Written by AbangNara | May 21st, 2014

Pelik tapi benar. Si isteri kata sudah sah bercerai, namun si suami tampil menafikan yang dirinya sudah melafazkan talak. Itulah yang sedang berlaku dalam rumah tangga Izreen Azminda dan Riza Baharuddin. Berkata menerusi Mstar Online, Riza melahirkan rasa terkejut dengan laporan yang menyatakan dia melafazkan cerai terhadap Izreen di sebuah lokasi pengambaran di Pulau Pinang di hadapan para kru dan pelakon lain.
izreenKata Riza:-

Kami belum lagi bercerai dan saya belum melafazkan talak kepada dia (Izreen). Kami baru sahaja failkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh (perbicaraan) lagi.

Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi.

Saya jumpa dia kerana ingin temukan Adrian kerana sudah lama tidak bertemu dan kesempatan itu juga saya ambil untuk berbincang tentang perceraian kami.

Saya kesal apabila pertemuan tersebut disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak bertanya dahulu kepada kami perkara sebenar.

Berita itu sangat teruk sehingga mengambarkan saya sebagai seorang lelaki yang tidak waras kerana dengan melafazkan cerai di tempat yang tidak sepatutnya.

Saya ambil dia sebagai isteri dengan cara baik dan saya akan lepaskan dia juga dengan cara baik bukan seperti yang ditulis itu. Laporan itu tidak benar sama sekali.

izreen cerai

Kalau betul lafaz cerai belum dilakukan, syukur sangat-sangat. Mungkin masih ada peluang untuk mereka berdua berbaik-baik lebih-lebih lagi untuk anak mereka. Fikir dalam-dalam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Mana tahu boleh berbincang dan selesaikan apa jua masalah. Insya Allah. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Izreen dan Riza.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

33 responses to Suami Izreen Azminda Nafi Sudah Lafazkan Cerai

  1. taikhidung ke taikbintang says:

    artis kawin mbazir duit..mcm xdak nilai plak kawin depa. baik bg kt cheq ja..leh cheq cpt2 cr calon suami. wakakaka

    0

    0
    • mutiara says:

      Saksi ramai, pakat tanya kat saksi lak. Nak cover la tu

      0

      0
      • diva says:

        ni mesti lafaz talak dalam keadaan marah dan tak sedar keadaan sekeliling. memalukan ex wife dia. dah keluar creta cam ni baru menggelabah terus keluar statement belum cerai lagi. dunia dunia.. ini semua POYO

        0

        0
        • Zubeer says:

          Cedok dr artikel last year :

          Justeru apabila perancangan Izreen dan Riza untuk bertunang dicium pihak media, timbul pula kontroversi di pihak Riza. Seperti biasa laman web internet menjadi medan yang kononnya cuba membogelkan kisah sebenar Riza, sekali gus dilihat sebagai percubaan dalam menghalang pertunangan mereka.

          Kononnya dalam salah sebuah blog gosip ada individu tertentu yang didakwa menghantar e-mel yang menampilkan kenyataan pencetus daripada seorang pengurus produksi yang hanya dikenali sebagai Rafeda. Dakwa Rafeda dia merupakan tunangan Riza dan Izreen pula dilabelkan sebagai perampas tunang orang dan dalam kes ini tunang Rafeda!

          Tidak cukup dengan itu, Riza juga didakwa pernah berkahwin dengan bekas isteri pelakon Badrul Muhayat, Julia Daud yang mana kes Badrul dan Julia juga pernah menjadi isu panas apabila Badrul meninggalkan Julia yang ketika itu sedang sarat mengandung anak pertama mereka.

          Rafeda juga mendakwa dia dan Riza pernah bercuti ke luar negara dan masih menyimpan segala bukti yang berupa gambar-gambar dan rakaman video sepanjang percutian mereka itu. Malah, ada yang lebih kontroversi,

          Rafeda turut didakwa pernah mengandung anak luar nikah daripada benih Riza tetapi Riza telah mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan Rafeda kerana ketika itu Riza masih bergelar suami kepada Julia!

          Riza mengakui pernah mengenali Julia selain berterus terang bahawa dirinya pernah dan berkahwin serta mempunyai seorang anak. Sememangnya Riza yang tidak mahu menyembunyikan hakikat status dirinya yang sudah bergelar duda itu.

          “Saya pernah berkahwin, tetapi bukan dengan Julia Daud seperti yang didakwa. Memang saya ada berkawan dengan isteri pelakon Badrul Muhayat itu kira-kira lapan tahun lepas, tetapi hubungan itu tidak lama. Ia cerita lama tetapi dibangkitkan semula, saya pun terkejut,” ujar Riza.

          Menjelaskan isu perkahwinan pertamanya Riza memberitahu, dia berkahwin dengan wanita biasa tetapi hanya bertahan selama dua tahun.

          “Saya dikurniakan seorang anak lelaki yang kini dijaga bekas isteri”

          0

          0
        • Bedah says:

          spesis jantan yg perlu dijauhi…
          jahh.. camane u bleh sangkot dgn jantan macam nie???

          0

          0
        • miss ynwa says:

          haruslah ko blah je izreen dari riza ni….muke tak hensem ade hati jadi kasanova… uit reza, meh aku tampal cermin setiap sft dinding rumah ko bia ko sedor sikit muke ko tu tak layak langsung wey nak jd kasanova 2014!
          puiHKKHHHhhhh!!! jijiks

          0

          0
        • amoi says:

          bravo Zuberr..hahahahaa…yg pastinya, Riza ni ada something wronglah…tp aku salahkan Izreen jgk..nak cari suami pon, x cari bebetul..x pasal jd janda muda…

          0

          0
      • diva says:

        bag nara cepat la update cite pasal HS ngan romiang tuuuu.. kes saman MAS tu.. romie dah kering agaknya sampai saman MAS.. dah abis duit dah romie ye? pi mamp..!!

        0

        0
      • One Direction paling famous says:

        alahai..yg muka macam Izreen Azminda ni jadi heroin, tak layak langsung jadi heroin..tak cantik. Hanya mampu jadi jaguh kampung jelah, sampai bila asian nak muka hodoh macam ni ??
        pelakon pembantu kat UK tu lebih cantik dari Fazura, Neelofa, Anzalna, Nur Fathia.

        0

        0
        • mutiara says:

          ko neh keje nak hina ciptaan Allah je..
          macamnae ko tau die jadi heroin, ko tengok gak die berlakon kan.
          muka cantek tapi plastik nak buat ape..

          0

          0
        • 2 direction says:

          Setujuuuuuuuuuuu..

          0

          0
        • Olga says:

          KO INGT KO TU MUKA CANTIK SGT KE ONE BITCH DIRECTION????????NTAH2 KO TU MUKA KACUKAN SENEGAL N ZIMBABWE

          0

          0
        • kak tipah says:

          mata ko dah kero kott.. lawa je aku nampak izreen nie, cuma berlakon tu banyak nak kene improve…. ape ko kata”pelakon pembantu kat UK tu lebih cantik dari Fazura, Neelofa, Anzalna, Nur Fathia”??? ko buat lawak kerr… ko penah ke tengok British Soap? kalau tak tau soap tu ape, lebey kurang macam drama bersiri kat Msia cuma lebih panjang… ko try tengok pelakon2 main actor/ actress dia… kalau ko kata lawa gak , bak kata iklan kat sini ‘should’ve gone to specsavers”….

          0

          0
        • nodirection says:

          terpkasa aku rendah kan iq untuk pagi sama dgn “od paling famous”. beriye dongak ke uk, tapi perangai tak macam orang uk. melayu ni nama je Islam, tapi adab bercakap ke laut. orang uk tak perangai mcm ko lah.

          0

          0
  2. Sparkles says:

    It’s my time to shine!!!!!!!!!

    First.

    0

    0
  3. ina says:

    Ala sama la jer.. Cerai skrg dgn cerai kt mahkamah.. Cerai jgk.. Boring citer mcm ni.. Artis byk share hal peribadi dari karier..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    lantak ko la…ada sapa kisah ke ko dah cerai ke tak..

    0

    0
  5. Shaklee says:

    kesian pada izreen

    anak kecik lagi

    0

    0
  6. kata aku says:

    artis kawin cerai kawin cerai tp tak rasa apa2 pasal depa kawin kena sponsor tu lah pasal kalau cerai pun tak rasa apa2~ tak mcm org biasa kawin atas usaha sendri nak cerai berai pun fikir2 dua tiga kali..

    0

    0
  7. nok gebuzzz says:

    dunia artis….kawin cerai macam main2 jer……membazir pun ye…hadoiii ai!!
    kebanyakan artis ni niat tu lebih tok glamour n harapkan duit yg senang dpt…..tu pun kalo job byk.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    enth le malas nk layan pasai dia org berdua ni…lantak ko le..nk tunggang terbalik ke ap…retis ni bila kawin dia org mcm x ad nilai langsung…x suka..senang2 jer jatuh talak ( cerai)..bila d tanye..dh x ad jodoh..baik retis y berserban d sebalik kealiman atau pn y biasa…sama jer…dia org ni kawin mcm wat suka2 jer…

    0

    0
  9. weng weng says:

    Majlis kawen bukan main vogue..majlis cerai pun wow jugak..artis hollywood cerai dapat juta2 .artis sini malu juta2..

    0

    0
  10. cokodok says:

    Gimik utk drama baru…

    0

    0
  11. fishball says:

    Hurhurhurrrr. Bila kawin buat besar-besaran. Pakai macam princess and prince. Pastu cerai. Buang duit. Lain kali nikah je kat mahkamah.

    0

    0
  12. Aida says:

    Dunia kembali ke akhir zaman…Ingat Dunia ni dia genggam sorang..tapi terlupa Allah yang Maha Besar melihat tindak tandok kita Jangan ingat kita hidup macam Dunia Md Salleh…tapi kita hidup berlandaskan Agama Suci Agama Islam..Setiap perbuatan akan di tanggong di akhirat kelak…banyak kita lihat masa muda hidup macam tak bermaruah….tapi bila dah tua baru terngadah.

    0

    0
  13. Aida says:

    Dunia kembali ke akhir zaman…Ingat Dunia ni dia genggam sorang..tapi terlupa Allah yang Maha Besar melihat tindak tandok kita Jangan ingat kita hidup macam Dunia Md Salleh…tapi kita hidup berlandaskan Agama Suci Agama Islam..Setiap perbuatan akan di tanggong di akhirat kelak…banyak kita lihat masa muda hidup macam tak bermaruah….tapi bila dah tua baru terngadah.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Selalunya bila ada orang yang cemburu, macam2 cerita akan dikeluarkan untuk porak perandakan kehidupan seseorang. Di mana2 sama aje. Masalahnya kebanyakan orang cepat percaya apa yang disogokkan di depan mata. Akibat fitnah ni akan mengaibkan seseorang hingga ke tua. Jika di diamkan kerana tidak mahu ambik tau, ianya akan tersebar luas dan mengaibkan. Jika diberitahu perkara sebenar, tak ramai mahu mempercayainya . Kesian tau orang yang kena fitnah ni. Sampai bila2 orang akan bercerita mengenai mereka hingga ke anak cucu. Dari itu jangan la jadi tukang fitnah…berat dosanya.

    0

    0
  15. mahsuri says:

    seperti yg sudah dijangka…di awal perancangan mereka utk bertunang byk berita yg kurang enak di dgr berkenaan jejaka pilihan hati reen…kerana cinta mata jadi buta..semuanya hanya indah belaka…tapi sekarang kasihan sungguh saya melihat nasib reen…apatah lagi kak zah dan pakcik aznam…turut menerima tempiasnya….dari awal lagi yg esa sudah memberi petunjuk mungkin dia bukan jodoh yg terbaik buat mu reen…tapi apakan daya itu pilihan mu dan itu jua qada dan qadar yg ditentukan oleh nya…kini rumahtangga reen retak menanti belah…mungkin penceraian itu jalan terbaik buat mu dan umar….utk jangka masa panjang…orang di luar sana hanya mampu menasihat..tapi kamu yang melaluinya…biar anak 1 bercerai dari…kamu menerimanya kembali dan kemudian mengandung ank seterusnya…dan kemudian perkara yg sama berlaku dan akhirnya bercerai jua….lebih menyakitkan hati reen nanti….sabarlah…istiharah…dan akur pada qada dan qadar…reen seorang mama yang kuat…kami percaya reen mampu membesarkan umar dengan sempurna….mungkin benar seperti yang diperkatakan …lelaki itu baik…tetapi lelaki itu juga bermasalah….sekarang ni dunia serba moden informasi di hujung jari….umar akan membesar….dan banyak cerita kurang enak mengenai papa nya akan dia ketahui….oleh itu fikirlah sedalam2 nya…jgn terpedaya dengan orang di sekeliling reen…buat keputusan yg terbaik utk masa depan umar..pastikan dia memberi nafkah kepada umar sehingga dia dewasa…jangan biarkan bekas suami reen mengabaikan tanggungjawab serta kewajipan memberi nafkah itu….kepada bekas isterinya…ahli keluarganya…sahabat terdekatnya…andai anda terbaca komen ini nasihatilah bekas isterinya untuk menuntut dan mempertahankan hak nafkah anak nya yang telah dia abaikan selama ini dengan bekas isterinya itu…itu adalah kewajipan..perintah illahi..andai benar cerita mengenai dia tidak memberi nafkah anak pertamanya itu ….mungkin kegagalannya membayar nafkah anak pertamanya itu lah yang membuatkan allah menarik nikmat kebahagiannya….rezekinya…dan mungkin juga kesihatannya….jangan biarkan lebih ramai kaum hawa dan anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa….tanggunjawab bersama ingat mengingati antara satu sama lain….

    0

    0
  16. […] Suami Izreen Azminda Nafi Sudah Lafazkan Cerai (32) […]

    0

    0