Written by Bella | October 16th, 2015

Selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga, Yana Samsudin akui beliau kini cukup bahagia bersama suami tercinta, Fadzil Zahari. Walaupun segalanya lancar buat mereka, Yana masih ingin memperbaiki dirinya untuk menjadi seorang isteri yang terbaik.

Kehidupan saya seperti biasa. Alhamdulillah, syukur dengan kehidupan yang saya anggap sudah lengkap ini. Sudah berkahwin, semuanya sempurna ditambah boleh bekerja dan mencari rezeki, itu sudah memadai.

Saya dan suami sibuk dengan kerja masing-masing. Apa yang penting, saya mahu memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik kepada suami.

Sudah menjadi adat kalau sesiapa sahaja yang baru kahwin persoalan tentang bila hendak mendapatkan anak tidak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi jika terserempak dengan saudara mara bukan? Pasangan mana yang kahwin tidak mahukan cahaya mata?

Buat Yana, beliau serahkan soal ini kepada rezeki dan tidak mahu menjadikan ia satu tekanan dalam hidupnya. Tambahan pula, usia perkahwinan mereka masih lagi baru tidak sampai setahun lagi.

Soal anak itu rezeki Allah. Kalau ada baguslah. Rasanya belum terlewat lagi kerana usia perkahwinan kami juga masih baharu. Mengandung atau belum, saya tidak mahu menjadikannya sebagai satu tekanan dalam hidup. Suami saya pun tidak cakap apa-apa.

Tipulah, kalau saya tidak mahu anak. Namun, semuanya bergantung kepada masa. Kalau sudah ada, baguslah. Kami terima sahaja. Kami tidak pernah merancang dalam soal itu. Bagi saya, hidup sudah sempurna walaupun tanpa kehadiran cahaya mata .

Semua orang mengimpikan cahaya mata mereka sendiri tetapi tidak perlu lah tergesa-gesa dan serahkan soal itu kepada Allah SWT, pasti perancanganNya adalah yang terbaik.

Sumber Berita: Utusan Online

14 responses to Soal Anak Itu Rezeki Daripada Allah SWT – Yana Samsudin

  1. Anonymous says:

    Fadzil ni tak pakar buat anak. Tu yang lambat sikit Yana tu bunting lepas kawin.
    Si Farid dah terlebih expert buat anak sampai bini dia bunting dulu baru kawin.
    Tapi apa apa pun…happy juga tengok mereka sekarang ni sama sama bahagia. Anak itu kerja Allah utk kita…Kalau Dia nak beri rezeki ada anak awal…awallah kita bunting. Kalau Dia nak bagi lewat…ada sebablah Dia nak bagi lewat tu. Tawakal & sabar je yg penting.

    0

    0
    • joyah says:

      Cara reply mcm very ala2 islamic…tpi sempat gak nk mengutok orang… benda dh lepas biarlah…kang kena batang idung sendiri baru tau..

      0

      0
      • Pekerja Gomen says:

        Aku ingat hanya makcik2 yang makn sireh yang duk kat kampung2 je yang masih menyibok tanya org bila nak beranak, bila anak ada anak? Si polan tu dah anak 3 dah… kowang bila lagi??

        Rupanya ramai org yg hidup kat bandar tapi berfikiran sempit mengalahkan orang tak pergi sekolah. Ko ingat kita ni kat zaman Haryy Potter… nak anaka je… sebut Ava Kadavra??

        0

        0
        • Anonymous says:

          makcik2 biasa nye fikiran tak luas. diaorg hanya ada pengetahuan psl anak jer. dlm otak dah set yg perempuan ni mesin anak tu sbb asyik nk berlawan je sapa anak ramai. anak dh 6 orang pun diaorang boleh tanya lg tak mau tambah anak ke?? rasa mcm nk ckp please get a life. pastu bila nak bercerita asyik cerita yg nk banding2 anak je. anak dpt no satu la. anak keje bagus la. anak bgi duit bulan2 byk la. ank org tu bg duit sikit la. kesian jugak dgn geng makcik2 ni yg sempit sgt dunia diorng. sibuk buat anak smpai tak sempat nak tambah pengetahuan.

          0

          0
  2. ~SatriaWan~ says:

    To Bella n all beatiful nara’s writers : Selamat Tahun Baru Maal Hijrah buat anda skeluarga ( “,)

    0

    0
  3. izzy says:

    soal hidung…? kihkihkih

    0

    0
  4. melati says:

    bagus lah Yana…jangan ikut Poyo cam Che Ta sial tu udah lah…ler Yana..

    0

    0
  5. miss kepah says:

    bukan artis je..saya yg baru kawen bln 12 taun lepas pun asyik kena soal…dhla bru bape bln kawen dh tpksa jauh..ni dah 5 bulan jauh dr husband..buat masa ni kami ok je blum rezeki nk pregnant, boleh sambung honeymoon lagi nanti bila dh jumpa hubby balik nanti..tp org skeliling yg risau lebih.paling tak best bila dibanding dgn biras2..perluke camtu.emmmm :(

    0

    0
    • masa berlalu says:

      ni experience kwn2 sendiri kalau br dapat anak beranak plak pon org ngata,lm kawin x dpt anak pon org ngata,lmbat kawin pon org ngata..pastu aku perasan acik2 ofis pon mengata jugak lelaki dah msk umo 30 x kawin2 …dulu aku ingat pompan jer kn kater…kmpung sgt pemikiran drg tmbh lagi pencen samapi umo 60 lagila kn mengadap lm drg ni…pemikiran kampung cam nara ni bab kenen jer topik drg…cblah update pencapain artis kat luar negara ker…ni hr2 dok update psi acik ita..apa ntah sumbangan pd industri aku pon x tau

      0

      0
  6. Lara says:

    bagus la time beluma da anak ni, enjoy ur life with pasangan masing2, do what u wants to do sebab bila dah ada anak nanti, payah sikit la… bukan tak boleh, cuma payah.
    Fitrah manusia kan bila kawen nak tambah ahli keluarga, standard la bila orang tanya2 tu, lagi2 celebrity. bukan makcik2 kat kampung jer yang kepoci, mana2 semua sama jer.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    rezeki ajal maut jodoh pertemuan itu rahsia allah………..

    0

    0
  8. Anti kepochis says:

    Melayu je kawin hari ni nak suruh mengandung terus esok. Tolong jgn jadi kepochi boleh???? Diarang belum nikah dulu belum kenal lama, bagilah can nak mengenali pasangan. Sibuklah hal dalam kain orang. Bila kahwin terus mengadung, macam mana laki nak kenali bini kalau asyik terjelepuk lembik muntah pembawaan budak? Bini pun macam mana nak kenal laki? Eiiii! Melayu! Masa nilah nak belajar to love him as a husband before you love him as a father to ur kids. I tunggu 4 tahun. Puas pergi travel half the world dgn laki I. Peduli apa org nak cakap. Your life, you do not have to answer to anyone.

    0

    0
    • masa berlalu says:

      bestla boleh lari dr mulot puaka kalo ngadap drg ko takkan mampu ckp ‘ Peduli apa org nak cakap’

      0

      0
  9. Odah says:

    Kpd insan2 bermulut puaka yg telah merasai nikmat kehidupan yg sangat sempurna, ingatlah… Setiap manusia mempunyai rezeki masing2… Jgn dipertikai, jgn dikutuk, jgn dihina dan jgn dipersoal…takut kelak, anda yg tinggal sehelai sepinggang dan kembali “bujang”.

    0

    0