Sudah Balik Umrah : Ruhainies Belum Sedia Tutup Aurat, Akan Cuba Kurangkan Berpakaian Seksi

Hiburan

Sudah Balik Umrah : Ruhainies Belum Sedia Tutup Aurat, Akan Cuba Kurangkan Berpakaian Seksi

Umum mengetahui pada bulan Februari lepas, Ruhainies telah pun mengerjakan ibadah umrah. Sebenarnya, ramai juga peminat beliau mengharapkan agar Ruhainies mengubah imejnya dan berhijab.

Advertisement

Namun, menurut Ruhainies beliau belum bersedia untuk menutup aurat dan mahukan hidayah itu datang secara ikhlas daripada hatinya tanpa sebarang paksaan.

Orang akan kata balik umrah kena bertudung dan tutup aurat. Saya tetap akan jaga tingkah laku dan pemakaian agar tidak terlalu terdedah.Saya pun dari dulu tidak terlalu seksi. Saya akan lebih menjaga selepas ini sebab orang pun sudah tahu saya pergi umrah. Benda ini isu sensitif tetapi kalau hidayah itu sampai, saya terbuka.

Saya pergi ke sana dua minggu. Tetapi mak dan ayah saya pergi dahulu, saya pergi dengan produksi seminggu selepas itu. Saya pun sudah lama merancang untuk bawa orang tua ke Mekah. Kebetulan saya ada penggambaran, jadi saya bawa mereka ke sana.

Menutup aurat memang wajib untuk setiap wanita muslim, namun biarlah juga ia lahir daripada hati yang ikhlas dan betul-betul ingin berubah ke arah yang lebih baik. Tak mahu lah nanti, ada kes lagi sudah berhijab tetapi kemudian buka tudung pula. Doakan yang terbaik buat Ruhainies.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...