Siti Saleha Minta Bayaran Untuk Hadiri Mana-mana Majlis Hiburan?

Hiburan

Siti Saleha Minta Bayaran Untuk Hadiri Mana-mana Majlis Hiburan?

Aktres popular dan mempunyai wajah yang cukup manis, Siti Saleha merasa seidikit terkilan apabila terpalit dengan gosip yang mendakwa beliau mengenakan bayaran untuk menghadiri mana-mana majlis hiburan.

Advertisement

Tegas Siti Saleha, perkara tersebut tidak benar sama sekali dan beliau juga tahu siapakah dalang disebalik penyebaran gosip palsu itu.

Dakwaan itu tidak betul sama sekali. Saya tidak mahu mendedahkan siapa pihak yang menyebarkan cerita itu dan dia memang bertujuan untuk menjejaskan nama baik saya. Saya sangat berharap peminat tidak percaya dengan cerita sedemikian.

Sering diasak dengan soalan mengenai kisah cintanya, Siti Saleha menjelaskan beliau bukan seorang yang gemar  berkongsi hal peribadi kepada umum.  Untuk satu perkara ini, beliau meminta semua peminat menghormati pendiriannya itu.

Saya memang seorang yang tidak suka bercerita hal peribadi berbanding karier seni. Siapa calon suami saya, biarlah ia menjadi rahsia dulu. Apabila saya yakin dia adalah calon suami yang tepat, barulah saya bersedia untuk ke jenjang pelamin dan berkongsi cerita dengan pihak media serta peminat.

Mungkin Siti Saleha bukan selebriti yang semakin demand dan minta untuk dibayar jika hadir dalam mana-mana majlis hiburan tetapi tidak dapat kami nafikan ada selebriti seperti itu. Mereka menggunakan kesempatan yang ada untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...