Written by Bella | October 21st, 2016

Bertahun lamanya kita tidak melihat penyanyi Siti Sarah Raissuddin muncul didalam mana-mana acara hiburan ataupun melakukan persembahan. Namun, kemunculan Siti Sarah menerusi program Gegar Vaganza 3 membuat ramai terpukau dengan persembahan beliau yang agak mantap.

Malah, Siti Sarah dapat mengungguli tangga teratas selepas konsert pengenalan GV3 tamat.

Menerima pelbagai komen positif, Siti Sarah terharu apabila wartawan dan peminatnya masih lagi menyokong beliau.

Selama tempoh senyap itu selain fokus pada keluarga saya banyak bermuhasabah diri. Banyak kesilapan telah saya lakukan sepanjang menyanyi dahulu.

Saya ini manusia biasa, tak lari daripada melakukan kesilapan, termasuk mungkin ada perbuatan saya yang menyakitkan hati orang lain.

Bertemu kembali rakan-rakan media, saya sangat terharu kerana mereka banyak membantu menaikkan nama saya suatu ketika dahulu. Sokongan pihak media berterusan apabila saya menyertai GV3.

Pada masa yang sama, Siti Sarah juga meluahkan rasa syukur kerana cukup bahagia bersama suaminya Shuib Sepahtu. Menurut Siti Sarah, Shuib banyak mengajar beliau tentang erti kehidupan.

Suami sebenarnya banyak mengajar saya erti kehidupan. Saya buat keputusan betul menerima Shuib sebagai suami dan kini kami bahagia dengan tiga anak.

Shuib banyak mengajar saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik berbanding sebelum ini. Sebelum ini banyak hal saya harungi tetapi Shuib sangat penyabar, penyayang dan prihatin tentang apa jua saya lakukan.

Tidak kami nafikan Siti Sarah melakukan persembahan yang agak memukau meskipun sudah lama tidak menyanyi. Kami harap minggu ini, Siti Sarah masih dapat mengekalkan mutu persembahannya.

Sumber Berita : Mangga Media
_________________________________________________________________________

Serius Abang Nara dah jatuh cinta dengan applikasi MANIS yang super duper awesome ini. Kalau selama ini lepas bershopping, makan di kedai dan beli barang dapur, resit resit yang diberi entah hilang ke mana, tapi sejak ada applikasi MANIS nie, semuanya Abang Nara simpan elok elok untuk di”snap”.

 photo Manis V3 2.jpg

Kenapa nak kena “snap”? Sebab bila resit itu di”snap” dengan applikasi MANIS dalam masa 24jam, kita akan dapat mata ganjaran/point. Tak kira la makan kat kedai mamak ke, beli susu kat 99speedmart ke, pergi karaoke ke, asalkan ada resit, kita boleh dapat point. Semua jenis pembelian boleh digunakan untuk kumpul point, janji resit tu bercetak dan bukan bertulis!

 photo Manis V3 5.jpg

Point point ini bila dah banyak akan boleh diredeem untuk beli topup, shopping voucher, tiket movie dan macam macam lagilah. Selain itu dari masa ke masa, akan ada offer menarik yang akan sentiasa ditawarkan menerusi applikasi MANIS yang boleh didapati di App Store dan Google Play.

 photo Manis V3 8.jpg

Power kan? Abang Nara sekarang tengah gigih snap semua resit yang ada untuk kumpul point. Secara tak langsung, Abang Nara dapat keep track berapa banyak perbelanjaan yang digunakan setiap hari. Memang sambil menyelam minum air.

Silalah download applikasi MANIS ini sekarang jugak agar anda tidak terlepas peluang mengumpul sebanyak mana point yang boleh. Selamat mencuba!

36 responses to Siti Sarah Terharu Pihak Media Dan Peminat Masih Lagi Memberikan Sokongan Buatnya

  1. suka sarah says:

    nampak sarah dh matang & down to earth. vocal sarah mmg best! spatutnya sarah yg nyanyi dkt event F1 itu hari.

    131

    0
    • Jubur meletop di astro ria says:

      Suka Siti Sarah . Tapi program GV3 ni hauk giler especially penari kat belakang pakaian hauk giler. Nasib baik ada Siti Sarah penyelamat keadaan…performance Siti Sarah macam Jennifer Lopez.

      47

      0
      • peeeiiii says:

        harap make-up artis GV xde nak pakaikan contact lense kucing kat peserta2 ni….semua dah sedia menawan

        9

        0
      • penari tiang says:

        saya nk menyeru…band/musicians atas pentas GV tu bubuh kat belakang la. semak la tengok kat tepi….astro ambil perhatian.

        12

        0
    • Anonymous says:

      ini baru dipanggil penyanyi rupa tak der tapi vocal mantap bukan cam ayda jebat & fazura tu harap muka ajer suara hancusss…………..

      62

      1
      • Anonymous says:

        apa yang kau merepek ni? jangan lah cakap dia takde rupa.. Setiap manusia ada rupa dan kecantikan dia sendiri..

        44

        0
      • Anonymous says:

        fakezura syok sendiri..suara mcm kambing. international level…jauh la lagi.

        19

        1
      • mak jemah tepi tingkap says:

        comel je sarah ni. dia maybe x dlm kategori jelitawan mcm mak jemah. tapi dia mmg attractive dan ada aura trsendiri. utk jd artis hebat bkn perlu lawa aje, tapi lebih utama suara yg sedap dan x factor . yg sarah ni ada dua2

        mak jemah suka sgt dia nyanyi lagu krsetiaan. dan gembira tgk dia bahagia brsama suib sepahtu. all the best sarah. muahhhs

        17

        0
        • aaakulahhh says:

          mmg berbakat…tp skrng ni org suka die bukan sbb tu sngt…saham dia naik sbbkan Shuib sbnrnya…org suke shuib n family die skali…+ sarah ada bakat nyanyi…tu jadi ramai suka..kalau die still perangai lama dia..rasanya persembahan aritu dpt kat Nora…vokal lagi mantap

          2

          11
    • minah jambu lov bang nara gitu says:

      semoga berjaya…..lov uu…

      7

      0
  2. cendawan says:

    sWEET AJER Diaorg Nih.. Semoga bahagia hingga akhir hayat..

    34

    0
  3. Si bunga says:

    betul.. sebelum sara kawin .. ada isu-isu panas.. tapi lepas kawin.. Alhamdulillah… segalanya berubah kearah lebih positif
    kalau bab menyanyi.. tak di nafikan.. dia mempunyai bakat besar… suara dia… wowwwww… amazing! memukau!
    saya sangat tak sabar tunggu konsert GV ahad ni.
    good luck kepada semua peserta…

    55

    0
  4. Fyda Noh says:

    Suka tengok Sarah & Shuib… sweet sangat

    17

    0
  5. Nazareth says:

    Biasalah Sarah kan produk RTM….sama seperti Misha Omar, Azharina, Siti Nurhaliza…apapun yang paling penting semoga mereka bahagia hingga ke Jannah…Sarah utamakan keluarga, seni jadi nombor dua sudah baginya….

    39

    0
  6. Anonymous says:

    you are very pretty & talented!

    23

    0
  7. Cik Poppy says:

    Artis yang berbakat selalunya keluar cerita positif.

    18

    0
  8. Soulfly says:

    Kenapa aku tgk muka siti sarah nmpk lain sgt skrg ni. mcm ada buat suntikan aje…
    Ke mata aku je yg berpandangan gitu…???

    Apa2 pun persembahan sarah malam tu mmg memukau dan bertenaga.

    3

    21
    • jemah jem jem says:

      xde suntik kot.. bila berduit, dapat beli produk yg sesuai dgn kulit & mungkin mahal. lgi satu, org pompuan ni dia bertambah cantik seiring dgn brtambahnya usia. old gracefully. x paham dgn yg takut tua pastu pegi cucuk botok, plastic surgery, etc. saya penah jumpa sarah ni masa awal2 kemunculan dia jadi penyanyi, memang cantik manis orangnye. xde isu dia buruk ke, hidung x elok ke.. she’s cute & bubbly!!! tu yg bertambah2 manis tu

      43

      0
    • Anonymous says:

      biasalah..jadi suri rumah tangga jaga 3 anak..msti berubah sedikit wajahnye..tapi respek pada siti sarah..masih maintain cantek dan suara makin mantap..

      23

      0
    • Aku says:

      Yup. Aku pun perasan. Obvious kot.

      5

      0
    • anon says:

      dengan penjagaan yang rapi mmg lah nak tone warna kulit yang cantik
      dan gigi dia yg depan jarang tu dah rapat ..itu yg nmpk lain sikit ..
      all the best sarah

      3

      0
    • soUL says:

      DIA CANTIK BUKAN SUNTIK.. TAK PERASAN KE GIGI DIA DAH RAPAT SEBAB PAKAI BRACES.. DULU GIGI DIA JARANG KAT DEPAN. KAU TRY LAH PAKAI BRACES.. MESTI MUKA KAU PUN LAMA2 NAMPAK LAGI LAWA..

      3

      0
  9. shahz says:

    Start minat sarah sejak dengar lagu kesetiaan lagi. Dari situ dah tau dia mmg seorang penyanyi yg berbakat… bukan sebab dia anak seorang penyanyi. Sarah punya vokal yg sweet dan power. Azharina pon sama.

    20

    1
  10. mak c kina says:

    bg aku dia xla berubah sgt,setakat kulit putih tu, artis lain pun putih jugak..rupa dia pun xde la bibir tebal,hidung mancung,dagu tirus..wajah dia masih mcm dlu..lg 1, wanita yg dah khwn, perlu cantik sesuai dgn status dia sbg isteri & ibu..aku bangga dgn dia, ada 3 ank,tp masih kecil mcm dlu…

    20

    0
  11. Anonymous says:

    suara dia best

    7

    0
  12. matame says:

    dia btulkan gg ja

    5

    0
  13. what a life!!! says:

    untung siti sarah dapat husband mcm shuib!!!!!

    6

    0
  14. waklu says:

    Aq rsa sarah wt veneer kt gg dpn dia..tue yg cm puteh dan tsusun elok je..dlu kn gigi dpn dia cm ada gap sket..skrg da tmbah cantek..pape pn..mmg mintak giler kt sarah..

    6

    0
    • anon says:

      Motif???? ape hal pulak sebok gigi org?? dengki ke dgn gigi sarah yg lawa….?? Ape kene mengena gigi dgn nyanyian??? irrelevant

      0

      1
  15. Summeera says:

    I rasa comel je Siti Sarah ni..
    Suara mantoppp!!!

    5

    0
  16. #TriviaIndustriSeni says:

    Sarah memang berbakat besar. Buktinya, masa AIM 2003 dia menang 3 anugerah sekali termasuk Album Terbaik. KIranya masa zaman dia tengah naik, Misha Omar pun tengah naik jugak. Cumanya, mungkin salah strategi dalam kerjaya, dengan lagu-lagu yang tak berapa hit selepas album ke 2 pada tahun 2004, serta kemunculan bakat-bakat baru dari program realiti seperti AF (pada masa itu) buat kerjaya Sarah sedikit suram tak lama lepas tu.

    Pernah mencuba untuk membuat comeback menerusi program OIAM pada tahun 2007, tetapi masih tidak ada rezeki untuk menjadi juara. Ramai yang berpendapat, Sarah kelihatan terlalu over-confident sepanjang pertandingan dan tidak humble menjadikan beliau berimej sombong dan tidak disenangi walaupun persembahan beliau seringkali memukau.

    Selepas berkahwin dengan Shuib, Sarah dilihat lebih down-to-earth dan friendly. Banyak berada di belakang Shuib, sokongan Sarah membuatkan kerjaya Shuib berada di tahap yang lebih baik seperti sekarang. Status isteri dan ibu banyak membentuk keperibadian Sarah yang baru, yang lebih mesra, dan tidak perasan bagus. Hopefully Sarah boleh maintain humble dengan semua orang, dan beri yang terbaik untuk GV3. InsyaAllah, ada rezeki boleh jadi juara.

    Peace!

    9

    0
  17. meedena says:

    Sarah mmg the terbaekkk. Support SS dari dulu till now. Go Sarah! Go Sarah! Love u

    3

    0
  18. ollaa says:

    sarah, its too soon for you to take a break from the industry. pls keep on singing and just b who you are! we are behind you!

    1

    0
  19. Anonymous says:

    Sy suka ngan pasangan ni…suara sara memg memukau…dlu sy x berapa minat kat sarah ni…tpi menjak dia kawin ngan shuib..terminat la plk..harap2 kat GV ni nti rezki berpihak pd sara..amin..

    3

    0
  20. One Loop says:

    Agak-agak si Fazura a.k.a KimK nak tak kat Shuib kalu shuib ni belum kahwin???

    1

    0