Siti Saleha Dilamar Kekasih Ketika Berada Di Mexico?

Hiburan

Siti Saleha Dilamar Kekasih Ketika Berada Di Mexico?

Baru-baru ini pelakon Siti Saleha sudah lebih terbuka mengenai percintaan beliau dengan seorang jejaka Melayu dengan memuat naik foto mereka berdua di Instagram.

Advertisement

Terbaru, menurut Miss K di portal Astro Gempak, Siti Saleha dikatakan sudah dilamar oleh teman lelakinya yang dikenali dengan nama L ketika mereka berdua bercuti di Cancun, Mexico dan pada masa yang sama menghadiri perkahwinan rakan mereka disana.

Menurut sumber Miss K, lamaran itu  dibuat kira-kira empat hari lepas dan difahamkan Siti Saleha telah bersetuju untuk berkahwin dengan kekasihnya itu.

Menguatkan lagi andaian, sekeping foto di laman Instagram Saleha yang dimuatnaik empat hari lepas olehnnya dengan kapsyen, “can’t get out of my head how beautiful yesterday was.”

Malah, jejaka berkenaan turut memuat naik foto dengan kapsyen “she said yes, #LetsGetMarried.”

Jika berita ini benar, tahniah kami ucapkan kepada Siti Saleha. Nampaknya gigit jari la lelaki-lelaki diluar sana. Hehe…

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...