(Streamyx) Rahsia dalam kelambu BeautifulNara

Hiburan

(Streamyx) Rahsia dalam kelambu BeautifulNara

Ramai yang tanya apalagi tips-tips blogging. Oklah kami ngaku, ada lagi sebenarnya yang kami tak share. Nak tau ke? Mari rapat-rapat…yang kat belakang tu mari rapat sini sikit baru senang nak paham cerita kami  ni.

Kalau korang perasan, gambar-gambar artis ni macam nadi kat Beautiful Nara. kalau takde gambar artis, apa barang nak buat blog artis kan? So yang penting kena search banyak, bukak sana bukak sini, research sana sini. Pastu dah ada gambar nak kena upload la pulak kan. Kalau satu hari nak buat 3-4 post pasal artis, banyak tuuu nak kena carik gambar.

Advertisement

So apa yang penting kat sini ialah kepantasan. Kena pantas load/upload gambar,  tekan nama ‘Nora Danish’ kalau boleh dalam masa 0.5 saat kami dah nak ada ‘search result’ depan mata. Taknak lah terkedek-kedek gambar nak keluar sebaris-sebaris, 3 minit lepas tu baru lah keluar gambar Nora Danish, pukul baper mau tido weh.

Jadi, dari dulu lagi kami ni memang guna TMNET Streamyx, memang takdak lain lah. Kat desktop bilik operasi Beautiful Nara memang guna yg  wayar, tapi wireless streamyx ni kena ada sebab kami guna 2~3 laptop sekali serentak. Itu kalau hari biase. Kalau ujung minggu, suku-sakat datang sampai 5~6 laptop online serentak, ‘speed’ tetap maintain~~.

Yolah korang ingat kami ni asik gosip je ke, facebook nak bercucuk tanam gak, video youtube projek alpha nak layan gak, email nak balas jugak…..semuanya perlu PANTAS!

so rahsia dah tersingkap, selamat bercucuk tanam sambil bergosip~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...