Sudah Tunai Umrah : Peminat Mahu Marsha Milan Berhijab

Hiburan

Sudah Tunai Umrah : Peminat Mahu Marsha Milan Berhijab

Baru sahaja pulang dari menunaikan umrah bersama suaminya Sepol Ali, peminat sudah meminta penyanyi Marsha Milan Londoh untuk menutup aurat sepenuhnya.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Marsha yang masih lagi dalam proses untuk mendalami ilmu Islam memerlukan masa untuk  berubah mengenakan hijab dan berharap agar orang ramai mendoakan beliau satu hari nanti mampu berbuat demikian.

Ramai yang meminta saya berhijab terutamanya di ruangan komen di akaun laman sosial saya. Ketika ini saya masih lagi dalam proses mendalami Islam dan mohon doa daripada semua supaya kekuatan itu hadir.

Berbicara mengenai pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, Marsha mengakui beliau merasa cukup tenang apabila melihat Kaabah di depan matanya dan menjalani ibadah di sana. Marsha berdoa agar satu hari nanti beliau mempunyai rezeki lagi untuk kembali ke Makkah.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...