Siti Nurhaliza Menang Besar Dalam AIM21

Hiburan

Siti Nurhaliza Menang Besar Dalam AIM21

Tiada kejutan besar ketika pengumuman keputusan Anugerah Industri Muzik yang ke 21. Malah kesemua pihak nampak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan. Tiada suara-suara sumbang selepas majlis selesai. Pemenang paling besar kali ini adalah milik Datuk Siti Nurhaliza yang menggondol 3 anugerah iaitu Album Terbaik, anugerah Vokal Terbaik Wanita menerusi lagu Lebih Indah dan Rakaman Album Terbaik melalui Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia.

siti nurhaliza aim21

Advertisement

Turut sama pulang dengan hati gembira ialah Akim Ahmad yang dinobatkan Vokal Lelaki Terbaik menerusi lagu Mewangi. Pastinya terubat kekecewaan hati Akim yang gagal masuk ke AJL29 baru-baru ini. Lagu Sesal Separuh Nyawa nyanyian Alyah juga turut memenangi anugerah lagu Pop Terbaik. Berikut ialah keputusan penuh AIM21.

Album Terbaik : Fragmen – Dato’ Siti Nurhaliza

Lagu Terbaik :  No More – SonaOne

Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu : Akim Ahmad – Mewangi

Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu: Datuk Siti Nurhaliza – Lebih Indah

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Salahkan – Hafiz Suip & Datuk Rossa

Video Muzik Terbaik: Yuna – Yuna & Zul Luey

Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu: Azhael – Hujung Waktu

Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu: Selamanya Bahagia -Nora Feat Mosyi, Alif & Putri

Lagu Pop Terbaik: Alyah – Sesal Separuh Nyawa

Lagu Hip Hop Terbaik: Joe Flizzow feat SonaOne – Apa Khabar

Lagu Rock Terbaik: Bunkface feat Amy Search – Rentak Laguku

Artis Baru Terbaik: Poova

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: SonaOne – No More

Lagu Nasyid Terbaik: Rindu Allah Sayang Allah – Iwan Syahman & Iwan Junior

Lagu Pop Etnik Terbaik: Ihab Ismail – Akar Kita Zapin

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu: Mahligai Kayangan – Salamiah Hassan ( Aubrey Suwito)

Rakaman Album Terbaik: Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia – Datuk Siti Nurhaliza

Kulit Album Terbaik: #1 – Stacy (Wan Izhar)

siti nurhaliza aim21

siti nurhaliza aim21

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang. Semoga semakin bersemangat untuk berkarya selepas ini. Lagi beberapa gambar Datuk Siti Nurhaliza di malam AIM21 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


siti nurhaliza aim21
siti nurhaliza aim21
siti nurhaliza aim21
siti nurhaliza aim21
siti nurhaliza aim21
siti nurhaliza aim21
siti nurhaliza aim21
siti nurhaliza aim21

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...