Written by AbangNara | May 6th, 2015

Alhamdulillah. Semalam, Datuk Siti Nurhaliza telah pun meluangkan masa pergi menemui adik-beradik yatim piatu mangsa kemalangan di DUKE iaitu Amira dan Aqila. Secara jujur, Abang Nara terasa sayu apabila melihat adik Amira memeluk erat penyanyi kesayangan ramai itu. Terasa nak menitik air mata. Pastinya Amira merindui arwah ibunya. Semoga dengan kehadiran Siti Nurhaliza sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati kedua-dua anak yatim piatu ini.

siti nurhaliza amira

Siti Nurhaliza juga memaklumkan isu pengambilan kedua adik beradik ini sebagai anak angkat adalah satu perkara sensitif. Namun apa yang menggembirakan ialah Siti Nurhaliza dan suami telah berjanji akan memberikan bantuan daripada segi pendidikan kepada Amira dan Aqila. Ini adalah satu bantuan yang sangat awesome. Kata Siti:-

Perkara ini begitu sensitif kerana ia melibatkan keluarga mangsa. Malah saya sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung itu. Saya dan suami bakal menyalurkan bantuan dari segi pendidikan untuk Amira dan adiknya menerusi Yayasan Nur Jiwa.

siti nurhaliza amira

Semoga dengan bantuan ini, masa depan Amira dan Aqila akan terjamin. Pendidikan sememangnya penting untuk masa depan semua kanak-kanak di dunia. Diharap dengan bantuan ini, Amira dan Aqila tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Apa pun, terima kasih diucapkan kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana telah merealisasikan impian Amira untuk bertemu dengannya. Anda sesungguhnya adalah penyanyi kesayangan rakyat Malaysia.
siti nurhaliza amiraP.S: 3 hari sahaja lagi untuk Grand Opening Hijriahome di Bangi Sentral pada 9 Mei ini. Harga diskaun terbaik akan diberikan kepada semua yang hadir. Paling best, 100 tunik percuma akan dihadiahkan kepada 100 pembeli pertama. Siapa cepat, dia dapat. Jangan lepaskan peluang ini. Maklumat lanjut Facebook Hijriahome dan Instagram Hijriahome.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to Siti Nurhaliza & Suami Beri Bantuan Pendidikan Kepada Amira Dan Aqila

  1. Anonymous says:

    alhamdullilah.. pendidikan paling penting amira pun dh 7 thn sudah bsekolah.. klu siti mau mnbiayai pbelanjaan pendidikn alhamdullilah sgt.. semoga Allah saje yg bls budi mereka yg mnbantu ank2 yatim ni.. mereka bkn perlu dibantu kewangan.. jauh di sudut hati mereka sgt2 perlukan perhatian dan kasih syg.. apa la ank sebesar ini mgerti..

    0

    0
  2. HAMBA ALLAH says:

    TAHNIAH SITI NURHALIZA, MOGA ALLAH LIMPAH KAN LAGI REZEKI UNTUK DI KOMGSI KAN DENGAN YANG LAIN, AAMIIN YA ROBB

    0

    0
  3. rai says:

    Alhamdulillah. Moga Yayasan Nur Jiwa dapat membantu adik-beradik ni berjaya dan buat keluarga bangga dengan mereka. Hopefully anak2 lain yang tak berkemampuan juga dapat manfaat daripada yayasan ni. Thank you Dato CT, semua yg without hesitation lending your hands to the kids. Salute!

    0

    0
    • murukuyasateri says:

      Aku bukan tak kesian dengan budak berdua ni
      tapi kes mak bapak mati tinggal anak jadi yatim piatu berlambak2
      yang kat setiawan 5 beradik kena tinggal sebtang kara dan hidup lagi susah lepas mak bapak kena langgar lori.
      Budak2 ni dari keluarga senang lenang…insurans mesti ada…
      bab pendidikan kebajikan semua terbela punyalah….
      Tapi sebab media takmmainkan sangat budak2 setiawan tu, takde makcik diorang nak upload kesedihan diorang di facebook…ramai yang tak tahu pun….tapi aku tahu Allah akan bela nasib budak2 ni semua sebab Allah adil.

      0

      0
      • Sinchan says:

        Jgn la ada mentaliti mcm ni…diorg tu anak yatim piatu xde beza dgn anak yatim lain…Allah xkata pun kalau anak yatim tu senang xpayah tolong…dia mungkin senang dari segi kewangan tp kasin sayang ibu bapa kandung mcm mn pula…menumpang kasih org x sm dgn ibu bapa sndri…and kita pun xtau betul ke nasib 5 beradik tu atau anak yatim lain xterbela hnya krn x dihebohkan..saifulnang amik mereka jadi anak angkat…yg x di heboh xbererti x dibantu..okay jgn ckp menonong je…bercakap pakai akal yg rasional..peace

        0

        0
        • siti says:

          Setuju dengan Sinchan. Susah @ senang mereka tetap anak yatim piatu yang perlu diberi perhatian seperti anjuran Nabi SAW.
          To Murukuyasateri= untuk pengetahuan anda 5 beradik yatim piatu yang kehilanagn ibu ayah dala kemalangan tu juga dapat perhatian umum. anda yang tidak peduli. Rebecca Nur Islam dah mengambil mereka sebagai anak angkat dan banyak juga pihak yang membantu. Anda bila lagi?

          0

          0
  4. am says:

    Salute!

    0

    0
  5. anon says:

    Budak ni nampak hepi je jumpa dgn artis, tak ingat mak bapak dia ke…. Tak sangka ade pihak yg membesar2kan kes ni pd hal banyak je kemalangan lain yg melibatkan anak3 jadi yatim…
    Err….siti, ramai lagi anak2 yatim kat rumah2 anak2 yatim tu, tolong jugak dia org ye. Psssst….tapi takyah hebohkan ke seluruh M’sia lah ye….buat amal dlm diam je..

    0

    0
    • Anonymous says:

      dia ke yg nak hebohkan?

      0

      0
    • Anonymous says:

      mana kau tahu dorang tak ingat? sesuka hati je kau nak menuduh budak2 ni, anon. kau tak pernah jadi budak ke? kau pernah kematian org terdekat masa kau budak? kau menangis brp hari? mana kau tau bdk2 ni x merengek2 minta mak ayah dia bila dia org ada dgn keluarga dia org je? jawap le…

      0

      0
    • lova says:

      ko tau x bdk mcm mana??? bdk ni time jd dpn mata die menangis… lps tu ramai org dtg utk gmbirakan die.. jd die pon happy la… ko tau x besarnya pahala menggembirakan ank yatim… kau tau x kalau stp malam die akan menagis cr mama n papa die??? ko tau x tiba2 die tgh main kaki die sakit org pertama die cari mst mama… tp mama die da xde… time org happykan die die kan lupala sekejap tragedi yg menimpa die… nt nak tido malam die akan tercari2 balik parent die… ko tau x yg si amira ni baru 7 tahun bukan 17 tahun… & ko tau x yg rezki Allah da tentukan utk setiap org… mgkin ni bahagian amira n adik… tp ko just jd keyboard warior kt sini da bape ramai ank yatim ko da tolong??? so tolong diam dr menyakitkan hati org bila berkata-kata… sblm aku mencarut utk anon sewel ni baik aku stop smpi sini dlu…

      0

      0
    • MakcikGemukTerasa says:

      Ni lah masalahnya bila tak tahu asal usul cerita. Ginilah dik anon, ikhlas tu bukan manusia hina dina macam kita ni nak menilai. Tuhan yang menilai. Kalau si Siti ni datang tengah malam ketuk pintu rumah budak ni, jumpa budak ni time semua orang dah tidur pun, tetap ada gambar yang akan tersebar jugak. Sebab dia artis, artis kesayangan kebanyakan rakyat Malaysia, orang excited dapat jumpa bertentang mata dengan dia, so diaorang ambiklah gambar. Lepas tu upload. Lepas tu viral. Lepas tu dapat kat media. Lepas tu Nara cilok. Pastu orang mcm kau ni pun komen kata Siti ni menunjuk-nunjuk buat amal. Pastu orang mcm aku yang nampak unsur busuk hati ni pun terangkanlah benda yang gelap di mata kau sebab dah busuk hati tu.

      0

      0
  6. chek mek molek says:

    alhamdulillah…semoga lebih byk kebaikan terjadi dlm hidup ct & dk….serta semua yg ikhlas membantu…bkn saja kepada dua org adik ni, malah utk bantu sesiapa saja yg perlukan bantuan.
    betullah kata ct, isu anak angkat ni sensitif. dh sah2 la mereka tu masih ada ahli keluarga yg lain. apa yg ct & dk buat tu, mmg tepat…menyalurkan bantuan dan dlm masa yg sama tdk memisahkan dua beradik ni drpd darah daging sendiri. kpd yg berhajat nak ambik anak angkat tu, silalah cari anak2 yg mmg x ada keluarga…atau keluarga mmg tak mampu sgt nk jaga anak2 mereka…ambillah anak2 ini dan jaga sebaiknya…kalau x comel mcm adik amira pun, tak apa…asalkan ikhlas.
    teringin nak tahu juga kisah adik yg kecik tu, kurang cerita fasal dia..mungkin sbb dia kecik sgt lagi kut. apa2 pun, harapan mek agar mereka berdua serta keluarga tenang dan tabah.

    0

    0
  7. NALIYA says:

    bertuah anak2 nie….. rezeki melimpah ruah pdahal rmai lgi anak2 yatim yg lain tidak dpt bantuan sperti ini. mgkin arwah ibu bapa mereka semasa idup selalu berbakti pd owg ssh…maka rezeki Allah blas pd anak2 mereka… Allahuakbar!

    0

    0
  8. kucing says:

    mulia hati CTDK..
    yang 6 beradik yatim piatu sebab mak ayah dia kene langgar mase naik motor tu harap ada juga yang bela..

    0

    0
    • Norhafiza Md Noor says:

      YG TU REBECCA YG BELA BUAT ANAK ANGKAT,TAJA SEMUA PERBELANJAAN,SEKOLAH,

      0

      0
      • murukuyasateri says:

        Mulianya rebecca…budak2 tu lagi perlu pembelaan sebab orang miskin. Harap media jangan lebih2kan sangat kisah budak yatim berdua ni ..takut ada yang muak, budak2 pulak jadi mangsa cemuh. Di facebook ada dah yang ungkit isu anak yatim 6 orang tu yang orang tak kisah pun.

        0

        0
  9. Ayang says:

    Alhamdulillah…moga apa yang diberi akan dibalas oleh Allah SWT…

    0

    0
  10. Anne says:

    Niat Dato CT mmg murni. However, rasanyer budak2 ni dah di eksplotasi dek pakcik dia..sebab keep recording setiap kejadian yg berlaku and viralkan di media social. If me, I will not expose and protect the kids from media social. Lepas kejadian tu, pakcik dia yg over2 menagih simpati siap mintak itu ini..Every video mesti ade lah suara sumbang pakcik dia tu. Rasanye tak perlulah kot buat macam tu..as that one part of your responsibility sebagai pakcik budak2 tu. Yes, people akan simpati and auto beri sumbangan but you don’t have to ask for it. Just my 2 cents. Semoga Allah limpahkan lagi rezeki Dato CT..cheers!

    0

    0
    • anonymous says:

      Mne awk tau dorg tu da dieksploitasi oleh pck dy?wlau ape pon,ble kte bntu ank yatim dpt pahala..mmg kes nh perlu diviralkn utk bg pengajaran pd 6 pelumba tu spye diberi hukuman setimpal krn mnjd punca trjd nyer kmlgn y mybbkn kematian mak ayh dan adik mrk..spye pihak berwajib mnjln kn siasatan y telus utk menangkap pihak y trlibat..kalo ade y trlps,mgkn ade something wrong n mge di akhirat nti akn dpt pembalasan

      0

      0