Written by Bella | March 10th, 2016

Fizo Omar dan Mawar Karim bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi, boleh dikatakan setiap perkara yang dilakukan oleh pasangan ini menjadi perhatian ramai.

Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, ada pihak mula bertanya bila agaknya pasangan ini akan dikurniakan cahaya mata? Adakah Fizo dan Mawar mempunyai masalah kesihatan sedangkan adik Fizo yang baru sahaja berkahwin sudah memiliki seorang anak.

Menjawab segala persoalan dan spekulasi, Fizo yang tidak cepat melatah dengan pertanyaan sebegitu menafikan dirinya dan Mawar ada masalah untuk mendapatkan zuriat, cuma belum rezeki untuk mereka berdua bergelar ibu dan bapa.

Bila orang terus bertanyakan soal ini selepas hampir tiga tahun berkahwin, jujur saya katakan tidak ada rasa marah atau malu untuk menjawab.

Kami tidak ada masalah kesihatan atau apa, cuma hal ini berbalik kepada rezeki. Tetapi dalam masa yang saya kami tetap berusaha. Buat masa sekarang juga kami sedang mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dalam hal ini.

Walaupun tiada kehadiran anak kecil yang mampu menceriakan lagi kehidupan mereka suami isteri, Fizo bagaimanapun merasa syukur dengan kurniaan lain yang diberikan kepada mereak berdua.

Bagi sesetengah orang mungkin di usia perkahwinan sekarang dia sudah mempunyai zuriat, tetapi itu rezeki dia yang saya tidak perlu pertikaikan. Sebabnya dalam waktu sekarang juga Allah sudah kurniakan kami dengan bermacam rezeki lain, yang harus kami syukuri.

Tidak apalah Fizo, lagipun anda berdua kini sedang sibuk dengan perniagaan masing-masing, mungkin belum waktu yang sesuai untuk mendapatkan cahaya mata. Perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik. Teruskan berdoa dan berusaha.

Sumber Berita : Utusan Online

23 responses to Soal Anak : Fizo Omar Nafi Beliau Dan Isteri Ada Masalah, Serahkan Pada Rezeki

  1. amoi says:

    Rezeki anak semua dari ALLAH…jgn lah org duk tanya soalan2 gitu dekat pasangan yang kawin…sensitif tau x…sape yg dah kawin xnak anak tu mmg bodo la…semua org usaha nak anak…cuma jgn pertikaikan rezeki anak kat pasangan yg belum dpt anak…kekdg pompuan leh menangis sorg2 sbb tension dgn org sekeliling…mebi ALLAH nak fizo n mawar kenal anatara 1 sama lain secara lebih mendlm…jgn ingat org yg cepat dpt anak tu bahagia dgn pasangan…aku x berkenan pon sikap menunjuk pasangan ni…tp bila bab anak, jgn pertikaikan…tu semua keja tuhan…

    0

    0
    • Anonymous says:

      betul tu amoi. org melayu yg jenis mak jemah je yg suka mngutuk org yg xde zuriat, bujang sehingga usia lewat atau anak dara yg x nikah2. mne de org nk forever alone atau mne ada org kawin x mau beranak lgsung.

      0

      0
      • anonymous says:

        setuju sangat orang melayu ni memang hati busuk dengki….pastu suka sakitkan hati orang…dah tau orang tu belum dapat zuriat lagi dok tanya2 memang sah2 BAHALOL..esp bila balik kg …beraya atau kenduri….”hai takde isi lagi ke” ..”pergila berubat”….”tak mengandung lagi ko ni”…inila mulut2 puaka yang sembahyang tunggang tonggek tapi mempertikaikan rezeki anak yang sememangnya kekuasaan ALLAH

        please la bangsa MELAYU wake up ! dulu masa Che Ta kawin dengan zain yang jauh lebih muda ..bangsa MELAYU kutuk habis2san konon Che Ta dah over 40 dah nak menopause mana boleh nak beranak tapi MELAYU2 Kampung mentality ni lupa ALLAH tu Maha Berkuasa atas sesuatu…melayu2 kampung ni tidak pernah mengambil pengajaran melalui kisah Nabi Muhammad dan Nabi Zakaria….bila Che Ta dah mengandung dan dapat anak comel secomel comelnya mulut2 puasa melayu kampung terlopong terngaga…pas kes zuriat tak boleh nak membahan skrg mengata pulak che ta menujuk …HAZAB TUL DENGKINYA BANGSA MELAYU

        0

        0
    • Anonymous says:

      tau xpe. tak semestinya org xde anak tu kurang baagia berbanding ada anak. kadang2 Allah tentukan sesetengah org lebih bahagia berdua

      0

      0
    • Corse 848 says:

      Haritu dlm rancangan astro bella..home workout..artis jemputan Fizo dgn norman hakim..dua2 badan sado..tp senaman yg simple pun dua2 mcm x larat..pancit..bukanke nak badan sado kena hari2 ke gym bina otot ke? Msti da biasa dgn senaman2 tu..nmpak mcm guna bahan yg bg naik otot2 je..

      0

      0
    • Anonymous says:

      betul amoi … sy kahwin dulu 12 thn xder anak dan d sebab kn mulut org & mtua, ktorg bcerai dan slps 2 thn mjanda, sy kahwin baru dan slps sbln kahwin trus mgandung, so kalau dpt jgn d tanya soalan gini sbb ni blh myebabkan suami isteri tu sedih walaupun senyum d depan, sy sudah merasai nya .. kt hanya merancang tapi Allah yg mnentukannya… sy respek suami yg btimbang rasa kpd isterinya walau xder anak dan tidak myalahi satu sama lain sbb ini khidupan kt sendiri bkn org lain atau mtua.

      0

      0
  2. aku says:

    tapi aku tengok mawar ni mcm x ready lagi nak ada anak…sebab org pineng ni kuat cari duit….dia fokus cari harta dulu tu…alaa baru 3 tahun kahwin….

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tak perlu terburu2 Fizo jangan jadi macam Ashraf Muslim sudahlah…. lari ke siam, menipu bini dan mengaibkan bini

    0

    0
  4. strawberi says:

    betul2.. aku yang baru sebulan kahwin pun org dh tanya2,bertanya tak salah tapilebih baik serahkan pada yang Esa. moga pasangan fizo dan mawar tabah menghadapi .InsyaAllah Allah permudahkan semua urusan..

    0

    0
  5. cikyah says:

    aku kawen dh 7 thn.smpai skang x de ank. konon kawen awl sbb nk ank cpt2.nnt dh tua, ank pn dh bsr. tp nk wat cmne, Allah x nak kasi lagi.

    penah la pregnant skali tp Allah tarik balik bl msk 5 bln. x pe la. yg pasti, ank ibu masuk syurga. amin.

    teringat mawar penah ckp ms mula2 kawen. dia x ready nk ada ank sbb x brp suka bdk2. kdg2 kita kena ingt. segala tutur kata kita tu doa. klu x suka, smpn je dlm hati. pape pn, relaks. jgn stress. ada rezeki tu nnt. insyaallah

    0

    0
    • Anonymous says:

      btol2.. kawan aku pertikai kakak aku kawen lambat..kakak dia semua kawen awal..alasan perempuan berumur ni payah nak dapat anak.. kakak aku yang kawen same tahun ngan akak dia dah ade 3 anak.. kakak dia sampai skrg tak da anak.. anak ni rezeki..bukan pandai2 kita nak tentukan

      0

      0
  6. minahsadis says:

    aku 4 tahun kawin bru dpt sorg
    rilex la
    sebok je org dok tnye2 ni
    kang ak tnya bile ko nk mati
    baru ko diam agknye
    huhuhuu

    0

    0
    • hahaha says:

      Hahaha…caya lah minah..baru padan muka org yg tanya tu kan..hahaha

      0

      0
    • Anonymous says:

      sama ler kt minahsadis, aku 5 thn dah kawin baru dpt sorg anak, tu pun ada yg btanya bila nak ke dua, diaorg ingat aku nie mesin buat anak tanpa pikir bajet semua , dahlah semua mahal skrg ni

      0

      0
  7. Anonymous says:

    helloo please la,semua tu kan rezeki dari NYA…mcm xpecaya lak ada Tuhan yg sibuk pertikaikan org xberanak nih….

    0

    0
  8. siapa diriku says:

    tajuk lain komen lain bro. tulis la tajuk betul2 nnt org ingt fitnah. mane ada masalah kn?

    0

    0
  9. Senah1234 says:

    Kucing pun nk anak oi. Inikn manusia..senah pn dh sthun kawin tp blum ada anak tp alhamdulillah bahagia. Banding dgn kwn2 yg dh ad anak tp meroyan lki sibuk la lki sibuk lepak pntg kn kawan. Allah tu kn Maha Adil. Bersyukur apa yg ada

    0

    0
  10. Anonymous says:

    kalau nak dapat anak jangan CUCUK VITAMIN C…. kalau cucuk vit c mmg panas…selalunya takkan lekat…sekian…..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    bkn ke aritu kate si mawar dh mengandung??urmm….konpius..

    0

    0
  12. Sugarbabe says:

    Hr tu nmpak Dr. Hamid Arsyat upload gambar mawar n dizo dtg ke Klinik dia…. Igtkan mawar mungkin ade fibroid atau endo which is occuring more often to young women nowadays. The same dgn scha and awal dulu. Pun Dr. Hamid Arsyat pnh upload gambar. As we know, scha n awal pn lmbt dpt anak..insyaallah adelah rezeki nti.. Enjoy the honeymoon. Btw. Saya pn lmbt dpt anak. After 3 years baru dpt after operation buang endo. Tpi seronok melancong merata dgn laki.

    0

    0