Written by Bella | June 17th, 2015

Pelakon serta model, Zahnita Wilson menyatakan kehidupan beliau kini bahagia disamping suami dan anak-anak meskipun berhadapan dengan konflik rumah tangga  sejak tahun 2011 dan pernah bertekad untuk hidup sendiri.

Sebelum ini, Zahnita juga pernah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse.  Walaubagaimanapun kasih sayang dan perasaan cinta masih lagi kuat didalam hati mereka berdua dan kini hubungan mereka sudah kembali pulih.  Malah, Zahnita juga mengakui suaminya itu enggan melepaskan beliau.

Hidup ini biasalah, pasti ada pasang surutnya. Saya juga tak sempurna. Pernah nekad seperti mahu hidup sendirian dan boleh berdikari, tetapi suami saya tidak mahu lepaskan saya. Perasaan sayang itu masih ada antara kami dan lebih penting kami berdua ada zuriat yang masih memerlukan kasih sayang serta cinta.

Malah ketika berlaku kehambaran dalam rumah tangga kami, saya sendiri keliru dengan apa yang patut dibuat dan sebaliknya. Saya sendiri tak boleh bersikap pentingkan diri sendiri dan saya tak boleh sewenang-wenangnya menghalang cinta bapa kepada anak itu daripada terus disekat.

Kami memang bergelut beberapa tahun lalu tapi Alhamdulillah semuanya kian pulih. Kami masih bersama. Benar tak semudah itu untuk melepaskan kenangan bersama dan membina kehidupan baharu. Apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.

Buat Zahnita apa yang terjadi diantara mereka dahulu merupakan satu ujian dimana ia menguji kesetian dan rasa cinta mereka berdua bersama insan tersayang. Ianya bukan satu perkara yang mudah untuk melepaskan kenangan lalu dan memulakan langkah untuk membina kehidupan yang baru. Kini Zahnita sibuk memikul tanggungjawab beliau sebagai seorang isteri dan menguruskan anak-anak beliau.

Jika kita boleh mengelakkan perceraian ia adalah satu perkara yang amat baik. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya tersendiri dan tak semestinya berpisah adalah jalan penyelesaian kepada setiap masalah.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

 

17 responses to Suami Tidak Mahu Lepaskan Saya – Zahnita Wilson

  1. kenapa ye?? says:

    agaknya suami tu saspek anak-anak tu bukan anak dia kut..takde rupa dia langsung.

    0

    1
    • Anonymous says:

      Ngoks, sebab ada muka suami la rupa anak dia macam tu.
      Yg x nmpk tu sbb anak dia x gelap. Sbnrnya, rupa zahnita pun x nmpk sgt, rupa suami pn x nmpk sgt, tp klu perati mmg ada pn ckt rupa suami isteri ni cuma x ketara mgkn kerna rupa paras suami isteri yg sgt jauh bezanya, acuan jadi keliru mghslkan gen ats pgr, x ada lebih atau kurang dr mk bpk. LOL.

      0

      0
    • Ok lah tu! says:

      Ishhhhh awk ni … yg kecik tu ada rupa daddy dia la cuma kulit ank2 smua ikut kulit ibunya. Suami terlalu dominan hingga merimaskn … almaklumlah mamak … bnyk yg gitu sbb tu marriage tu hambar …. sorang pemikiran terlalu terbuka dan suami konservative. Balik jer kpd Ajaran Islam nanti rumahtangga dpt barakah dan Rahmat … Allah bantulah prmudahkn Prjalanan rumahgangga …. pikirlah anak2 tu. Marriage bkn antra mrk berdua tp ank2 juga. Klu dah mmg tak boleh, buat cara baik. Jgn Perang dkt mahkamah dn Laman sosial. Balas2 pantun smpi dah ada gempa bumi pun tak ingt mati. Gaduh tak habis2.

      0

      0
    • miss lollipop says:

      yeke, mata miss tgk anak2nye sebijik muka ayah, cuma putih je ibu mak.. mata ko kenapa..???

      0

      0
    • Lovelyvic says:

      Adoii sakit pewot aku ketawa baca komen ko ni…
      Mcm ni punya spekulasi pun ada…
      Agak2 ar…. Kalau ko tgk gambar2 laki dia sblm ni…
      Sebenarnya laki dia bleh tahan hensem… cuma gelap je…
      Cuba ko bayangkan kalau laki dia putih, hensem kan?

      Hitam2 si tampuk manggis
      Sungguhpun hitam kupandang manis

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      mungkin jugak la…nasib baik muka anak2 dia ikot muka si zahnita ni..kalau anak2 dia ikot muka laki dia emmmm RABAKS..jangan marah lah ye minah jambu tk suka hipokrit thank u..laki dia ni mamak penang ke ? sori lah ye minah jambu tanye saje..

      0

      0
    • AMoi cantik says:

      Kalau anak2 tu ada jambang dan misai mungkin ko nampak serupa muka bapak..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Mujur x ada rupa dia, tp ikut ibunya. jadi semua anaknya comel2. Dapat isteri cantik pun x tau nak bersyukur. Bila dapat yg x cantik pandai pula mengomel konon isteri x pandai urus diri. Lelaki memang selalu nampak perempuan lain lebih sempurna drpd isteri sendiri.

    0

    0
    • Go beyond ... says:

      Anon … mana mcik tahu yg suami dia tak bersyukur. Klu tak dah lama suami dia ceraikan dia. Bacalah betul2 istri dia bg penjelasan. Kdg2 tak serasi antara suami istri pun boleh bercerai sbb istri bosan dn rmhtngga hambar. Bkn suami je ada skndal tp ramai bini org bnyk skandal skrng ni. Sanggup jd no2 dn kdg2 tu bini sampi kena cerai. Aduhai mcik … dah masak tengahri ke belum utk anak2 tu. Lihatlah dunia skrng dah canggih, perempuan skrng bukan mcm perempuan dulu. Wlu duduk di rmh kena tahu hal2 semasa. Takut suami kita ada skandal dgn bini org, kita tak perasan. Juz b careful.

      0

      0
  3. nok gebuzzz says:

    comel anak2 zahnita….semoga hubungan dpt di baik pulih kembali

    0

    0
  4. Anonymous says:

    cerita mcm ni xpyh la masyarakat nk duk taw..kalo hubungan masih ok bgs la..x perlu canangkan nak cerai..hampir bercerai…diam2 sudah..normal la dlm rumah tangga ade selisih faham..tp bgs zahnita ni…kahwin muda…dh besar anak dia..

    0

    0
  5. mawar says:

    perempuan cantik suami mana nak lepaskan begitu jerrr….lain lah perempuan yg x tau jaga badan….alamat kena tinggallaaaa

    0

    0
    • Anonymous says:

      ramai jer isteri cantik yang kena tinggal oleh suami. ni bukan masalah isteri cantik atau suami tak hensem, tapi kasih sayang antara mereka masih kuat.. kalau isteri tak cantik sekalipun, kalau laki dia masih sayang dia sebab kebaikan2 si isteri, ok je..

      0

      0
  6. Mek Ti says:

    awat mek ti tgk muka dia ni bila di mamah usia makin mcm pondan pulak.. -.-“

    0

    0
  7. anon says:

    adoi mek ti..mek ti ergelak aku di pagi hari ni,hilang stress

    0

    0
  8. kaki tabur says:

    cer ingat balik mase malam pertama…

    0

    0