Written by Bella | December 20th, 2016

Minggu ini adalah minggu terakhir drama popular 7 Hari Mencintaiku bersiaran, ramai yang tidak sabar untuk mengetahui pengakhiran kisah cinta watak Mia Adriana lakonan Siti Saleha dan Khuzairi yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya.

Disebalik kejayaan drama berkenaan, Siti Saleha akui beliau tidak menyangka drama itu turut menaikkan lagi namanya meskipun sudah lima tahun tidak muncul di slot Akasia, TV3.

Malah, Siti Saleha juga gembira dengan watak Buntat yang menjadi viral dan meninggalkan kesan yang agak mendalam didalam hati penonton tegar 7 Hari Mencintaiku.

Kali terakhir wajah saya menghiasi slot Akasia menerusi drama bersiri Nora Elena kira-kira lima tahun lalu. Alhamdulillah usaha keras semua pihak yang merealisasikan 7 Hari Mencintaiku membuahkan hasil.

Saya juga tumpang gembira dengan keberkesanan watak Buntat yang menjadikan adik Ariff popular sekelip mata. Semua kejayaan ini juga tidak mungkin dapat dikecapi tanpa bantuan tenaga kerja belakang tabir termasuk penulis, pengarah dan kru.

Apa pun, gandingan semula bersama Shukri Yahaya menyerlahkan keserasian kami memandangkan sebelum ini kami pernah bekerja bersama.

Membawakan watak utama Mia Adriana, Siti Saleha memberitahu beliau juga tidak terlepas daripada dikecam kerana wataknya yang bersikap agak kejam kepada suami sebaik Khuzairi.

Tidak dinafikan, ramai yang sakit hati terhadap Mia kerana bersikap kejam dan derhaka kepada suami. Namun, saya bersyukur kerana peminat bijak membezakan lakonan dan juga realiti.

Pada pendapat kami, apa yang membuatkan penonton terus mengikuti drama 7 Hari Mencintaiku adalah kerana plotnya yang agak menarik. Bukan kisah cinta semata-mata tetapi ia memberikan mesej yang agak berguna kepada penonton.  Iyalah, bukan sahaja watak utama yang trending, tetapi hampir setiap watak seperti  Pak Samad, Buntat, Sofi turut mempunyai peminat tersendiri.

Apalah agaknya penamat drama berkenaan? Adakah Khuzairi tidak akan berkahwin dengan Syakila dan mengejar cinta sejatinya iaitu Mia?  Sama-sama kita nantikan.

Sumber Berita : BH ONLINE

80 responses to Siti Saleha Tidak Sangka Watak Mia Adriana Jadi Perhatian Penonton

  1. Buntat Gurl says:

    Sebuah drama trbaikkkkk..sleps drma Temn Lelaki Upahan

    108

    0
    • Anonymous says:

      yup agreed…

      15

      0
    • Anonymous says:

      aku paling mnyampah part si syakila @ faye!!! mmg mnyampah btol….pak samad win!! bergegar rumah bile pak samad menjerit!! mak leha aku benci ko makcikkkkk!!!!

      81

      0
      • Pekerja Gomen says:

        Yes… penghidup cerita tu mmg Pak Samad….
        Aku kalau bini dia me”laser” aku tertunggu2 Pak Samad smash bini dia..
        Bergegar kamera…

        68

        0
      • gayatri mengilai says:

        gigih minat drama kul 7

        3

        2
      • Larat ke... says:

        kau menyampah….
        tapi aku kesian bangat…..
        reality…di anggap meruntuhkah rumahtangga org..
        berlakun…di beri watak “reality”
        Ini tidak Adil !!!…
        kata Abdul Wah…
        heheheh….!!!

        1

        2
    • mak jemah tepi tingkap says:

      rasanya watak mia tu cliche. x byk beza dgn watak arianna rose yg mulut laser kat mak suaminya. watak hero plak same as usual.
      yg org ingat nama Buntat tu. nme unik, bdk nya mcm muka ahli politik tp versi kecil dan plot kematian dia jd kan org amik tau.

      4

      7
      • mak c kina says:

        ok..dia mcm ni ye..mmg semua cerita melayu cliche..tp apa yg buat sesebuah drama/watak tu berbeza adalah,plot cerita nya & sape jadi pelakon nya..sampai ke tidak msj yg nk disampaikan..ada cerita yg bgs(klu asl dr novel) tp director xpandai nk olah, pelakon plak xbes(walaupun fofuler)..dia akn jd suram…plot menarik, pelakon xfofuler tp bgs..org mesti tgk..moral of the story,bkn sbb cite tu lain dr yg lain yg buat sesebuah drama tu bes tp sbb pelakon & arahan yg bgs

        43

        0
    • Shhh says:

      sesuatu drama akan menjadi bila ko bg pelakon yg bgus..mcm dulu siti saleha tk bgus mana dlm nora elena…disebabkan aaron msa tu pun tgh popular…jd popular..mmg terbaik dlm 7hmk ni..,.novel mmg dh bca..jdi aku tgk episode 12 je..TK blh katakan setiap lakonan menjadi…

      2

      0
    • kentang jenner says:

      betul tu…pelakon pun best dari yg bawak watak kecik smpai watak besar….semua menjadi..makin nak abis ni makin best pulak…tak sabar nk tgok mak liha insap, helmi crita smua yg mia tolong dia smpai berjaya..sakila kantoi dh pregnant…watak Mia Adriana mmg sangat sangat menjadi…dr masa dia jahat sampai dah baik…sama mcm watak Kyra Lydia dulu..

      tahniah team 7HM

      32

      0
    • ddedde says:

      TLU is really one of kind ,righttt.haha.is too late nk layan drama ni

      3

      0
    • ajue says:

      suka sangat cerita ni..jalan cerita yang menarik, tak membosankan, tak meleret, banyak moralnya dan paling suka bila tiap kali mia bergaduh ngan mak leha..real sgt2..terbaekk!

      3

      0
  2. Mak andak says:

    Terbaik

    8

    1
  3. Lish says:

    Siti saleha ini cantik. But siti tak nak ke pakai braces or something dekat her gigi. She must be lagi prettier then :)

    1

    33
  4. situ says:

    Drama ni mmg brhantu! Sbb best sgt! Dah lama xtgok drama yg realistic, byk pgjrn, suma plakon terer blakon watak yg dberikan. Sedihnya dh nk habis. Syabas sbb popular tanpa kntroversi. Xprlu gosip murahan utk lariskan drama.

    76

    0
    • Anonymous says:

      betol tu.. cite meletop tanpa taktik kontroversi murahan.. cite yg bnyk pengajran n pelakon mantap.. syabas team 7hm.

      35

      0
  5. melati says:

    Tak perasan plak Drama ni ada kt TV……hmmmm

    2

    34
  6. Anonymous says:

    Mmg torbaik drama ni, sume pelakon hebat2 belaka….kipidap…..

    18

    0
  7. sepaun says:

    drama lakonan terbaik siti saleha selain drama nora elena :D drama terbaik tahun 2016..

    30

    0
  8. Anonymous says:

    semua watak menjadi…termasuklah pelakon tambahan…
    tak kayu jati macam uqasha..

    56

    0
  9. Anonymous says:

    mmg tobaikk ssgttt…semua workhard dgn wataknya mia dgn angkuhnya.. mak leha tak abis2 nak musnahkan perkawinan mia gn k.kuziry lak lurus bendul geram tgk muka sposen bengang..sofi mcm agen kausling pun ada..buntat.pak antak n mak andak y lucu pak semad yg hmm klu ada semua pa mertua gitu spoting..Khalil n helmi rasa nak suruh masuk penjara cepat tapi mati lak hihi..yg kawan kuzyri cool..n olls..beshh beshh..penyampian cerita y bagus n team work yg workhard bukan cuma stgh drama tu cerita cintan2 untuk budak2 sekolah remaja

    43

    0
    • noname says:

      kann… aku setuju! Lps tu sape stuju dgn aku yg mak andak tu sape name betul die Anne Abdullah ke? Die lg lawo mukenye bwk watak mak andak dari bwk watak mak2 datin mekap berkepuk2! hahaha. Mmg nmpak mude die dlm cte ni dgn watak die tu mmg menjadi! Apepon, PAK SAMAD! U WIN! hehehehe =D Sayabas team 7HM! Mmg drama terbaekkk lepas Teman Lelaki Upahan… kipidap…

      48

      0
  10. Anonymous says:

    tahniah gak oner rumah tu kerna tak roboh masih bertahan (klu pak samad n helmi bersuara) hahaha..

    27

    0
    • mak c kina says:

      kan…aku pun risau bila ribut petir pak samad tu..the best FIL…hahaha…garang tp penuh kasih sayang

      *korg perasan x,mse pak samad ajk mia tido kt rmh..mak leha halau kluar tp pak samad herdik mak leha..mia terkejut..tu btl2 tekejut tu…hehehe…

      29

      0
      • Anonymous says:

        haha ye ye aku pasan terkejut si siti saleha..tp tk cut sbb maybe nmpak real..pak samad ni yg kelako bile mak leha mengamuk pandai suh bini dia bwk bsabar…tpi tang dia ngamuk tkpe plak kekekekee….mengamuk sakan tetibe bile tang mia terus lembut tutur kata….

        19

        0
  11. takbhantupong says:

    ye ke jadi perhatian ..ye ke berhantu..mcm langsung tak jer..plot citer samo yo…mcm trash yo..

    1

    53
    • taksukatakapa says:

      lain orang lain pendapatt nya sedara/sedari :)
      mungkin mesej drama ni tak sampai pn kat awok.

      tapi bagi sy drama ni memang best. heee :)

      28

      0
    • Anonymous says:

      Maaf yer..cma bgi pndpt jer..Plot ceta nya tdk sma dgn kbnykn drma yg prnh dtonton..jln creta tratur, mjoriti plakon dpt mlakonkn wtk dgn sbaiknya dan babak2 trbhgi kpd bbrpa bhgian..sdih ada,geram ada,lucu ada,sindiran,pngjrn dan sbgainya..

      Hnya mmbri pndpt stlh mnonton drma ini…
      Tak sbr utk mnntikn pngakhirn creta ini..my fmly dh bgi mcm2 andaian apakh ksudhnnya..hehehehe

      45

      0
    • Anonymous says:

      kau tgk pun tak…tapi teringin nak komen. ko yang trash

      7

      0
  12. bravoo_girl says:

    Much much much better dari drama Mr.Pilot… Sorry to say tp mmg hakikatnya mmg benar :) Pelakon x kayu, pandai m’hayati watak & x de propa2 utk promosi drama :)))))

    85

    0
  13. kucing terbang says:

    pak samad yang paling power
    apa pun tahniah la buat semua
    semua pelakon power2
    great actors and actress

    35

    0
  14. Anonymous says:

    Betol tu, bravo_girl….mmg terbaik, x mcm drama2 lain yg entah apa-apa, termasuk la drama suamiku encik sotong dan bbrapa drama yg lain la….cuma beri pandangan jer….

    14

    0
  15. Buntat Gurl says:

    Saya setuju..stiap org brbeza pndpt..pnghyatan seseorg tak sma..bgi saya,creta mcm ni lah yg bleh dianggap mngangkt mrtabat seni..

    Plot creta brbeza dri kbnykn drama..watak2 dpt digalas dgn baik..bnyk mncrminkn realiti khdupn dan dpt mngundng brmcm prsaan,sprti sdih,germ,lucu,sindirn dan sbgainya..

    Tak sbar utk mnntikn apakh ksudhn cerita ini..
    Maaf..skdar mmbri komen..hehehehe

    19

    0
  16. aksara says:

    as a pembaca novelnya,drama adaptasinya tidak mengecewakan. Semua pelakon sangat2 pandai memainkan watak masing2..terasa sampai. Camne kita baca,camtulah die keluar..sijibik2,,haha.keep it up.
    Rasa macam nk tulis plak endingnya kt korang..nk ke? :P

    28

    0
    • Webi says:

      Nak nak nak. Apa endingnya?? Hehehehe.

      2

      2
    • Anonymous says:

      endingnya mia dan sophie tu tertukar masa dorang kcik…buntat muncul kembali tp anak orang kaya…sakila kawin ngan zaidi mia kawin ngan helmi….khuzairi dapat tau ayu sbnarnya masih hidup tp buat pembedahan plastik…iaitu sophie…last2 khuzairi kawin ngan sophie….

      1

      6
      • yuyu says:

        hahaha aku da bace abes novelnye gara2 x sabau nak tau ending cite.tapi dun worry pasti cite happy ending ok x macam realiti.kadang2 aku terfikir kalaulah pengarah x nak buat ending cliche cubalah kuzairi kawin dengan nurul ain ke?amacam?mau meroyan sume peminat kan.hiks

        0

        0
  17. QILA says:

    Sentiasa berangin tengok citer ni dari mula, Semua watak ada jer yg aku rasa nk lempang2.. yg baik baik lahai sngt.. yg kejam kejamban sangat.. yg sengal mmg abis2 sengal hihi.. Asyik2 naik je darah aku taw.. Apa2 pun terbaek lah yg tahniah kepada semua pelakon & yg terlibat dlm drama 7 Hari Mencintaiku nih

    12

    0
  18. ffffffff says:

    siti saleha ni mmg pndai belakon pon…bg je watak sombong cmni menjadik betol….si faye tu die mmg x yh belakon jd perampas…in real pon die mcm tu..so mase lakonan ni die tmbah sikit2 je so sgt perfect watak ko tu….pape pon pak samad terbaik…best betol dpt bapak mentua mcm ni…

    27

    0
  19. Anonymous says:

    paaakkk samad winnnn!!!!! tahniah semua!!!

    18

    0
  20. Melampau says:

    Hero n heroin aku xde nk ckp pe..mmg the top laaa..Aku suka jugak ngn watak kawan si Khuzairi tu..si Zaidi,,ingatkn dia couple ngn si Sophie..tp nmpk gaya dia tsuka ngn si Nad plak..tp aku suka jgk klu dorg couple..rsnya si Sophie couple ngn si Helmi kot..apa2 pon mmg tbaik drama ni..sian mak Leha asyik nk kena lempang ngn Pak Samad tp padan muka jgk sapa srh mulut tu kuarkn ayat longkang manjang..haha..Pak Samad mmg tbaik punya..

    23

    0
  21. Anonymous says:

    klu tgk utub lucu2 tgk back scene2 yg salah cm kuzyri sebut pak samad abg..n Khalil gn kusyri hahaha

    2

    0
  22. kk says:

    Ape2 pon aku #teampaksamad hehe..
    drama cmni laa baru aku terjebak nak follow, even doctor tp xde laa drive X5, watak khuzairi sesuai dgn imej doctor2 klinik yg aku tgk tu, drama yg bagus n berkualiti tu apabila semua watak bagi kesan kat semua org.

    31

    0
    • mak c kina says:

      ok..aku mmg setuju part kereta khuzairi tu..mula2 aku pk,nape doktor pakai pesona je..tp its reality..doktor muda, bukak klinik kt kg..yg upah nye xla semewah doktor kt bandar & hospital swasta..so aku blh hadam cite ni…xperlu adegan merepek yg xrelevan…agedan cium dahi & pipi pun ambik angle belakang je..so xperlu nk bersentuhan…

      17

      0
  23. Anonymous says:

    seronok seronok ada juga cerita2 begini dalam drama melayu mmg beshh..semua watak ada tak cuma cinta2 control ayu control macho

    6

    0
  24. Lily says:

    Dlm bynk2 watak yg paling sng mesti watak ila lakonan faye kan.. pasal she’s just being herself.. hhahaha.. tak pyh nak buat research bagai..

    20

    0
  25. mia says:

    CLAP CLAP CLAP big CLAP! Best!

    2

    0
  26. Anonymous says:

    sy tak nak c mia balik dgn khuzairi psal khuzairi ckp mia tak ada dlm ahati dia lagi pastu dia betul nak kawin ikut ckp mak leha..tapi tau ahh slalu klu drama melayu bukan mcm drama omputih mesti balik juga..

    2

    0
  27. Buntat Gurl says:

    Bagi pndpt korg,apakh ksudhn creta ini yer???

    Bgi pndpt saya,Khuzairi dgn Mia,Helmi dgn Sophie kot..Zaidi pula dgn Nad..Ila pula ktahuan sikpnya yg sbnr..

    #Aksara – bgi hint lah..hehehe..
    *Maaf smua*

    2

    1
  28. Anonymous says:

    hooh Ila pregnant dgn bf dia??

    1

    0
  29. damai says:

    watak mia, mak leha, pak samad, sofie, buntat, mak andak, khalil, mmg menjadi sgt2

    2

    0
  30. Menantu hantu says:

    Suka sgt masa perang2 mulut mia dan mak leha…. part gado2 cani baru real. Klu x heroin asik control sweet manjang, phuiih! Klu la aku pon dpt bertekak ngn mak mertua cani…. hahahahahahaha…

    20

    0
  31. Anonymous says:

    cerita ni matang. tak bwk penonton terlalu berkhayal dgn adegan sweet2 semata2 yg sesatkan remaje hehee..

    12

    0
    • Anonymous says:

      betul tu…cite ni xdela sweet manjang mcm drama lagi satu tu, asyik2 nk promote malam ni umah korang besemut la apa la…siti saleha dan syukri pun dua2 dh berpunya dan tak perlu ada gosip murahan nk melariskan cerita…yg penting plot cerita teratur dan menarik….jln crita mmg klise, tp camana nk kasi plot crita tu menarik..takdela melalut ntah kemana mcm hubungan warda dan ejaz…gara2 slh fhm, tak merasa smpai 4 taun…ejaz belakon nk kawin lain, baru nak bebaik…kahkhakahkah drama sgt…

      7

      0
  32. lia rose says:

    Semestinya Drama Rantaian Terbaik 2016!!!
    Jalan cerita yg banyak memberikan pengajaran dan lakonan semua pelakon memberikan kesan dihati penonton. Syabas Team 7 Hari Mencintaiku!!!

    7

    0
  33. Drama ni mmg drama melayu paling the best aku rase . sbb pelakon die tak cover langsung kott . yang pelik semua pelakon mmg menjadi watak mereka . drama macam ni kalau HOT mmg aku tak kesah tapiiii yang paling heran lah en , bile drama apatuuuuuu “yg ulang alik kat airport bawak beg ke hulu hilir” hmm ala lakonan si kayu ngan minah sleng omputih tu bukan main viral lagi errrrrrr . tah apatah fans drama tu giler giler pon aku tak tau BUANG MASA!

    18

    0
  34. miss says:

    gabungan syukri yahya n siti saleha mmg menjadi… novel ni aku beli dah lama sebab tertarik dgn penulisnya..tapi aku x baca sebab memandangkan novel ni tebal mayb panjang ceritanya. bila kuar jadi drama hari2 aku tgk sambil selak setiap page novel ni. jalan cerita…dialog..mmg dlm novel ..lnsg x diubah. kredit pada penulis novel atas jln citer yg sgt2 best. tahniah pada semua pelakon yg memainkan watak sehingga terkesan pada setiap watak pelakon yg berlakon. wpun 1 scene pun berlakon tetap terkesan..SYABAS team #7harimencintaiku

    10

    0
  35. kak mah kebabom says:

    Huh..semuanya memuji cerita ni..kakmah tgk takat episod yg mia menghina makcik yg tumpang beniaga kt depan klinik suami dia tu..sangat2 kurang ajor..lps tu kakmah tk sanggup nk tgk dh…

    0

    2
  36. Eyqa says:

    Jarang I tgk drama Melayu sbb skrg byk sgt drama syok sendiri & BBNU. Tp 7HM ni mmg saya salute. Lain dr yg lain. Dr aspek penceritaan, plot, pelakon, semua the best! It shows the real life sebenarnya, bkn setakat habis belajar bapak offer kerja kat company tp anak taknak sebab nak usaha sendiri pastu kena kawen paksa last2 jatuh cinta so on.

    Dlm drama ni, byk nasihat sbnrnya. Kena baca yg tersirat. Hehe.

    Apapun, 7HM mmg the best. Tak payah promosi dan fake relationship utk promote drama mcm drama BBNU bini pakcik juruterbang tu ;p

    7

    0
  37. mm says:

    Ape2 pon petang ni lepas sembahyang maghrib kite layan drama ni, boleh x hari ni nye episod combine dgn esok, aku tak sabar lah nak tggu endingnye hehe

    #anon.. part ko suh SS pakai braces tu pon aku ade terpikir jugak hehe

    1

    0
  38. Anonymous says:

    Klau dah mnimbulkn prsaan geram trhdp klakuan Mia thadap Mak Limah yg bjual d dpn klinik tu,bmkna lakonan Siti Saleha hrus dberi pujian..krna telh mmbri kesn thdp pnonton.

    Rugilah *Kak Mah* tak tngok episod strusnya..hehehe..smemngnya sbuah creta yg bnyk mmbri pngjrn & msej yg dsmpaikn juga jelas..

    Saya suka juga babak Mia mnyesali akn prbuatnnya thdp org yg prnh dsakitinya..sesungguhnya maaf itu indah..

    6

    0
  39. Anonymous says:

    Sebab cerita ni…aku cari novel nya. Tak jumpa di MPH, beli dari MPHOnline. Best. Skrip sebijik novel. Bertahun2 tak beli novel, sebab cerita ni memprovokekan aku beli novel.

    8

    0
  40. johnny bravo says:

    Bila nak ganding siti saleha dgn fattah pulak, baru sepadan, sama2 lawa….

    0

    10
  41. Rasdam Mewangi says:

    Drama ini confirm masuk DFKL akan datang

    2

    0
  42. Anonymous says:

    novel dgn drama sma2 best????????????????
    tahniah kpd novelis siti rosmizah
    pengarah Jamal khan
    penerbit datuk ziela jalil

    2

    0
  43. yuyu says:

    aku jarang tengok drama melayu pukol 7 ni.dan tak tengok jugak TLU.mungkin lepas ni bole tengok.btw,7HM memang aku rase terkesan teros kat hati aku.teros aku like insta si mia n kuzairy ni.tahniah semua yang menjayakan drama ni.tanpa promosi lebih2,tanpa cerita buat kat oversea,tanpa adegan romantik melebih kemaruk kangkang drama ni aku rasa drama melayu yang berkualiti.hopefully boleh dapat award and adelah 7HM raya.pleaseee

    4

    0
  44. lynn says:

    mmg drama terbaik…semua watak menjadi….PAK SAMAD…u WIN!!

    3

    0
  45. mamanayla says:

    i love 7HM
    tak tertinggal 1episod pun .. haha
    mia..khuzairi.. cocok banget
    sinetron malaysia sukaaaaaa deh..
    terus buat yang terbaik ya ????

    0

    0

Leave a Comment

Optional