Written by AbangNara | March 3rd, 2017

Selamat pagi semua!!! Apa khabar anda pagi ini? Abang Nara Alhamdulillah sihat di samping isteri dan anak-anak tercinta. Tahun ini, adalah ulangtahun ke 30 Courts di Malaysia. Wow. 30 tahun tue. Satu tempoh masa yang cukup lama. Bukan mudah untuk sesuatu jenama bertahan selama ini. Jadi Abang Nara telah mengambil keputusan untuk menyiasat dan mencari rahsia bagaimana Courts boleh kekal sehingga 30 tahun di Malaysia. Excited sungguh diri ini!!!

courts malaysia

mesti anda semua sedar akan kewujudan Courts yang telah bertapak di Malaysia selama 30 tahun

Orang kata kalau nak membongkar sesuatu rahsia, kita kena pergi sendiri dan siasat face to face. Wajib pergi tengok sendiri dengan mata kepala ini. Jadi tanpa membuang masa, hujung minggu lalu, Abang Nara telah pergi ke Courts Megastore di Sri Damansara. Fuh. Terasa macam Detective Conan pulak.

courts malaysia

Abang Nara melakukan penyiasatan di Courts Megastore Sri Damansara

Nasib Abang Nara baik pada hari siasatan itu kerana telah dapat bertemu dengan Encik Zahid, pengurus Courts Megastore Sri Damansara. Encik Zahid ini power sungguh orangnya. Sudah 30 tahun bekerja dengan Courts, bermula dengan salesman dan kini sudah memegang satu jawatan yang amat penting. Senang cerita, Encik Zahid ini dari awal penubuhan sehinggalah ke hari ini sentiasa ada melihat jatuh bangun Courts di Malaysia.

courts malaysia

Encik Zahid dengan tekunnya melayan segala persoalan Abang Nara)

Alang-alang dah jumpa pengurus, Abang Nara terus mengajukan beberapa soalan kepada Encik Zahid. Memang banyak persoalan tentang rahsia dan kehebatan Courts sehingga dapat bertahan selama 30 tahun di Malaysia. Ini satu pencapaian yang amat membanggakan. Encik Zahid adalah orang yang paling sesuai untuk menjawab semua persoalan ini. Dah 30 tahun kerja bersama Courts. Segala informasi, fakta dan maklumat berada di hujung jari beliau. Antara soalan-soalan Abang Nara kepada Encik Zahid:-

1. First thing first, tadi masa saya jalan-jalan di Courts Megastore nie banyak saya tengok tulisan “Courts Price Promise”. Boleh terangkan sikit apa benda tue?

Setelah 30 tahun bertapak di Malaysia, Courts dah banyak improve dan banyak mengetahui apa yang diinginkan oleh pembeli Malaysia. Segala apa yang kita pelajari sepanjang 30 tahun itu, kita masukkannya sebagai “Courts Price Promise” untuk memastikan semua pelanggan kita gembira, puas hati dan boleh membeli dengan penuh ketenangan bersama kami.

courts malaysia

inilah Courts Promise yang super duper awesome itu

Antara “Courts Price Promise” yang menarik ialah polisi penukaran barangan dengan mudah dalam tempoh masa 30 hari. Dalam tempoh sebulan itu, jika produk yang anda beli ada masalah, boleh terus datang ke Courts untuk buat pertukaran “1 to 1”. Courts akan bagi terus. Tak ada banyak soalan. Selain itu kita juga ada “Extended Product Warranty” sehingga 10 tahun. Pelanggan boleh minta untuk tambahan warranty sehingga 10 tahun dan sekiranya ada sebarang masalah sepanjang tempoh warranty itu, pihak Courts akan selesaikan. Sesuai sangat untuk beli barang-barang eletrik seperti peti ais, mesih basuh, aircond dan sebagainya.

2. Sekarang ini boleh pula Encik Zahid cerita sikit tentang “lowest price guaranteed” dari Courts nie. Saya tengok macam menarik je.

Mudah sahaja konsep “lowest price guaranteed” dari Courts ini. Kita bagi jaminan harga segala produk di Courts adalah paling rendah di Malaysia berbanding pesaing kami. Jadi kalau anda anda terjumpa harga yang lebih rendah di tempat lain , ambil gambar, ambil bukti dan tunjukkan kepada kami. Nanti kami akan “match”kan harga tersebut atau bayar perbezaan harga tersebut sehingga 3 kali ganda.

courts malaysia

pasnie lebih yakinlah beli barang kat Courts. Confirm harga paling murah di seantero Malaysia

Untuk memudahkan penghadaman tentang “lowest price guaranteed” dari Courts ini, Abang Nara kongsikan cara pengiraannya di bawah untuk anda semua. Untuk makluman, kalau hari ini anda terbeli TV Samsung dengan harga RM3,000 di Courts tetapi esok anda jumpa TV yang sama di kedai lain dengan harga RM2800, anda masih boleh dapatkan ganjaran dari lowest price guaranteed ini. Yang penting ada bukti.

courts malaysia

courts

3. Mak aih power betul “lowest price guaranteed” dari Courts nie. Patutlah orang ramai memilih Courts sebagai tempat shopping pilihan mereka. Satu lagi yang saya selalu dengar ialah Courts punya interest rate untuk pinjaman beli barang lagi rendah dari kredit kad? Betul ke perkara ini?

Sebenarnya interest rate dari Courts bermula dari 0.84% dan bergantung kepada tempoh pembayaran iaitu 6 bulan sehinggalah 72 bulan menerusi Courts Flexi Credit. Lagi rendah tempoh kita buat pinjaman, memang akan lagi rendahlah interest rate tersebut. Kredit kad pun kalah. Memang kita yang bagi rate yang terbaik. Salah satu sebab Courts mampu memberikan pinjaman dengan kadar serendah ini ialah kerana Courts tidak menggunakan pihak ketiga untuk memberikan bayaran ansuran ini. Malah kita siap bagi insurans lagi beserta dengan kadar pinjaman rendah ini. Inilah kelebihan Courts Flexi Credit yang sememangnya menjadi tunjang kepada perniagaan kami untuk membantu para pelanggan membeli barang idaman mereka.

courts

Satu contoh yang menarik telah pun diberikan oleh Encik Zahid kepada Abang Nara. Katakanlah Abang Nara nak beli iPhone 7 tapi duit tak cukup. Courts bukan sahaja membolehkan Abang Nara membayar secara ansuran, malah harga dasar untuk iPhone 7 tersebut akan diturunkan untuk memudahkan Abang Nara beli. Contoh iPhone 7 sekarang harga RM4,000. Tetapi dengan Courts Flexi Plan selama 60 bulan, harga dasar yang ditetapkan hanyalah RM2500 sahaja. Kiranya interest rate dikenakan terhadap RM2500, bukannya RM4,000. Jadi tak adalah terbeban sangat pembeli. Tak gitu?

4. Fuh. Terima kasih Encik Zahid sudi menjawab persoalan saya. Bagi sikit kata-kata akhir sempena ulangtahun ke 30 Courts Malaysia pada tahun ini?

Tahun ini adalah ulangtahun ke 30 Courts Malaysia. Saya pun sebenarnya rasa kagum dan bangga kerana Courts dapat bertahan selama ini. Sempena ulangtahun ke 30 Courts ini, rakyat Malaysia boleh nantikan pelbagai tawaran menarik, diskaun hebat dan promosi awesome daripada kami. Terima kasih kepada para pelanggan kami kerana telah menyokong Courts selama ini. Kini tibalah masa untuk kami menunjukkan tanda penghargaan kami kepada anda semua dengan tawaran yang super duper awesome. Nantikan!!!

courts

berborak sambil melihat segala macam produk yang ada di Courts

Power sungguh penerangan dari Encik Zahid sampai Abang Nara terus rasa nak membeli di Courts. Memang semua benda ada di sini. TV ada, telefon ada, sofa ada, katil ada dan macam-macam lagilah. Meh sini Abang Nara belanja gambar sikit.

courts

amik kau punya banyak TV sampai kelabu mata

courts

sofa pun sedap je duduk

courts

amboi terus terjun tiruk tengok katil sedap sangat

Sembang banyak tak guna, terus pergi ke cawangan Courts berdekatan anda hari ini juga. Anda juga boleh lawati www.courts.com.my untuk membuat pembelian secara online. Selamat bershopping!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

53 responses to Sudah 30 Tahun Bertapak Di Malaysia, Apa Rahsia Courts Kekal Lama?

  1. Anonymous says:

    Da 30thn keje kat courts tu da kurus pekeja tu d banding ngan nara da makin sado..bhgia wife cantik nara pula mkin macho,thniah courts tp aku lebi suka beli dekat bangla je bole bayo ansur2..

    8

    0
  2. Anonymous says:

    Courts ni penagih hutang woiii… minta hutang kat Mak saya siap ugut2 lagi kata BRIM xmasuk. Padahal bayar je tiap2 bulan.

    23

    0
  3. che tat says:

    Kihkihkoh…nara..nara…gigih nyer dieee…

    0

    0
  4. Pandangan aku says:

    Courts murah kalau ko beli cash. Tapi ko ingat senang nak beli cash? Diorang akan cakap macam2 pujuk ko untuk buat ansuran. Memang tak la aku nak jejak tempat tu.
    Dan satu fakta yang korang kena tau, courts takkan tahan lama kat malaysia kalau tak sebab orang kita yang suka nak bermewah2 tapi duit tak ada. Ansuran la jawabnyaaa..
    Aku nasihatkan jangan la beli ansuran. Jangan pandang langsung harga untuk ansuran. Tengok harga cash n cary je. Jangan letakkan parang dekat leher sendiri ya.

    60

    0
    • ash says:

      betul
      courts pernah bukak kat kawasan sy tahun 2014
      tp mmg susah nk naik sbb banyak kedai perabot ansuran yang bila2 ko nak bayar ko bayar hahaha
      so hujung tahun 2016 aritu courts pn bungkus

      3

      0
    • Cinta says:

      Yup..mak aku nak beli iron pun diorang suruh ansuran. RM40 je pun….hotak dia…terus xbeli. Aku mmg xmasuk kedai along ni.

      6

      0
  5. aku says:

    cmne tak lamo…..asyik menipu je kojo…….

    18

    0
  6. mimi says:

    court maut….mati lh klu bli dgn diorng..mintak hutang macam ahlong…

    20

    0
  7. Jemah fakta says:

    Taktau lah kenapa si nara ni nk promote courts. Nk melingkop dah courts ni. Kalau mampu bertahan, tak kena ambek lah dengan decathlon dekat ground floor tu. Acah lah courts !

    11

    0
  8. Anonymous says:

    Beli kat bangla lg murah huhu

    6

    0
  9. sakit mata says:

    Ye la Nara..nak beli barang secara ansuran tu ingat murah ke? dah tu dia punya checking detail kita tu mcm kita nak hutang berjuta2 RM…10 kali call HR..smpi naik rimas staff HR…bape ko dapat komisyen Nara? Courts ni penipu besar…

    16

    0
  10. ohyeah.. says:

    abang nara mana boleh detective conan? conan hanya selesaikan jenayah bunuh bunuhan.
    aku TAK mau beli kt courts! beli dan bayar ansuran bulan2 perkakas umah bebanan besau.
    ada duit beli cash. tk pening kepala weh! belanja ikut kemampuan

    7

    0
  11. anti-kots says:

    bertahan lama la sebab courts tu penipu … nara takyah la nak beking sgt courts tu yea..

    aku beli cash mesin basuh zanusi yang baru ok!.. tak sampai 2 tahun jahanam..motor rosak katanya.. technician dia datang repair pastu rosak lagi dan lagi.. last2 aku buang. .. padahal basuh kain seminggu skali jer ponnn..nampak sangat barang recycle..nyesal giler beli kat courts..

    moral, jgn beli brg courts – agaknya dia recycle barang2 orang yg tak bayar kot…!!

    17

    0
  12. Anonymous says:

    Nara fail BM masa SPM ke? Kata sekolah sampai ke Korea. Eja betul2 MALAYSIA, ok

    7

    0
  13. sentap says:

    interest tinggi…cekik darah

    8

    0
  14. Anonymous says:

    mmmm

    1

    0
  15. mak senah says:

    bertahan sebab debt collector dia mcm haram jadah. belom sampai due date bayor pun dah maki2 org…

    18

    0
  16. Anonymous says:

    Courts penipu! Masa adik beli camera, ada tanya kalau kita return parang tapi masih tak habis bayar macm mana? dorang kata balance yang tak bayar tak perlu bayar sbb kita return barang. cuma dorang akan buat penilaian dan kalau ada kerosakan akan charge pada kit. So adik pulangkan kamera. tapi lepas 2 bulan sampai surat lawyer kata tak bayar bulanan tu. bila check, kata kita kena bayar sampai habis gak walaupun return barang. Bila argue, senang alasan ada dalam kontrak. agak2 la kontrak dia tebal woo dah la tulisan kecik. masa beli kata lain, lepas tu kata lain. tak pasal pasal kena bayar sampai habis, tapi barang takde. melingkupla Courts!!

    27

    0
  17. Menyesal says:

    Beli cash pun ada masalahnya, tunggu stok lambat, beli cash on sale barang tinggal display tapi dah bayar 2 minggu pun belum hantar, bila barang sampai tak memuaskan hati, tak payah beli lah dgn courts.

    8

    0
  18. Anonymous says:

    Mau xlama…dok mencekik duit org….hahahah

    5

    0
  19. antipenipu says:

    woi nara penipu. minggu lepas baru aku pegi courts sri damansara tu. da nak gulung tikar da woi. tempat tu pun Decathlon dah ambik besarkan kedai dia. tingal cenonet je courts tu kat situ nak clearkan barang je tinggal. kau peram entry ni bapa lama da woi??

    8

    0
  20. maya says:

    COURT MAUT!!!!!!!

    4

    0
  21. Sh says:

    Along ni..Indirectly lintah darat berlesen..

    7

    0
  22. . says:

    Yang promote Courts ni BANGSA BANGSAT,Courts nie penipu,cekik darah.pedaya orang2 tua yg tak tau apa2.hutang rm700 kalau hutang jadi rm1500.Sudah2la menipu.sign borang je rm200.jgn tak tau.kira betul2

    29

    0
  23. Anonymous says:

    Courts?Courts Potong tengkuk adalah.Nara kau sorang je buat ansuran semua barang Courts.Masuklah lubuk Courts tu sekeluarga.senangnya kena tipu,tengok muka Nara pun tau.bukan cerdik sangat.setakat dua tiga puluh ringgit dikejar,sanggup menbohong.Cubalah buat ansuran dgn Courts.pastu kira jumlah semuanya.kalau tak sekali ganda.dua kali gandalah jwbnya.Kesian yg kerja dgn Courts.pegilah kerja dgn Seng Heng.

    9

    0
  24. Mat Terengganu suka nasi ayam says:

    aku x rasa pun nak beli dekat Courts ni, selalunya aku gi beli kat kedai cina dekat rumah aku jer .. senang x banyak kerenah . Beli cash…semua settle dalam satu hari. Kualiti & design kedai cina lebih baik dari Courts .

    8

    0
  25. Anonymous says:

    Kot mamot d lahad datu, sabah ni dah lama mlingkup!org xminat…kdi cina lg bgs…sng nk berurusn…

    4

    0
  26. Court's Mangsa says:

    Courts penipu!
    -Beli set katil thun 2005.
    -lpas 5 buln return siap byar lebih lg
    -kira dh settle la
    -thun 2013-2016 sampi surat loyar kata kita bnyk x byar ansuran bulanan
    -kita x byar dan buat x reti sbb brg dh return pon
    -Feb 2017, polis smpi rumah kata rumah akn disita jika x byar
    -telefon Court kata klu x byar separuh dlu
    -kita byar lh……….
    -nasib kita hidup lg, klu x anak2 yg x thu mnahu kena tanggung hutng kita plk :'(
    Hati2! Klu bleh elakkn lh berhutang. Kat mna2 jer..

    7

    0
    • Bongok says:

      ko tak baca agreement ke?

      0

      2
    • Anonymous says:

      Nara dah keluar menyamar,,

      2

      0
    • janice says:

      bru je terkena.siap pkai lawyer ugut sy.katanya dia org bgi msa smpai ptg.sruh byr hbis rm3000.klau x saman akn dtruskn.kena byr rm10,000 keesokkan hrinya.bygkn dlm 1 hri nk kumpul 3 ribu masa tu husband x ada.suruh bgi sikit masa dia org blh sruh sorang lki india pula cal menyamar polis.katanya nk dtg rumah sita brg2.msa tu juga gi kedai gadai hp.skit hti betul.bkn hutang sy pun benda tu.tpi silap sndri pjam kad pengenlan kt adik beli hp ansur2 kt c.mammoth.pakcik nara x pyh la backup sgt kedai cawangan along ni.hidup jgn menganiayai org..

      1

      0
    • Ogy says:

      yang ni polis menyamar…nak sita rumah mesti ada surat perintah mahkamah dan orang mahkamah yg datang…sila buat aduan ..

      0

      0
  27. zabedah zabit says:

    RAHSIA COURTS KEKAL 30 tahun..???

    menipu duit org melayu terdesak nak beli barang tapi tak cukup duit..!!! kata barang freegift tapi masuk sekali dalam jumlah hutang,,,,

    kak bed dah kena sekali…haramlahhh jejak kaki kat courts!!! puii nara promote !!!

    11

    0
  28. Uzumaki Naruto says:

    Aku doakan courts melingkup. Beli barang harga 3000, plus intrest ++ jadilah dia 14000. Brapa bnyk barang 3k boleh beli dgn 14k. Lepastu tagih hutang mengalahkan along. Sudahla. Mari kita saman Courts ni ramai2 baru dia tahu rasa.

    8

    0
    • Fredd says:

      Hmmmmm…..macam beli kereta jugak la kan. Takyah ler hutang, beli je la harga dia terus. Dia siap ada price match kot. Aku ni dok dekat sri damansara, lepas baca iklan nara ni aku pergi la kejap nak tengok pebenda ada kat courts tu. Not bad jugak actually. Masalah dengan melayu ni, dah tak mampu ko gi amek loan jugak. Kalau ko tak amek loan, ko takda la membayar sampai tumbuh ketuat dekat dahi tu.

      0

      10
      • Anonymous says:

        mcmla ko tak penah buat loan. ko beli keta cash ke? takyah nak berlagakla.

        6

        0
      • Apa la says:

        Oh Fredd oii.. Penyamaran apakah ini. Penipuan apakah yg ko nak sebarkan?? Hahaha..
        Kalau ko rasa not bad, ko pergi je la beli. Aku tak rasa orang pergi serbu courts lepas baca post ni. Sebab orang malaysia tak bodoh la.. Hahaha..
        Ko cakap pasal kereta yaa.. Kenapa tak suruh je beli rumah cash? Kan nampak lagi hebat tuu..

        5

        0
    • Anonymous says:

      Ada yg tak paham,Xkan barang 3000 bila hutang jadi 14000.ini bukan pasal tak mampu,ini pasal menipu.Courts menipu.

      6

      0
  29. ana says:

    Quality brg sgtlah teruk x sampai seminggu tv rosak n now tv tu mmg rosak trus brg recycle ke apa!! sofa x sampai setahun koyak , suruh org byr warranty sampai 3 tahun , 3 tahun jgk menunggu org insurance dtg tiap kali call hq mcm2 alasan sampai ke sudah!!then for what charge customer warranty untuk 3 tahun tu. Enough!!!

    2

    0
  30. tun says:

    court?sile pegi mati.ape ke nara ni dok promote court.nak jahanamkan bangsa sendiri?

    0

    0
  31. Sambal belacan says:

    Kwn kakak aku penah keje kt court ni tp kjp je.. Court ni menipu lebih.. X sanggup hidup makan hasil menipu org.. Arwah bapak aku dr dulu pesan jg beli apa2 dr court ni ..sedara aku lain ada kena dah. Byk lg kedai2 lain lg elok dr yg ni.

    2

    0
  32. Senah says:

    Rahsia kekal?? Beli 1 bayar 10 laa weh itu rahsia dia!

    0

    0
  33. MOKCIK MOKMOK says:

    NAK DPT PAID REVIEW PUN AGAK2LAH NARA

    2

    0
  34. Azrul says:

    Courts kat UK dah lama bengkrap…smenjak 2004 lagi. Ohh sume stock hanta kat Msia rupa2nya.

    0

    0
  35. Boikot says:

    Rhsia nya kkal mnipu dgn intrest tnggi gler.dh pluh thun x msuk courts sbb last aku msuk bli tv cma hrga rm800 lbih tp kne byar ngn bnga2 skli hmpir 2 rbu.msa tu mmg mmpu byar ansur2 la tp thts it..serik sgt.sbb courts ni mmg muka mlyu je.tp bg aku klu x mmpu,jgn bli atau brhutang sbb courts ni mmg mcm along.x psal2 hrta ko trgadai

    1

    0
  36. roy says:

    booooooooooooooooooooooooooooooooooo
    ape punya sengal la webblog ni promote courth mammoth.
    padahal kalau search je court mammoth kat google,perkara pertama yang keluar ialah court penipu..

    alih alih blog ni boleh plak promote court mammoth…pigidah

    2

    0
  37. Anonymous says:

    JANGAN LAA SURUH ORANG MELAYU KITE MELINGKUP NARA **** …PKIRKAN
    PKIRKAN YEA…

    0

    0

Leave a Comment

Optional