Written by AbangNara | April 11th, 2016

Abang Nara memang geram dengan orang yang suka mengejek tubuh badan seseorang. Dulu masa kecil Abang Nara pun selalu kena ejek sebab dahi jendul sangat. Selalu jugak tengok cermin sambil mengusap-usap dahi. Teruk sangat ke dahi aku nie? Namun bila dah dewasa, fikir-fikir balik buat habis masa je memikirkan masalah kejendulan dahi. Akan tetapi Abang Nara memahami keinginan Siti Sarah yang ingin membedah hidungnya akibat sering diejek. I can feel you sis Sarah. Amboi.

siti sarah

Namun keinginan tersebut telah pun dibuang jauh-jauh oleh Siti Sarah selepas suami dan peminat-peminatnya memberikan kata-kata semangat. Cantik je Abang Nara tengok Siti Sarah nie. Iyerlah tak adalah cantik macam Lisa Surihani ke, Fazura ke tetapi tetap ada manisnya. Kata Sarah:-

Sehingga saat saya meluahkan perasaan berhubung isu hidung di Instagram baru-baru ini saya pernah terfikir untuk melakukan pembedahan kerana sebagai manusia biasa sudah menjadi lumrah kita ingin kelihatan cantik.

Saya sedar sekiranya saya ikutkan rasa hati saya sudah menidakkan ciptaan sebaik-baiknya yang Allah berikan kepada saya selain membuktikan saya seorang yang tidak kuat dalam mengharungi dugaan kecil itu.

Alhamdulillah keterbukaan saya bercakap secara terbuka mengenainya telah membuang jauh-jauh keinginan untuk melakukan pembedahan kerana ia perbuatan sia-sia.
Saya pernah tanya suami hendak buat pembedahan bagi mencantikkan hidung tetapi dia sentiasa memberitahu dia cintakan saya seadanya. Tanpa melarang atau membenarkan dia menekankan saya cantik kerana diri saya dan tidak memerlukan sebarang perubahan

siti sarah

Daripada kita memikirkan ejekan orang lain terhadap diri sendiri, lebih baiklah kita menghabiskan masa bersama keluarga. Orang luar biarlah diorang nak cakap apa. Yang penting suami, anak-anak, kawan-kawan, ahli keluarga dan sahabat handai menyayangi kita seadanya. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 responses to Siti Sarah Pernah Terfikir Untuk Membuat Pembedahan Hidung

  1. orgtua says:

    Ada yg perfect cantik pun masih mencari / menanti cinta.

    0

    0
    • uhuhu says:

      fazura…maya….rita….kak abby juga yg bahagia.h

      0

      0
      • poppy says:

        kalau dah tau diri tak cantik, pakai lah elok sikit tang kepala tu. ni miss universe pun berpada2 nak pakai fesyen apa.

        0

        0
        • Anonymous says:

          eh..ada dia pegi umah ko ke minta derma? tk kan? so????

          0

          0
        • Anonymous says:

          eh…apa neh? x habis2 cerita hidung kembang. move on…

          0

          0
        • Anonymous says:

          Cantik la dia dari mak kau, ada ank pun xdiajar beradab.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Kalau dah sampai org ejek and hina kau sbb hidung, dah jatuh hukum harus if kau nak betulkan hidung kau. Boleh rujuk majlis fatwa dan juga mufti perlis or mufti wilayah.. Setiap kecacatan fizikal yg boleh mengaibkan diri boleh dibetulkan, sama mcm hukum mulut sumbing, gigi jongang dan sbgnya…

          0

          0
        • panjang says:

          nanti dah buat hidong..orang ejek ketot pulok. manusia mmg jenis camtu. ada saja x kena…

          0

          0
        • Anonymous says:

          Alahai comel la jgk siti sarah nie..klau ubah nt hilang cantik tersendiri kita..
          sbgai contoh hyuna 4 minute, cantik je muka asal, cute pun boleh, seksi pun boleh, alih2 pergi ubah line muka dan tulang pipi utk jadi LEBIH cntik, sangat sayang sekali kerana keadaan muka yg lama itulah yg sngt menarik. skang masih cantik tp tak menarik2 dan tak tersendiri.

          0

          0
      • Idayu says:

        The best way for me to get over when people call me nasty names is to always remember that I have a family who think I’m amazing. I have friends who love what I do no matter what I look like. I also deal with it by remembering that they are doing this because they are hurt or insecure. So I just don’t let that get to me anymore. Water off a ducks back…It is their problems not mine.

        0

        0
        • Anonymous says:

          kan, bersyukur jer lah tuhan kasi kesihatan yg sihat…itu pun dh cukup besar ..bserta suami dan anak2.
          ada yg kaya, cantik, berbakat dan popular lengkap serba serbi..tp masih mencuba dpt zuriat.
          think…

          0

          0
    • minah jambu mate duitan says:

      anita serawak idong pon sikit lebih kurang macm sarah jugak tapi minah jambu respek dia pasal sampai skarang idong dia maseh idong orignal n dia tk buat idong pon ..dia maseh jugak popular n superstar lagi…

      0

      0
      • Anonymous says:

        kalu duk pikir yg negatif2 aja..mendapat lah.
        pikir yg elok2…hati pun x sakit.
        itu pesan mama ku.

        0

        0
      • Kiah says:

        drp bedah hidung, baik bawak anak2 pergi jalan atau buat umrah.
        lagi berkat…sampai mati!

        0

        0
    • lala says:

      Siti sarah..I hope u read my comment. Bg saya,situasi kita sama shj..Kalau sarah di ejek kerana hidung sarah,saya apa kurang nya..saya diejek ‘gg jongang’, gemuk sejak dari kecil malah sampi 1 tahap teman2 ejek saya muka hodoh & muka monyet. Nak perbetulkan fizikal saya pun saya x mampu,nak balas balik kutukan orang pada saya yg sememangnya jauh lbih cantik dari saya pun lagila saya x mampu.Yg ada cuma kesabaran yg kian menipis.Tapi sabar tu indah sis,sy dikurniakan jodoh yg boleh tahan jg dan baik & saya tgk teman2 yg ejek saya dulu bole tahan juga kawin cerainya.Bila saya tya knpa pasangan saya inginkan saya,dia jawab sy pya personaliti yg menarik & suka bgurau. Sya rasa sarah pun pya personaliti & social skill yg sgt menarik & petah berbicara coz saya pernah tgk sarah dalam interview rancangan Yasmin Hani di Astro suatu masa dulu.No need to worry la sis kutukan org lain,yg pastinya sis dikelilingi oleh org benar2 mencintai sis.Yg prasan gojes tu belum pasti lagi pasangnnya setia.Yakin pada Allah sis yg Maha Adil untuk membahagikan rezeki pada hambaNya.Mungkin yg hodoh dikurniakan pasangan yg setia,Mungkin ada hambanya yg begitu sempurna fizikalnya tp belum tentu bahagia hdupnya.

      0

      0
      • Buruk says:

        :’) plz read my comment.. sy gemok..hodoh xd sape nak tekel..umur dh dekat 30..xkawen lagi..tlg bg kata2 semangat kat sy plis..

        0

        0
        • vidaloca says:

          sama je kite Buruk gemok and x cantik. umo dah dkt 3 series and tak de sape nak buat bini kot. tp sy tak nak jdkan tu alasan utk bersedih. move forward pls. lagi satu, dalam sorg2 hamba Allah tu, mesti ada kecantikannya tersendiri, takdela org hodoh sgt di dunia ni, mesti ada sisi cantiknya.

          0

          0
  2. SAYANG says:

    Sarah cantik.. Anak2 pun kiut. Tapi kalau tutup aurat lagi cantik..

    0

    0
  3. mira says:

    eiiii.. bosan la crita. xabis2 crita psl hidung dia tiap2 minggu

    0

    0
  4. Anna says:

    bersyukurlah dgn nikmat Allah msh berhidung & dpt bernafas gune kannye, ade yg xde hidung, hidung perlu dibuang sbb penyakit @ eksiden…

    0

    0
  5. dang halus says:

    jgn di fikirkan itu semua lagi..yg penting sdh bahagia skg..ada suami dan anak2..alhamdulillah.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    asalkan sihat dah la..cantik pun bila sampai tua 50an…tak kemana jugak.

    0

    0
  7. el says:

    di beri Allah kekurangan, supaya pakai hijab, tutup aurat, kan lebih cantek

    0

    0
    • puiih says:

      allah swt x bagi kekurangan??stahu aku..manusia diciptakan sebaik2 kejadian. ko ni bca kitab apa wei? nk bsyarah pun agak2 la wei.

      0

      0
      • aaakulahhh says:

        engkau pn sama… belajar kitab mana..sebaik2 kejadian tu banyak sudut plak…bandingkan dgn binatang etc..tp setiap org ada kekurangannya..x salah pn si EL tu cakap…

        0

        0
  8. boys damansara says:

    Sarah hidung you r beautiful actually..cantik manusia ni bukan dari luaran fizikal tp from our heart. Hati yg baik akn cntik la manusia. Cantik mana pn klu sikap buruk..x cntek tu weih..bersyukur la dgn apa yg kita ada.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    pedulikn org nk mengata ke ap sara…wat x thu je wlpn kadang2 hti trasa sakit…biasa la klau org mengejek pasal org lain..sprti jongang la…gemuk la..pendek la…idung kembang la..ad tahi lalat kat idung pn leh d kata ( pengalaman sndri…masa sekolah dlu ).. bla d ejek ngan kawan2 dlu terasa sedih sgt smpi brkata sndri…nape le tahi lalat aku ni leh kat idung..nape x kat tmpt lain…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Anon 11.25am….tahi lalat kat hidung boleh buat laser…sekejap je…parut pun xda.. aku buang tahi lalat aku yg kat atas bibir (tahi lalat macam rebecca nur islam)… no pain at all…

      0

      0
  10. loyalmalaysian says:

    alamak pasal hidung ke? lebih baik aku pikir mcm mana nak selamatkan dunia dari global warming ataupon hal2 lain yng lebih penting…panas la skrg….

    0

    0
  11. orgtua says:

    Mat Salleh pun pernah syok kat dia. Sarah unik.

    0

    0
  12. cik peah says:

    eh..gambar sarah yg kerinting tu…mcm karakter kartun dalam “BRAVE” pon ade…anak raja tu…hehehe…..

    0

    0
  13. sarah says:

    xape kak sarah
    …ramai lagi sayang kak sarah..saya pon suke kak sarah.akak pndai bergaya, suara mmg sedap…so allah da bagi bahagian masing2 kan..suami pon sayang akak..anak2 pon…jadi appreciate lah semua yang allah dah bagi..moga kekal hngga ke syurga.AMIN

    0

    0
  14. Bunga says:

    Siti sarah so cute…

    0

    0
  15. Anonymous says:

    sarah sebnrnya taklah hodoh wpun tak secantik fazura ke, fasha ke.. cuma tak perlu terlalu mencuba utk jd cantik atau over bergaya. simple2 je cukup dan dah sedap mata memandang. paling penting dia ada suami yg sgt sygkan dia n anak2 yg comel

    0

    0
  16. ku lily says:

    Dari dulu Sy tak pnah ade isu psl idong sarah sbb sy anggap sarah ni comel punye rupe yg unik .. !! kipidap sarah !

    0

    0
  17. Damai says:

    mmg btl kdg cara org mengata yg buat kita down, dulu sy dari kecik2 selalu org ejek, hidung penyek, anak cina, hodoh nya, hari2 nangis, tapi mak selalu nasihat, allah jadikan anakanda begini rupa bukan Allah x sayang tapi Allah nak beri anakanda dan bonda pahala jk kita sabar dan mohon pd Allah untuk henti2kan mulut org yg berkata. Mrk ejek mrk dapat dosa, dan kita diam kita dapat pahala, hidup kita lagi aman dan tenteram kerana kita x ada lah nak selalu sakitkan hati org. Dari meningkat remaja, ditakdirkan Allah hidung sy mancung dan “cute” tapi jk jumpa org2 kampung di majlis2, ada lagi ckp oh ini yg anak sipolan kan yg dulu kecik2 hidung kemek dan x lawa nah. Skg makin jambu dan hidung pun dah mancung, g buat hidung ker? Jwpan sy mudah, tak akak, hari2 sya berwudhuk dan sentiasa berdoa, dan selalu selawat dan tarik hidung untuk mancung, alhamduillah dgn berkat keyakinaan sy terhadap Allah, jdlah sy mcm ini,

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Yg jelossss boleh blh… kipidap siti sarah

    0

    0
  19. Mma8 says:

    Ada jer artis lain yang hidung better dari sarah yang buat nose job…

    0

    0
  20. shusyi says:

    suke siti sarah dr 1st album dia.. xpernah rsa ade kekurangan…walhal mempunyai suara yg superb.. btw suke tgok siti sarah dan famili…. anak2 comel

    0

    0