Stephen Gately Boyzone Mati Semasa Bercuti

Stephen Gately Boyzone Mati Semasa Bercuti

stephen gately boyzone dies

Wah, terkejut kami tengok status Facebook seorang kawan kami. “Stephen Gately Boyzone star found dead on holiday“. Biar betik. Muda lagi mamat nie, baru 33 tahun takkan dah mati kot. Terus kami mencari kebenaran cerita nie dan akhirnya memang confirm Stephen Gately dah meninggal dunia. Setakat ini punca kematian masih tak diketahui tapi khabarnya Stephen Gately mati time dia tengah syok tidur.

Advertisement

Dulu mamat Stephen Gately nie memang femes dengan kumpulan Boyzone. Kami berani kerat jari kalau ada yang cakap tak kenal dengan kumpulan Boyzone nie. Ala, yang femes dengan lagu “Everyday I Love You”, “Words”, “Baby Can I Hold You Tonight”. Lagu diorang memang tangkap jiwang karat punya. Memang leleh punya. Stephen Gately nie adalah seorang vokalis utama dia selain daripada Ronan Keating.

Dan buat anda yang tak tahu, Stephen Gately nie adalah seorang homoseksual. Dia nie gay la kiranya. Ish-ish. Punyalah hensem tapi suka kat laki. Memang ramai awek-awek yang remuk berkecai hati diorang bila Stephen Gately nie buat pengakuan yang dia gay. Time dia mati nie pun time dia tengah pergi bercuti-cuti bersama partner gay dia, Andrew Cowles. Diorang dah kawin tau.

Kita ketepikan cerita gay dia tue buat seketika. Lantak dialah nak gay ke apa sebab dia bukannya orang Islam. Sekalung takziah buat keluarga beliau dan jugak kesemua peminat dia. Buat mereka-mereka yang nak layan feeling, meh layan lagu kegemaran kitorang semasa Stephen Gately dalam Boyzone kat bawah nie. Tajuk lagu nie “Everyday I Love You”.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...