Written by Bella | June 14th, 2016

Baru sahaja berkahwin dan mahu menyambut Syawal sebagai seorang Muslim, penyanyi Stacy tidak merasa sedih meskipun suaminya Akim tidak bersama beliau untuk Hari Raya nanti.

Stacy akan menyambut Hari Raya dirumah mertuanya di Johor kerana Akim dan kumpulan The Majistret akan berada di Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah bermula 22 Jun nanti.

Kalau Akim pergi bercuti dan meninggalkan saya menyambut Aidilfitri seorang mungkin saya boleh marah, tak puas hati. Tetapi, dia pergi menunaikan umrah, jadi saya reda sahaja.

Lagipun tidaklah sedih sangat mungkin perkara ini juga masih baharu buat saya. Saya dan anak, Bella akan menyambut hari raya kali ini bersama keluarga mentua di Johor.

Berbicara mengenai bulan Ramadhan,  Stacy memberitahu buat masa ini beliau belum lagi menunaikan solat terawih secara berjemaah di masjid. Stacy bimbang  jika beliau tidak dapat melakukannya dengan sempurna kerana masih lagi dalam proses untuk belajar setiap ajaran Islam.

Stacy lebih senang memastikan dirinya benar-benar bersedia untuk mencari fadilat tarawih di masjid.

Bila orang tanya sudah belajar setakat mana, saya jadi takut. Kita risau tidak sampai apa yang mereka harapkan. Jadi, saya fikir tidak mengapalah, yang penting saya akan terus berusaha untuk belajar. Dalam masa yang sama ikhlas melakukan semua ini, tanpa rasa terbeban.

Tidak mengapa, lepas Akim pulang daripada umrah pun masih boleh lagi sambut Aidilfitri bersama-sama dengan Stacy bukan?

Sumber Berita : Utusan Online

7 responses to Stacy Tidak Begitu Sedih Sambut Hari Raya Tanpa Akim Disisi

  1. izzy says:

    Disisi tu binatang apa..? kuih raya ke?

    0

    0
  2. bbycumil says:

    anak stacy bella tu islam ke kristian? saje nk tahu sbb mase stacy amik bella jd anak angkat stacy belum convert

    0

    0
    • Anonymous says:

      masalah ke kalau belum? Mungkin Akim n Stacy didik dulu Bella dan kemudian Bella akan kembali Islam. dia kecik lagi, masih anak syurga. Itu pun bz body nak tahu.

      0

      0
      • bbycumil says:

        laa bkn masalah..just bertanya kot..sbb aku tak tahu..ni la manusia..bila bertanya ko fikir negatif..bukak skit pale otak tu boleh?

        0

        0
    • miamiu says:

      tak pasti anak dia agama apa. tp ada tengok satu video di ig stacy anak dia sebut “Thank you Allah” “Bismillah”

      0

      0
  3. Ibu says:

    Ada terbaca stacy sedang belajar mengaji quran sekali dgn anak nya, mesti sudah mula dididik dalam islam

    0

    0