Siti Saleha Tidak Sangka Watak Mia Adriana Jadi Perhatian Penonton

Hiburan

Siti Saleha Tidak Sangka Watak Mia Adriana Jadi Perhatian Penonton

Minggu ini adalah minggu terakhir drama popular 7 Hari Mencintaiku bersiaran, ramai yang tidak sabar untuk mengetahui pengakhiran kisah cinta watak Mia Adriana lakonan Siti Saleha dan Khuzairi yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya.

Advertisement

Disebalik kejayaan drama berkenaan, Siti Saleha akui beliau tidak menyangka drama itu turut menaikkan lagi namanya meskipun sudah lima tahun tidak muncul di slot Akasia, TV3.

Malah, Siti Saleha juga gembira dengan watak Buntat yang menjadi viral dan meninggalkan kesan yang agak mendalam didalam hati penonton tegar 7 Hari Mencintaiku.

Kali terakhir wajah saya menghiasi slot Akasia menerusi drama bersiri Nora Elena kira-kira lima tahun lalu. Alhamdulillah usaha keras semua pihak yang merealisasikan 7 Hari Mencintaiku membuahkan hasil.

Saya juga tumpang gembira dengan keberkesanan watak Buntat yang menjadikan adik Ariff popular sekelip mata. Semua kejayaan ini juga tidak mungkin dapat dikecapi tanpa bantuan tenaga kerja belakang tabir termasuk penulis, pengarah dan kru.

Apa pun, gandingan semula bersama Shukri Yahaya menyerlahkan keserasian kami memandangkan sebelum ini kami pernah bekerja bersama.

Membawakan watak utama Mia Adriana, Siti Saleha memberitahu beliau juga tidak terlepas daripada dikecam kerana wataknya yang bersikap agak kejam kepada suami sebaik Khuzairi.

Tidak dinafikan, ramai yang sakit hati terhadap Mia kerana bersikap kejam dan derhaka kepada suami. Namun, saya bersyukur kerana peminat bijak membezakan lakonan dan juga realiti.

Pada pendapat kami, apa yang membuatkan penonton terus mengikuti drama 7 Hari Mencintaiku adalah kerana plotnya yang agak menarik. Bukan kisah cinta semata-mata tetapi ia memberikan mesej yang agak berguna kepada penonton.  Iyalah, bukan sahaja watak utama yang trending, tetapi hampir setiap watak seperti  Pak Samad, Buntat, Sofi turut mempunyai peminat tersendiri.

Apalah agaknya penamat drama berkenaan? Adakah Khuzairi tidak akan berkahwin dengan Syakila dan mengejar cinta sejatinya iaitu Mia?  Sama-sama kita nantikan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...