Written by Bella | May 11th, 2017

Sejak semalam, foto kad pengenalan dan lesen memandu milik pelakon Sofi Jikan bersama daun kecil yang dipercayai sebagai ganja mula menjadi viral di media sosial. Dalam sekelip mata nama Sofi menjadi bualan hangat dan dituduh terbabit dengan kes pengambilan ganja.

Enggan terus terpalit dengan berita palsu, Sofi menerusi portal Harian Metro menafikan khabar angin tersebut.

Gambar itu menggambarkan seolah-olah saya ditahan polis kerana terbabit dengan penggunaan ganja padahal saya menjalani rutin harian seperti biasa. Jumaat lalu, saya kehilangan dompet yang mengandungi dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalan dan lesen memandu di Kuala Perlis. Saya percaya individu yang menemui dompet berkenaan menyalahgunakan dokumen berkenaan dan menyebar berita palsu itu.

Alahai kesian pula dengan Sofi. Gara-gara kehilangan dokumen pengenalan dirinya beliau sudah dituduh terlibat dalam kes ganja pula. Harapnya dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang akan menyebarkan berita palsu ini.

Sumber Berita : Harian Metro

12 responses to Sofi Jikan Nafi Ditangkap Kerana Kes Ganja

  1. minah jambu suka sahara yaakop says:

    pes !

    0

    0
    • Corse 848 says:

      KLu aku jumpa dompet org..KLu niat x Nak pulangkan..Wat pasal je ambik gmbar pemilik..Pastu post..senang benor polis nk kesan..mcm x kena je alasan tu..

      0

      0
  2. minah jambu say NO to drug says:

    kalau hilang ic atau ape2 aje dcment cepat2 buat police report jadi orang2 tidak boleh tuduh n menfitnah kite yg bukan2

    2

    0
    • Anonymous says:

      Sekarang ni kalau hilang dompet & IC tak perlu pergi report polis. Terus pergi JPN buat IC baru. Tapi kena denda RM10 utk yg baru pertama kali hilang. Kalau sekali dgn ATM kad hilang, call je service centre bank tersebut utk block kad tu supaya tak digunakan oleh org lain.

      1

      0
      • fromthe_truestory says:

        reply utl ” Anonymous”…byk benda tau meh..
        Bukan dkt JPN nnti ,…mereka minta repot polis mana…
        Atau hilang hari sabtu..JPN bukak hari Isnin…xkn nk tunggu hari isnin….dibuat hari isnin forward cuti P/H lak. dan cuti bertindin, selasa pun cuti…ha amek kao….cm ne…pas tu nk kemana repot polis x ada, ic xa ada, Ha…jadi pati lah…
        Apa2 hal terus repot polis dulu….lo.

        1

        0
        • Hamba Allah says:

          skrg kan ada utc sabtu & ahad buka…x perlu nk tunggu isnin..

          1

          0
        • fromthe_truestory says:

          reply for ” Hamba Allah”.. IC, IC…lupalah pulak ada UTC…tapi klau kt kg2…ada jgk tak..rasanye bdr je…lebih baik repot je ke balai Polis…

          T.Kasih

          1

          0
        • minah jambu suka sahara yaakop says:

          buat police report yg paling senang n penting yg lain boleh urus nanti takot nanti dorang akan tanye DH BUAT POLICE REPOT ? hilang IC PASPORT ini perkara jangan main2…

          0

          0
  3. melati says:

    Ader org Komen ker…sian Mamat ni kalo nk beza kan Fasha punya Komen….kikikiki

    1

    0
    • wekkkkkkk says:

      mamat ni tak byk org komen..sbb dia blakon bukan kayu..org dh tau..org x komen bkn sbb x ada folllowers….

      3

      0
  4. Mak Becok says:

    Muka sebiji mcm. penagih dadah & menggerunkan! Apahal dia ni masih dijemput nyanyi sini sana – menghancurkan imej artis Islam/Melayu aja! Patutnya si mamat ni masuk pusat pemulihan dadah! Itulah cara Seniman boleh bantu dia.

    0

    0
  5. Hi there mates, its impressive piece of writing regarding tutoringand
    completely defined, keep it up all the time.

    0

    0

Leave a Comment

Optional