Written by AbangNara | May 15th, 2015

Kesian Stacy. Rasanya sudah beberapa kali tuduhan memeluk agama Islam sudah dilemparkan kepada penyanyi yang merupakan kekasih kepada Akim Ahmad ini. Lagi sedih tuduhan tersebut menggunakan gambar yang sama yang pernah diviralkan pada tahun 2013. Kononnya gadis di dalam di bawah adalah Stacy yang sedang mengucap 2 kalimah syahadah di depan seorang ustaz. Stacy telah pun menafikan perkara ini dahulu dan kini terpaksa tampil membuat penafian sekali lagi.

stacy peluk islam

gambar palsu Stacy peluk Islam

Bab-bab agama ini tidak boleh dibuat main. Impaknya bukan kepada Stacy seorang, tetapi turut melibatkan ahli keluarga yang lain. Abang Nara tahu ramai di luar sana yang mahukan Stacy memeluk Islam, sekaligus berkahwin dengan Akim. Namun bab-bab ini tak bolehlah dipaksa. Biarlah ia datang dengan kerelaan sendiri. Kata Stacy:-

Saya tak tahu nak cakap apa. Tak kisah pun ya, geram pun ya. Sebelum ini saya pernah terpalit dengan khabar angin seperti ini tetapi bagi saya gosip kali ini agak melampau. Lebih-lebih lagi bab-bab berkaitan agama, kita tidak boleh main-main, ia agak sensitif terutamanya bagi masyarakat kita.

Kalau terkena dekat saya seorang, tidak apa. Ini tidak, kasihan keluarga saya menerima panggilan sejak semalam (Rabu) sehingga ke hari ini (Khamis) yang hanya mahu mengesahkan sama ada saya masuk Islam atau tidak. Ia sekali gus memberi tekanan buat mereka yang tidak tahu apa-apa.

Fasal kerjaya saya, tidak pula orang nak bertanya, apabila isu ini timbul, ramai pula yang telefon. Kalaulah ada undang-undang yang boleh mengenakan tindakan individu-individu tidak bertanggungjawab seperti ini

stacy

Macam mana kita nak memberi contoh yang baik kepada Stacy selaku orang Islam apabila perkara sebegini dilakukan oleh orang Islam juga? Pasti Stacy memandang sinis perbuatan ini. Kepada Stacy, diharap bersabar dengan dugaan sebegini. Kepada para peminat, teruskan berdoa yang terbaik untuk Stacy. Jangan paksa-paksa. Kita hanya perlu tunjukkan contoh yang baik. Satu hari nanti pasti Stacy akan buat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 responses to Stacy Geram Dituduh Sudah Peluk Agama Islam

  1. jiran sebelah says:

    Lindsay Lohan pegang Quran, relaks je. Tak marah pun media
    Siap post potongan ayat Quran lagi kat ig dia
    Kau melebih pulak.
    Nampak sgt nak convert sbb nak kahwin

    0

    0
    • fido dido says:

      sperti kata stacy, gosip gini bukan takat libatkan dia je tp melibatkan family dia juga. kalau ade artis islam yg dkata murtad, korg pun akan melatah juga kan? bab agama bukan blh d buat main2. kalo stacy ni semata2 nk kawen jer…rasanya lama dh dia convert. cth nye sperti daphne iking n marion caunter. aku respek lagi la stacy ni sbb dia masih pikir lagi psal family dia sblm trburu2 nk amik kputusan utk convert semata2 nk kawen.

      0

      0
    • Lembut says:

      Agak bodoh komen kau, “jiran sebelah”.

      Edit: Sangat bodoh

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      ini bermakna si stacy tk suka ngan islam apeta lagi nk memelok ugama islam ! kalau ye pon kena tudoh jangan la marah rilek ar ..ni tak dia leh ngamok n geram pulak ! macm gini nye pompan si Akim nk buat bini ????? eh tolong sikit laaa…helo Akim sebelom u kawin ngan stacy u keni pikir 100 kali tau pasal si stacy ni macm anti islam aje huh ! kalau jambu takpe la jugak huh ! tengok gigi dia pon emmm ni jenis gigi yg suka gigit n buat lov bite kt leher ni …Akim u hati2 tau jaga u punye leher jangan sampai bertepek2 lov bite !!! lov u Akimm..

      0

      0
      • gaman logiut says:

        Kau pula bagus sangat ka? Suka hati Stacy mau cakap apa sebab ini menghina agama asalnya. Stacy kau cakap gigit leher. Entah kau suka gigit entah batang apa. Cermin diri la dulu

        0

        0
      • Anonymous says:

        Andu bah. Kesian kau ni ondu

        0

        0
    • gaman logiut says:

      Komen bodoh palui seorang keyboard warrior.

      0

      0
  2. poyos la says:

    jgn melatah stacy klu betul2 nk kawen dgn hakim kna la sedia terima gosip mcmni sblm kawen.klu dgr gosip pn da kepoh agk2 blh ke terima agama islam nti lps kawen bkn agama ats kertas jer..my 2sen

    0

    0
  3. trescilla says:

    stacy, stick to ur religion….

    0

    0
  4. bos bolobos says:

    tak perlu masuk islam..artis islam sendiri dah macam kafir perangai mereka

    0

    0
  5. tecit says:

    Die nak btau die xminat la tuu. Jangan gosipkan die lagi. Mesti becinte dengan akim xde niat nak kawen.

    0

    0
  6. gaman logiut says:

    Agama bukan utk main2. Cuba klau artis islam yg kena. Lagi melalut sembarang tu. saya sokong kata2 dan tindakan Stacy. Harap Stacy tidak tersesat oleh pujuk rayu mereka yg tidak bertanggungjawap, mau nama dan fanatik. Stay in your true religion.

    0

    0
  7. Gintak Gabui says:

    Heran..bila puak melayu bercakap..semuanya negatif..
    Agama Islam tu bagus ajaranya..tapi penganutnya (terutama MELAYU)..H I P R O K I T..!!!!!!..

    0

    0