Written by Bella | November 19th, 2015

Selepas hampir dua bulan ditahan di Penjara Sungai Buloh, suami kepada aktres Umie Aida iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM 10,000 apabila Mahkamah Tinggi semalam memutuskan pertuduhan beliau bersama peguamnya Matthias Chang adalah tidak mengikut Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen kerana kesalahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.

Umie Aida telah membayar jaminan bagi suaminya manakala Matthias di ikat jamin oleh adiknya.

Sebelum ini, Khairuddin dan Matthias didakwa cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini. Lokasi tersebuat adalah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid serta ahli keluarga Khairuddin dan Matthias.

Hakim menetapkan 12 Januari tahun depan bagi pengurusan kes sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.

Sumber Berita: BH ONLINE

11 responses to Suami Umie Aida Dibebaskan Dengan Ikat Jamin RM10,000

  1. Anonymous says:

    mmm

    0

    0
    • Anonymous says:

      anwar dan kak wan…hanya mampu tersenyum. dulu ko yg menjatuhkan mereka. langit x selalu cerah.

      0

      0
      • Kiah says:

        politik..biasa la. hari kawan, besok lawan. kat parlimen, masing2 gelak ketawa. yg dibawah ni, berkelahi dan berpecah! :(

        0

        0
    • pro tun m says:

      siapa penderma 2.6 billion…hingga sekarang Pak Jib belum mampu menjawab.

      0

      0
  2. nok gebuzzz says:

    Alhamdulillah….umie mmg isteri yg baik dan selalu ada disisi suami ketika suami dlm kesusahan…tidak pernah dgr dia mengaibkan suami..semoga umie terus tabah

    0

    0
    • Really ??? says:

      Ya betul…. saya kagum artis macam Ummie Aida ni. Patut di contohi.
      Her action speaks thousand words !!!
      Suami senang dia tumpang senang.
      Suami susah, dia bantu sedaya updaya. Bagi moral support…
      Tahniah !!! Semoga allah memberikan zuriat dan kebahagiaan dalam rumah tangga mereka !! Amiinn..!!!

      0

      0
  3. abg gagah says:

    berani kerana benar bro… hapuskan segala korupsi, semoga umie aida n suami akan akan terus memperjuangkan kebenaran

    0

    0
  4. loyalmalaysian says:

    diri sendiri korup x tau….

    0

    0
  5. akulah wanita says:

    aku menangis lihat gambar di atas. tabahnya seorang isteri.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Rasa lah apa yg Wan Azizah rasa…. dulu ko yg sibuk memfitnah DSAI. Nak kesian pun x boleh. Bukan betul pun…msing2 ada sejarah buruk.

    0

    0