..tapi saya hanyalah seorang islam yang nak jadi sesolehah mungkin untuk dapat tiket ke syurga..(tapi baca gossip blog.huh..) saya tak setuju bila akak cakap orang condemn akak atas nma agama.sebab nya orang condemn cara akak berpakaian. Dalam islam kn kak,xleh pakai baju ketat.walaupun bertutup kepala tapi bentuk badan masih nampak tetap dikira tak sempurna menutup aurat..nanti nak kesyurga kena travel ikut neraka dulu..ish xmau kan..so saya bkn perfect sbb dok baca gosip tp saya proud of u kakak sbb akak la org kenal malaysia…tp biar lah org kenal malaysia sbb wanita islam nya bertutup litup sempurna ayu menawan gitu..n suara pun aurat kak..u have mizz nina to become ur idol..lebiu kakak yuna..

    0

    0
    • Anonymous says:

      org tu comment pasal the significant of travel.. korang p kona tang dressing… kesian la minda org kita ni.. depa ja la yg perfect n alim…

      0

      0
    • lola says:

      ni sekor lagi umur 35 tahun. dh la susah mulut puaka lak

      0

      0
  9. Sedeyyy says:

    Fully clothed eh…fully clothed..!!!

    0

    0
  10. ade aku kesah says:

    alah yuna ni senior aku masa kt uitm…nk grad degree pon repeat sem sebab sebok menyanyi… pointer pon cukup makan, nk cutting hebat plak…sejak azali lagi poyo pempuan nih..

    0

    0
    • Anonymous says:

      ko mengaku blaja di uitm.. tapi minda ko mcm ni… huhuh.. kesian kat ko dik kesian jugak kat uitm sbb x dpt undegrad yg lowclass mcm ada aku kesah ni nih.. huhuhu

      0

      0
    • Anonymous says:

      gila pedajai punya dengki….

      0

      0
    • wki_wki says:

      Apa masaalah pointer cukup makan pun?
      pointer aku pun ala2 ajer.. tapi.. aku lagi power dr staff aku yg 1st class…
      tapi bila tanya semuanya tak tahu. pointer bukan lah penjamin kejayaan.. yg penting usaha dan tawakal.. ada paham!!!..:P

      0

      0
    • molly says:

      yuna ni junior aku, sama2 LL.B..repeat sem? so? apa masalahnya? aku pun dulu repeat sem sekali sbb sakit, tak dpt masuk kelas 2 bulan..aku jd gak lawyer..so?? kat mana point kau ni? merapu kelaut aje pandai..

      0

      0
  11. beth says:

    Adaker org pergi hiking pakai legging?

    0

    0
    • Anonymous says:

      ada… merino or themal legging..part of sport leggings… kat Malaysia pasaran takde sgt sbb majoriti org pompuan kita lagi minat jadik ahli mesyuarat tingkap dari buat outdoor activity.. serius..

      0

      0
      • Anonymous says:

        terima kasih ats komen awk ni. br tau ada jns legging mcm tu. yelah..kat malaysia ni aku tau legging utk bergaya jer, pastu legging kat go shop tu blh sembunyi lemak bagai. tp aku prefer pkai legging kat rmh jer..huhu

        0

        0
      • lola says:

        ahhahaha…. amik kau padan muka ustazah kaki gossip kena sekali

        0

        0
      • joe says:

        anon 6.44. Your reply – WIN!.

        0

        0
  12. Anonymous says:

    lau die repeat sem skli pon.. bkn ko yg kna baya..

    0

    0
  13. miskin says:

    manelah ade duit nk travel kak oii…zaman gst nk makan pon susah…kasihan rakyat marhain nih…org kaya mampulh..

    0

    0
  14. misskinah says:

    manelah mampu nk travel zaman gst ni kak oii…nk mkn pon susah…org kaya je mampu…kesian kite yg gaji cukup mkn ni…baca gosip jelh nok …

    0

    0
  15. yup says:

    org kite mudah gelabah..time kutok org pakai ayat keagamaan tapi duk layan porn

    0

    0
  16. AbgNara Pls ambil berat!! says:

    Abg nara weh… yg kawen 11 org tu Nabi S.A.W.. Yg kau tetiba kaitkan contoh spt Nabi tp padahal ckp psl yg x elok tu kenapa?! Mmg entry kau x salah cuma bagi la contoh lain kut iya pun. Pls concern.. jgn tergolong dlm umat yg mmpersendakan agama.
    Sekian teguran dari aku yg x seberapa ni. :)

    0

    0
    • berat sangat ni... says:

      Abg nara mention pasal ustaz penipu yg kawin 11 tu la..huh…out of date

      0

      0
    • Anonymous says:

      Lemsss nye ko ni..org cite psl ustaz jadian tu. Ketinggalan bas tol ko ni. Salah sorg keyboard warrior. Ckp bkn main kencang tp org cite A ko cite Z.

      0

      0
    • hamba kristian says:

      Nabi S.A.W kawin 11 org…baru aku tau..aduhai..like father like son

      0

      0
      • Salah paham la says:

        Sape father sape son?yg abg nara ckp tu kes ustaz penipu..cakap je ustaz,tp sebenarny bukan..da 11org bini..apa da…

        0

        0
  17. AbgNara pls berhati-hati! says:

    AbgNara, aku x kisah kau nak bagi contoh tp pls berhati-hati sikit kalau nak tulis tu. Hanya Nabi S.A.W SAHAJA yg kawen 11. “… ada yang berlagak alim bagi ceramah sana sini tapi sebenarnya kahwin sampai 11 orang bini..”
    Kau punya contoh ni mcm mengata Nabi S.A.W je. Kut iya pun bg contoh lain la.. Budak2 yang jahila agama akn keliru tau kalau kau bwt contoh tu. Pls concern and beware next time.
    -aku yg mentah baru belajr jugak.-

    0

    0
  18. AbgNara Pls ambil berat!! says:

    Kau tiru komen aku nape pulak minah weh? Senget

    0

    0
  19. kembayau says:

    true indeed yuna and BN, i wish i could go too…
    bak kata nabi, belajarlah hingga ke negeri cina…
    mengembara jugak 1 fasa dlm belajar b4 we fit in,,,,
    start supporting, stop kondemg , tak de guna,
    cana nak maju,, sory

    0

    0
  20. aku cantik says:

    kalau aku ni yuna pun aku x kuasa nk duduk malaysia saja. otak jadi serabut dgn manusia yg penuh dgn hasad dengki dan x ada keinginan utk memajukan diri. byk yg tau mencerca dan mngeji. mcm dia saja bagus.
    yg tulis panjang lebar, sama pnjg dgn yuna punya postimg tu mesti yg dh x ada benda nk buat. pegi la kumpul duit dan explore dunia ni. baru tahu betapa byk nya kejelikan dan pd masa yg sama mampu bersyukur dgn keindahan Malaysia. cakaplah bnde yg baik2 dan uplifting.

    0

    0
    • Qu puteh says:

      Susah sngt ke melonggarkn pakaian berkenaan. Tiada kena mengena dgn hasad dengki. Panjatlah gunung evrst tp jagalah pakaian muslimah. Takkan itupun fikiran jd serabut hingga hndak kluar dr msia .. wahai ai cantik manis.

      0

      0
    • ttt says:

      kau lagi sorg yg tak pernah keluar dari tempurung..kau fikir masyarakat luar negara sana tak kolot? hahahahaha..fikir lagi sekali ye..yuna ckp terang kot..pengalaman yg dia dpt masa di negara org mematangkan dia..dia tak kata pun rakyat mana2 negara tak kolot..mana2 tempat pun ada species manusia mcm kau ni..species kolot..

      0

      0
  21. Linzy Longkang says:

    betul gak ckp yuna tuh, budak2 skarang malas yg dorang tau jadi keyboard warriors pastu komen jahat, yuna dah tutup segala, korang nak apa lagi? Nak suruh dia climbing pokok seme pakai kain batik ker?

    0

    0
  22. joey says:

    i have travelled across half the globe. i have seen a lot of different people. and i have to disagree with yuna. travelling should open your eyes more and brings you near to God (my trip to detroit was so eye opening about muslim nowadays). it should make you understand why you pray five times, why you fast, why you cover yourself modestly. big names or not, the only things that matter is your final journey to either hell or heaven. think about it. and pray for hidayah.

    0

    0
  23. ZOM says:

    Kita dah tegur tapi Yuna respond mcm dalam gambar tu. Do not expect people will change after kita tegur dia. Kita dah jalankan tanggungjawab kita, biar Allah swt saja yg membuka hatinya. Dia pun bukannya buta hukum hakam agama juga.

    0

    0
    • mimiyangdivine says:

      saya setuju..dah berbakul2 org nasihat tegur condemn dia pasal pakaian dia and she still doesn’t care..it’s really up to her now..

      0

      0
      • maria nijam says:

        mmg la up to her..yg bagi dia pahala ke dosa ke is Allah, not u, not me, not anybody else..understand that first..get it!?

        0

        0
  24. Anonymous says:

    memang betul la pun, nak buat kebajikan dia tak perlu pun nak jadi artis. Anonymous takde pun cakap mcm tu. Maksud Anonymous tu, rezeki yang yuna perolehi sbg artis, dia masih tak lupa untuk beramal. Malah lebih banyak amal kebajikan yg dia boleh lakukan atas rezeki yg Allah bagi kat dia selepas dia menjadi artis.. Berbanding kalau dia bukan artis atau org biasa, mana la dia mampu nak bagi sumbangan kebajikan banyak2 mcm tu.. Ya, Banyak atau sikit sumbangan itu bukan ukuran.. kerana apa yg paling penting ialah amal kita itu diterima oleh Allah.. Cumanya, Lebih banyak amal yg dia buat maka lebih banyak lah ganjaran pahala dia dapat.. Itu la bezanya sebelum dia jadi artis dan selepas dia jadi artis.. Sekurang-kurangnya dia tak lupa untuk beramal.. Soal Halal Haram.. Anonymous takde pun cakap boleh halalkan yg haram. Tapi Anonymous sendiri pun tak boleh la juga terus nak CONFIRMKAN bahawa amal kebajikan yg dia buat tu haram dan tidak diterima oleh Allah.. Cara halal ikut syariat pun tapi kalau niat hati ada sebaliknya, sama juga ceritanya.. Apa2 pun hanya Allah sahaja yg maha mengetahui atas segala-galanya.. Kita semua manusia biasa tiada yg sempurna dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan.. Nasihat itu baik, tapi janganlah pula terus2 meng”CONDEMN”kan org lain atas nama agama.. Apa lagi kalau tidak mengetahui situasi sebenar.. Ini komen secara positif ya.. Jangan ada salah faham antara kita.. Semoga kita semua dirahmati Allah.. Islam itu indah.. Peace..

    0

    0
  25. lelakikini says:

    I’m writing this to women out there especially. Yes, you are absolutely right. pakaian Yuna mmg tk tutup aurat eventually. But kita siapa nk judge dia..kita siapa nak hukum dia. Sebaiknya doakan dia menjadi musliamah yang lebih baik. Tau ke kita berapa byk pahala and dosa yg dia kumpul. Dia bagi inspirasi to many people out there. Mungkin ada perempuan yg tk bertudung sblm ni but after seeing her, org dah start berjinak2 nak pakai tudung walaupun tk sempurna. So at least Yuna pun dpt pahala jugak kan..Of course dia tk sempurna tutup aurat..perempuan mana now a days yg sempurna tutup aurat..im not saying this it is ok utk pakai mcm tu..but give them a chance. Hanya Allah yang boleh judge..If Allah say that she will go to heaven..she will go to heaven. Ada perempuan yg sempurna tutup aurat..tudung labuh..baju longgar tp hati kotor..bergosip kt office..menindas org..tk bertimbang rasa..tk pandai/ patuh pd suami..etc..trust me I see a lot of perempuan mcm ni..adakah perempuan sempurna tutup aurat pasti tk masuk neraka…
    But again guys im not saying this its ok tk tutup aurat..I also personally tk setuju cara Yuna berpakaian but please don’t judge her…give her a chance..
    From my personal point of view..you kene tgk diri you dulu..betulkan diri you dulu sblm nk komen pasal org lain..Mcm komen dari Miss kepoh…so are you agree if seorang yg bagi ceramah sana sini pasal agama..suruh org buat baik but then diri sendiri buat mungkar kt blkg…what kind of people is this?

    0

    0
  26. positiveLAAsikit says:

    ni laa org melayu xleh tgk org lebih skit kondemm je memanjang..infrastruktur kat mlysia ni derrr dah 1st class tp malay minded still 3rd class

    0

    0
  27. yunatakkesah says:

    ni la mlayu kondemm je memanjang…pikiran still 3rd world class tp faciliti dah 1st class

    0

    0
  28. Rahimah says:

    Hahahahhah.. Mlaysia oh malaysia.,
    Da aku kata JALUR TU AJE YG LEBAR .. Tapi rakyatnya masih sempit..!!!
    Syabas Yuna ..

    0

    0
  29. sue says:

    Jauh lagi perjalanan kita. Bagi lah sikit masa kat Yuna. Kita pun tak sempurna. Semasa kita keluar rumah pernah tak terpikir cukup tertutup ke aurat aku? Jangan menghakimi Yuna kalau kita sendiri tak sempurna. Saya pun free hair sebelum ni dan masih belajar menutup aurat dengan sempurna. Kalau betul-betul peminat Yuna, sokonglah dia dari segi muzik. nak tegur pasal benda lain, tegur secara private. Masuk rumah orang tak bagi salam, mana adab kita?

    0

    0
  30. ops says:

    teringin nak tengok gambar ustazah-ustazah jadian yang komen dalam nih.. adakah betui menetapi syariat.. longgar.. loose.. menutup dada.. mekap sederhana.. mengaji everyday.. hurmmm…

    0

    0
  31. sapa lah saya says:

    amboih..komen pjg bjela.. masing2 nak menang. yuna achieve something in her life. lets make our own achievement in our life too. elok je dia dok oversea. yg kat msia ni plak kes menjadi2

    0

    0
  32. Anonymous says:

    Kesimpulannya, hanya Allah yang berhak menilai dan menentukan syurga neraka Hambanya..siapalah kita nak buat kerja dia..Islam itu mudah dan halus..

    0

    0
  33. iamawesome says:

    cakap pungpang kemain. tapi dok baca blog artis. wtf? takpayah nak belagak alim lah. hal dia biar dgn dia lah. kain sendiri jaga dlu. nanti orang nampak spendar kte, sapa mau jawab?

    0

    0
  34. mojo says:

    Semua keyboard warrior yang hentam artis berlagak alim ke?Mengutuk artis nie sebab artis tu sampah masyarakat.berhijrah,bertutup litup..tapi pakai seluar macam nak pergi berenang.sampai nampak lurah punggung.kalau tak dikutuk maka dihalalkan lah oleh para artis nie.maka jadi ikutan para pelajar yang kebanyakannya peminat artis.terutamanya perempuan.tu yang banyak gambar perempuan isap batang kat dalam web..semua melayu…

    0

    0
  35. Kakimuvee says:

    Pengomen-pengomen malaysia ni banyak acah2 alim, baik, suci.. Komen suma nak baik2 tp kat luar, haramjadah punyai perangai

    0

    0
    • Dr pengalaman akak utk kakimuvee says:

      Ni knapa ni dik. Komen teguran ats2 tu tak adalah akak baca sampai mencarut menyumpah seranah kan Yuna ni. Elok shj bhs mrk. Takkanlah pergi hiking semestinya kena pakai sampai sendat spt itu. Adik tak pernah pergi jungle trekking n hiking ke?. Akak ni satu famly mmg dr kecil buat aktiviti tu merata2 tmpt dgn parents. Lg satu pergi travel, kita tetap muslim. Kewajipan Ibadah kena jaga. Bukan akak seorg shj yg berfikiran bgitu tp ramai yg sdh menetap lama di luarngra dn menjelajah dunia lbh jauh dr Yuna tetap jaga aurat. Ini bukan acah2 alim sbb alim mksdnya ada ilmu maka kena praktikkn. Chill ya dik.

      0

      0