Sudah 30 Tahun Bertapak Di Malaysia, Apa Rahsia Courts Kekal Lama?

Hiburan

Sudah 30 Tahun Bertapak Di Malaysia, Apa Rahsia Courts Kekal Lama?

Selamat pagi semua!!! Apa khabar anda pagi ini? Abang Nara Alhamdulillah sihat di samping isteri dan anak-anak tercinta. Tahun ini, adalah ulangtahun ke 30 Courts di Malaysia. Wow. 30 tahun tue. Satu tempoh masa yang cukup lama. Bukan mudah untuk sesuatu jenama bertahan selama ini. Jadi Abang Nara telah mengambil keputusan untuk menyiasat dan mencari rahsia bagaimana Courts boleh kekal sehingga 30 tahun di Malaysia. Excited sungguh diri ini!!!

courts malaysia

mesti anda semua sedar akan kewujudan Courts yang telah bertapak di Malaysia selama 30 tahun

Orang kata kalau nak membongkar sesuatu rahsia, kita kena pergi sendiri dan siasat face to face. Wajib pergi tengok sendiri dengan mata kepala ini. Jadi tanpa membuang masa, hujung minggu lalu, Abang Nara telah pergi ke Courts Megastore di Sri Damansara. Fuh. Terasa macam Detective Conan pulak.

Advertisement
courts malaysia

Abang Nara melakukan penyiasatan di Courts Megastore Sri Damansara

Nasib Abang Nara baik pada hari siasatan itu kerana telah dapat bertemu dengan Encik Zahid, pengurus Courts Megastore Sri Damansara. Encik Zahid ini power sungguh orangnya. Sudah 30 tahun bekerja dengan Courts, bermula dengan salesman dan kini sudah memegang satu jawatan yang amat penting. Senang cerita, Encik Zahid ini dari awal penubuhan sehinggalah ke hari ini sentiasa ada melihat jatuh bangun Courts di Malaysia.

courts malaysia

Encik Zahid dengan tekunnya melayan segala persoalan Abang Nara)

Alang-alang dah jumpa pengurus, Abang Nara terus mengajukan beberapa soalan kepada Encik Zahid. Memang banyak persoalan tentang rahsia dan kehebatan Courts sehingga dapat bertahan selama 30 tahun di Malaysia. Ini satu pencapaian yang amat membanggakan. Encik Zahid adalah orang yang paling sesuai untuk menjawab semua persoalan ini. Dah 30 tahun kerja bersama Courts. Segala informasi, fakta dan maklumat berada di hujung jari beliau. Antara soalan-soalan Abang Nara kepada Encik Zahid:-

1. First thing first, tadi masa saya jalan-jalan di Courts Megastore nie banyak saya tengok tulisan “Courts Price Promise”. Boleh terangkan sikit apa benda tue?

Setelah 30 tahun bertapak di Malaysia, Courts dah banyak improve dan banyak mengetahui apa yang diinginkan oleh pembeli Malaysia. Segala apa yang kita pelajari sepanjang 30 tahun itu, kita masukkannya sebagai “Courts Price Promise” untuk memastikan semua pelanggan kita gembira, puas hati dan boleh membeli dengan penuh ketenangan bersama kami.

courts malaysia

inilah Courts Promise yang super duper awesome itu

Antara “Courts Price Promise” yang menarik ialah polisi penukaran barangan dengan mudah dalam tempoh masa 30 hari. Dalam tempoh sebulan itu, jika produk yang anda beli ada masalah, boleh terus datang ke Courts untuk buat pertukaran “1 to 1”. Courts akan bagi terus. Tak ada banyak soalan. Selain itu kita juga ada “Extended Product Warranty” sehingga 10 tahun. Pelanggan boleh minta untuk tambahan warranty sehingga 10 tahun dan sekiranya ada sebarang masalah sepanjang tempoh warranty itu, pihak Courts akan selesaikan. Sesuai sangat untuk beli barang-barang eletrik seperti peti ais, mesih basuh, aircond dan sebagainya.

2. Sekarang ini boleh pula Encik Zahid cerita sikit tentang “lowest price guaranteed” dari Courts nie. Saya tengok macam menarik je.

Mudah sahaja konsep “lowest price guaranteed” dari Courts ini. Kita bagi jaminan harga segala produk di Courts adalah paling rendah di Malaysia berbanding pesaing kami. Jadi kalau anda anda terjumpa harga yang lebih rendah di tempat lain , ambil gambar, ambil bukti dan tunjukkan kepada kami. Nanti kami akan “match”kan harga tersebut atau bayar perbezaan harga tersebut sehingga 3 kali ganda.

courts malaysia

pasnie lebih yakinlah beli barang kat Courts. Confirm harga paling murah di seantero Malaysia

Untuk memudahkan penghadaman tentang “lowest price guaranteed” dari Courts ini, Abang Nara kongsikan cara pengiraannya di bawah untuk anda semua. Untuk makluman, kalau hari ini anda terbeli TV Samsung dengan harga RM3,000 di Courts tetapi esok anda jumpa TV yang sama di kedai lain dengan harga RM2800, anda masih boleh dapatkan ganjaran dari lowest price guaranteed ini. Yang penting ada bukti.

courts malaysia

courts

3. Mak aih power betul “lowest price guaranteed” dari Courts nie. Patutlah orang ramai memilih Courts sebagai tempat shopping pilihan mereka. Satu lagi yang saya selalu dengar ialah Courts punya interest rate untuk pinjaman beli barang lagi rendah dari kredit kad? Betul ke perkara ini?

Sebenarnya interest rate dari Courts bermula dari 0.84% dan bergantung kepada tempoh pembayaran iaitu 6 bulan sehinggalah 72 bulan menerusi Courts Flexi Credit. Lagi rendah tempoh kita buat pinjaman, memang akan lagi rendahlah interest rate tersebut. Kredit kad pun kalah. Memang kita yang bagi rate yang terbaik. Salah satu sebab Courts mampu memberikan pinjaman dengan kadar serendah ini ialah kerana Courts tidak menggunakan pihak ketiga untuk memberikan bayaran ansuran ini. Malah kita siap bagi insurans lagi beserta dengan kadar pinjaman rendah ini. Inilah kelebihan Courts Flexi Credit yang sememangnya menjadi tunjang kepada perniagaan kami untuk membantu para pelanggan membeli barang idaman mereka.

courts

Satu contoh yang menarik telah pun diberikan oleh Encik Zahid kepada Abang Nara. Katakanlah Abang Nara nak beli iPhone 7 tapi duit tak cukup. Courts bukan sahaja membolehkan Abang Nara membayar secara ansuran, malah harga dasar untuk iPhone 7 tersebut akan diturunkan untuk memudahkan Abang Nara beli. Contoh iPhone 7 sekarang harga RM4,000. Tetapi dengan Courts Flexi Plan selama 60 bulan, harga dasar yang ditetapkan hanyalah RM2500 sahaja. Kiranya interest rate dikenakan terhadap RM2500, bukannya RM4,000. Jadi tak adalah terbeban sangat pembeli. Tak gitu?

4. Fuh. Terima kasih Encik Zahid sudi menjawab persoalan saya. Bagi sikit kata-kata akhir sempena ulangtahun ke 30 Courts Malaysia pada tahun ini?

Tahun ini adalah ulangtahun ke 30 Courts Malaysia. Saya pun sebenarnya rasa kagum dan bangga kerana Courts dapat bertahan selama ini. Sempena ulangtahun ke 30 Courts ini, rakyat Malaysia boleh nantikan pelbagai tawaran menarik, diskaun hebat dan promosi awesome daripada kami. Terima kasih kepada para pelanggan kami kerana telah menyokong Courts selama ini. Kini tibalah masa untuk kami menunjukkan tanda penghargaan kami kepada anda semua dengan tawaran yang super duper awesome. Nantikan!!!

courts

berborak sambil melihat segala macam produk yang ada di Courts

Power sungguh penerangan dari Encik Zahid sampai Abang Nara terus rasa nak membeli di Courts. Memang semua benda ada di sini. TV ada, telefon ada, sofa ada, katil ada dan macam-macam lagilah. Meh sini Abang Nara belanja gambar sikit.

courts

amik kau punya banyak TV sampai kelabu mata

courts

sofa pun sedap je duduk

courts

amboi terus terjun tiruk tengok katil sedap sangat

Sembang banyak tak guna, terus pergi ke cawangan Courts berdekatan anda hari ini juga. Anda juga boleh lawati www.courts.com.my untuk membuat pembelian secara online. Selamat bershopping!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...