Siti Nurhaliza Luah Rasa Bimbang Isu Wang Tabung Haji

Hiburan

Siti Nurhaliza Luah Rasa Bimbang Isu Wang Tabung Haji

Minggu lalu, rakyat Malaysia yang beragama Islam terutama yang menyimpan di Tabung Haji dikejutkan dengan isu pembelian tanah 1MDB oleh badan berkenaan. Pembelian pada harga yang tidak masuk akal telah menyebabkan kemarahan orang ramai. Pelbagai kritikan dan kecaman telah diluahkan, malah ada yang bimbang dengan simpanan mereka di dalam Tabung Haji. Iyerlah, pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung penat membanting tulang untuk mencukupkan duit bagi menunaikan ibadah haji, tup-tup duit tersebut digunakan untuk membeli tanah dengan harga yang melambung tinggi.

ct nurhaliza

Advertisement

Seperti yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir tentang kebimbangannya mengenai transaksi tersebut, begitulah jua apa yang dirasa jutaan umat Islam yang menyimpan di dalam Tabung Haji. Malah penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza sempat meluahkan rasa malunya dengan apa yang terjadi.

ct nurhaliza

Walaupun isu ini dianggap telah selesai oleh sesetengah pihak apabila Tabung Haji mengambil keputusan untuk menjual semula tanah tersebut, kebimbangan yang sama tetap ada andai perkara yang sama berulang kembali. Sama-samalah kita doakan agar duit para penyimpan terjaga di dalam Tabung Haji. Apa pula kata anda?

ct nurhalizaP.S: Jom sertai peraduan “Tiru Gaya Pelakon Filem Gamatisme” untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Senang je caranya. First kena pergi ke YouTube Gamatisme, pilih video artis yang anda mahu parodikan. Selepas itu muatnaik video parodi anda ke Instagram dan tag @pencilpicturesrecords. Jangan lupa untuk follow akaun Instagram tersebut kerana ia syarat wajib peraduan ini. Pastikan di dalam video tersebut ada tagline filem Gamatisme iaitu “apabila dikejar dosa,  dunianya menjadi kacau”. Tarikh tutup peraduan ialah 18 Mei ini. Info lanjut layari Facebook Pencil Pictures Records. Selamat mencuba!!! Salah satu contoh video di bawah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...