Written by Bella | May 26th, 2015

Hubungan percintaan diantara penyanyi Akim Ahmad dan Stacy bukanlah satu cerita yang baru.  Mereka sering dihimpit dengan pelbagai persoalan jika hubungan mereka akan ke jinjang pelamin dan bila pula saat untuk Stacy memeluk Islam.

Terbaru, Akim dalam satu kenyataan kepada portal mStar Online berkata, Stacy kini semakin hampir ke arah untuk memeluk agama Islam dan sedang dalam usaha untuk menerima beliau sebagai suami. Akim juga nampaknya sudah mempersiapkan diri untuk  mendidik Stacy agar menjadi seorang muslimah yang sejati. Malah, kedua-dua  belah keluarga Akim dan Stacy sudah merestui hubungan percintaan mereka.

Dia (Stacy) sudah makin hampir kearah itu (untuk memeluk agama Islam) dan Alhamdulillah family sudah boleh menerima hubungan antara kami berdua.

Sebenarnya untuk saya mendidiknya tiada masalah, untuk kata saya ini sempurna tidak juga tetapi hasil daripada didikan yang diberikan oleh keluarga saya, cukup lengkap dan saya tahu batas-batas serta hukum kerana apa yang penting adalah niat.

Buat masa ini Akim sedang berusaha untuk memenuhi beberapa perkara penting lain sebelum  beliau merasa benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami kelak. Segala kemahuan Akim sebelum ini akan dipenuhi kerana tidak mahu ia terhalang selepas berkahwin nanti.

Sebenarnya untuk ke peringkat seterusnya saya perlu menyiapkan banyak benda dalam  kehidupan. Apabila berkeluarga kita perlu bataskan segala kemahuan kita, jadi perkara seperti itu saya belum bersedia kerana masih ada lagi keinginan yang perlu dipenuhi.

Mungkin apabila kita masih single segala kemahuan serta kehendak diri dapat dipenuhi dan saya terpaksa menarik handbreak apabila sudah berkeluarga nanti.

Kami harap Stacy akan benar-benar bersedia dan yakin untuk memeluk agama Islam nanti. Buat Akim pula, untuk mendidik seorang saudara baru dalam Islam memerlukan kesabaran yang tinggi kerana akan wujud juga beberapa dugaan. Apa yang penting pastikan diri anda sudah cukup bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to Stacy Sudah Hampir Untuk Memeluk Islam – Akim Ahmad

  1. unknown says:

    besar pahala membawa non-Muslim kepada Islam di mana tak semua Muslim mampu sahut cabaran.. besar juga tanggungjawab & peranan bg mengekalkan keIslaman bukan sahaja bg saudara baru malah Muslim itu sendiri.. all da best to both of u..

    0

    0
    • mat sahdo says:

      Okay, silakan lah ustazah2 mee segera semua memberikan ucapan sepatah dua kata….

      0

      0
      • Kak Jem says:

        terlebih dulu akak nk tegur la sikit. bukan nk nyibuk tapi kalu kita nk org lain menerima islam, kita kena la tunjuk contoh yg baik. yg melayu2 dan islam2 pun jarang2 bukak quran, halal haram buat derk je dan benda2 kecil pun tercicir, mcm mana nk jadi suami yg disegani dan dihormati kan? harap ambil perhatian la uolss. jgn sbb nk peluk islam sbb nk nikah je. nant hancur mcm daphne iking dan marion kaunter bas express tu.

        0

        0
        • Anonymous says:

          kepada sesiapa yg ada kawan2 yg menjinak-jinak nak pelok islam, tunjuk video ni. insya allah. amat terkesan kata2 si bekas penceramah Injil dlm video ni. sila tonton…

          0

          0
        • Tilla says:

          Setuju mcm video tu. Sekarang isu nya antara Stacey dgn Allah.
          Bukan antara orang2 sekeliling, masyarakat dan Akim.
          Stacey tu kena “minta” petunjuk daripada Nya.
          Let Allah do what Allah does.
          Kasi dia masa mengenal Islam dan Allah.
          Let Islam spread by heart…. not love or marriage!

          0

          0
        • Lembu Gemok says:

          Assalamualaikum..hi…sy Ustaz Mee Segera…cumanyan disini nasihat sy kepada kedua2nya…peluk Islam, bukan hanya sekadar mengucap dua kalimah syahadah…sekadar memenuhi syarat utk berkahwin…tetapi hendaklah keseluruhan kehidupan berubah ke arah Islam…takperlu tergesa2, tapi jangan laa melambat2kan…cuba secara berperingkat..in shaa Allah pasti bahagia dunia akhirat….renung2kan dan………….muahs2~

          0

          0
        • Yahudi says:

          tk abes2 dgn ckp ” seeloknya3 jgn msk Islam sbb nk kahwin ” , pls lah melayu zmn skrg pon Islam pada nama , yg byk dok sebarkan islam kt europe tu pon mualaf ja ramai ! Kat Malaysia pon byk juga mualaf yg jd scholars ! Puii lah kat mika org2 melayu bajet ostajah pilihan

          0

          0
        • dida says:

          bg saya tak de salahnya masuk islam sebab nak kahwin….perkahwinan adalah salah satu jalan untuk menerima hidayah Allah…. mungkin satu hari nanti mereka dah betul2 sedar tanggungjawab sebagai muslim dan menjadi lebih baik dari kita dilahirkan sebagai muslim…doa2kan yang terbaik untuk mereka ni

          0

          0
      • unknown says:

        sian awk.. kurang kasih sayang yer.. ish3!

        0

        0
      • Kiah Kunte says:

        seafdal-afdalnya, niat masuk Islam biarlah bukan kerna nk kawin je tapi sbb nk kenal allah swt dan islam. laki kiah sebelum kawin kiah dia dah awal2 pergi perkim. kiah duk mengendap je dia dr jauh. kekadang dia kongsi ilmu yg dia dpt kpd kiah yg kiah pun terlepas dan terkilaf sbg Islam. tapi slowly lah dia paham dan suka islam. tiap minggu dia tak dengar ceramah uztaz kasim elias.

        0

        0
      • KATE UPTON says:

        Seelok eloknya kalau X confirm lagi baik jangan hebahkan apatah lagi tuan empunya badan pon sendiri tidak bukak mulut pasal ni sebab kalau
        couple dua org ni Akim yang lebih banyak bukak mulut berbanding Stacy

        0

        0
    • melati says:

      akim, sila tutup kepala lutut tu.
      aurat tu…aurat. :D

      0

      0
      • Anonymous says:

        tanya tua empunya diri. apa pula kata stacey, kenapa hakim yg jd jurucakap? hmn….

        0

        0
    • Anonymous says:

      Jangan dah orang tu peluk agama islan dan dah kahwin ada anak lupa tanggungjawab. Berfoya2 sini sana dan bila dah trrbukti pukul pulak si isteri tu. Ini pengalaman saya sendiri dan saya juga berasal dari sabah dan x suami pun orang semènanjung. Waktu baru kahwin kan main sembahyang. Lepas dah ada anak minum arak, kaki pompuan dan kaki pukul. Duit antar saya jumpa ibu bapa pun x mampu! Saya sedih orang yg bertopengkan agama saja

      0

      0
  2. Lovelyvic says:

    Jangan paksa, jangan push…
    biar dia kenal Islam dengan cara yang sepatutnya…
    Akim pun kena bagi bimbingan yang betul…
    Ini bukan soal kahwin je…
    Kalau silap didikan…. kalau jodoh tak panjang,,,
    maka jadilah convert balik kepada agama asal…
    tak elok camtu…
    jadi biar dia pilih Islam dari hatinya sendiri.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    kalau nak masuk Islam setakat nak kawin je…boleh blah…
    buat berat bahu yg tanggung dosa je nanti

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Islamkan diri kamu sendiri sebelum nak bawa org peluk Islam.
    Sendiri yg lahir Islam tak Islam ke mana, nak bawa org peluk Islam…
    — rumah takde cermin besar ke dik????

    0

    0
  5. jiran sebelah says:

    jangan hebahkan benda yang belum jadi
    tengok gambar akim berpakaian kat atas ni pun, boleh timbul kemusykilan boleh tak pimpin si stacy, miley cyrus celup ni.. huhuu

    0

    0
  6. Kah says:

    Mungkin apabila kita masih single segala kemahuan serta kehendak diri dapat dipenuhi dan saya terpaksa menarik handbreak apabila sudah berkeluarga nanti.

    handbreak……………………………………………

    0

    0
  7. Kah says:

    Mungkin apabila kita masih single segala kemahuan serta kehendak diri dapat dipenuhi dan saya terpaksa menarik handbreak apabila sudah berkeluarga nanti.

    handbreak…………………………………………………………..

    0

    0
  8. Arifyn says:

    Terima Kasih atas Share`nya, Artikelnya Menarik, sangat membantu saya sebagai Bloger Pemula, jangan lupa mampir ke website kami ya . . . !!!

    0

    0
  9. Haha komen here says:

    Akim jangan byk pungpang sangat. isu ni sensitip. stacy masih punya keluarga tau. sebab stacy nmpak mcm enggan berbicara isu ini kerna menjaga hati banyak pihak. akim kulihat terlalu push stacy. jgn satu hari stacy tinggalkan ko udah…

    0

    0
  10. weng weng says:

    kalau retis nak jadi islam sejati buat mcm Noorkulamalasari..tutup buku dan aurat ..tak pyh nak berlakon.menyanyi kat pentas bergelek2..org kafir tgk pun meluat

    0

    0