Written by AbangNara | July 8th, 2014

Percintaan sememangnya sesuatu yang mengelirukan. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial. Biasalah si pakwe akan ‘stalk’ si awek dan si awek pula akan ‘stalk’ si lelaki. Masing-masing berhati-hati agar tidak mengeluarkan kenyataan, berkongsi gambar atau menulis apa sahaja yang mampu melukakan hati pasangan masing-masing. Namun apa yang pelik ialah apabila kita tahu kita tidak bergaduh dengan awek/pakwe kita, tetapi tiba-tiba ada keluar status yang pelik-pelik sehingga membuat diri kehairanan.
zizan emmaAgaknya itu yang terjadi kepada pasangan selebriti Zizan Razak dan Emma Maembong. Semua peminat yang mengikuti perkembangan mereka berdua terkejut dan mula tertanya-tanya sama ada hubungan pasangan sama cantik sama comel ini mulai retak apabila Emma Maembong berkongsi sekeping gambar dengan tulisan yang penuh emosi. Ramai yang tertanya-tanya adakah kata-kata tersebut ditujukan kepada Zizan?
zizan emma

Dasyat juga makna kata-kata yang ditulis oleh Emma ini. Kalau ditujukan kepada Zizan, memang menunjukkan yang hubungan mereka ada masalah. Nasib baik Zizan telah tampil dan menafikan kata-kata tersebut ditujukan kepadanya. Kata Zizan menerusi Mstar Online:-

Saya tidak rasa luahan perasaan itu ada kena mengena dengan saya atau hubungan kami sebaliknya percintaan kami masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah. Emma adalah seorang yang suka berkarya dan apa yang dimuat naik itu mungkin salah satu daripadanya.

Tidak perlu buang (gambar itu) kerana mungkin apa yang diluahkan itu mewakili orang-orang yang mempunyai perasaan sedemikian. Saya dengan Emma ok jer malah baru semalam kami bersama-sama menjayakan sebuah acara bersama-sama.

zizan emma

Lega Abang Nara mendengar penjelasan Zizan. Nampaknya lepas ini Emma kenalah lebih berhati-hati semasa berkarya. Mungkin boleh tulis ‘disclaimer’ yang karya ini tidak ditujukan kepada Zizan. Kang setiap kali berkarya, semua orang kaitkan dengan Zizan pulak. Tak ke penat Zizan nak menjawab nanti? Apa pun, semoga hubungan anda berdua berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Cepat-cepatlah kahwin.

P.S: Rintihan gelandangan, apa kerajaan buat?

37 responses to Status Kecewa Emma Maembong Bukan Untuk Saya – Zizan Razak

  1. Anonymous says:

    oh my english emma!

    0

    0
    • Chef Wan Jr. says:

      Oh Emma, how dare you post a cheap statement like this I also don’t know la. Maybe she wants people to kesian her. So many people already hate her and blame her for the falling down of Zizian career. They should get marry la because she always go together gether travel and it is so tak manis la si jantan carry anak dara orang cam tu kan. They are not husband and wife kan jah? No elok and I hope they will fasten their nikah because the more they wait the more people will up meluat see their face la. Dont be like that la…just stay cool and dont show off too much la especially dalam IG tu. Orang lain pun bercinta also kan? I also geli la…uols!

      0

      0
  2. sentap says:

    xpela.. emma cube blaja lg ok.. tu penting english education.. hohooho

    0

    0
  3. melati says:

    YA Allah kenapa lah ko kenal ko Zizang dlm industri ni….yg paling saya sedih Abg Nara cakap sipendek Zizang ni Comel….yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk..bayang kan lawak Kangkang Zizan …puuuuuuuuuuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiiiiiii..sial malaikat 44

    0

    0
  4. emma says:

    ramai lelaki sasau jd xtentu arah bile bsame pmpuan cantik .. cantik rupa tp otak xcantik .. mcm omputih ckp beauty without brain (betul ke x) ak ni english memang ke laut ahahahaha…

    0

    0
  5. hi says:

    mcm budak-budak. sgt tak matang

    0

    0
  6. Anonymous says:

    woiiiiii bang nara..x de cite lain ke…menyampah tahap gaban ngan dua eko ni…nk termuntah aku…uwekkkkkkkkkkkkkkk

    0

    0
  7. Belinda says:

    Pembetulan: Selalunya kalau orang upload gambar macam itu atau lebih senang dipanggil adalah “Quote”. Selalunya bukan dia yang tulis hehe. So, no point nak mengatakan English someone “OME”.

    0

    0
  8. goodbye pajora, from tmj says:

    kahkahkahkahkah macam2

    0

    0
  9. milla says:

    aihh kembong ni , zizan tgh ade konflik lg dok serabutkn otak mamat tu . klo ko syg dye ko support dye . ni dok wat statement murahan supaya pengampu ko dok kesian kt ko . ko tu da besar bkn budak2 , matang cikit .

    0

    0
  10. anon says:

    Apelah korang ni, english dia ok lah tu, cume salah sikit je. l bet org2 yg komen kat sini english mesti lagi teruk….cume perasan pandai je. Se lagi yg duk kutuk kat emma tu kenapa??? Ape yg dia dah buat kat kamu semua???? And for those yg kutuk kata zizan pendek tu, sape yg jadikan dia??? Kamu yg mengutuk tu, tinggi & lawa sngt ke????????? Bawak2 mengucap sebelum menghina/mengutuk org, lbh2 lagi di bulan puasa ni…

    0

    0
  11. Gelas kaca says:

    Apalah nara ni, emma copy dari quotepix.com lah…bukan dia yg menulis

    0

    0
  12. Gelas kaca says:

    Apalah nara ni…emma ambil dari quotepix. Bukan dia yg menulis

    0

    0
  13. marie says:

    Perepekkk … kuakua kuaaaa

    0

    0
  14. al Donga says:

    Lambung la lum

    0

    0
  15. Anita SARgery says:

    bohsan la citer dorang nie,main kaber2 je..dulu kata kawan jerk,alih2 kapel plak,nanti pasni putus cinta canang sini sana..nk kecoh,nk bg rating naik letewww..phuiiiiiii

    0

    0
  16. izzati says:

    olga attention seekers.

    0

    0
  17. Hantu Laut says:

    mengada menyampah pulak tengok berdua nie, dari suka jadi menyampah

    0

    0
  18. Melati says:

    Zizan ni macam muka musibat…jer memang malang dan sial saper2 kawan gan Zizan ni ..Astro hentikan lah ambil Zizang ni memang malang dan sial akan menimpa Astro percaya lah cakap saya..

    0

    0
  19. LINDA says:

    Emma kecewa sebab Brazil kalah 1-7 dgn Germany, hahahaha
    Too many shocking moments in the game, unbelievable!!!! Org yg paling seronok ialah Maya Karin

    0

    0
  20. Anonymous says:

    I won’t bug you…bug bug bugsssbunnyyyyyy ka??? hehe #OME

    0

    0
  21. bkn olga says:

    Ok tgk dari statement emma nampaknye emma telah diperlakukan mcm Liz AF mse zizan kapel dgn Liz dulu. Dulu Liz kne tinggal bodo2 je. Xde kate putus. Dasar zizan ni kalo dah xnk org tu mmg die akan ignore je. Dh la tu emma, mmg ko layak cri org lain pn. Zizan ni kalo x berduit, xde sape hingin pon temasuk ko la kan. Alang2 nk cr yg beduit tu, cr la yg betol2 cerah mse dpn.dato ke tan sri ke. Bkn artis yg dh nk sendu ni. Lme2 pokai jugak.

    0

    0
  22. emma vs zizan says:

    serius aku da habis nyampah dengan zizan..ok next please.

    0

    0
  23. speaking sgt... says:

    terernye emma mambong ckp omputih…..google translate ek or copy and paste… Anyway aku dh tak suka ko sebab gediks sgt….

    0

    0
  24. kak bedah the original says:

    Dlu minat zizan.now no more.
    Harap lawa jelaa si ema ni.perlu ke nk bergamba buat muka itik.ewww.
    zizan merudum kerana ema.
    Kawin jela cpt.ema bleh jd surirumah klau xde job.Nk keje opis pn skool x abis.hmm.

    0

    0
  25. bieasmara says:

    “Saya tidak rasa luahan perasaan itu ada kena mengena dengan saya ”
    dia kata tidak rasa .. so ada la tu bende di sembunyikan opss

    0

    0
  26. […] Status Kecewa Emma Maembong Bukan Untuk Saya – Zizan Razak (35) […]

    0

    0
  27. […] Status Kecewa Emma Maembong Bukan Untuk Saya – Zizan Razak (36) […]

    0

    0