Written by Bella | July 17th, 2017

Minggu lepas berita pemilihan hero untuk drama popular Korea, Coffee Prince versi Malaysia iaitu Fattah Amin menjadi bualan hangat netizen yang tidak setuju pelakon itu membawakan watak lakonan Gong Yoo, yang diminati ramai. Kini ada juga petisyen yang diwujudkan melalui kempen di Internet yang meminta agar pelakon lain menggantikan tempat Fattah kerana lakonan beliau dikatakan masih lagi “kayu”.

Sila beri watak utama kepada pelakon lelaki selain Fattah Amin. Kami tiada masalah dengan Janna Nick, kami hanya tidak mahu Fattah Amin melakonkan watak Gong Yoo.

Buat masa ini, Saluran Melayu Astro sebenarnya masih lagi dalam perbincangan untuk memilih pelakon yang sesuai untuk watak tersebut.  Pengarahnya Michael Ang pula tidak mahu mengulas isu ini dengan lebih lanjut walaupun umum mengetahui beliau telah mengesahkan Janna Nick turut terlibat dalam drama tersebut.

Bak kata kami sebelum ini, kita lihat sahaja hasilnya bagaimana nanti. Dengan populariti Fattah Amin kini drama Coffee Prince versi Malaysia pasti akan mendapat sambutan yang hangat.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

118 responses to Sudah Ada Petisyen Bantah Fattah Amin Jadi Hero Drama Korea “Coffee Prince” Versi Malaysia

  1. Polis bukit aman says:

    Cukup2 la dgn fattah. Zmn skrg trend dah berubah, yg kayu lebih laku dari yg betul2 berbakat.
    Aku tak benci fatah tapi nak juga tgk org lain jadi hero, bukan asyik buka astro nmpak muka fatah je. Dan aku pcayer ade lagi pelakon lelaki yg boleh blakon dgn baik..

    43

    2
    • Anonymous says:

      Asyik ckp alasan sama ” bkn benci dgn dia tp nk hero lain” . Ada usaha dengki kan dia sbb femes. Byk hro berlakon byk drama x de kne mcm tu.

      14

      27
      • Anonymous says:

        jadah nk dengki dgn dia. kitorang bukan retis nak dengki2 dgn dia ni. Paham tak dah muak tgk muka dia je? M.U.A.K. Tak tau apa tu muak, gi cari kamus dewan bahasa. Yang pasti muak tu bukan disebabkan benci atau dengki. Paham???

        38

        5
        • Pekerja Gomen says:

          Kalau bukan dia siapa?
          Kamal Adli ke?
          Ekekekek… aku pecahkan tv kalau mamat tu

          31

          1
        • stesen tv gigih discuss tau says:

          jadi ko nak kata ko muak sesangat kenapalah filem yang ada lakonan p. ramlee terlalu kerap ditayangkan di slot tv2 pukul 10 malam hari isnin?? astro prima??

          biarlah woii.. stesen tv nak filem tu ditayangkan seramai orang yang boleh dari tua sampai muda, kaya mahupun miskin.. itu sebab filem mat sentul, wahid satay jarang ditayang di tv.. dalam setahun boleh kira jari berbanding filem p. ramlee.. bulan lepas dah tayang, bulan ni ulang lagi filem yang sama..

          sama gak kes nyer dengan patah amin.. stesen tv nak pastikan penonton yang tak sempat tengok ataupun terlepas tengok drama lakonan patah amin tu, bolehlah tertengok patah amin walau satu episod je.. yang penting brand patah amin tu diwar-warkan secara besar-besaran.. macam dia je yang bagus sekarang ni gitu.. hero lain next time yer..

          0

          1
        • c says:

          pchknlh, sbb tv bapak ko yg beli…sbb tu x hargai apa yg ada

          7

          8
        • Anonymous says:

          Amik sharnaz ahmad…MAU TAK?

          0

          26
        • Anonymous says:

          stesen tv gigih discuss tau, nak bagi contoh biar yg cerdik sikit. Patah amin tu tak selevel dgn p.ramlee la oi. Kalau suka tu jgn smpai dungu.

          3

          0
      • lia says:

        Fattah amin fans punya “logic”..bila ada org kritik..kutuk..tegur or x suka..itu semua either peminat neelofa atau dengki dgn rezeki FA..korang ni tak tgk ke FA berlakon mcm mana..bercakap pun mumble..ekpressi muka x smpi..kayuuu..tolongla masuk kelas lakonan FA..

        10

        1
        • Anonymous says:

          Orang hidup in denial mmg mcm tu. Rasa diri tu dah hebat. Menang anugerah pun sebab orang vote.

          5

          3
        • patah amin tetap number one says:

          kes fattah amin ni macam latif romly.. dua-dua hensem, tinggi, rahang muka dan tulang pipi pun nampak prominent maksudnya tak chubby macam pelakon gemuk gedebok yang ada high fat.. orang yang study pasal diet pemakanan mesti dah biasa dengan istilah low fat, high fat ni.. btw, fattah amin ni boleh dikategorikan oku yang ada masalah mumbling.. ekspresi muka tak sampai dan kayu semua ni ada kaitan dengan tanda-tanda masalah pembelajaran ataupun autisme.. pelakon lain mungkin cepat tangkap nak tunjuk muka yang ekspresif gitu.. tapi korang tak bolehlah nak expect pesakit autisme, sindrom down tu mesti normal.. janganlah downgrade mereka yang sakit ni.. korang suka ke orang hina kau waktu kau tengah sakit tak larat.. tak suka kan.. macam tu gak orang yang ada autisme semua ni mereka ada dunia mereka sendiri.. walaupun agak slow untuk catchup apa yang korang rasa senang je nak buat.. mereka masih ada kelebihan lain yang boleh dipuji dan dipuja.. cuba pikir aspek positif daripada nak mengutuk kelemahan orang dengan tujuan buat orang feeling down dan sunyi sepi..

          paham situasi fattah.. support your products always dari jauh.. kk sayang muahhxx. (gelak manja lofa)

          1

          3
    • Potah Riuk says:

      kalo si gemok michael ang tu tetap nak jadikan patah amin jd hero, penonton Coffee Prince akan boikot drama ni. Kuasa boikot boleh menjatuhkan seseorang. Bagi la drama2 lain pd si pattah amin ni. Tapi bukan citer ni.. Berlakon gerak2 khas pun mcm kayu bercakap. Hahaaha.

      26

      5
    • chong chong says:

      kenapa lah semua dengki sangat. dah rezeki dia. Rezeki dari Allah. *aku bukan peminat Fattah

      31

      5
      • Adudu says:

        Omg over-nya siap buat petisyen. Pls fokus dkt serious matter drpd hal2 kecik cenonet macam ni.

        44

        0
      • Anonymous says:

        Sama lah kes dgn Najib kan? Biar dia naikkan semua cukai. Jgn mrh, itu rezeki Najib nak makan harta rakyat kan? Kalau ko marah, ko dengki namanya sbb ko takleh jadi PM.

        37

        0
    • nak jadi popular ke sendu?? says:

      bagi saya.. pelakon berbakat tu ertinya pelakon yang memberi kesan kepada penonton.. mempengaruhi pemikiran penonton..

      soalannya fattah amin ni ada ke kehebatan mempengaruhi pemikiran penonton?? jeng jeng jeng.. mungkin hati segelintir penonton agak keras dan degil untuk dipengaruhi fattah amin.. siapa tahu, ada penonton yang memang terpengaruh bila melihat fattah amin berlakon.. saya percaya fattah amin ada style dia sendiri ketika berlakon.. pelakon lain pun ada style sendiri.. yang untungnya, fattah amin mendapat perhatian ramai tak kisahlah supporters mahupun haters.. berbanding pelakon lain yang kurang menonjol dan agak play safe.. so the point is pelakon mana yang paling bersemangat waja untuk berhadapan dengan reaksi jutaan penonton, nama pelakon tu yang akan lebih diingati dalam memori penonton.. berbanding pelakon yang sendu low profile..

      2

      2
    • MMLZZ says:

      Aku tak pernah tengok coffee prince. Tapi kalau versi Malaysia, Fattah jadi hero, aku akan tengok sebab Fattah tu ada aura dia tersendiri. Btw, dia tak kaki putar alam, dia jaga solat, dia jaga family. Bukan macam artis lelaki lain. Sibuk menempel dengan gf sampai keluarga terabai. Fattah ni pandai menghargai peminat. Let him be the hero wahai Astro. Kalau tak amik, habis la rating cerita tu turun! trust me! Pada artis lain, cukup2 la awak semua pun dah pernah popular. Biar Fattah pula rasa semua ni. Kayu2 dia, dia masih berusaha untuk jadi maju dan tak pernah nak kacau periuk nasi orang. Oh. lastly, Lofa, please move on. Saya tak suka awak berlakon. And… peminat fanatic yang fanatic maca nak mati kepada artis2 ni, please la wei. korang lebihkan la family korang. Over sangat fanatic kat artis. macam apa je. Ok bye

      3

      3
    • Anonymous says:

      nak nazim othman plis

      3

      23
    • Pemerhati bebas says:

      Aku nasihat fattah x payah amik job ni. Bagi kat Daleer ke atau Alvin ke atau beto atau aaron kwok. Kalo citer ni laris ko x kne hentam . Kalo drama ni melingkop ko boleh sengih kebar I TOLD YOU SO. either way ko x de rugi pun sbb org awam kita ni x heran pon dgn drama korea. Drama melayu ni amik adaptasi dari drama Titanic pun boleh x laku. So takyah hadap sgt nk brlakon dgn mike ang. Nnti ko dpt job yg lbeh bagus

      11

      2
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      minah jambu dh caklap itu hari kalau tknk fatah yg lakonkn suroh nabil aje yg lakonkn itu watak mesti peminat2 satu malaysia hepi…..kalau susah2 sangat nak cari pelakon untok drama yg macm korea tk korea ni suroh peminat undi aje kt berita harian …!

      2

      1
    • minah latoya mulot longkang vazzzz says:

      Kalau dekat Hollywood, bila nama dah overexposed, diaorg akan amik rehat jap daripada spotlight. Ni sebab xnak terima backlash daripada haters. Contoh Taylor Swift. Ni baru strategi xnak backlash. Rasanya dah sampai masa fattah rehat kejap berlakon dalam ape2 drama. Dia dah terlebih overexpose kot. Kalau ak jadi dia ak rehat jap 3-4 bulan. Barula kurang sikit backlash. Lepas tu pilih watak yang betul2 sesuai untuk berlakon.Or pegi kelas lakonan balik. Berlakon ni boleh improve. Sama macam vocal jgak. Aku bukan haters. Just rimas je bukak timeline ade nama dia je.

      3

      1
      • soomankok says:

        aku bukak insta asyik kuar muka hanah montana.. yg berlakon dgn syafiq kyle tu. dua2 aku x follo kat insta. puas block nk wat cmne?

        1

        0
  2. Sparring says:

    Cian FA ni asyik kne kecam kayu..
    Rsenye FA ni kne pilih heroin yg ok baru lakonan dia pon ok..
    Sbb i tgk cite dia blakon dgn lofa & risteena ke sape tah, kena kecam teruk..
    Tpi bila die blakon dgn fazura dlm hero seorg cinderella, ramona zamzam, fathia latif dlm plan cnta tak jadi, nampak oke je..

    53

    0
    • basikal patah amin says:

      cinta dari marikh tv2 pukul 7 pagi.. patah amin berlakon dengan chacha maembong.. ko rase??

      8

      0
  3. Anonymous says:

    Sian dy asik kena kecam, dah rezeki dy kok ye pon

    14

    1
  4. Chentabuska says:

    Aku x minat pun si Patah riuk ni. Tapi petisyen bagai korang ni scary betul. Petisyen biar la.benda berfaedah dan dpt bantu keamanan sejagat. Ni petisyen sbbb retis??? Sakit aper korang ni

    87

    0
    • Dean Winchester says:

      Obses sgt depa ni. Lg malu yg iye2 ni mak2 yg anak dh nk berderet, feeling ala2 masih xdak laki. Terbawa2 ngan cite romantik smbil berangan laki dia pon cmtu.

      19

      0
      • bini berangan je tau says:

        laki dia busy outstation.. mana ada masa nak beromantik bagai dengan bini dia.. tak kerja, tak dak duit la sayang.. bini asyik malas berkepit ketiak laki je, bilanya laki tu nak hadap dunia luar yang sungguh mencabar..

        3

        3
    • Nisa says:

      Org yang buat petisyen ni mmg nonsense!!

      9

      0
  5. Si polan says:

    Inilah namany kifarah.apa yg dia & mgt nya pnah buat dkat ex2 dia dulu. masa hsc dulu mgt dia dn fattah sndiri singkir lopa.now rakyat marhaen kpop buat bnda sama.actually sye pun terkejut.tuhan punya kuasa.rmai yg ckp x baik rampas rezeki dia.actually konsep rezeki selagi belum di gunakan atau di manfaat kn itu belum lg namany rezeki.

    3

    49
  6. Si polan says:

    Petition tu mmg x patutlah cuma nasihat utk fattah luangkan masa solat bebanyk mohon ampun pd tuhan..apa yg kita pnah buat hanya kita dn Allah yg tahu.kene turunkan ego perbaiki diri.org yg merendahkn diriny dpan Allah…org itulh yg akn berjaya.cayalah

    13

    0
  7. NONONO says:

    aku plak tak suka janna.. berlakon nanti mesti terjerit2..

    31

    1
  8. ayah lop says:

    JANGAN SAMPAI AYAH BUAT REPORT..

    4

    0
  9. el says:

    Movie online lah, zaman fattzura, loffattah sudah habis, sekarang yang lg up syafiq kaylie dan hannah delisha Lakonan dan chemistry yang serasj

    1

    27
    • retis glamor kusayang says:

      zaman syafiq kyle dan hannah delisha pun sekejap je.. habis madu, sepah dibuang.. lagi 10 tahun ada zaman hero heroin yang masih lagi bersekolah menengah sekarang ni.

      20

      0
    • Anonymous says:

      Sorry aku tgk drama tu x leh tahan tgk smpai abes rasa nk kecam je. Maaf ye SKyle dan Hdelishious.

      3

      0
  10. Anonymous says:

    Helo MA Ramai lagi aktor yg lebih berbakat. Sudah la tu. Aku tak minat aktor kayu lembik. Cakap pun terteghan terteghan….

    6

    7
    • bintang popular dikecam? says:

      so ko tak minat lerr latip romly yang hensem tinggi tu??? inilah masyarakat yang kita ada sekarang.. menghina kekurangan OKU..

      nasihat kepada OKU, kuatkan semangat korang. orang yang menghina ni pun pernah dan akan dihina.. so hidup ni ibarat roda… pilihan di tangan sendiri, nak hina orang ke nak puji orang..

      0

      7
  11. fbi says:

    korang tertipu dengan permainan michael ang sebenarnya…
    masa hsc dulu nak suruh peminat cadangkan heroin, walaupun sebenarnya dah ada. ini pun cara dia promote drama dia walaupun heronya dah decide..
    tak perlu penat2 buat petisyen ke ape..fattah dan ma berpisah tiada.

    14

    0
  12. Anonymous says:

    ok je if fattah jd hero.. asalkan scene best2.. cerita best.. layaannnn

    10

    3
  13. chikiboom says:

    this is about rezeki tau.
    even im not fan of fattah tapi macam kelakar petisyen ni semua.
    ni mesti peminat kpop yang taksub ni tu yang siap petisyen bagai.
    sudden aku terfikir on fattah side, dah memang keje die berlakon,
    so kalau orang offer aku berlakon, aku ambik jela. ye dak?
    orang cakap die kayu.. well aku rase he’s improved. 2 cerita je aku penah tengok die berlakon satu yang mase memula dulu yang dgn ristina tu. sumpah tu mmg aku bagi kaki kat tv. 2 yang baru ni dgn fazura. tipu kalau aku cakap takde improvement.

    plus, aku rase netizen ni poyo, konon ambik la pelakon yang bakat more than rupa,
    well banyak cerita yang drag “in life” yang pelakon such beto and the gang tapi mane ade orang nak tengok. contoh cerita hidup redha tu. ya ampun berapa kerat oiii dalam panggung mase aku pergi tu.

    then kalau pelakon yang kata,pentingkan kualiti of lakonan baru ambik skrip. aku tengok sapa yang cakap, kalau macam que haidar ke, syafie naswip ke, beto and the geng ke aku ok, sebab kau stalk ig diorang mmg diorang ade urge somthing activities in life. tapi kalau yang pelakon tak berapa nak ado, tengok IG xtvt pun setakat lepak starbucks, ade shooting sikit2 tapi nak cakap pasal kualiti. choiii cakap jela kau tak dapat job. hahahahhaha!

    ok conclusion aku, petisyen ni satu benda yang kejadahnye. kau dah tak suke pelakon tu dah tak yah tengok.

    1

    0
  14. PATTAH TAHAPENTAH says:

    Saya setuju Fattah berlakon engan syarat waktu siara pukul 3 pagi.

    18

    1
  15. Anti Lopatah says:

    Pelik sgt bila orang kata jemu tgk FA ari2 kat TV ..padahal tahun ni…telemovie HSC je yang tayang. SHMP bulan 10 last year. Kot celah mana hari2 nya.

    16

    0
    • sayang apa khabar denganmu says:

      sila buka tv2 pukul 7 pagi.. cinta dari marikh.. tu bukan muka patah amin ke?? tapi peminat patah amin busy nak pergi kerja ataupun sekolah.. ataupun belum bangun tidur lagi.. dalam malaysia entah berapa jer yang bukak tv2 pukul 7 pagi.. sedangkan pakcik pakcik makcik makcik semua yang nak insaf, gigih bukak tv9 tengok tanyalah ustaz biar tahu jangan keliru.. ntv7 8tv pula cerita cjwowshop boleh skip tak tengok pun takpe..

      8

      2
  16. Anti Lopatah says:

    Pelik sgt bila orang kata jemu tgk FA ari2 kat TV ..padahal tahun ni…telemovie HSC je yang tayang. SHMP bulan 10 last year. Kot celah mana hari2 nya.

    4

    3
    • Whatever says:

      Entah. Lain la kalau tv3 pon ada muka dia. Ni aku tgk astro je ada muka dia. Sorry kalau ampa sembang drama pkl 7am tv2 ka tv1 ka mmg x tgk. Org dok sibuk nak bersiap pi kerja.

      3

      1
  17. cikikaka says:

    Lawak la korang yg bantah2 ni.. stesyen tv dh tentukan la sape artis dia. diorang tgk sape rating paling tinggi. diorang lg tau. korang ape tau? tau kecam je. pastu konon mogok xnk tengok. padahal tengok je

    13

    1
    • target rating 10 juta? says:

      setuju.. lagi ramai haterzz sign petition bantah patah amin jadi hero remake drama ni.. lagi tinggi mencanak naik rating drama ni dijangkakan.. adakah ini strategi management patah amin?? sebelum ni mana ada petisyen bantah drama tv malaysia, tapi hasilnya rating rendah la pulak.. jadi nampak di situ, ada pro and contra… ada hikmah dalam setiap kejadian yang berlaku.. wah gitu kekdahnya..

      7

      0
  18. Anonymous says:

    korg yg segelintir je yg nak mogok tak nak tgk, tpi masih ramai beribu lgi yg nak tgk…

    9

    1
  19. Anonymous says:

    nazim othman mcm sesuai

    -1

    22
  20. Tan says:

    Org melayu ni mmg busuk hati ekk…perasaan hasad dengki tu menebal dlm diri masing²….x leh tgk bangsa sendiri maju…patutlah melayu masih mundur hingga kini

    9

    2
  21. 4ori says:

    FA cukur misai janggut , bele rambut panjang skit kepok2 ok kot

    2

    1
  22. melati says:

    Termuntah dah saya tgk Org ni…ueeeeeeekkkkkkkkkkkkk

    4

    0
  23. Anonymous says:

    aku tak setuju M. Ang yang direct crita ni. HSC berlakon kat luar negara macam berlakon kat Malaysia je. bazir duit je. EDITING dia terok. ko bagi la pelakon hebat2 pun lakonan akan nmpk kayu kalau silap angle and editing.

    7

    1
  24. mak c kina says:

    org bantah bkn sbb si FA ni sgt tp sbb peminat cite Coffee prince tu sendiri..coffee prince cite yg bagus so peminat drama ni nk la pelakon nya standing dgn pelakon asl..goong yoo tu xla hansem sgt tp dia ada karisma..so MA perlu carik karisma tu utk bg peminat CP xkecewa..

    mcm cite patahnya sebelah sayap..cover cite korea gak..tp sbb pelakon nya bagus,xde pun cite boikot2 ni..

    14

    0
  25. Anonymous says:

    shuib la, dia pun skrg da galak share ke sweetan dia laki bini .. tu da kira da capai tahap menjiwai watak dan ke arah2 porno halal laki bini ….. heroin dia siti sarah negro tu

    2

    1
    • jom pegi gym nak badan sado says:

      negro pun negro lah.. sarah tak kecik hati pun.. dalam dunia ni memang ada jutaan negro pun.. hati sarah tetap kuat untuk menempuhi kehidupan yang penuh dengan harapan. cecece.. sweet gitu..

      haruslah sweet laki bini.. kau nak tengok laki bini pukul terajang ke?? tu domestic violence.. dah dah.. nak lepas geram pergi workout sampai penat.. hidup cara sihat..

      2

      1
  26. bukansiapasiapa says:

    hahahha kelakar kerana pemilihan pelakon drama pun nak buat petisyen bagai….ntah hapa2…nak buat petisyen jugaklah supaya host biadap rancangan meletop tu tukar sbb dah 6 tahun kot…

    23

    0
    • cik mekmolek says:

      setujuuu

      4

      2
    • lim guan eng nak jadi pm? says:

      boleh juga buat petisyen lim guan eng letak jawatan ketua menteri pulau pinang.. dah 9 tahun merasa jadi ketua menteri.. more than enough.. calon lain bersedia menggantikan you..

      6

      0
  27. Cik Mas says:

    terima kasih atas petisyen tu aku sokong & aku bkn hatters Fattah Amin cuma sbg peminat k-pop aku rasa tak sesuai utk watak Gong Yoo tu, btw klu ssh sgt jgn buat remake Coffee Prince maka maybe xdak org bantah kan?..sekian

    6

    1
  28. Azhar says:

    Drama belum pun start shoot tapi hype dia over betul. Siap petisyen bagai. Asal nara tk cover pasal drama RV. Lofa ada kott. Kesukaan bang nara. Aku tak brp sgt bab nk remake drama korean ni. Tp patahnya sebelah sayap aku suka sbb ummi nazeera tu. But utk CP ni even dapat pelakon yg hebat or sesuai or kena dgn watak gong yoo, drama editing dari production mike ni haru biru. Tgk hsc la. Pelakon semua A class fazura datiin zizie izette nina juren but editing haru biru. Aku tgk sbb fazura ja haa. Learn from mistake mike. Jgn nk rushing2 sgt bab editing ni. Nnti kau kena hencap dgn pencinta drama korea. Lepas tu mengamuk kt insta. Aku no prob fattah ni hero, but mek janna aku kureng. Nak2 heroin CP ni jenis yg riang2 hyper active gitu, harap mek janna tk over la jerit2, teriak dlm drama. Takut terannoying.

    0

    0
  29. sk8b says:

    weh bukan yang dorang ambik berlakon hafidz roshdi ke? ambik laaa yg lain..fattah amin ni utk CP??? omg no pls noooooooo dia xsesuai pun. mmg la handsome tapi suara dia bawak keluar tu dengan mulut tenganga aku xtahan tgk.aku tutup ja tv bila tgk dia kluar suara. kena ada style sikitla pelakon .jgn main ambik sebab dia popular dan diterima market.dia diterima market sebab byk org promote dia, bgla peluang pada pelakon lain .ambik yang lain yg ada rupa jugak bakat. promote elok2 mesti menjadi.NO pada Fattah pls la M.A

    5

    -2
  30. Anonymous says:

    ALIF SATAR LAGI BEST KOT….

    2

    3
  31. tenok says:

    Syafiq Kyle dan Nellydia…

    0

    7
  32. pinklady says:

    dia nie dulu mmgla kayu…aku tgk OK je dia belakon skrg,,,aku pun bukanlah minat dia sgt..tp dari pandangan aku…dia bertambah improve yg penting bukan sekadar rupa je improve..mutu lakonan smakin bagus… hatters is everywhere..bioasalah…..

    6

    0
  33. melor says:

    kepada peminat k-pop sekalian. pelakon korea yang jadi hero coffee prince tu muka bukan hensem pon. TAK HENSEM LANGSUNG.

    nampak perasan hensem ade lah. tak payah petition2 sangat lah. mcm bodoh pun ade.

    -bukan peminat patah-
    -patah kayu-
    -menyampah k-pop fan yang over-
    -poodah!-

    6

    2
    • korang ni anti caucasian ke apa? says:

      gong woo tu muka typical buruh korea je.. rambut hitam mata coklat.. cuma kulit je putih.. bulu mana bulu.. misai dan janggut pun macam tak subur.. badan tu ada muscle sikit je.. tak terbukti celah mana kejantanannya.. mungkin zakar dia ada sperma sihat boleh menghasilkan zuriat.

      lainlah macam pelakon hollywood gred A.. mata biru rambut kuning ada jambang bulu badan.. testosteron pun high.. so nampakla contoh baik untuk dijadikan lelaki idaman..

      2

      9
      • Enya says:

        Wei bodoh2 sekalian, org bukan nak dok point kat muka hensem ke tak lani.pelakon korea tu muka dia xhensem tapi ada KARISMA.talent.xda kayubalaknya oi tgk point dengan jelas.

        3

        0
        • jom bersenam says:

          fyi, memang ada yang lengkap dengan pakej muka hensem, badan fit, ada karisma, ada bakat yang terpuji, dan amalkan gaya hidup sihat.. yg ko nak angkat, muka sendu tak berapa hensem, ada masalah sosiyal ketagih merokok?? shisha?? arak?? hidup segan mati tak mahu?? dan kononnya ada karisma.. tu syok sendiri namanya kerana menampilkan muka hero yang takde bagi sesuatu semangat kepada penonton..

          0

          2
        • melor says:

          Karisma pon takde bro! Macam pondan je aku tengok.

          1

          0
      • Anonymous says:

        Gong Yoo tu best actor lah wei. Kalau kat Malaysia ni Gong Yoo tu ibarat Bront Palarae atau Beto …

        3

        0
      • Ahmad says:

        Mak Cik tua jer giler retis caucasian . Zaman dah berubah…sekarang time retis ASIAN bebudak muda duk gile.

        2

        0
        • kau dah cantik.. usahlah risau ye says:

          doktor bedah plastik memang terharu ramai bebudak duk gile dan idola k-pop ni.. mata sepet gigih nak bedah bagi nampak ada line kelopak mata.. hidung berlemak, gigih nak bedah buang lemak hidung bagi nampak tulang mancung.. dagu berpetak gigih nak bagi nampak lembut.. tell me apa lagi yang nak dibedah.. eye bag bawah mata yang macam panda tu pun nak dibedah doktor.. haizz peminat fanatik yang terlalu taksub sanggup mempertaruhkan nyawa dan menderita kesakitan akibat pembedahan kosmetik yang berisiko tinggi??

          1

          0
  34. Anonymous says:

    Fattah ok je watak Min Yeop

    2

    2
  35. kaki tabur says:

    zul huzaimy pun ok…

    0

    9
  36. cik ct says:

    Tolong amik Izzue Islam.. I likee

    5

    4
  37. Awan Nano says:

    Hisyam Hamid pun ok gak.. As long as bukan fattah.. Pleaseeee?

    4

    3
  38. Ainie Yusoff says:

    Typical Malaysian fans, bila korang suka seseorang artis tu, korang sanjung artis tu tinggi melangit, tapi bila dah tak minat, kau kecam dia luar dalam n kalau boleh nk tutup sekali periuk nasi orang tu. Why not kita juz watch n enjoy every dramas that are on air, it’s juz an entertainment je, so tak payahlah taksub sangat sampai nk buat petition bagai juz utk nk tutup periuk nasi orang n puaskan hati korang. Apa korang dapat eh? Dapat tanah se ekar ke, atau dapat free air lampu sepanjang hayat. Get a life ppl, n pls do something betterlah, dari buat petition juz to stop Fattah Amin from berlakon citer Coffee Prince version Malaysia. Kalau dah mmg rezeki Fattah, korang buat lah petition apa sekali pun, tetap menjadi rezeki dia. Kun Fa Ya Kun…. ya haters.

    0

    0
  39. Anonymous says:

    kalau nak tostesteron testarosa bagai tu bleh ambik plakon yg jd watak lelaki upahan puan sri mawar tu. lelaki yg buat medina kena halau dari papa dia tu. xtau nama apa. yg pernah berlakon oh bulan. katanya hari tu ramai dak2 wechat meleleh tgk ig dia.

    0

    1
  40. MAK JEMAH says:

    Mengapa la korang ni…… saya rasa antara artis lelaki malaysia yang paling budiman adalah FATAH AMIN……

    0

    1
  41. amik says:

    Senang citer..Malaysia blom layak buat drama/filem mcm Korea..lain la klu Filipina or Indonesia..artis dorg mmg bbakat bonus skali muka kacukan cantik n hensem..ni dorg ni stakat blakon amik citer dr novel pon tcungap-cungap blakon..apa ke jadahnye nk bversi korea..

    3

    0
  42. Anonymous says:

    aku bukan peminat fattah tp knp msti nk sekat rezeki dia? tu rezeki dia yg Allah dah tetapkan.. kita tak suka tp tu rezeki dia. dan aku rs si fattah ni mungkin salah satu ahli syurga sbb dia banyak dapat pahala dari kutukan yg korang dah kasi.. ok bai

    3

    0
  43. Kemboja says:

    Rosyam nor & ogy amad daud please

    2

    0
  44. Ara says:

    Peminat fattah (yg fanatik shj) serious la bengong. Habis semua org mengkritik dikata peminat neelofa and dengki. Mmg dasar cetekkkk minda.

    0

    2
    • Alang says:

      Sbb yg buat petisyen ni mmg fans lofa kak. Fanatik lofattah gitcheww. Apa kata sruh depa buat petisyen tukar heroin RV sebab kak hajah pun kayu gak berlakon. Kejung keras and no emotion. Tp alif okay. Macam CP gak la. Janna ok tp fattah tk ok.

      5

      1
      • mak c kina says:

        RV tu xde petisyen sbb bkn cover dr mana2 drama/filem luar negara yg ramai peminat nya..so klu bersiaran nanti pun xde sape nk tgk keberkesanan & keserasian mereka..
        tp klu ada petisyen pun ok gak…aku nk tgk sape calon2 pengganti nya..hahaha..
        MA tlg la carik pelakon yg kami blh hadap..xpopular, xcantik pun xpe..asalkan kami blh tahan nk tgu sampai 20-30 episod..

        2

        0
  45. kpop says:

    Azwan Ali pls… muka kpop gak.. hahaha

    1

    1
    • najib razak cukur misai? says:

      bila entah azwan ali nak berlakon drama tv ni. peminat merinduimu wahai diva azwana alia nok gebuzz.. di mana kamu sayang.. menyorok dalam gua ke?

      3

      0
  46. EllySha says:

    Nazim Othman / Shaheizy Sam ok kot kalu berlakon. :-)

    0

    5
  47. Anonymous says:

    Yg dengki tu xde tangan atau jari ke nak tekan remote astro tu???
    Punye lah banyak drama kat astro…

    0

    1
    • dibuai mimpi indah says:

      diorang bersungguh-sungguh nak hero pilihan diorang yang berlakon drama remake CP ni.. entah apa yang seronok sangat pun tak pasti.. khayalan sungguh..

      3

      0
  48. Anonymous says:

    Ayam mee,ayam mee.
    Mee ayam.mee ayam..
    lagi sedap dari
    Shambutlah Chinta ku..
    sengau.mengau

    0

    0
  49. Anonymous says:

    Jgn tgk suda!nak bantah apa lagi.Kau sapa?

    0

    0
  50. lala says:

    nak syafiq kyle la jadi hero..haha…memasing nak hero sendiri

    0

    1
  51. Anonymous says:

    Hafidz roshdi pn ade blakon kn utk drama ni?? Spesis kayu.. Tp netizen x nmpak,yg korang nmpak & attack fattah amin je.. Janna nick pn mbosan kn jugak

    3

    1
  52. AKU GERAM SGT NI says:

    Bukan NETIZEN yang bantah..ini sume PEMINAT LOBATAK=NEELOFAK punya peminat..diorang mmg xpuas hati dengan FATTAH AMIN..diorang nak FATTAH AMIN ni mengalami zaman kejatuhan….NEELOFAK dah cakap jangan kaitkan dia dengan FATTAH AMIN…suh org luar jangan kaitkan dia…MASALAHnya yang masih kaitkan dia dengan fattah adalah fan dia juga…LOBATAK..tapi dia coverline cakap orang luo…kunun dia sayang LOBATAK..tapi peminatnya BODOH….xfaham betul la….

    Sila Hadam dan Faham…jgn GILER sangat

    #geramsangatni

    3

    0
  53. chefwan says:

    pls ambik chef wan jadi hero drama ni……………….sure gamat punya….
    kekompangan mulutnya akan menjadi tarikan abadi.kelas gitu……

    1

    0
  54. Peminat kopi says:

    Rasanya Michael Ang boleh beri peluang kepada Aiman Hakim sebab Character Aiman sesuai..Janna Nick boleh lah tapi lebih bagus kalau beri peluang kepada muka baru seperti Raisha Senrose atau Hannah Delisha..jadi namlak sikit character yg bersesuaian..

    1

    0
  55. izzy says:

    omg..!? korg ni mmg xde kerja ke..? sampai buat petisyen bagai..? rezeki org kot, x payahlah nk jd penyibuk sgt.. w/pun aku x minat fattah (i know it sounds cliche tp betul!).. lantak p lah michael ang nk ambik sape pun. mmg la kdg2 kita rasa nk pilih je pelakon2 dlm citer yg kita suka kan? tp smpai buat petisyen..? pg jd pengarah/penerbit buat film atau drama sdiri la ooi!

    1

    0
  56. #BOIKOTKAYU says:

    sapa2 ada tau apa link petisyen tu, mohon2 lah share sini pls.. aku nak vote banyak2

    sharing is caring kanXD

    2

    0

Leave a Comment

Optional